You are on page 1of 11

STRATEGI DAN PENEMPATAN PELAJAR

Tajuk ini menerangkan tentang strategi dan penempatan pelajar di Program Pemulihan Khas.
Topik ini merangkumi isu individu, strategi pengajaran dan pembelajaran, kemudahan dan
prasarana dan keberkesanan Program Pemulihan Khas.

Isu Individu

Penempatan

Isu penempatan murid selepas ujian saringan dilaksanakan


pihak waris keberatan membenarkan anak mereka ke kelas pemulihan

Masalah Kawalan
Murid diletakkan di kelas pemulihan atas arahan guru besar atau guru kelas kerana
sukar dikawal oleh guru kelas.

Salah penempatan

Murid mempunyai masalah disleksia ke kelas pemulihan khas sepatutnya ke kelas


pendidikan khas

Perbezaan antara individu dan penyesuaian

Didefinisikan sebagai ketidaksamaan individu dalam aspek perkembangan secara fizikal,


mental, emosi dan sosial.

Perbezaan antara murid pemilihan khas dengan murid normal dari segi: fizikal dan
kesihatan, emosi dan sosial, kesediaan belajar, daya pengamatan.

Perbezaan antara individu dan penyesuaian : Murid pendidikan khas masalah


pembelajaran berada dalam program pendidikan pemulihan. Contohnya : Murid LINUS
dimasukkan dalam program pemulihan khas

Aspek perbezaan
i. jantina

- murid perempuan lebih matang daripada murid lelaki dari segi

pertumbuhan dan perkembangan kognitif


ii. fizikal

- menyesuaikan diri dengan persekitaran sosial boleh menjejaskan

tumpuan dan kebolehan murid.


iii. personaliti - menyebabkan ketidakstabilan dalam sikap dan tingkahlaku mereka
kepada sikap pemarah dan agresif.
iv. gaya belajar- sukar belajar atas kesedaran sendiri dan perlu motivasi.

PROFESIONALISME GURU
Topik ini menerangkan tentang profesionalisme guru yang merangkumi keperluan guru,
peningkatan profesionalisme dan sokongan pengurusan sekolah.

Keperluan Guru
Guru adalah tenaga penting yang menggerakkan sesuatu Program Pendidikan Pemulihan di
sekolah. Oleh itu keperluan guru yang sesuai merupakan aspek yang mesti diberi penekanan
seperti kelayakan guru, motivasi guru, ketrampilan guru dan latihan asas guru .
Antara isu yang sering diperkatakan ialah

Guru tidak mendapat latihan khas ; tidak mendapat latihan khusus balam bidang
pemulihan tetapi ditempatkan kerana wujud lebihan guru

Guru bermasalah disiplin atau tingkah laku ; guru sering datang lambat atau tidak
melaksanakan tugas dengan bertanggung jawab

Guru bermasalah kesihatan ; sering mengambil cuti sakit atau tidak hadir bertugas
kerana masalah kesihatan.

Tiada daya pengerak dalam atau luaran kepada guru untuk melaksanakan tugasnya dengan
baik menyebabkan guru, tidak berminat / sambil lewa, tiada komitmen, tidak bersemangat, tidak
bertanggungjawab dan salah tanggapan kepada program pemulihan
Kurang penekanan kepada aspek pemakaian pakaian dan penonjolan diri sebagai seorang
pendidik menyebabkan guru tidak kemas, perwatakan tidak sesuai, pemarah / cepat
menghukum dan kurang sabar.
Guru tidak mendapat latihan yang bersesuaian dengan peranan dan tugas yang dijalankan di
sekolah ; tiada kepakaran dalam bidang pemulihan khas
tiada pengalaman mengajar golongan murid pemulihan.

Peningkatan Profesionalisme
Kursus Dalam Perkhidmatan
Perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan menjadikan tugas guru semakin
mencabar dan berbeza.

Penguasaan ICT serta memiliki sifat-sifat yang berakhlak mulia dan berani akan meningkatkan
lagi tahap profesionalisme seorang guru.
Jadi, kursus-kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pendidikan
Negeri haruslah dihadiri oleh guru.
Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Peningkatan Profesionalime Keguruan
akan membantu guru meningkatkan prestasi dalam tugasan yang semakin canggih dan
mencabar.
Secara tidak langsung juga, peningkatan kemahiran itu akan bertambah lagi apabila guru
berkenaan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan yang tidak berkesempatan
dan berpeluang menghadiri kursus seperti ini.
Peningkatan Kendiri seseorang guru dapat dibuat melalui usaha kerjasama dengan guru-guru
lain yang memiliki kelayakan akademik serta latihan ikhtisas yang sama.

Kerjasama sangat penting di mana, sikap saling membantu atau tolong-menolong antara guru
sangat diperlukan.
Kolaborasi berbentuk profesional yang dibuat mestilah mencapai matlamat-matlamat
pendidikan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Dalam pentadbiran itu juga, ciri-ciri seperti kolaboratif, koperatif dan kesejawatan
mestilah dimiliki oleh guru untuk kemajuan sekolah.

Pendidikan Jarak Jauh


Kaedah pengajaran di mana aktiviti pengajaran dilaksanakan secara terpisah dari aktiviti belajar
atau kelas.

Ini kerana pelajar tinggal jauh atau terpisah dari lokasi institusi pendidikan.
Sebahagian lagi kerana alasan sibuk walaupun pelajar itu tinggal dekat dan berhampiran
dengan lokasi institusi pendidikan untuk mengikuti proses pembelajaran di institusi

tersebut.
Dengan cara ini, guru dapat menyempaikan maklumat pelajaran tanpa bersemuka

dengan pelajarnya.
Dengan perkembangan kegunaan komputer yang semakin canggih, pelajar juga boleh
dilatih melalui program CAL (Computer Assisted Learning) di rumah.

Kajian Tindakan (Kajian Berasaskan Sekolah)

dijalankan secara kumpulan dan secara usahasama menekankan perhubungan teori


dengan amalan

bertujuan untuk membentuk sikap komuniti supaya bersifat kritis terhadap keadaan
persekitaran dan diri sendiri, dan membaiki kerja kumpulan atau diri sendiri, dan
seterusnya untuk kebaikan orang lain

berbentuk lingkaran renungan kendiri yang merangkumi empat peringkat, iaitu tinjauan,
perancangan, pelaksanaan dan pemerhatian, dan refleksi

proses penyelidikan tindakan tidak terhad atau berhenti dalam kajian satu tahap sahaja.
Ia boleh dijanakan kepada beberapa tahap kitaran jika difikir perlu, sehingga hasil itu
mencapai peringkat optimum

segala proses penyelidikan meliputi penggunaan dan penyimpanan data dan rekod
secara sistematik

penyelidikan adalah tertumpu kepada penyelesaian masalah dalam bilik darjah

tidak mempunyai objektif untuk membukti hipotesis atau memberi sumbangan. Hasil
kajian adalah digunakan untuk mempertingkatkan perestasi pengajaran dam
pembelajaran dalam bilik darjah

menggalakan guru dan pendidik membuat refleksi terhadap masalah-masalah


pendidikan yang dijumpai semasa menjalankan aktiviti pengajaran, mengesan dan
memperbaiki kelemahan dan kekurangannya

oleh kerana penyelidikan tindakan mengutamakan amalan pendidikan di dalam bilik


darjah , maka ia dapat merapatkan jurang di antara teori dengan praktis dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, dan dengan ini, guru dapat membina kemahiran
mengajar dengan lebih berguna serta berkesan.

hasil kajian yang didapati melalui penyolidikan tindakan bukan sahaja akan
membolehkan guru meningkatkan kemahirannya dalam aktiviti pengajaran, tetapi juga
membolehkan guru berpeluang mengubah kaedah dan teknik mengajarnya, supaya
mecuba sesuatu kaedah mengajar baru yang lebih sesuai .

melalui penyelidikan tindakan, guru dapat meneliti aktiviti pengajarannya secara


terperinci dengan aktiviti pengajaran pada masa depan.

Sokongan Pengurusan Sekolah

Kerjasama

Guru Besar tidak memahami konsep Pendidikan Khas

Guru Aliran Perdana tidak mengiktiraf Pendidikan Khas

Pihak Sekolah hanya meletakkan program Pendidikan khas dipinggiran

Pihak Pejabat tidak memberi kerjasama dari segi keperluan kewangan dan kebenaran
untuk aktiviti luar

Guru Besar tidak mahu memberi kebenaran menjalani aktiviti luar seperti aktiviti terapi

Guru-guru tidak mahu bersama-sama melakukan aktiviti

Tidak terlibat dalam Sukan Sekolah

Pendidiksn Khas dipandang rendah oleh semua pihak di sekolah

PELAKSANAAN PENGAJARAN
Topik ini merangkumi pelaksanaan pengajaran di Program Pemulihan Khas. Antara topik
perbincangan ialah Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran, perancangan kurululum,
strategi pelaksanaan, perbandingan pengurusan kelas pemulihan khas dan beban tugas guru
pemulihan khas.

Perbandingan Kelas Pemulihan Khas dengan Kelas Biasa


Kelas Pemulihan Khas

Kelas Biasa

Dijalankan di Kelas Pemulihan Khas


Mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Matematik
Jumlah murid yang sedikit iaitu kurang
dari 15 orang
Guru yang dilantik khas
Ujian diagnostik untuk mengenalpasti
kelemahan murid.
Sebuah bilik khas dengan keluasan
tertentu dan mengandungi sudut
pengajaran dan pembelajaran, sudut
kerja berkelompok dan sudut rekreasi.

Dijalankan di kelas aliran Perdana


Semua mata pelajaran yang ditawarkan.
Jumlah murid yang ramai
Guru mengikut opsyen
Tidak perlu ujian diagnostik
Bilik darjah biasa dan tidak memerlukan
ruang yang khusus.

Perbandingan Kelas Pemulihan Khas dengan Kelas Program Inklusif


Kelas Pemulihan Khas

Program inklusif

Murid Pemulihan Khas sahaja

Murid Pendidikan Khas dan murid aliran


perdana.

Dijalankan di kelas Pemulihan Khas

Dijalankan di kelas Perdana

Komunikasi antara murid Pemulihan


Khas

Komunikasi antara murid Pendidikan


Khas dengan murid aliran Perdana

Pemilihan murid berdasarkan ujian


saringan dan pencalonan guru.

Pemilihan murid berdasarkan laporan


perubatan

Diajar oleh guru Pemulihan Khas

Diajar oleh guru mata pelajaran dan


dibantu oleh guru Pendidikan Khas.

Perbandingan Kelas Pemulihan Khas dengan Kelas Masalah Pembelajaran


Kelas Pemulihan Khas

Pendidikan Khas Masalah


Pembelajaran
Dijalankan di Kelas Pendidikan Khas
Ada Pegawai Pengurusan Murid
Pemilihan murid berdasarkan laporan
perubatan.
Diajar oleh guru pendidikan Khas
Semua mata pelajaran yang ditawarkan.

Dijalankan dikelas pemulihan khas


Tiada Pegawai Pengurusan Murid
Pemilihan murid berdasarkan ujian
saringan dan pencalonan guru
Diajar oleh Guru Pemulihan Khas
Hanya mata pelajaran Bahasa Melayu
dan Matematik
Kurikulum yang digunakan memberikan Kurikulum Khas yang berdasarkan
penekanan terhadap penguasaan
Peraturan Pendidikan Khas 1997 dan
kemahiranan asas 3M.
Akta Pendidikan 1996.
Sebuah bilik dengan keluasan tertentu. Mengandungi kelas, ruang tamu, ruang
dan mengandungi sudut pengajaran dan dapur, bilik tidur, bilik air dan tandas,
pembelajaran, sudut kerja berkelompok ruang rekreasi, bilik pentadbiran dan
dan sudut rekreasi.
keperluan lain yang difikirkan dapat
memberikan sumbangan kepada pelajar
untuk hidup berdikari.

Kelas Pemulihan Khas


Dijalankan di Kelas Pemulihan Khas
Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik
Jumlah murid yang sedikit iaitu kurang dari 15 orang
Guru yang dilantik khas
Ujian diagnostik untuk mengenalpasti kelemahan murid.
Sebuah bilik khas dengan keluasan tertentu dan mengandungi sudut pengajaran dan
pembelajaran, sudut kerja berkelompok dan sudut rekreasi.
Kelas Biasa
Dijalankan di kelas aliran Perdana
Semua mata pelajaran yang ditawarkan
Jumlah murid yang ramai
Guru mengikut opsyen

Tidak perlu ujian diagnostik


Bilik darjah biasa dan tidak memerlukan ruang yang khusus.

Perbandingan Kelas Pemulihan Khas dengan Kelas Program Inklusif

Kelas Pemulihan Khas

Murid Pemulihan Khas sahaja


Dijalankan di kelas Pemulihan Khas
Komunikasi antara murid Pemulihan Khas
Pemilihan murid berdasarkan ujian saringan dan pencalonan guru.
Diajar oleh guru Pemulihan Khas

Program inklusif
Murid Pendidikan Khas dan murid aliran perdana.
Dijalankan di kelas Perdana
Komunikasi antara murid Pendidikan Khas dengan murid aliran Perdana
Pemilihan murid berdasarkan laporan perubatan

Diajar oleh guru mata pelajaran dan dibantu oleh guru Pendidikan Khas.

Perbandingan Kelas Pemulihan Khas dengan Kelas Masalah Pembelajaran

Kelas Pemulihan Khas


Dijalankan dikelas pemulihan khas
Tiada Pegawai Pengurusan Murid
Pemilihan murid berdasarkan ujian saringan dan pencalonan guru
Diajar oleh Guru Pemulihan Khas

Hanya mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik


Kurikulum yang digunakan memberikan penekanan terhadap penguasaan kemahiranan asas
3M.
Sebuah bilik dengan keluasan tertentu. dan mengandungi sudut pengajaran dan pembelajaran,
sudut kerja berkelompok dan sudut rekreasi.

Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran


Dijalankan di Kelas Pendidikan Khas
Ada Pegawai Pengurusan Murid
Pemilihan murid berdasarkan laporan perubatan.
Diajar oleh guru pendidikan Khas
Semua mata pelajaran yang ditawarkan
Kurikulum Khas yang berdasarkan Peraturan Pendidikan Khas 1997 dan Akta Pendidikan 1996.
Mengandungi kelas, ruang tamu, ruang dapur, bilik tidur, bilik air dan tandas, ruang rekreasi,
bilik pentadbiran dan keperluan lain yang difikirkan dapat memberikan sumbangan kepada
pelajar untuk hidup berdikari.

You might also like