You are on page 1of 36

AGAMA DAN

BUDAYA
MAGIK DAN RITUAL

Definisi Magik
- Magik selalunya
berada di dalam masyarakat primitif ataupun
masyarakat suku (tribal society).
Adakah magik yang menggunakan jampi serapah dan mentera untuk
mengawal kuasa luar biasa itu merupakan salah satu bentuk agama
ataupun sesuatu yang lain?.
Konsep mana (terma yang diambil daripada Polynesia) yang
merupakan kebiasaan di dalam agama primitif. Mana juga wujud di
dalam berbagai agama dengan menggunakan berbagai nama. Contoh:
dalam Hinduism dipanggil darshan; Kristian dipanggil divine grace dan
sebagainya.
Mana merupakan ramuan utama di dalam magik. Pada sesiapa yang
mempercayainya ia wujud di dunia, di mana-mana dan di dalam apa
sahaja, kuasa utama mana. Ia juga terapung di dalam udara yang kita
sedut, walaupun mana ini berada pada diri, pada benda, pada binatang,
pada tumbuh-tumbuhan dan di dalam atmosfera, ianya tidak akan
berkuasa sehingga seseorang atau sesuatu benda mengaktifkannya
dengan menjumpai rahsia yang boleh melepaskan kuasanya.

Magik merupakan usaha untuk menguasai orang dan benda dengan

cara menggunakan kuasa mana yang terdapat di sekeliling kita.


Amalan magik bukanlah seseuatu yang dibuat dengan tidak
peduli/jahil, tetapi dibuat dengan sedar, usaha untuk memintas apa
yang sepatutnya berlaku.
Di dalam masyarakat yang seringkali mengamalkan magik
(masyarakat primitif), mereka tidak membezakan di antara magik dan
agama , jikalau ada perbezaan cuma sedikit. Ini menyebabkan tugas
untuk membezakan di antara magik dan agama menjadi sedikit sukar.
Persamaan Magik dan Agama:- (Johnston, 2007)
1)Kedua-duanya merupakan satu usaha untuk

menyelesaikan

masalah yang dihadapi oleh masyarakat.


2) Kedua-duanya adalah berlandaskan kepercayaan atas kewujudan
kuasa luarbiasa yang tidak dapat dilihat dan hanya boleh diketahui
melalui hasilnya.
3) Kedua-duanya mengandungi upacara ritual dan juga perlakuanperlakuan yang ditetapkan.

4) Kedua-duanya mempunyai elemen kejujuran (keihlasan) didalam

budaya sesebuah masyarakat dan mempunyai norma dan pantanglarang yang perlu diikuti dan dipatuhi.
Bronislaw Malinowski (1974) memberikan beberapa persamaan lagi di

antara magik dan agama. Kedua-duanya tercetus disebabkan situasisituasi ini contohnya daripada krisis di dalam hidup yang dihadapi
manusia, kegagalan, kematian, marah bertukar benci. Kedua-dua magik
dan agama memberikan satu penyelesaian untuk masalah-masalah ini .
Selain daripada itu, dia juga turut memberikan beberapa perbezaan
diantara magik dan agama. Magik selalunya dikaitkan dengan tujuan
yang
jelas di mana orang yang mengamalkannya
cuba untuk
mencapainya. Manakala, agama disebaliknya tidak mempunyai
matlamat dan pengakhiran yang jelas.
While in the magical act the underlying idea and aim are always clear,

straightforward and definite, in the religious ceremony there is no


purpose directed toward a subsequent event (1974, p.38). Upacara yang
melibatkan agama bukan diadakan untuk menyebabkan/memberi kesan.
Upacara agama dilakukan untuk kepentingan diri sendiri.

-Magic is a practical art consisting of acts which


are only means to a definite end expected to follow
later on while religion is a body of self-contained
acts being themselves the fulfillment of their
purpose. Contohnya; ritual yang dibuat untuk
mencegah kematian semasa melahirkan anak
berbeza dengan ritual yang dibuat untuk
menyambut kelahiran anak, yang mana
ritual
yang pertama mempunyai matlamat yang jelas
manakala yang kemudiannya tidak mempunyai
tujuan selain menyatakan sentimen melalui
upacara itu.
- Di dalam realitinya, kategori yang dikelaskan oleh
Malinowski ini adalah bercampur di antara satu
sama lain.

Usaha yang lebih jelas di dalam membezakan magik dan agama datangnya

daripada William J. Goode (1951) . Oleh kerana tiada garisan yang jelas
yang membezakan agama dan magik, Goode telah menyenaraikan 11
kriteria di mana aspek magik dibezakan daripada agama.
1) Magik lebih bersifat instrumental, mempunyai tujuan yang jelas.
2) Matlamatnya lebih spesifik dan terhad.
3) Ia lebih berbentuk manipulatif dari segi tekniknya.
4) Ia lebih terarah kepada tujuan individu daripada kumpulan.
5) Ia adalah merupakan perilaku individu daripada aktiviti berkumpulan.
6) Ia kurang melibatkan emosi
7) Ia tidak terikat dengan masa dan peristiwa yang tertentu
8) Ia lebih cenderung untuk menukar teknik- jika yang ini tidak sesuai, cara
lain pula digunakan.
9) Amalannya tidak wajib.
10) Ia lebih anti-sosial
11) Ia digunakan secara instrumental dan ia sendiri bukannya
pengakhiran .

Johnston, 2007 pula memberikan beberapa perbezaan di antara


magik dan agama.
Perbezaan dengan Agama:
1) Agama selalunya menumpukan kepada isu-isu seperti bencana,
dosa dan balasannya serta makna hidup dan mati, manakala magik
lebih tertumpu kepada isu-isu semasa yang berlaku
seperti
(mengalahkan musuh, mengurangkan bisa (ular) gigitan,
menurunkan hujan dan sebagainya).
2) Agama lebih tertumpu kepada masa akan datang, manakala
magik lebih tertumpu kepada isu sekarang.
3) Orientasi agama terhadap kuasa luar biasa ialah dengan patuh
dan memberikan yang dikehendaki seperti pengorbanan dan
doa/sembahyang (seperti berdoa supaya Tuhan memakbulkan
impian dan sebagainya), manakala magik lebih bersifat manipulatif,
seperti ahli sihir/ bomoh mengarahkan sesuatu benda dan kejadian
supaya berlaku.
4) Agama merupakan aktiviti berkumpulan, di mana sekumpulan
orang berkumpul dan sama-sama terlibat di dalam upacara agama
dan ritual, manakala magik lebih berbentuk acara individu.

Adalah penting untuk mengenalpasti yang ahli-ahli sihir ini

melakukan kerjanya di dalam masyarakat, di dalam kata lain


masyarakatlah yang membenarkan ahli sihir ini melakukan
kerjanya. Oleh itu walaupun ahli sihir ini bekerja sendirian,
kerjanya adalah daripada kebenaran masyarakat.
Adakah agama dan magik ini satu fenomena yang berbeza atau
dua aspek yang datang dari fenomena yang sama?. Atau salah
satunya merupakan satu bahagian kecil daripada yang satu
lagi?.
Jikalau melihat daripada definisi yang diberikan kepada agama,
magik dilihat memenuhi ciri-ciri yang dikelaskan kepada agama
contohnya; magik mengandungi kepercayaan dan amalan; ia
melibatkan sesuatu yang suci dan berkuasa dan diamalkan oleh
individu. Amalan magik ini seing kali diamalkan di mana sistem
agama menganggapnya sebagi sah , aktiviti yang berguna dan
membenarkan ia dipraktikkan. Ia dilihat bukan sebagai lawan
agama dan bukan juga alternatif(pilihan lain) kepada agama,
tetapi magik dilihat sebagai sebahagian kecil daripada agama.

RITUAL (UPACARA)
Definisi Ritual:- Perkataan ritual pada kebanyakan orang mungkin memberikan
gambaran tentang tradisi, melibatkan penggunaan jampi
serapah, magik, ataupun upacara yang dijalankan oleh
masyarakat primitif.
- Ritual merupakan siri tingkah laku yang dilakukan berulang kali
dan berhubungkait dengan sesuatu emosi, yang mana mungkin
juga melibatkan penggunaan simbol. Agama merupakan institusi
utama di mana ritual ini diadakan, tetapi ada juga ritual yang
dilakukan dalam kehidupan seharian. Tiada agama tanpa ritual.
Ritual membentuk aktiviti utama yang menggabungkan orang
ramai dalam perhimpunan agama. Contohnya: Sembahyang
Berjemaah di masjid, perhimpunan di gereja dan sebagainya.

Ritual juga berbeza daripada habit. Walaupun kedua-duanya merupakan siri

tingkahlaku yang dilakukan berulang kali, tetapi ianya berbeza dengan dua
cara. Habit memenuhi fungsi biasa di mana aktiviti rutin dilakukan tanpa
perhatian, penjagaan atau emosi , manakala ritual agama yang dilakukan
bertujuan untuk mempengaruhi kuasa luarbiasa. Tidak seperti ritual yang
lain, ritual agama ini menghasilkan perhatian yang lebih dan perasaan yang
istimewa. Contohnya, roti dan wain mungkin diambil semasa makan tanpa
sebarang perasaan, tetapi apabila dimakan dan diminum oleh penganut
Christian semasa upacara keagamaan (sacrament of the Lords Supper), ia
akan memberikan perasaan dekat dengan Tuhan mereka.
Ritual juga dilakukan di dalam upacara lain selain agama. Contohnya;

upacara angkat sumpah ; upacara konvokesyen dan sebagainya. Ritual


agama tidak berbeza dengan ritual-ritual lain dari segi keupayaan untuk
mengeluarkan emosi bagi pelakunya. Perbezaan ritual agama dengan yang
lain ialah ritual yang dilakukan bagi agama dijadikan bermakna oleh
kepercayaan kepada kuasa luarbiasa oleh pelakunya. Jadi, ritual agama
memberi simbol kepada kepercayaan dan nilai agama dan juga berfungsi
bagi pengamalnya untuk membaharui kesetiaan mereka kepada agama dan
kepercayaan mereka.

RITUAL AGAMA:Ritual merupakan perkara utama di dalam amalan agama. Ia

merupakan cara utama untuk menggerakkan kuasa luar biasa


untuk kepentingan manusia.
Ritual juga menyampaikan idea agama dengan cara yang
tidak boleh disampaikan melalui bahasa sahaja. Penglibatan di
dalam ritual juga merupakan komitmen seseorang terhadap
nilai dan idea yang dijelmakan oleh ritual itu.
Bagaimana kita hendak mengetahui bahawa seseorang itu
beragama (religious). Salah satu cirinya adalah mereka
mempunyai siri kepercayaan agama. Kemudiannya, mereka
melibatkan diri di dalam tingkah laku agama. Apa yang
mereka buat apabila mereka beragama?. Walaupun manusia
boleh menunjukkan komitmen mereka terhadap agama
dengan pelbagai cara, penglibatan di dalam ritual adalah
sebahagian daripada agama.

Ritual bukanlah unik kepada agama, tetapi ia merupakan intipati kepada

perlakuan agama. Seperti yang dinyatakan oleh Anthony Wallace (1966b),


the goals of religion are to be achieved by performing rituals (p.104) dalam
bukunya Religion: An Anthropological View.
Ritual agama dilakukan dengan berhati-hati sebagai tanda menghormati
tradisi. Wallace (1966b) mengatakan ritual adalah ideally, a system of
perfect order and any deviation from this order is a mistake (p.233).
Seperti perlakuan, ritual biasanya menyatakan makna. Raymond Firth (1973)

merujuk ritual sebagai perlakuan yang berhubung dengan cara formal , idea
yang tidak dapat dinyatakan di dalam bahasa biasa ataupun perlakuan yang
tidak formal. Dalam bahasa biasa, orang yang bercakap selalunya menyedari
makna yang mereka ingin sampaikan, tetapi makna ritual mungkin
disampaikan dengan cara yang peserta tidak perlu menyedari tentangnya.
Maklumat di dalam ritual selalunya rendah. Maklumat, dari segi teknikal,

merupakan pengetahuan yang disampaikan melalui mesej. Di dalam ritual,


sedikit ilmu sahaja yang dipindahkan, oleh kerana jangkaan tentang
persembahan ritual membuatkan peserta tidak mungkin dapat memperolehi
maklumat yang mereka tidak ada akses kepadanya. Peserta selalunya sudah
mengetahui idea dan nilai yang disimbolkan oleh ritual mereka.

RITUAL : MEMPENGARUHI KUASA LUAR BIASA


Pendorong utama untuk melibatkan diri di dalam ritual
adalah kepercayaan mereka bahawa ada cara di mana
kuasa luar biasa dan Tuhan boleh mempengaruhi untuk
membantu mereka mencapai tujuan yang mereka tidak
boleh atau sukar untuk mereka capai hanya dengan
menggunakan kebolehan biasa mereka.
Jadi, manusia cenderung untuk beralih kepada ritual agama
apabila mereka tidak dapat menyelesaikan masalah mereka
melalui cara biasa.
Wallace (1966b, pp.107-66) mengatakan bergantung kepada
matlamat, ritual agama boleh dibahagikan kepada beberapa
kategori seperti ritual teknologi (technological rituals); ritual
terapi dan anti-terapi (therapy and anti-therapy); ritual untuk
menyelamatkan daripada dosa( salvation ritual); ritual untuk
daya tenaga (revitalization ritual) dan ritual kawalan sosial
(social control ritual).

1) Ritual Teknologi (Technological Rituals)


Ritual Teknologi menurut Wallace (1966b, p.107) adalah
intended to control various aspects of nature (cuba
untuk mengawal pelbagai aspek alam) dengan cara yang
dapat memperbaiki kebolehan manusia untuk berfungsi.
Di dalam usaha untuk menggunakan alam sebaiknya,
manusia menggunakan ritual untuk mencari pengetahuan
yang tidak diketahui mengenai dunia di sekeliling mereka
ataupun untuk memanipulasi alam sama ada untuk untuk
menambahkan
sumber ataupun untuk menghalang
keadaan yang tidak diingini daripada terjadi.
Matlamat ini tercapai pertamanya melalui pelbagai
bentuk ramalan (divination), keduanya melalui apa yang
dipanggil Wallace sebagai rites of intensification dan
ketiganya melalui protective rituals (ritual untuk
melindungi).

(i) Divination (Ramalan): Dalam ramalan, penggunaan ritual untuk mendapatkan pengetahuan
yang tersembunyi, dua benda yang tidak berkaitan dipercayai
mempunyai ikatan secara batin , jadi yang satu itu dapat digunakan
sebagai sumber maklumat mengenai yang satu lagi. Contohnya; Orang
Rom meramalkan hari yang baik untuk berperang adalah dengan
mentafsir sekawan burung yang terbang di udara.
Contoh lain; Ahli sihir melihat pergerakan urat-urat di tangan
pelanggannya sebagai petunjuk rezeki yang akan diperolehi oleh orang
yang meminta ramalannya. Selain daripada itu, jawapan untuk ramalan
yang dibuat selalunya menggunakan pergerakan hayunan jam, dengan
melihat corak daun teh yang tinggal di dalam cawan, dengan balingan
dadu dan sebagainya.
Walau apapun bentuk ritual, tafsirannya bergantung kepada benda yang
ditafsir itu akan sama/serupa dengan apa yang didedahkan. Iaitu,
pergerakan urat di tangan akan menunjukkan simbol rezeki, permainan
daun terup yang digunakan untuk menilik nasib menunjukkan kad
berbentuk pertapaan menggambarkan sesorang itu bersendirian,
penilitian fikiran, mencari panduan. Banyaknya daun teh yang tinggal
menggambarkan kehidupan, dan nyalaan lampu yang terpadam
menggambarkan kematian.

(ii) Ritual manipulasi (Rituals of manipulation).


- Jika ritual ramalan membantu manusia menyesuaikan diri
dengan alam dengan memberi pengetahuan yang mereka
perlu untuk membuat keputusan
yang berguna, ritual
manipulasi pula digunakan untuk bertindak ke atas alam
secara terus.
- Pendekatan yang digunakan untuk memanipulasi alam ialah
percubaan yang dibuat supaya alam sekitar memberikan
dengan lebih banyak apa yang diperlukan oleh manusia .
Wallace
menggelarkan
ritual
yang
digunakan
bagi
menambahkan ketersediaan sumber alam yang penting
ataupun untuk mengawal kuasa alam bagi memperbaiki hidup
manusia ini dengan nama rites of intensification. Ia
mungkin dilakukan untuk memperbaiki nasib seseorang
semasa berburu atau memancing, untuk menambahkan
kesuburan/hasil ternakan, untuk menurunkan hujan ataupun
untuk memperbaiki kejayaan di dalam mendapatkan saraan
hidup/nafkah secukupnya.

Wallace membezakan rites of intensification daripada ritual yang

dibuat untuk tujuan yang bertentangan / yang dibuat bagi


menghalang keadaan alam yang tidak diingini seperti gempa bumi,
ribut yang membahayakan kapal-kapal di lautan, api yang boleh
memusnahkan rumah atau komuniti, ataupun serangga
atau
kemarau yang boleh memusnahkan tanaman. Dia menggelarkan
ritual ini sebagai protective ritual (ritual perlindungan). Ritual
perlindungan ini digunakan dengan niat untuk menghalang bahaya
daripada menimpa manusia.
Mereka membaca mantera yang berfaedah di sekeliling benda itu
supaya dilindungi, ataupun kadang kala pada objek nyata yang
dipanggil fetish yang (menjadi kesinambungan) menyambung di
dalam menjelmakan kuasa ritual perlindungan ini.
Kelebihan fetish ini ialah ritual yang dibuat untuk
memohon
perlindungan tidak payah dibuat berulang kali, kerana fetish itu
sendiri mengekalkan pengaruh ritual itu dan jika ia (fetish) kecil, ia
boleh dibawa oleh orang yang memilikinya dari satu tempat ke
tempat yang lain, jadi kesannya akan bertukar ke tempat yang baru.
Contohnya; pemakaian tangkal/azimat.

(iii) Ritual terapi dan Anti-terapi (therapy and anti-therapy).


Wallace menggelarkan perlakuan yang dibuat bagi mempengaruhi tubuh badan
manusia sendiri sebagai ritual terapi dan anti-terapi.
Ritual terapi ini dibuat oleh manusia bagi memperbaiki kesihatan fungsi tubuh
badan mereka. Setiap budaya yang diketahui memasukkan ritual agama untuk
merawat penyakit. Forest Clements (19320 menyatakan bahawa di dalam
agama-agama di dunia ini, kepercayaan kepada kuasa luar biasa yang
menyebabkan penyakit terbahagi kepada lima kategori; magik, kemasukan
kuasa luar biasa objek penyakit ke dalam badan mangsa, kehilangan jiwa/roh,
kemasukan kuasa asing (roh, spirit) dan juga pelanggaran pantang-larang
(taboo).
Terapi ritual menggunakan perlambangan (simbol) yang sesuai untuk kuasa luar
biasa yang menyebabkan penyakit tertentu itu. Contohnya; untuk mengubati
penyakit yang disebabkan oleh magik (Sihir, guna-guna) perlu diubati dengan
memulangkan semula magik tersebut. Manakala, objek penyakit selalunya
dibuang dengan mengurut tempat yang sakit itu, memanipulasikan objek itu dan
membuangnya dengan tangan ataupun dengan menghisapnya. Penyelesaian
yang sesuai bagi penyakit yang disebabkan kehilangan roh (jiwa) selalunya
melalui upacara di mana bomoh akan memasuki alam lain (khayalan) dan
menghantar rohnya sendiri untuk mencari roh yang hilang itu. Manakala
kemasukan spirit ke dalam badan selalunya dirawat dengan ritual di mana spirit
itu akan ditawan/ditakluki dan dipaksa meninggalkan badan pesakit oleh bomoh
yang merawat. Contoh; A Shoshone Curing Ceremony.

Ritual anti-terapi dilakukan untuk mendapat kesan yang bertentangan

daripada ritual terapi. Ia dilakukan bagi menyebabkan ketidakselesaan,


penyakit, dan juga kematian kepada orang yang ditujukan itu.
Manusia menunjukkan kesan yang jelas apabila mereka tahu mereka
menjadi mangsa ritual itu.
Herbert Basedow (1925) memberi gambaran kesan daripada bonepointing ritual sihir di kalangan orang Asli Australia.
A man who discovers that he is being boned by an enemy, is indeed a
pitiable sight. He stands aghast, with his eyes staring at the treacherous
pointer, and with his hand lifted as though to ward off the lethal
medium, which he imagines is pouring into his body His cheeks blanch
and his eyes becomes glossy and the expression of his face become
horribly distorted like that of one stricken with palsy. He attempts to
shriek but usually the sound chokes in his throat and all that one might
see is froth at his mouth. His body begins to tremble and the muscle
twist involuntary. He sways backwards and falls to the ground. From this
time onwards he sicken and frets, refuse to eat and keep aloof from the
daily affairs of the tribe. Unless help is forthcoming in the shape of
counter charm administered by the medicine-men, his death is only a
matter of a short time.

2) Ritual yang dibuat bagi menyelamatkan daripada dosa (Salvation Ritual).


Rituals of salvation ini dibuat bagi memberi perubahan sementara ataupun
kekal pada diri peserta (Wallace, 1996b). Menurutnya, ada empat jenis
ritual salvation ini iaitu: spirit-possession ritual (Ritual kemasukan roh);
Ritual untuk menjadi bomoh, (rituals of becoming a shaman); Ritual
pengalaman mistik (mystical experience ritual) dan ritual penebusan dosa
(rituals of expiation)
Di dalam spirit-possession ritual, personaliti peserta itu diganti sementara
dengan kuasa lain (roh) yang menguasai perlakuan peserta. Di dalam
ritual of becoming a shaman personaliti peserta bertukar /melalui
perubahan tetap sebagai sebahagian pengalaman khayalan di mana dia
mengalami pengalaman seperti hendak meninggal ataupun meninggalkan
badan dan memasuki alam roh, di mana roh atau dewa ini memberi kuasa
kepadanya untuk menjadi bomoh (shaman).
Di dalam ritual of mystical experience , peserta tenggelam dalam
keghairahan pengalaman diri dengan kekuasaan Tuhan.
Di dalam ritual of salvation yang keempat, ritual penebusan dosa (ritual of
expiation), peserta terlibat dengn perilaku penebusan dosa atau kerja
yang baik bagi menebus dosa, melanggar pantang dan kesilapan lain.
Contoh; mengangkat Kavadhi di dalam Perayaan Thaipusam bagi kaum
Hindu.

3) Revitalization Ritual (Ritual untuk daya


hidup)
Wallace
mencadangkan
yang
manusia
mengambil bahagian di dalam sesetengah
ritual
sebagai
cara
untuk
mengendalikan/menghadapi tekanan sosial
seperti bencana alam, wabak penyakit ,
kebajikan ataupun masalah yang melemahkan
kelancaran fungsi di dalam masyarakat.
Dia memanggil ritual ini yang selalu terlibat di
dalam kelahiran pergerakan agama sebagai
revitalization rituals. Dalam ritual in, sistem
kepercayaan dan nilai yang baru ini
dihubungkan dan ditekankan penglibatannya.

Ritual sebagai manipulasi dan rayuan


Ritual agama berniat untuk mempengaruhi kuasa ghaib bagi
pihak manusia, walaupun begitu tidak semua ritual dianggap
berkesan. Kita boleh berfikir ritual sebagai mengikut skala yang
berterusan untuk menimbang sejauh mana berkesannya ritual
itu.
Sesetengah ritual yang kita panggil magik , dipercayai
memaksa kuasa ghaib agar berkelakuan sperti yang
dikehendaki. Hasilnya dipercayai pasti/berkesan, sekiranya
tiada kesilapan dibuat semasa mengerjakannya. Ritual magik
selalunya dibuat setiap kalinya dengan tepat dan teliti dengan
diberi lebih perhatian dan penjagaan.
Di penghujung skala itu adalah ritual rayuan (petition
ritual), di mana peserta yang terlibat percaya bahawa
mengerjakannya akan memberikan hasil yang mereka inginkan
walaupun tiada jaminan ia akan berkesan setiap kali dilakukan.
Ritual yang bersifat merayu (meminta) daripada memaksa
kuasa ghaib.

Ritual Magik
Ritual yang selalu dilakukan dengan teliti adalah ritual magik (Magic
Ritual). Ia adalah ritual yang dianggap memberi kesan yang paling
mekanikal (secara tidak sedar) dan secara paksaan.
Prinsip yang digunakan di dalam mengerjakannya dirangkumkan di
dalam undang-undang Law of sympathetic magic (Sir James Frazer,
1911/1925).
Dia mengkaji penggunaan magik ini di dalam kerja klasiknya The
Golden Bough dan mendapati semua magik bekerja dengan apa
yang kita panggil Law of sympathy, idea yang menyatakan things
act on each other at a distance through a secret sympathy. (Benda
bertindak ke atas satu sama lain dari kejauhan melalui simpati rahsia.
Law of sympathy itu mengandungi 2 prinsip : pertamanya; kesannya
menyamai sebabnya dan kedua, benda yang pernah berhubung di
antara satu sama lain masih bertindak di antara satu sama lain dari
jauh selepas hubungan fizikal menjadi jauh .
Dia menggelar prinsip pertama ini sebagai Law of similarity dan
keduanya Law of contact or contagion .

Law

of similarity merupakan asas kepada homeopathic atau


imitative magic. Magik yang mana benda-benda yang sama
dipercayai mempunyai identiti kerohanian yang sama jadi yang satu itu
boleh digunakan untuk mempengaruhi yang satu lagi. Law
of
immitation boleh dilihat melalui ritual yang dilakukan di semua bahagian
dunia. Contohnya; New Age American menggunakan terapi seperti
membayangkan ovum melalui tube fallopian dan disuburkan dengan
sperma yang hidup dan kuat, diiringi dengan bunyi dodoi, alunan untuk
menidurkan anak bagi mengatasi masalah kesuburan.
Law of contact/contagion ialah idea di mana benda yang telah
berhubung dengan satu sama lain kekal berhubung secara kerohanian,
jadi yang satu itu boleh digunakan untuk mempengaruhi satu yang lain.
Law of contagion juga mengatakan mana boleh dipindahkan daripada
satu objek ataupun daripada seorang kepada seorang yang lain apabila
kedua-duanya ada mempunyai hubungan antara satu sama lain.
Prinsip contagion ini digunakan di dalam contagious magic (magik di
mana pengaruh kuasa ghaib dipindahkan melalui hubungan ataupun
benda yang mempunyai hubungan digunakan untuk mempengaruhi
satu sama lain. Contoh; guna rambut atau barang milik perempuan,
dipuja untuk membuatkan perempuan itu jatuh hati kepadanya.

Worship Rituals (Ritual Pemujaan)


Tidak semua ritual dibuat untuk memaksa kuasa ghaib bagi
memenuhi keperluan manusia. Ritual juga boleh dibuat untuk
memuja ataupun merayu kuasa ghaib.
Di dalam pemujaan tujuan ritual adalah untuk menyatakan
pujaan. Petition rituals (Ritual rayuan) selalunya digabungkan
dengan worship ritual bagi membentuk upacara yang besar, dan
ritual ini dianggap dapat memperbaiki kecenderungan kuasa
ghaib untuk memenuhi permintaan yang diminta
di dalam
upacara itu.
Ritual rayuan (Petition rituals) , seperti ritual magik, dilakukan
kerana
mereka
yang
melakukannya
percaya
ia
dapat
menambahkan faedah kepada manusia. Tahap kepastian hasilnya
adalah lebih rendah daripada ritual magik. Dan walaupun ritual
yang dibuat secara paksaan, hasilnya tidak semestinya seperti
yang diharapkan. Sedangkan ritual magik juga tidak semestinya
berkesan sekiranya tidak dilakukan dengan sempurna ataupun jika
kesannya dicabar oleh magik yang dibuat oleh orang lain.

Petition ritual, seperti pelbagai worship rituals

(Ritual Pemujaan) yang ada di dalam


kebanyakan agama di Barat,
selalunya
ditujukan untuk mempengaruhi perasaan kuasa
ghaib seperti Tuhan, nenek moyang ataupun
kuasa luar biasa yang baik hati. Ritual ini cuba
mencari bantuan kuasa ghaib , dan kerana
mereka mempunyai fikiran dan kemahuan diri
mereka sendiri, petition ritual difikirkan sebagai
permintaan/rayuan
daripada tuntutan. Oleh
kerana kuasa luar biasa yang didekati ritual ini
boleh memilih untuk tidak memenuhi harapan
peserta ini, petition ritual mungkin gagal untuk
mencapai matlamatnya.

RITUAL SEBAGAI MENJAMIN PERPADUAN SOSIAL


Ritual terutamanya yang digubal di persekitaran kumpulan, merupakan
kaedah penting di mana kesetiaan kepada kumpulan itu diteguhkan dan
kedudukan seseorang itu ditakrifkan.
1) Social Control Rituals (Ritual kawalan sosial)
Ritual yang bertujuan untuk mengekalkan kestabilan masyarakat dan

budaya dipanggil rituals of social control.


Wallace membincangkan dua jenis ritual ini iaitu; rituals of ideology
dan rites of passage.
Rituals of ideology menghubungkan perlambangan kumpulan itu
kepada peserta. Mereka, menurut Wallace intended to control in a
conservative way , the behaviour, the mood and the sentiments and
values of groups for the sake of the community as a whole (1966,
p.127). Contoh termasuk menyampaikan khutbah yang menggesa
pendengar untuk menyokong kumpulan agama, nyanyian memuja
beramai-ramai, ritual yang
diadakan untuk mengingati kejadian
pembentukan agama itu seperti Christian Passion yang dimainkan
semasa Hari Easter ataupun meraikan Passover Seder bagi keluarga
Jews.

2) Rites of passage
Ritual yang dilakukan bagi meraikan perubahan penting di dalam status dan peranan

beberapa kali di dalam kitaran hidup seseorang itu di panggil rites of passage , yang
mempunyai fungsi pengukuhan serupa dengan ritual ideology, tetapi berbeza di
dalam memudahkan individu itu melalui perubahan status kepada status/peranan baru
yang mereka belum biasa.
Rites of passage ini ialah ritual yang dilakukan bagi meraikan pertukaran status

yang dilalui sepanjang hidup seseorang ahli masyarakat. Rites of passage ini
mempunyai faedah dari segi sosial dan psikologi. Dari segi psikologi, ia dapat
mengurangkan tekanan dari pada perubahan status yang dialami oleh individu itu di
mana amalan yang lama perlu ditukar dengan amalan/tingkahlaku baru selari dengan
perubahan status seseorang itu.
Rites of passage ini diamalkan di dalam semua masyarakat manusia. Arnold Van

Gennep (1909/1960) dalam hasil kerjanya The Rites of Passage menunjukkan


bahawa ritual ini selalunya diamalkan di dalam masyarakat pada masa itu bila ahliahlinya bertukar dari satu status ke status yang lain: apabila anak lahir , diberi nama
dan diperkenalkan kepada ahli-ahli lain di dalam komuniti; apabila anak itu menginjak
alam dewasa; apabila mereka berkahwin dan apabila mereka meninggal dunia.
Ritual-ritual yang disambut bagi merayakan pertukaran status ini dipanggil rites of
passage oleh Van Gennep.

Van Gennep menunjukkan bahawa ritual agama boleh

membantu perubahan di dalam hidup individu itu di


samping menekankan pengukuhan kawalan sosial di
mana individu itu terlibat. Dia melakukan itu dengan
mengkaji rites of passage yang membantu perubahan
individu dari satu status yang dikenali kepada status
yang lain ketika mereka melalui frasa kehidupan yang
biasa dialami di dalam masyarakat.
Upacara meraikan rites of passage ini merupakan cara
biasa untuk menghadapi perubahan di dalam
masyarakat dan juga kehidupan ahli-ahlinya yang
merangkumi (i) Kelahiran (ii) akil baligh (ii)
perkahwinan dan (4) kematian. Ritual yang dilakukan
di mana identiti dan peranan individu itu diulang takrif
pada setiap empat peristiwa penting di dalam hidup
selalunya beragama.

Sebagai contoh, kebanyakan masyarakat ada mempunyai rangkaian ritual yang

disusun bermula daripada mengandung sehinggalah melahirkan anak dan


menjadi ibu bapa. Wanita mungkin dipisahkan daripada masyarakat semasa
mengandung dan pelbagai taboo (pantang larang) dikenakan untuk
memastikan proses mengandung dan melahirkan berjalan lancar dan selamat.
Selalunya secara universal, kemuncak ritual adalah selepas kelahiran anak dan

menandakan perubahan daripada kandungan menjadi manusia dan


memperkenalkan wanita tadi sebagai ibu kepada masyarakat.
Proses
menamakan anak juga termasuk di dalam ritual ini.
Selalunya, ahli baru di dalam masyarakat diperkenalkan secara simbolik

dengan simbol yang memberi kehidupan. Contoh; Pgymies yang hidup dengan
mencari makanan di Hutan Ituri di Afrika, memperkenalkan anak mereka
kepada hutan yang menjadi sumber makanan mereka di dalam ritual agama
dengan mengikat akar pokok di sekeliling pergelangan tangan, buku lali dan
pinggang anak yang baru lahir itu (Gibbs, 1965); Orang Samoan Polynesia dan
Yahgan of Tierra del Fuego memandikan anak mereka di laut yang merupakan
sumber makanan utama mereka (Cooper, 1946; Murdock, 1934) dan
kebanyakan penganut Kristian yang tinggal di bandar besar yang dikelilingi
oleh orang asing dan bimbang tentang jenayah daripada makanan secara
simbolik membasuh anak mereka untuk membebaskannya daripada dosa.

Sepanjang melalui kehidupan, individu itu telah dibantu

melalui perubahan status daripada zaman kanak-kanak


sehinggalah dewasa dengan ritual-ritual agama
yang
dipanggil initiation rituals, puberty rituals , or adulthood ritual.
Dalam adulthood rituals, kanak-kanak ditukarkan daripada
keadaan persekitaran mereka yang dahulu. Mereka mungkin
diajar pengetahuan/ajaran agama yang baru yang sebelum
ini tidak dititikberatkan kepada mereka. Mereka juga melalui
proses percubaan seperti bersunat ataupun pengalaman
menakutkan untuk menunjukkan kedewasaan mereka di
dalam menahan kesakitan.
Akhirnya, mereka akan
diperkenalkan kepada masyarakat sebagai sebahagian
daripada kumpulan dewasa. Contoh, Bar of Bat Mitzvah: A
Jewish Adulthood Ritual menceritakan rites of passage kepada
status dewasa di kalangan orang Jews dan menerangkan
kepentingannya di dalam budaya agama Jews.

Perkahwinan juga merupakan perubahan penting yang

melibatkan peraturan tingkah laku yang baru. Ini


mungkin termasuk kewajipan untuk membuang tingkah
laku bebas seperti pergaulan sebelum kahwin kerana
kesetiaan adalah merupakan sebahagian daripada
perjanjian
perkahwinan.
Upacara
perkahwinan
menekankan kepentingan perubahan itu kepada sesiapa
yang yang bertukar daripada status belum berkahwin
kepada sudah berkahwin. Ia juga memberitahu kepada
seluruh masyarakat , rakan-rakan dan jiran tetangga
yang menghadiri upacara perkahwinan itu agar
mengingati mereka agar mereka juga menghormati
status
dan tanggungjawab baru yang dipikul oleh
pasangan berkahwin itu. Upacara ini lebih berbentuk
keagamaan di mana kepentingan komitmen ditekankan
kepada kehidupan berumahtangga.

Akhirnya, majlis pengkebumian menandakan pengakhiran

status seseorang manusia itu di dalam masyarakat dan


membantu masyarakat menghadapi perubahan yang akan
datang kerana kematian individu ini. Ritual pengkebumian
menolong
orang yang hidup ini melalui proses
menguruskan mayat yang telah berpindah ke alam yang
lain , alam roh. Ritual juga membantu orang yang rapat
dengan orang yang mati ini menghadapi proses sedih,
berduka ini dengan menukarkannya kepada proses
desakan. Sebagai contoh, babak menangis mungkin di
beri mandat (kebenaran) daripada terjadi secara spontan.
Di dalam kes ini, emosi berduka ini bertukar kepada
perlakuan yang sekurang-kurangnya
berada di dalam
kawalan dan ada di dalam ritual itu. Perlakuan bersedih ini
juga memberi jaminan akan sokongan emosi dan tempat di
dalam masyarakat dengan kehadiran dan penglibatan
sahabat handai.

Secara amnya, rites of passage berfungsi untuk membantu

individu menghadapi secara Psikologi tekanan tentang


perubahan status dan memastikan mereka yang mereka akan
dapat melalui perubahan status dan peraqnan baru mereka
dengan berjaya. Ritual itu bukan sahaja memberi individu itu
proses tradisi yang berstruktur di dalam menjalani perubahan
peranan baru mereka daripada mereka terpaksa mencari jalan
mereka sendiri untuk tugas baru mereka, tetapi ia juga
memberi jaminan apa yang dilihat mereka dapat dipenuhi
oleh orang terdahulu, apabila mereka melalui proses transisi
yang sama ,mereka juga akan dapat melalui dengan jayanya.
Secara sosial, rites of passage membantu komuniti supaya
lebih menyedari perubahan yang dilalui oleh ahli masyarakat
dan mengingati mereka untuk menghubungkan perubahan itu
dengan mereka dengan cara baru yang sesuai dengan
peranan yang akan dipikul oleh individu itu- jadi ia dapat
menolong mereka untuk membuat perubahan di dalam hidup.

RINGKASAN RITUAL
Ritual merupakan intipati bagi perlakuan agama. Ia

merangkumi maklumat penting mengenai ideologi dan


perpaduan sosial sesebuah kumpulan di dalam ritual itu
dan penglibatan di dalam ritual mengesahkan perpaduan
kepada sesiapa yang telah berkongsi di dalamnya.
Tujuan ritual adalah untuk mempengaruhi kuasa luar
biasa. Ritual Teknologi (Technological rituals) dijalankan
untuk mengawal pelbagai aspek semulajadi. Ritual Terapi
dan Anti-terapi bergungsi untuk mempengaruhi badan
manusia. Ritual kawalan sosial (social control ritual) pula
bertujuan untuk mengekalkan kestabilan masyarakat.
Manakala
tujuan
salvation
ritual
adalah
untuk
menyebabkan perubahan sementara ataupun kekal
kepada personaliti peserta. Revitalization ritual dijalankan
untuk menolong orang menghadapi tekanan.

Ritual

agama berbeza di dalam tahap keberkesanan


penglibatannya. Ritual magik dilakukan mechanisticaly,
dengan perhatian lebih dan tepat di dalam perlakuannya. Ia
selalunya berkesan sekiranya dijalankan dengn sempurna.
Petitionary ritual dilakukan dengan niat untuk mempengaruhi
kuasa luar biasa. Walaupun perlakuan itu dipercayai dapat
meningkatkan terjadinya permintaan yang diingini, difahami
kuasa luar biasa yang mereka cuba untuk mempengaruhi itu
mungkin tidak akan memperkenankan permintaan mereka.
Ritual agama yang dipanggil rites of passage boleh
membantu perubahan di dalam diri seseorang dan di dalam
masa lain menekankan kestabilan kawalan sosial di mana
individu itu mengambil bahagian. Ia dilakukan apabila
individu itu melepasi satu status ke status baru yang lain,
terutama apabila mereka melalui peringkat kehidupan yang
biasa dilalui oleh masyarakat seperti kelahiran, akil baligh,
perkahwinan dan kematian.

You might also like