You are on page 1of 4

KAJIAN KES : [PENGORGANISASIAN & KEPIMPINAN]

Syarikat AGROJAYA Sdn Bhd menjalankan perniagaan memproses dan memasarkan hasil
pertanian di Kuala Terengganu. Jabatan Pengeluaran syarikat tersebut diketuai oleh Ir. Zulkifli
Zamri sebagai Pengurus Besar. Beliau dibantu oleh dua orang pengurus yang masing-masing
bertanggungjawab terhadap pembelian dan pengeluaran. Pengurus Besar Jabatan Pemasaran pula
diketuai oleh Encik Soddiqin bin Abdullah yang baru ditukarkan dari ibu pejabat syarikat di
Kuala Lumpur. Pada minggu pertama, beliau telah membuat rombakan besar-besaran kumpulan
jurujual bagi meningkatkan syer pasaran dan keuntungan syarikat. Walaupun pada awalnya
mendapat bantahan dalam kalangan jurujual, namun dengan kesungguhan dan semangat kerja
yang ditunjukkan oleh Encik Soddiqin dan kebolehan berkomunikasi ,beliau akhirnya berjaya
mewujudkan kumpulan kerja yang berjaya mencapai sasaran. Beliau dibantu oleh dua orang
pengurus dalam unit jualan dan khidmat pelanggan. Jabatan pemasaran mempunyai sepuluh
orang jurujual yang diselia oleh penyelia yang bertanggungjawab kepada pengurus jualan.
Di Jabatan Pentadbiran am, Encik Khairil bertindak sebagai pengurus yang bertanggungjawab
terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif iaitu Datuk Fauzi Sukor . Semua pekerja bawahannya
amat menghormati dan menurut semua arahan yang diberi tanpa mempersoalkannya. Ini adalah
kerana En Khairil adalah seorang ketua yang tidak beragak-agak dalam mengenakan tindakan
dan memberi ganjaran kepada pekerja yang layak. Contohnya semasa penilaian prestasi tahun
lepas, beliau tidak meluluskan pemberian bonus kepada seorang pekerja yang sering ponteng
kerja tanpa sebab.
Ketua Pegawai Eksekutif dibantu oleh seorang setiausaha peribadi, iaitu Puan Maizatul.
Walaupun berusia, namun Datuk Fauzi Sukor seorang yang popular dalam kalangan ahli di
semua peringkat organisasi. Setiap ucapan beliau sama ada untuk menyampaikan visi, misi atau
motivasi amat dinanti-nanti dan dihayati oleh semua warga organisasi. Dengan kewibawaan dan
personaliti yang menarik, beliau menjadi idola dan role model bagi seluruh organisasi. Tidak
dinafikan, pekerja di bawah kepimpinannya mempunyai banyak tugasan namun mereka tidak
merasa tertekan kerana visi, misi yang ditetapkan oleh Datuk Fauzi Sukor jelas dan difahami
oleh semua ahli. Jabatan pentadbiran am mempunyai unit sistem maklumat, unit sumber
manusia, dan unit akaun yang masing-masing diketuai oleh seorang Penolong Pengurus.
a) Lakar carta organisasi bagi Syarikat AGROJAYA Sdn Bhd. [8]
b) Jelaskan lima maklumat pengurusan yang boleh diperoleh daripada carta organisasi
Syarikat AGROJAYA Sdn Bhd. [15]
c) Jelaskan tiga jenis kepimpinan yang diamalkan oleh pihak-pihak pengurusan Syarikat
AGROJAYA Sdn Bhd. [15]

CADANGAN JAWAPAN:

(a)

Lakaran Carta Organisasi Syarikat AGROJAYA Sdn. Bhd.

(B) MAKLUMAT PENGURUSAN YANG BOLEH DIPEROLEH


1.
Peringkat pengurusan
menunjukkan kedudukan jawatan dalam organisasi. Terdapat 3 peringkat
pengurusan dan 4 lapisan jawatan dalam organisasi
Kaitan kes :
Pengurusan atasan Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus Besar Jabatan
Pengeluaran dan Pengurus Besar Jabatan Pemasaran
Pengurusan Pertengahan Pengurus Pembelian, Pengurus Pengeluaran,
Pengurus Pentadbiran, Pengurus Jualan dan Pengurus Khidmat Pelanggan.
Pengurusan Bawahan Pen. Pengurus Unit Sistem Maklumat, Pen. Pengurus
Unit Sumber Manusia, Pen. Pengurus Unit Akaun dan Penyelia Jualan.
2.

Pembahagian tugas
Dibuat mengikut fungsian yang ditunjukkan oleh kotak penjabatan/jawatan

3.

4.

5.

Hubungan Ketua / Subordinat


Hirarki, Ketua diletak diatas subordinat.
Kaitan kes: Mana-mana ketua dengan subordinatnya.
Rantaian autoriti
Ketua mempunyai autoriti dalam jabatan dia sahaja. Ketua ada autoriti ke
atas subordinat bawahannya sahaja.
Kaitan kes: KPE mempunyai autoriti keatas semua fungsi dan mana-mana
ketua jabatan ada autoriti atas subordinatnya sahaja.

Jenis autoriti
Sama ada autoriti lini (hak untuk memberi arahan) atau autoriti staf (hak
untuk memberi pandangan/idea/nasihat)
Kaitan kes:
Autoriti staf Setiausaha iaitu Puan Maizatul, Antara Pengurus-pengurus
besar
Autoriti lini yang dimiliki mana-mana ketua yang sesuai ke atas
subordinatnya/ KPE ada hak untuk mengarah pengurus besar yang
seterusnya berhak untuk mengarah pengurus dan penolong pengurus.

6.

(C)
1.

Kaitan kes: Jabatan Pengeluaran fungsinya pengeluaran dan Jabatan


Pemasaran terlibat dengan aktiviti pemasaran.

Saluran Komunikasi formal


Semua arahan dan laporan disalurkan secara formal iaitu daripada superior
kepada subordinat dan sebaliknya.

TIGA JENIS KEPIMPINAN


Kepimpinan Transformational
Ditonjolkan oleh Encik Soddiqin Abdullan (Pengurus Besar Pemasaran)
Pemimpin yang berkebolehan mempengaruhi pekerjanya dalam melakukan
perubahan dalam organisasi / luar dari kebiasaan.
Kaitan :
Pada minggu pertama, beliau telah membuat rombakan besar-besaran
kumpulan jurujual bagi meningkatkan syer pasaran dan keuntungan syarikat.
Walaupun pada awalnya mendapat bantahan dan akhirnya ,beliau berjaya
mewujudkan kumpulan kerja yang berjaya mencapai sasaran.
Kesannya : Dapat meransang pekerja berfikir lebih jauh dan mampu
menyelesaikan masalah/ buat keputusan..

2.

Kepimpinan Transactional
Ditonjolkan oleh Encik Khairil (Pengurus Pentadbiran Am)

Pemimpin yang menawarkan beberapa insentif yang setimpal ntuk


menggalakkan pekerja mematuhi arahan dan bekerja untuk mencapai
matlamat organisasi.
Kaitan :
Encik Khairil tidak beragak-agak dalam mengenakan tindakan dan memberi
ganjaran kepada pekerja yang layak. Contohnya semasa penilaian prestasi
tahun lepas, beliau tidak meluluskan pemberian bonus kepada seorang
pekerja yang sering ponteng kerja tanpa sebab.
Kesannya Pekerja akan bekerja keras untuk mendapatkan ganjaran dan
mencapai matlamat organisasi.
3.

Kepimpinan Karismatik
Ditonjolkan oleh Datuk Fauzi sukor iaitu KPE
Pemimpin yang mempunyai sifat peribadi istimewa, ada keyakinan tinggi,
pengikut selesa dan berupaya mempengaruhi orang bawahannya supaya
setia dan mematuhi arahannya.
Kaitan :
KPE seorang yang popular , berwibawa dan berpersonaliti menarik , menjadi
role model dan idola serta mempunyai wawasan, misi dan visi yang jelas.
Setiap ucapan beliau sama ada untuk menyampaikan visi, misi atau motivasi
amat dinanti-nanti dan dihayati oleh semua warga organisasi.
Kesannya Subordinat selesa bekerja tanpa merasa tertekan dan
menyanjungi beliau dan berusaha mencapai matlamat organisasi.

You might also like