You are on page 1of 10

Penguasaan ICT di kalangan guru

1.0

Pengenalan

Dalam era globalisasi yang pesat dengan teknologi canggih pada masa kini.
Masyarakat di setiap pelusuk dunia sentiasa mengikuti perkembangan teknologi
maklumat dari semasa ke semasa lebih-lebih lagi bagi golongan muda. Pada
masa kini, masyarakat banyak mengaplikasikan pelbagai
maklumat

dalam

kehidupan

beberapa

pangkalan

data

seharian
atas

talian

seperti

penggunaan

(online),

jenis teknologi
laman

penggunaan

sosial,

email

dan

sebagainya.
Oleh yang demikian, kita dapat ketahui bahawa dalam perkembangan
teknologi pada masa kini banyak memerlukan kemahiran

menggunakan

komputer serta internet. Namun dewasa ini, teknologi masa kini telah
diperluaskan lagi dengan wujudnya telefon pintar. Ini membuktikan bahawa
teknologi pada hari ini berkembang semakin pesat.
Oleh itu, sebagai seorang guru, kita seharusnya tidak boleh ketinggalan
dalam arus perkembangan teknologi ini. Menurut Craft (2002) dalam Ismail dan
Subki (2010) menyarankan seseorang pendidik yang profesional perlu peka
terhadap insiatif pendidikan yang terkini. Manakala Mok Soon Sang (2007)
menegaskan guru hendaklah menlengkapkan diri dengan menguasai kemahiran
menggunakan internet untuk memperoleh maklumat tentang perkembangan
pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing murid menggunakan
internet sebagai bahan dalam P&P.
Oleh sebab itu, guru pada zaman ini haruslah mempertingkatkan
kemahiran dalam bidang ICT supaya guru-guru dapat mengaplikasikan dengan
sebaik mungkin terhadap teknologi yang ada pada masa kini. Guru juga boleh
menerapkan elemen ICT dalam pengajaran dalam pembelajaran untuk menarik
minat pelajar supaya mereka mudah memahami ilmu yang disampaikan oleh
guru tersebut.
Merujuk petikan daripada Utusan Online bertarikh 13 Januari 2010
berkaitan dengan ucapan Timbalan Perdana Menteri seperti berikut:
Malaysia yakin penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

di

sekolah-sekolah

mudah

dilaksanakan dengan penumpuan kepada penguasaan guru-guru.Timbalan


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendedahan melalui kursus
berterusan

kepada

pentadbir

sekolah,

pengetua

dan

guru-guru

dalam

mewujudkan golongan celik komputer telah menunjukkan kesan ketara kepada


perkembangan ICT di Malaysia
Daripada ucapan ini menerangkan bahawa semua warga pendidik
haruslah menguasai bidang teknologi maklumat dan komunikasi ini dalam
menghadapi cabaran dalam bidang pendidikan pada masa kini.

2.0

Pengertian ICT
ICT adalah merupakan singkatan daripada perkataan Information and

Communication Technology yang membawa maksud Teknologi Maklumat dan


Komunikasi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Teknologi Maklumat dan
Komunikasi adalah bermaksud teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan,
penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan
teknologi komputer dan telekomunikasi. Oleh itu, dapat kita nyatakan bahawa
ianya adalah merupakan teknologi yang diperlukan untuk memproses data yang
berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.
Jadi alat yang sesuai bagi memproses data adalah dengan menggunakan
komputer.
Menurut Senn (1998) dalam Norasiah (2009) pula menyatakan bahawa
teknologi

maklumat

dan

komunikasi

mengandungi

tiga

komponen

iaitu

komputer, komunikasi dan tahu guna. Gabungan ketiga-tiga komponen ini boleh
mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif,
berkesan dan berjaya. Oleh itu, guru seharusnya mengambil peluang ini untuk
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara optimum dalam
proses pengajaran dan pembelajaran seharian. Sementara menurut Mok Soon
Sang

(1996)

menyatakan

bahawa

penggunaan

komputer

dalam

bidang

pendidikan membawa satu reformasi serta perkembangan baharu dalam bidang


pendidikan. Maka ini bermaksud bidang pendidikan juga berkembang seiring
dengan perkembangan ICT dan guru haruslah menggunakannya.
3.0

Kemudahan ICT di sekolah

Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam


pengajaran dan pembelajaran memerlukan guru yang bersedia dan fleksible
dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan
matapelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer
belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam
pengajaran

dan

pembelajaran.

Oleh

itu,

elemen

yang

penting

dalam

mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan ialah pemahaman guru terhadap


isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.
Oleh yang demikian, bagi menjayakan proses integrasi teknologi dalam
pendidikan ini, sekolah-sekolah di negara kita ini dibekalkan dengan pelbagai
kemudahan antaranya seperti makmal komputer,bantuan komputer 1 Malaysia
bagi murid-murid yang mempunyai latar belakang keluarga yang susah, pusat
akses internet dan program PPSMI. Semua kemudahan yang diberikan supaya
pendidikan di negara kita ini dapat bersaing dengan negara-negara maju yang
lain di samping menuju cabaran wawasan 2020. Daripada keratan akhbar:
Menurut Timbalan Perdana Menteri lagi,makmal komputer juga dibina di
6633 sekolah. Pusat akses internet sekolah dengan konsep kafe siber
diwujudkan bagi kemudahan murid maklumat di 3029 sekolah di luar Bandar.
Kewujudan makmal-makmal komputer ini member lebih banyak peluang
dan ruang kepada guru untuk mendapatkan bahan-bahan yang sesuai dengan
mudah. Sebagai sebagai seorang pendidikan adalah menjadi suatu keperluan
untuk

sentiasa

mempertingkatkan

ilmu

pengetahuan

selaras

dengan

perkembangan teknologi supaya guru-guru tidak dianggap ketinggalan oleh


murid-muridnya disebabkan jahil teknologi.
Guru yang cemerlang akan berusaha mengakses bahan-bahan daripada
internet untuk dijadikan sebagai bahan tutor dan demontrasi semasa pengajaran
dan pembelajaran. Selain itu, guru bukan sahaja menggunakan ICT dalam
pengajaran

dan

pembelajaran

semata-mata

malah

guru

juga

boleh

menggunakan kemudahan ICT ini bagi urusan-urusan lain seperti mengisi data
(key in) atas talian, penggunaan microsoft word untuk membuat soalan
peperiksaan dan sebagainya. Justeru, sebagai guru alaf baru ini, penggunaan ICT
adalah menjadi suatu keperluan dan patut dikuasai dengan baik.

4.0

Faktor yang mempengaruhi guru terhadap penggunaan ICT


Walaupun kerajaan telah menyediakan keperluan ICT di sekolah, namun

tidak semua dikalangan guru yang mahir dalam bidang ICT ini. Dalam proses
penggunaan ICT ini dalam pendidikan, terdapat dua kumpulan guru yang perlu
diambil kira iaitu guru lama (veteran) dan guru baru. Biasanya masalah
kemahiran penggunaan ICT ini berlaku kepada guru lama (veteran). Manakala
bagi guru muda mereka telah didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran
ICT

semasa mengikuti kursus perguruan di institusi masing-masing. Oleh itu,

apa yang kita dapat lihat pada senario di sekolah-sekolah, kita dapati ramai guru
baru dan muda lebih menguasai ICT daripada guru veteran.
Banyak kajian telah dijalankan berkaitan dengan penggunaan ICT dalam
pendidikan di kalangan guru-guru. Oleh itu, terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi tahap penguasaan ICT di kalangan guru-guru antaranya:

4.1

Pengetahuan dan Kemahiran ICT dalam Pendidikan


Minat terhadap ICT
Sikap terhadap ICT
Kemudahan dan Kebolehcapaian ICT di sekolah
Keberkesanan Kendiri Terhadap Penggunan ICT

Pengetahuan dan Kemahiran ICT dalam Pendidikan


Kemahiran

ICT

guru-guru

sebenarnya

mempunyai

kaitan

dengan

pengetahuan dan kemahiran guru tentang komputer. Oleh itu bagi memastikan
aspek pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer berjalan dengan
lancer, satu aspek yang perlu diambil perhatian ialah pengetahuan guru. Ini
kerana tanpa pengetahuan yang baik dan jelas berkenaan dengan komputer
dapat memastikan penggunakan ICT sebagai alat dapat dilaksanakan dengan
baik dan berkesan.
Namun begitu dalam satu kajian Kleiman (2000) telah mendapati bahawa
guru-guru kurang kompeten dalam menggunakan teknologi, terutamanya
komputer.

Walaubagaimanapun,

mereka

masih

berasa

selesa

apabila

mengunakan komputer. Selain itu, internet merupakan salah satu saluran


pengetahuan yang boleh digunakan dalam mendapatkan maklumat dan ideaidea baru. Namun begitu, sekiranya guru-guru tidak mempunyai pengetahuan
tentang pencarian di internet, proses untuk mendapatkan bahan tersebut akan
4

menjadi sulit dan lambat serta kadang kala tergendala. Keadaan ini biasanya
berlaku terutamanya kepada guru-guru yang tinggal di luar bandar.
Selain itu, pengetahuan dan kemahiran yang baik dalam ICT dapat
meningkatkan keyakinan guru semasa mengajar ( Balakhrishnan,2002). Oleh
yang demikian, kemahiran guru-guru juga dapat meningkatkan minat pelajar
untuk menulis, membetul dan mengubahsuai serta lebih berbangga dengan hasil
kerja mereka (Robinson-Stavely & Cooper, 1990). Sebagai seorang guru, kita
perlu mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada peringkat asas dalam
ICT untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan.
Dalam kajian Norizan Ahmad (2003), kebanyakan guru-guru menggunakan
beberapa perisian dalam kerja-kerja sekolah antaranya eperti berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Microsoft word
Microsoft Excel
Microsoft Access
Microsoft Power Point
Perisian yang sedia ada

Reinen & Plomp (1993) mengakui bahawa terdapat perhubungan antara


latihan yang diikuti dengan kemahiran yang dimiliki. Oleh itu, samada kursus
dalam perkhidmatan atau kursus semasa dalam program pendidikan amatlah
berguna untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT guru-guru
terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4.2

Minat Terhadap ICT


Minat guru-guru dalam penguasaan teknologi ICT boleh mewujudkan satu

asas bagi sikap mereka terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Secara
amnya, guru mempunyai sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi
yang baru ini. Sebagai contoh, dengan penggunaan internet dapat menarik
minat guru untuk mendapatkan maklumat dengan mudah. Hal ini merupakan
satu aspek yang positif dalam konteks hubungan antara guru dengan ICT.
Walaubagaimanapun, mungkin terdapat perbezaan pandangan kalangan guru
apabila tinjauan secara lebih spesifik tentang hubungan antara guru dengan ICT
dilakukan.

Jika dilihat secara lebih mendalam, minat guru terhadap ICT perlu
seimbang dengan minat pelajar terhadap ICT. Kemungkinan juga tahap minat
dikalangan pelajar jauh lebih tinggi berbanding dengan tahap minat guru. Oleh
itu, untuk menghadapi pelajar pada zaman ICT ini, guru perlu memupuk minat
terhadap ICT supaya bersesuai dengan perkembangan pelajar-pelajar di sekolah.

4.3

Sikap terhadap ICT


Salah satu sikap yang biasa ditemui di kalangan guru adalah sikap tidak

mahu mengubah diri untuk melakukan perubahan. Kebanyakan guru agak sukar
untuk mengubah gaya pengajaran dan pembelajaran mereka kepada sesuatu
yang baru dan terkini seperti menggunakan ICT dalam pengajaran. Albaugh
(1997) menyatakan bahawa guru-guru biasanya ragu-ragu dengan idea-idea
baru dan terkini kerana mereka merasa selesa dengan apa yang mereka lakukan
selama ini. Hanya apabila mereka yakin bahawa idea-idea dan inovasi baru telah
terbukti dapat meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran
mereka barulah mereka bersedia untuk mengubah cara kerja mereka.

4.4

Kemudahan dan Kebolehcapaian ICT di sekolah


Sekolah-sekolah yang berada di kawasan luar Bandar terutamanya

menghadapi masalah kekurangan komputer dan perisian yang menyebabkan


kebolehcapaian terhadap ICT semakin terbatas. Oleh sebab itu, pengaplikasian
ICT dalam pengajaran menjadi semakin sukar dan terbatas. Keadaan ini lama
kelamaan

akan

memberi

kesan

kepada

minat

dan

sikap

guru

untuk

menggunakan ICT dalam pengajarannya.


Dalam aspek kekurangan dan kelemahan kemudahan, ianya dapat
dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu kekurangan dari segi komputer,
kelemahan pengurusan kemudahan, kualiti yang rendah, perisian yang tidak
sesuai termasuklah kebolehcapaian secara individu guru-guru. Biasanya bilik
komputer di sekolah digunakan untuk mempelajari sesuatu yang memang
memerlukan penggunaan komputer dan hanya boleh digunakan oleh sebilangan
kecil pelajar sahaja dalam satu-satu masa. Justeru

kebiasaannya penggunaan

ICT dalam pengajaran hanya berfokus kepada sesuatu mata pelajaran dan dalam
masa-masa yang tertentu sahaja. Ini sebenarnya tidak sesuai seperti yang
6

dirancangkan iaitu penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran


berjalan setiap masa.
Kajian Preston et al. (2000) mendapati bahawa mutu peralatan ICT yang
rendah boleh mengganggu proses penggunaan ICT dalam pengajaran. Ramai
guru menyatakan komputer yang dibekalkan tidak berkualiti dan ada yang
sebahagiannya sudah ketinggalan zaman. Ini ditambah lagi dengan cepatnya
perkembangan teknologi komputer. Oleh itu, komputer hendaklah dipastikan dari
segi kualiti dan diletakkan di tempat-tempat yang sesuai dan boleh dicapai oleh
semua orang, termasuk guru dan pelajar.
4.5

Keberkesanan Kendiri Terhadap Penggunaan ICT


Konsep keberkesanan kendiri adalah satu kepercayaan tentang kebolehan

seseorang itu dalam mencapai sesuatu objektif atau matlamat. Konsep


keberkesanan kendiri ini lebih menjurus kepada kepada kepercayaan seseorang
itu sama ada benar atau tidak dengan kebolehan atau kemampuannya
melakukan sesuatu perkara. Konsep keberkesanan kendiri ini juga diambil
daripada

teori

keberkesanan

sosial

kognitif

kendiri

ini

Albert

Bandura.

memainkan

Menurut

peranan

yang

Bandura,
penting

sifat
dalam

memotivasikan seseorang (Omrod,2006)


Di dalam konteks penggunaan ICT pula, Delcourt dan Kinzie (1993)
mendapati bahawa untuk menguasai sesuatu teknologi baru, seseorang itu perlu
mempunyai

sikap

yang

positif

terhadapnya,

kendirinya

serta

keyakinannya

terhadap

Campeau

et.al.

(1999)

mendapati

pula

ini

termasuk

penggunaan
bahawa

keberkesanan

teknologi

tersebut.

keberkesanan

kendiri

mempengaruhi penggunaan ICT secara positif. Kajian tersebut menyokong kajian


yang dijalankan oleh Decker (1998) di mana Decker mendapati bahawa peranan
keberkesanan kendiri sering diketepikan dalam menentukan prestasi seseorang
itu menyumbang kejayaan dalam sesebuah organisasi. Decker juga mendapati
bahawa keberkesanan kendiri yang rendah menghalang kemampuan dan
kebolehan individu untuk mempelajari dan menguasai teknologi komputer.

5.0

Tahap penguasaan guru terhadap ICT

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Yahya Othman dan Roselan Baki dari
Universiti Putra Malaysia mengenai aplikasi komputer dalam pengajaran bahasa:
7

Penguasaan Guru dan Kekangan dalam Pelaksanaan

mengikut dapatan

kajiannya mendapati tahap penguasaan komputer adalah seperti jadual

di

bawah.

Jadual Tahap Penguasaan Penggunaan Komputer


Jenis

Min

SP
Baik

Microsoft Word
Microsoft Excel
Microsoft Access
Microsoft Power Point
Multimedia
Pembinaan Laman Web
Internet

2.72
2.31
2.05
2.26
1.94
1.32
2.18

.449
.556
.513
.637
.490
.560
2.19

72.4
35.6
16.1
36.8
9.2
4.6
27.6

Tahap Penguasaan
Sederhan
Lemah
a
27.6
59.8
73.6
52.9
75.9
23.0
64.4

0
4.6
10.3
10.3
14.9
72.4
8.0

Daripada jadual di atas dapat kita huraikan bahawa aplikasi yang paling dikuasai
oleh sempel kajian ialah Microsoft Word (min 2.72;tahap baik 72.4%). Kemudian
kemahiran tahap kedua yang paling dikuasai ialah Microsoft Power Point (2.26;
tahap baik 36.8%).Kemudian kemahiran tahap ketiga paling

yang paling

dikuasai ialah Microsoft Excel (min 2.31; tahap baik 35.6%). Kemudian kemahiran
tahap keempat yang paling dikuasai ialah penggunaan internet (min 2.18; tahap
baik 27.6%). Kemudian kemahiran tahap kelima yang dikuasai ialah microsoft
access (min 2.05; tahap baik 16.1%). Seterusnya diikuti oleh kemahiran
penggunaan multimedia (min 1.94; tahap baik 9.2%). Dan akhir sekali tahap
yang paling lemah ialah pembinaan laman web (min 1.32;4.6%).

6.0

Kebaikan dan kepentingan ICT dalam pendidikan

Kehadiran ICT merupakan anugerah istimewa kepada dunia pendidikan


dan profesion keguruan. Menurut Norhashim (1996) dalam Syed Ismail (2010),
penggunaan ICT dalam bidang pendidikan member kesan besar dan bermakna
terhadap kualiti pembelajaran seperti memudahkan penggunaan pelbagai teknik
pengajaran dan pembelajaran seperti multimedia, simulasi serta membuat
aktiviti kumpulan menerusi aplikasi sistem rangkaiannya.
Selain itu, tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan
adanya teknologi maklumat. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah
perkampungan elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar,
menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluaskan. Penerimaan ilmu
tidak lagi melalui perantaraan antara guru dengan pelajar sahaja, malah
dilakukan dengan menggunakan komputer dalam bilik darjah bukan lagi
disempadani batu bata atau kayu sebaliknya berinteraksi di alam maya.
Di samping itu, ICT dapat membantu pengurus pendidikan dalam
membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya
dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Hakikatnya ICT sangat
membantu dan menolong pengurus sekolah untuk berfungsi dengan lebih cekap,
berkesan,mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik yang melibatkan
maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan
inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang
berkaitan dengan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian
dengan pendapat Laudon dan Laudon (1997) yang menyatakan sistem
maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang
mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat
keputusan, merancang, mengawal dan menganalisis.
7.0

Kesimpulan
Oleh kerana ICT begitu member kesan kepada bidang pendidikan dan

profesion keguruan, maka sebagai seorang guru, kita perlulah menguasai


kemahiran ICT ini dengan baik. Keperluan perkembangan professional guru
dalam ICT haruslah dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Selain itu, sebagai
tenaga pengajar dan agen perubahan di sekolah dan alam pendidikan, para guru
perlu memainkan peranan sebagai pengajar, pembimbing dan inventor yang
positif dan berkesan bagi menjayakan pelaksanaan sistem teknologi maklumat

dan komunikasi di sekolah. Guru-guru mesti membuat persediaan yang rapi baik
dari segi mental, sikap mahupun dari segi fizikal.
Selain itu, sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat
menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan
yang lebih mencabar. Dari semasa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari
jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan
menggunakan teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada
terhadap bahaya dan kesan negative akibat penggunaan yang tidak terkawal.
Walau apa pun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam
pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah
corak pendidikan masa depan dan tingkah laku pelajar semasa menggunakan
teknologi canggih ini. Didikan awal dan penerapan nilai-nilai murni juga penting
untuk melahirkan generasi bermaklumat yang bermoral. Sekiranya didikan nilainilai murni telah ditanam di jiwa pelajar-pelajar, tidak akan berlaku kesalahan
atau jenayah atau jenayah komputer yang membimbangkan generasi akan
datang. Semuanya bermula dengan guru kerana gurulah yang membina generasi
masa hadapan.

10

You might also like