You are on page 1of 6

PROGRAM FELO PEMBINAAN

PENGENALAN
CIDB MALAYSIA bersama UNIT PENERAJU AGENDA BUMIPUTERA (TERAJU) dibawah JABATAN
PERDANA MENTERI MALAYSIA mempelawa individu daripada golongan Pengurusan, Graduan,
Penyelia dan Pekerja Mahir Pembinaan untuk menyertai program perantisan Felo Pembinaan
berprestasi tinggi bagi Bumiputera dalam Industri Pembinaan. Program ini adalah satu inisiatif
Program Transformasi Ekonomi Negara atau National Economic Transformation Programme.
Objektif program ini adalah untuk membina modal insan berpendapatan tinggi (high income
earner) sebagai generasi pelapis yang berkualiti ke arah kemajuan yang bakal dicapai
terutamanya dalam menghadapi Wawasan 2020.

IMBUHAN*
1. Elaun bulanan
2. Perlindungan insurans
3. Cuti tahunan
4. Skim latihan yang intensif secara percuma

OBJEKTIF
Objektif program ini adalah seperti berikut:
1. Membina kapasiti bagi golongan Pengurusan, Graduan, Penyelia dan Pekerja Mahir
Pembinaan di dalam bidang pengkhususan seperti wide span, tunneling, high rise,
highway works, oil & gas, Industrialized Building System dan maintenance.

2. Peserta diberi peluang menimba ilmu dan pengetahuan dalam konteks pemindahan
teknologi tinggi dalam bidang pengkhususan yang telah dikenalpasti untuk di
manfaatkan pada masa akan datang.

KRITERIA
Program ini terbuka kepada semua Bumiputera dan tertakluk kepada syarat-syarat yang
digariskan dibawah.
Pengurusan Pembinaan
Warganegara Malaysia
Bumiputera
Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah di dalam bidang yang berkaitan dengan
pembinaan dan mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya tiga (3) hingga
lima (5) tahun daripada institusi tempatan atau luar negara yang diiktiraf
Calon perlu mempunyai keputusan akademik yang memuaskan
Tidak melebihi umur 35 tahun
Mempunyai tahap kesihatan yang baik
Calon perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
Calon perlu mempamerkan tokoh kepimpinan yang tinggi

Objektif program ini adalah untuk melahirkan usahawan Bumiputera yang mampu

bersaing di dalam pasaran industri pembinaan serta melahirkan Ketua Pegawai Operasi,
Pengurus Peringkat Tinggi dan Pakar Runding Profesional.

Graduan Pembinaan
Warganegara Malaysia
Bumiputera
Calon perlu mempunyai keputusan akademik daripada Ijazah yang berkaitan dengan
pembinaan yang memuaskan daripada institusi tempatan atau luar negara yang
diiktiraf
Tidak melebihi had umur 30 tahun
Mempunyai tahap kesihatan yang baik
Calon perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik

Objektif program bagi golongan ini adalah untuk melahirkan graduan Bumiputera yang
akan di bentuk menjadi Pengurus Projek, Pengurus Operasi, Pengurus Keselamatan dan
Kesihatan dan lain-lain.

Penyelia (Penyelia Pembinaan dan Penyelia Kimpalan)


Warganegara Malaysia
Bumiputera
Memiliki sekurang-kurangnya Diploma di dalam bidang pembinaan dengan
pengalaman bekerja sekurang-kurangnya dua (2) tahun bagi penyelia pembinaan
atau memiliki tahap 6G di dalam bidang kimpalan daripada institusi kemahiran
tempatan yang diiktiraf
Tidak melebihi had umur 35 tahun
Mempunyai tahap kesihatan yang baik
Mempunyai minat yang tinggi dalam bidang pembelajaran dan kemahiran.
Objektif program ini adalah untuk melahirkan Penyelia Kimpalan atau Penyelia Tapak

Binaan Bertauliah (Accredited Supervisor) di dalam bidang kimpalan,

awam dan

struktur, bangunan dan senibina, mekanikal atau elektrikal.

Pekerja Mahir Pembinaan (Perancah dan Pelukis Pelan Minyak dan Gas)
Warganegara Malaysia
Bumiputera
Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pemasangan Perancah Tahap Satu dan enam (6)
bulan pengalaman dalam bidang perancah atau
Memiliki Sijil Kemahiran Pelukis Pelan yang berkaitan dengan industri pembinaan
Tidak melebihi had umur 35 tahun
Mempunyai tahap kesihatan yang baik

Objektif program ini ialah untuk menghasilkan pekerja mahir Bumiputera di dalam
bidang pemasangan perancah (Scaffold) atau pelukis pelan minyak dan gas
(Draughtsman Oil & Gas).

JANGKAMASA PROGRAM DAN TEMPAT LATIHAN


Jangkamasa yang ditetapkan untuk program ini adalah selama satu (1) tahun. Program Ini
dibahagikan kepada dua peringkat iaitu:

Pembelajaran di dalam kelas selama dua (2) bulan


Latihan di tapak kerja (OJT) atau program perantisan (Apprentice) di organisasi yang terlibat
untuk jangkamasa selama sepuluh (10) bulan

TARIKH TUTUP PENYERTAAN


Cara permohonan:

1. Hantarkan resume anda ke felopembinaan@cidb.gov.my


2. Tarikh tutup permohonan:
a) Graduan Pembinaan : 17hb September 2013
b) Pengurusan, Penyelia dan Pekerja Mahir Pembinaan: 30hb September 2013

SOALAN LAZIM

1. Di manakah para Felo Pembangunan akan ditempatkan?


Felo akan ditempatkan dipelbagai organisasi Multinasional yang terdapat di Kuala
Lumpur & Selangor.

2. Berapakah bilangan Felo yang bakal ditempatkan di dalam program ini?


Jumlah Felo yang dipilih pada tahun 2013 adalah seramai 120 orang. Seramai 20 orang
bagi golongan professional, 50 orang bagi golongan graduan, 30 orang bagi golongan
penyelia dan seramai 20 orang bagi golongan penyelia mahir.

3. Berapa lamakah tempoh pengajian dan penempatan untuk program ini?


Tempoh program adalah selama setahun dan ianya dibahagikan kepada dua bahagian;
Dua bulan untuk latihan intensif
Sepuluh bulan untuk latihan di tapak kerja

4. Adakah program Felo Pembinaan memperuntukan elaun bagi setiap Felo?


Ya. Elaun akan diberikan kepada semua Felo sepanjang tempoh program.

5. Organisasi manakah yang akan mengendalikan program ini?


CIDB Malaysia merupakan pengendali dan sekratariat untuk program ini

6. Adakah Felo akan diberikan sijil pengiktirafan setelah program ini selesai?
Ya. Setiap Felo akan diberikan Sijil Penyertaan setelah tamat program ini. Selain itu, sijil
kompetensi juga akan diberikan untuk latihan-latihan akreditasi.

You might also like