You are on page 1of 71

KEMISKINAN DAN AGIHAN

PENDAPATAN

KEMISKINAN MUTLAK
Kemiskinan yang berasaskan konsep secukup hidup
Ukuran yang digunakan ialah kadar kemiskinan iaitu

peratusan penduduk atau isi rumah yang mempunyai


taraf hidup yang lebih rendah daripada garis
kemiskinan yang ditentukan.
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK): satu tingkat

pendapatan sesebuah isi rumah untuk


membolehkannya menikmati makanan berzat yang
mencukupi (ditakrifkan mengikut kiraan kalori)

CONTINUED
Kejadian kemiskinan: bilangan isi rumah miskin dalam

sesebuah kawasan sama ada negeri atau daerah


berbanding dengan jumlah isi rumah miskin
keseluruhannya.

Kelemahan: tidak mengambil kira sejauh mana

sesebuah isi rumah itu berada di bawah garisan


kemiskinan tidak dapat menunjukkan kemiskinan
yang keterlaluan bagi sebilangan isi rumah

Kelemahan: tidak mengambil kira masalah penting

berhubung dengan agihan makanan dan kemudahan


lain dalam sesebuah isi rumah tidak dapat
menggambarkan kebajikan atau taraf hidup sebenar
bagi orang perseorangan atau sesebuah isi rumah

KEMISKINAN RELATIF
Keadaan yang menerangkan kedudukan relatif

satu satu kumpulan berbanding dengan


kumpulan yang lain dari segi pendapatan
Merangkumi kedua-dua konsep kemiskinan

mutlak dan pendapatan tidak seimbang kerana


mengandungi beberapa aspek daripada
konsep tersebut.
Masalah : sesuatu kumpulan ditakrifkan

sebagai miskin berbanding dengan kedudukan


kumpulan lain dalam masyarakat.

CONTINUED
Batasan : ukuran yang sering digunakan ialah

pendapatan 40% terendah sebagai ukuran


utama berbanding pendapatan 20% tertinggi

Batasan : menganggarkan peratusan isi rumah

atau orang perseorangan yang mempunyai


pendapatan penengah negara

Pengukuran pendapatan tidak seimbang

daripada pengukuran kemiskinan tidak


dapat mengambil kira kesan terhadap paras
kemiskinan sekiranya pendapatan setiap orang
meningkat dengan kadar yang sama.

CIRI-CIRI KEMISKINAN

Kemiskinan mempunyai makna yang berbeza


mengikut keadaan tempatan dengan mengambil kira
pelbagai faktor budaya, sosial dan persepsi berbeza

Beberapa dimensi ketara dari segi:


a.
b.
c.

d.
e.
f.

Kelaparan dan kekurangan bahan makanan


Psikologi : ketiadaan kuasa dan suara, kebergantungan, malu
dan hina
Kekurangan akses kepada infrastruktur : jalan,
pengangkutan, air bersih dan elektrik
Tahap pendidikan dan kesihatan yang lemah
Mudah terancam kepada risiko dan bahaya fizikal, alam
sekitar, ekonomi dan sosial
Aspek gender

CONTINUED
Dalam kepelbagaian faktor dan dimensi kemiskinan,

persoalan pengukuran menjadi isu dan masalah rumit


Ukuran kemiskinan tidak mungkin dapat mencakupi

dan memenuhi kesemua dimensi kemiskinan


Komponen ekonomi : ukuran penting- kemiskinan

diukur dengan menggunakan konsep pendapatan atau


penggunaan isi rumah
Kemiskinan ditakrifkan sebagai kekurangan terhadap

keperluan asas yang diperlukan untuk kelangsungan


hidup kebajikan manusia

CONTINUED..
Dari segi ekonomi: kemiskinan mutlak menentukan jumlah isi

rumah yang tergolong sebagai miskin sebagaimana yang


ditentukan melalui PGK

Kemiskinan: kekurangan pendapatan untuk memenuhi keperluan

sara hidup yang minimum, meliputi keperluan makanan,pakaian,


tempat kediaman, dan keperluan asas termasuk pendidikan,
perubatan, etc..

Malaysia: Golongan miskin: isi rumah yang berpendapatan rendah

daripada separuh PGK yang juga termasuk di bawah konsep


kemiskinan mutlak

Ketermiskinan : keadaan isi rumah tidak berupaya mencapai

sekurang-kurangnya PGK bagi menampung keperluan yang


paling asas dan minimum ( makanan, pakaian dan tempat tinggal )

PENDAPATAN GARIS KEMISKINAN


(PGK)
Petunjuk keadaan kemiskinan mutlak
Sempadan taraf hidup di antara golongan

miskin dan tidak miskin


Angka yang genap dan tetap, tetapi secara

praktisnya angka berubah-ubah mengikut


lokasi, saiz rumah, komposisi perbelanjaan dan
perkhidmatan awam
Jadual 12.1

CONTINUED..
1970: PGK Semenanjung : RM180 (isi rumah

5.4)
1990: PGK Semenanjung : RM370 (isi rumah
5.14)
1999: PGK Semenanjung: RM510
2002: PGK Semenanjung: RM529 (saiz isi
rumah kekal)
Jadual 12.2

CONTINUED..
Wajaran dan komponen PGK
PGK perlu dinilai setiap tahun untuk

diselaraskan dengan kos hidup semasa Indeks


Harga Pengguna
Perlu dibezakan antara bandar dan luar
bandar
Barang- barang dan perkhidmatan perlu dikaji
semula
Mengkaji kesesuaian wajaran dalam
komponen PGK

INDEKS KUALITI HIDUP


Kelemahan PGK : bukan konsep kemiskinan

menyeluruh yang boleh mencerminkan kemiskinan dari


semua dimensi

Indeks Kualiti Hidup Fizikal (PQLI) : indeks komposit

yang menggabungkan maklumat kesampaian dan


penggunaan kemudahan asas (air, elektrik,sekolah,
kesihatan, pengangkutan dan perhubungan)

Indeks Pembangunan Manusia (HDI): menggambarkan

petunjuk pembangunan manusia dengan memberi


tumpuan kepada kadar kematian bayi, kadar celik
huruf, kadar jangka hayat, pendapatan isi rumah dan
kesampaian kepada kemudahan asas

CONTINUED..
Indeks Kemiskinan Manusia (HPI): mengukur penafian

terhadap beberapa elemen pembangunan manusia


melalui petunjuk kesihatan, pendidikan, peratusan
penduduk tanpa ketersampaian kepada perkhidmatan
kesihatan dan air bersih dan peratus kanak-kanak
bawah 5 tahun yang tidak cukup berat
Petunjuk lain disarankan sebagai penggenapan kepada

PGK
Mencerminkan keadaan serba kekurangan keperluan

asas yang dihadapi oleh golongan miskin

CONTINUED..
Kekurangan upaya untuk memenuhi keperluan

asas
Kekurangan keselesaan tempat tinggal
Kekurangan kawalan terhadap sumber-sumber
Tahap kesihatan dan pemakanan kurang
memuaskan
Tahap pendidikan dan pembangunan sumber
manusia yang rendah
Kekurangan akses kepada bekalan air bersih,
elektrik dan sanitasi
Kemudah keterancaman kepada krisis,
kegawatan, jenayah dan kekejaman

TREND KEMISKINAN
Jadual 12.3
Kadar kemiskinan menurun daripada 52.4% (1970)

kepada 16.5% (1990) dan 5.1% (2002)


1970-1990, kadar pengurangan (1.8%), 1990-2002
(0.5%)
Bilangan isi rumah miskin : 574000 (1990) kurang
kepada 267900 (2002)
Meningkat semasa krisis ekonomi : 294400 (1997)
kepada 340100 (1999)

DIMENSI KEMISKINAN
Kemiskinan mengikut strata
- tinggal di luar bandar menjalankan aktiviti

sektor tradisi

- tidak mempunyai akses kepada sumber dan


peralatan seperti tanah,modal dan teknologi.
- mengeluarkan hasil pada paras rendah
dengan produktiviti rendah, tidak mempunyai
kuasa tawar menawar di pasaran

CONTINUED..
Kadar kemiskinan keseluruhan menurun, tetapi

kemiskinan desa masih menjadi masalah utama

Kemiskinan di sektor pertanian, kadar kemiskinan

paling tinggi di kalangan petani padi

Perkembangan ekonomi dan pelaksanaan program

yang khusus ke arah meningkatkan produktiviti dan


taraf hidup orang miskin membantu mengurangkan
kemiskinan

Kemiskinan desa mendorong penghijrahan desa-

bandar, membawa kemiskinan ke bandar

Kemiskinan bandar menjadi isu serius dengan bilangan

isi rumah miskin bandar sebagai peratus jumlah isi


rumah miskin meningkat

CONTINUED..
Kemiskinan mengikut negeri
- kadar pengurangan kemiskinan selari dengan

kadar kemajuan negeri-negeri yang diukur


dengan paras pendapatan per kapita.
- kadar kemiskinan tinggi di negeri-negeri
kurang maju ( Kelantan, Kedah, Sabah,
Sarawak)

- penduduk melayu atau bumiputera bahagian


terbesar daripada penduduk negeri

CONTINUED..
Kemiskinan Mengikut Etnik

- kaum melayu merupakan golongan miskin


yang terbesar
- kadar kemiskinan melayu menurun daripada
64.8% (1970) kepada 20.4% (1990) dan 7.3% (2002)
- kadar kemiskinan kaum Cina menurun
daripada 26% (1970) kepada 5.7% (1990) dan 1.5%
(2002)
- kadar kemiskinan kaum India menurun
daripada 39.2% (1970) kepada 7.5% (1990) dan 1.9%
(2002)

CONTINUED..
Golongan Termiskin

- miskin tegar: merupakan golongan miskin melarat


yang berpendapatan kurang separuh daripada PGK
- golongan 10% terendah dalam agihan pendapatan
- sebelum berakhir DEB kerajaan menumpukan kepada
pembasmian kemiskinan tegar melalui Program
Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) kemiskinan
dikurangkan kepada 2.1% (1995) dan 0.5% ( 2002)
- kemiskinan tegar lebih tinggi di desa berbanding
bandar

CONTINUED..
- PPRT : memberi penekanan kepada projek yang

menjana pendapatan

: menyediakan latihan dan meningkatkan liputan


kemudahan asas untuk golongan termiskin

: Skim Amanah Bumiputera- PPRT: tempoh


penangguhan bayaran balik selama empat tahun bagi
pinjaman tanpa faedah sebanyak RM5000
- FELDA, FELCRA dan RISDA: sebagai agensi

pembangunan tanah utama dan melaksanakan skim


khas untuk membasmi kemiskinan
- bantuan kewangan kepada keluarga yang diketuai
oleh warga tua dan orang kurang upaya

CONTINUED..
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) : menyediakan

pembiayaan kredit mikro kepada keluarga miskin


daripada pinjaman tanpa faedah sebanyak RM300 juta

Sektor swasta dan pelbagai yayasan pembasmian

kemiskinan peringkat negeri turut memainkan peranan


untuk membantu golongan miskin

Mulai 1998, kerajaan menambahkan peruntukan untuk

PPRT dan program lain

Dalam RMK8 (2001-2005) program- program tersebut

disatukan di dalam Skim Pembangunan Kesejahteraan


Rakyat (SPKR) ; menangani isu golongan miskin tegar,
kemiskinan am dan golongan mudah miskin di
kawasan bandar dan desa

PERTUMBUHAN EKONOMI
Ekonomi Malaysia mengalami pertumbuhan

agak pesat sejak merdeka.


Kadar pertumbuhan purata selepas merdeka
(4.1%) dan meningkat kepada 5.0% pada tahun
1961-65
Menurun pada awal 1980-an kerana
kemelesatan ekonomi, berkurangan kepada
5.2% (1981-85)
Era 1990-an, pertumbuhan ekonomi terus pulih
dengan pertumbuhan 8.5%- didorong oleh
permintaan dari luar negara yang kukuh dan
kenaikan permintaan dalam negara

CONTINUED..
Ekonomi Malaysia telah pulih daripada krisis

kewangan Asia dengan mencatat pertumbuhan


ekonomi yang kukuh (1996: 6.1% dan 2000:8.3%)
Kelembapan ekonomi global
Asas makroekonomi negara yang kukuh
Pertumbuhan pada 2002 : dijana oleh sektor
domestik melalui peningkatan penggunaan dan
pelaburan
2003: kadar pertumbuhan 5.3%, dengan
sumbangan daripada pelbagai faktor,
terutamanya permintaan domestik

CONTINUED..
Berdasarkan jangkaan : KDNK negara bertambah

daripada RM115000 juta (1990) kepada RM920000 juta (2020)

Pendapatan per kapita : RM26000 (2020) daripada RM6180

(1990)

Pertumbuhan sektor pertama dijangka berkembang

dengan perlahan

Sektor pembuatan dijangka mencatatkan pertumbuhan

pesat pada tahun 2020 (40%)

Sektor perkhidmatan mengalami perkembangan

walaupun subsektor perkhidmatan kerajaan dijangka


merosot

FAKTOR PERTUMBUHAN EKONOMI


Transformasi ekonomi
melibatkan perubahan ekonomi daripada ekonomi yang

berasaskan pertanian kepada ekonomi yang berasaskan


perindustrian

perlu disebabkan oleh beberapa faktor


Sektor perindustrian diperlukan untuk menjadi jentera

pertumbuhan dan mempelbagaikan eksport negara

Sumbangan sektor perindustrian meningkat dan sektor

pertanian dijangka menurun

Guna tenaga : pertanian (20.0%) perindustrian (23.9%) eksport

barangan pertanian terus menurun dan diganti dengan eksport


barangan pembuatan

CONTINUED..
Pelaburan Swasta Yang Kukuh
Pertumbuhan ekonomi disokong oleh permintaan dalam negeri

yang kukuh dan pertumbuhan ekonomi dunia yang mampan

Pelaburan awam memberi tumpuan kepada penyediaan

infrastruktur lain dan meningkatkan bilangan tenaga manusia


mahir serta memperdalamkan asas Sains dan Teknologi untuk
melengkapkan aktiviti serta menyokong inisiatif sektor swasta

Permintaan swasta menjadi kuasa penggerak pertumbuhan

ekonomi bagi sektor dalam negeri

Pelaburan swasta berkembang pada kadar 19.0% setahun dan

dijangka mencapai 6.7% daripada jumlah pelaburan

2003: pelaburan swasta menguncup 10.8% setahun

CONTINUED..
Infrastruktur yang lengkap
penyediaan kemudahan infrastruktur bagi pengembangan

sektor perindustrian yang menjadi teras pembangunan


ekonomi
Penubuhan institusi-institusi tertentu seperti : MIDA, MIDF,

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri


Kemudahan-kemudahan kredit
Penubuhan kawasan-kawasan perindustrian
Sumber alam semulajadi

CONTINUED..
Krisis kewangan 1997 telah menjejaskan

pelaksanaan beberapa projek infrastruktur


yang besar khususnya yang melibatkan pihak
swasta

RMK7 : penekanan diberikan kepada

peningkatan keupayaan dan aksesibiliti


kawasan kurang maju

RMK8: nilai tambah bagi infrastruktur dan

kemudahan awam meningkat dengan kadar


4.6%

CONTINUED..
Peranan dasar-dasar kerajaan
Kerajaan merangka dasar-dasar bagi menjamin pertumbuhan

ekonomi yang berterusan

Merangka dasar-dasar baru dan membuat pindaan ke atas

dasar-dasar sedia ada seperti Pelan Induk Perindustrian serta


memperbaiki dan memperkemas peraturan-peraturan
pentadbiran yang berkaitan dengan industri

RMK7 : pertumbuhan ekonomi yang pesat kecuali pada tahun 1998


Penguncupan ekonomi berlaku dalam masa yang singkat, 2000

harga stabil dan kadar pengganguran rendah, tahap kemiskinan


dikurangkan dan kualiti hidup ditingkatkan

RMK8 : cabaran yang lebih besar kesan daripada peningkatan

globalisasi dan liberalisasi, teknologi maklumat dan komunikasi


(ICT)

DASAR EKONOMI BARU


Malaysia berusaha untuk memenuhi matlamat

perpaduan negara menerusi strategi serampang dua


mata Dasar Ekonomi Baru (DEB)
DEB bertujuan untuk membasmi kemiskinan tanpa

mengira kaum dan menyusun semula masyarakat


supaya pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi
dan kedudukan kawasan dapat dihapuskan
DEB digubal berikutan peristiwa rusuhan kaum pada

tahun 1969 yang mendedahkan gejala perpecahan kaum


yang nyata dalam masyarakat Malaysia

DASAR EKONOMI BARU


DEB dirangka untuk mencapai matlamat menyeluruh perpaduan negara

dan pembinaan semula sebuah negara menerusi pembasmian kemiskinan


tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat bagi
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi dan
kedudukan kawasan

Sebelum tahun 1971, pembangunan ekonomi tertumpu kepada usaha

penggalakan pertumbuhan ekonomi menerusi pelaburan dalam sektor


pertanian dan infrastruktur dan pembangunan kawasan luar bandar

Tetapi peristiwa 13 Mei 1969 membuktikan bahawa penekanan yang diberi

terhadap pertumbuhan ekonomi semata-mata adalah tidak memadai


untuk mengatasi sepenuhnya masalah-masalah sosioekonomi yang tidak
seimbang

DEB dirangka pada 1970 mengakui usaha pembangunan yang dibuat tanpa

mengambil kira masalah sosioekonomi tidak seimbang antara kumpulan


etnik dan wilayah akan menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang tidak
disertai oleh pengagihan dan boleh menyebabkan masyarakat berpecah
belah

DASAR EKONOMI BARU


Menggambarkan keazaman kerajaan untuk

mewujudkan sebuah negara bersatu padu, adil, stabil


dan progresif
Bertujuan mewujudkan satu susunan sosioekonomi

yang adil bagi rakyat Malaysia meningkatkan


pencapaian mereka menerusi satu sistem yang
membolehkan penglibatan, pengurusan dan
penguasaan mereka secara lebih saksama dalam
proses pembangunan negara
Pelaksanaan dirangka untuk tempoh selama 20 tahun

(1971-1990)

DASAR EKONOMI BARU


I.
II.

III.

IV.

V.

Kadar kemiskinan akan diturunkan daripada 49.3% (1970)


kepada 16.7% (1990), kadar kemiskinan luar bandar akan turun
daripada 58.7%(1970) kepada 23.0% (1990)
Mencapai tahap guna tenaga penuh dengan kadar
pengangguran diturunkan daripada 7.4% kepada tahap guna
tenaga penuh 3.6% (1970-1990) dan matlamat kuantitatif dari segi
pembahagian kaum di tiga sektor utama mengikut jenis
pekerjaan dan kaum
DEB menjangka struktur guna tenaga dalam setiap sektor
ekonomi dan tingkat pekerjaan dalam jangka panjangnya
akan mencapai tingkat yang selaras dengan struktur
penduduk Malaysia di segenap lapangan
Pembahagian pemilikan saham modal dalam syarikat berhad
dirancang berubah daripada nisbah 2.4:34.3:63.3
(bumiputera:bukan bumiputera:asing) pada tahun 1970 kepada
30:40:30 pada tahun 1990
Matlamat dijangka akan dicapai dengan perubahan yang
pesat dalam struktur dan produktiviti dalam bidang ekonomi
yang melibatkan kerajaan dan pihak swasta

DASAR PEMBANGUNAN
NASIONAL (DPbN)

Untuk mencapai pembangunan yang seimbang bagi mewujudkan


masyarakat yang lebih bersatu padu dan adil

Strategi pembangunan digariskan dalam DPbN didasarkan atas empat


prinsip utama
i.

Prinsip pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama penting dalam


memastikan pengagihan kekayaan negara yang adil dan saksama dapat
dicapai

ii.

Pembangunan masyarakat yang seimbang dapat menjamin kestabilan sosial


dan politik yang berterusan

iii.

Pemupukan dan pembentukan masyarakat Malaysia yang mempunyai etika


dan nilai moral yangn tinggi di samping sikap positif adalah penting dalam
usaha mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab, berdaya tahan,
progresif dan penyayang

iv.

Pengurusan sumber asli dan ekologi yang juga pengekalan alam semula jadi
yang menarik dan alam sekitar yang bersih adalah pentng bagi memastikan
pembangunan yang berterusan untuk generasi sekarang dan akan datang

DASAR PEMBANGUNAN
NASIONAL

Kerajaan akan terus melaksanakan dasar-dasar yang akan


membolehkan golongan miskin menikmati faedah yang saksama
daripada pembangunan ekonomi dan yang dapat memperbaiki lagi
agihan pendapatan

DPbN akan mengambil kira faktor-faktor ini :


i.

Dengan kemajuan pesar yang telahpun dicapai dalam


mengurangkan kadar kemiskinan, masalah kemiskinan tidak
lagi sebegitu besar atau serius seperti yang wujud pada
permulaan DEB

ii.

Dengan adanya kemudahan pendidikan dan latihan serta


peluang-peluang pekerjaan yang lebih banyak di dalam sektor
bukan pertanian, golongan miskin akan mengalami mobiliti
sosial dengan lebih pesat dan seterusnya akan dapat mengatasi
masalah kemiskinan

iii.

Selaras dengan perubahan struktur yang berlaku dalam


ekonomi, isi rumah luar bandar akan semakin kurang
bergantung pada sumber pendapatan tradisional seperti kebun
kecil getah, penanaman padi dan penangkapan ikan

DASAR PEMBANGUNAN
NASIONAL

Matlamat pembangunan seimbang yang digariskan


di dalam DPbN adalah berdasarkan pertimbangan
berikut:
i.

Prinsip pertumbuhan dengan pengagihan adalah penting bagi


memastikan pencapaian agihan kekayaan negara secara adil
dan saksama

ii.

Pembangunan masyarakat yang seimbang adalah perlu bagi


menjamin kestabilan politik dan sosial

iii.

Pembentukan sebuah masyarakat yang mempunyai nilai moral


dan etika yang tinggi di samping mempunyai sikap yang positif
adalah penting bagi mewujudkan masyarakat yang
bertanggungjawab, teguh,progresif dan penyayang

iv.

Pengurusan cermat sumber-sumber semulajadi dan ekologi serta


pemeliharaan keindahan alam serta persekitaran yangn bersih
adalah penting untuk meningkatkan kukaliti hidup generasi
masa kini dan akan datang

Matlamat MPPB dalam DPbN


Untuk memperkukuh dan mengembangkan asas keusahawanan serta

kewujudan rangkaian usahawan berdaya maju

Meningkatkan bilangan dan kualiti usahawan bumiputera dalam aktiviti

perniagaan dan industri yang strategik

Penglibatan usahawan Bumiputera dalam pembangunan francais

Skim Modal teroka Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)


Perbadanan Teknologi Malaysia (MTDC)
Program khas usahawan luar bandar
Perluasan liputan program budaya keusahawanan spt : Program

Usahawan Remaja, Tunas Bistari dan Kelab Teknologi Bumiputera

Penglibatan Sektor Swasta

Sokongan dan bantuan kerajaan kepada mereka yang berpotensi

Pembasmian Kemiskinan
Pelaksanaan dasar pembasmian kemiskinan dalam tempoh DEB dan DPbN

menghasilkan kemajuan

Kadar kemiskinan berkurangan daripada 49.3% (1970) kepada 17.1% (1990)

dan 7.2% (2000) dan 5.1% (2002)

Kemiskinan bandar berkurangan daripada 21.3% (1970) kepada 7.5%(1990)

dan 3.1% (2000)

Kemiskinan desa turut berkurangan daripada 58.7% (1970) menjadi 21.8%

(1990) dan 11.2% (2000)

Kadar kemiskinan di Sabah masih tinggi, kadar bertambah daripada 14.3%

(1985) kepada 14.7% (1990) dan berkurangan kepada 6.5% (2000)

Kadar kemiskinan di Sarawak berkurangan daripada 31.9% (1985) kepada

21.0% (1990) dan 0.8% (2000)

AGIHAN PENDAPATAN
Semenanjung Malaysia (1970) : kumpulan 20% tertinggi (55.7%), 40%

pertengahan (32.8%) dan 40% terendah (11.5%)

1990 : bertambah baik : mengikut turutan ( 51.3%), (35.0%) dan (13.8%)

Pekali gini ( ukuran menunjukkan ketidaksamaan agihan

pendapatan dalam sesebuah masyarakat) juga menunjukkan


agihan pendapatan yang lebih baik daripada 0.513 (1970) kepada
0.443 (1999)

Sabah (1979): kumpulan 20% tertinggi (59.5%), 40% pertengahan (31.2%)

dan 40% terendah (9.3%)

Sarawak (1979): Kumpulan 20% tertinggi (55.7%), 40% pertengahan

(33.0%) dan 40% terendah (11.3%)

Pekali gini Sabah: 0.490 (1979) kepada 0.467 (1990)


Pekali Gini Sarawak : 0.501 (1979) kepada 0.465 (1990)

PENYUSUNAN SEMULA
Ekuiti korporat
Alat untuk mencapai matlamat Rangka Rancangan

Jangka Panjang
Rakyat bumiputera harus meningkatkan pemilikan

saham kepada sekurang-kurangnya 30.0% daripada


jumlah milik saham menjelang 1990 di mana 40% untuk
bukan bumiputera dan 30% bagi pemastautin asing
Kadar petumbuhan hakmilik bagi bumiputera

perseorangan dan agensi amanah agak tinggi dalam


tempoh lima tahun permulaan DEB berbanding
rakyat Malaysia yang lain

EKUITI KORPORAT
Tiga perkara penting dalam prestasi

perkembangan ekuiti:

Pecahan hakmilik bagi bumiputera perseorangan

telah melebihi hakmilik agensi amanah sejak awal


80-an
peratusan hakmilik bagi syarikat calon dan syarikat
kawalan tempatan telah bertambah dengan
pesatnya
Walaupun jumlahnya bertambah pecahan bagi
kaum India masih tetap rendah dan tidak berganjak
langsung daripada lebih kurang 1.0% daripada
jumlah hakmilik saham syarikat berhad

EKUITI KORPORAT
Kedua-dua kumpulan bumiputera dan bukan

bumiputera mendapat manfaat daripada peningkatan


modal syarikat berhad memandangkan kesemua
golongan telah berjaya mengikut ketetapan seperti
yang dijangkakan

Pelaksanaan DEB selama 20 tahun menunjukkan

kedudukan ekonomi bumiputera dipertingkatkan dan


pengenalan fungsi ekonomi dengan kaum telah
dikurangkan

Namun penyertaan kaum bukan bumiputera dalam

sektor perkhidmatan awam dan skim tanah baru di


bidang pertanian ketinggalan

1996-2000: usaha meningkatkan hak milik ekuiti korporat

dan penguasaan syarikat oleh Bumiputera diteruskan

Pembentukan Masyarakat Perdagangan dan


Perindustrian Bumiputera (MPPB)
Sebahagian besar usahawan bumiputera masih

bergantung kepada peluang perniagaan yang


diwujudkan oleh kerajaan

Mendapat sebahagian besar daripada keperluan input

mereka daripada sektor swasta

Pengurangan penglibatan kerajaan dalam ekonomi

mengakibatkan kekurangan peluang perniagaan dan


pekerjaan kepada bumiputera

Keseluruhannya, terdapat kemajuan dalam sektor

perniagaan di bawah DEB sejak perlaksanaannya

GUNA TENAGA
Usaha untuk menyusun semula corak guna tenaga bagi

mencerminkan komposisi etnik penduduk negara

Peratusan guna tenaga bumiputera tinggi dalam kebanyakan

sektor kecuali pembinaan dan perdagangan borong dan runcit

Walaupun peratusan guna tenaga Bumiputera adalah lebih

tinggi,namun kadar pengangguran di kalangan Bumiputera


adalah tinggi

RMK7: penyertaan Bumiputera dalam setiap sektor meningkat

namun masih tertumpu dalam kategori pekerjaan peringkat


rendah seperti pengeluaran dan pertanian

Peratusan bumiputera dalam kategori profesional dan teknikal

tinggi, namun di bawah kategori sub profesional serta guru dan


jururawat

Peratusan bumiputera kekal rndah dalam kategori pentadbiran

dan pengurusan

Pertumbuhan Ekonomi dan Pembasmian


Kemiskinan
Dasar dan strategi untuk menangani kemiskinan adalah

berbeza-beza mengikut fasa pembangunan

1950-an dan 1960-an : penekanan diberikan kepada

pertumbuhan untuk membasmi kemiskinan dan


membaiki kualiti hidup

1970-an : menekankan strategi penyediaan kemudahan

asas, meliputi kesihatan, pendidikan dan pemakanan


serta reformasi agraria; dan pembangunan desa
bersepadu

1980-an : penekanan kepada peningkatan kecekapan

sistem saluran bagi program pembasmian kemiskinan

1990-an : penerusan penyelarasan ekonomi dalam

senario globalisasi dan liberalisasi

Pertumbuhan Ekonomi dan


Pembasmian Kemiskinan
Pembasmian kemiskinan agenda penting dalam perancangan

pembangunan ekonomi Malaysia

Jadi, penyelesaian masalah ini memerlukan perancangan jangka panjang,

bukannya ad hoc atau jangka pendek

Hubungan pertumbuhan ekonomi dan pembasmian kemiskinan dapat

dilihat dengan melihat peruntukan perbelanjaan kerajaan

Penekanan terhadap kemiskinan sangat jelas dalam rancangan

pembangunan jangka panjang

Perbelanjaan pembangunan sektor awam sangat besar dalam tempoh

tersebut

Perbelanjaan pembasmian kemiskinan meliputi 24-37% daripada

perbelanjaan pembangunan

Sumbangan positif kepada ekonomi hasil daripada perbelanjaan ini


1971-1995: pertumbuhan purata ekonomi 7.4% dan kadar kemiskinan

berkurangan daripada 49.3% (1970) kepada 11.1% (1995)

PERTUMBUHAN EKONOMI DENGAN


AGIHAN PENDAPATAN
Hipotesis kuznets : tahap awal pembangunan negara, agihan

pendapatan di kalangan penduduknya akan menjadi lebih tidak


setara

Model pembangunan dualis mengandaikan bahawa agihan

pendapatan akan menjadi bertambah baik atau lebih setara


apabila pertumbuhan terus berlaku

Pertumbuhan pada tahap pembangunan akan mengurangkan

jurang pendapatan antara golongan elit yang berada dengan


golongan majoriti penduduk yang kurang berada

Tingkat pendapatan golongan majoriti penduduk akan bertambah

baik

Bentuk perhubungan ini dikenali dengan hipotesis Kuznets

berbentuk U terbalik

PERTUMBUHAN EKONOMI DENGAN


AGIHAN PENDAPATAN
Pendapatan yang tidak seimbang di kalangan kumpulan akan terus

menjadi perhatian

1970: kumpulan 20% tertingngi mempunyai 55.7% daripada jumlah

pendapatan dan berkurangan kepada 50.3% (1987)

1970: kumpulan 40% pertengahan mempunyai 32.9% daripada jumlah

pendapatan dan meningkat kepada 35.2% (1987)

1970: kumpulan 40% terendah mempunyai 11.5% daripada jumlah

pendapatan dan meningkat kepada 14.5% (1987)

Pekali gini : agihan pendapatan yang baik daripada 0.513 (1970) kepada

0.445 (1989)

Min pendapatan isi rumah antara etnik


Nisbah ketidaksamaan antara etnik : menurun, mencerminkan agihan

pendapatan yang semakin baik, tetapi masalah jurang pendapatan dan


ketidaksamaan akan tetap merupakan masalah yang ditangani

DASAR wawasan Negara


(RMK8)
Strategi pengagihan terus memberi penekanan kepada

mengurangkan ketidakseimbangan pendapatan dan


meningkatkan pemilikan berkesan ekuiti korporat Bumiputera
serta bilangan Bumiputera alam pekerjaan berpendapatan tinggi

Usaha membasmi kemiskinan menerusi program yang khusus bagi

menangani kelompok kecil miskin di wilayah yang berbeza terus


dipergiatkan

Langkah diambil bagi memperkukuh MPPB termasuk kelas

menengah Bumiputera menerusi pembanguna usahawan


Bumiputera yang berjaya dan bertaraf dunia

Sektor swasta dan Badan Bukan Kerajaan juga terus digalakkan

memberi sumbangan yang bermakna bagi mencapai objektif


pengagihan

DASAR WAWASAN NEGARA


Menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan

yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar


Pembangunan Nasional dengan objektif utama
mencapai perpaduan nasional
Juga berpandu kepada cabaran strategik Wawasan

2020 yang menyediakan hala tuju kepada Malaysia


untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020
penekanan juga akan diberi kepada membina negara

yang berdaya tahan dan berdaya saing serta


masyarakat yang bersatu padu dan saksama untuk
memastikan perpaduan dan kestabilan sosial

Antara strategi utama bagi mencapai objektif

pengagihan adalah seperti berikut:

Mengorientasi semula program pembasmian kemiskinan


Mempergiat usaha meningkat kualiti hidup terutamanya di luar

bandar
Memperbaiki pengagihan dan mengurangkan
ketidakseimbangan pendapatan antara dan di kalangan etnik,
pendapatan, sektor ekonomi , wilayah dan negeri
Mencapai penyertaan berkesan dan pemilikan ekuiti
bumiputera sekurang-kurangnya 30% menjelang tahun 2010
dalam konteks pertumbuhan ekonomi
Mebangunkan perusahaan Bumiputera yang berdaya tahan
dan mapan
Menyusun semula guna tenaga
Mewujudkan kumpulan berpendapatan pertengahan
Bumiputera yang lebih besar menerusi penekaan khusus
kepada MPPB

PEMBASMIAN KEMISKINAN
Sasaran kadar kemiskinan akan dikurangkan kepada

0.5% pada tahun 2005

Pertumbuhan ekonomi diunjurkan kukuh dan dapat

menjana lebih banyak peluang kepada golongan


miskin untuk membantu mereka keluar dari kemiskinan

Program kemiskinan sedia ada seperti PPRT dipergiat di

bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat


(SPKR)

Pelan Pembangunan Komprehensif Masyarakat Orang

Asli dirangka

Program oleh Badan Bukan Kerajaan (BBK( dan sektor

swasta

PENILAIAN PEMBASMIAN KEMISKINAN


2002: Kajian Separuh Penggal RMK8; kadar kemiskinan

berkurangan daripada 7.5% (1999) kepada 5.1% (2002)

Semua negeri mencatatkan pengurangan kadar

kemiskinan

Kadar kemiskinan luar bandar berkurangan dan

tertinggi di kalangan pekerja pertanian, perhutanan


dan perburuan

Kadar kemiskinan bandar berkurangan hasil daripada

program khusus dan penubuhan Jawatankuasa


Kabinet Kemiskinan Bandar (2001)

Kadar kemiskinan di kalangan etnik: Bumiputera kekal

tinggi

PENILAIAN PEMBASMIAN KEMISKINAN


Kadar ketermiskinan berkurangan

Pelaksanaan SPKR tertumpu kepada projek yang menjana

pendapatan dan usaha memupuk nilai posittif termasuk membina


harga diri dan sifat berdikari di kalangan golongan termiskin

Bantuan oleh AIM dan BBK


Tempoh akhir RMK8 : usaha ditumpukan ke arah mengenalpasti

kumpulan sasar bagi melaksanakan program khusus pembasmian


kemiskinan

Program latihan dan kemahiran


Faedah diberikan kepada golongan miskin dan berpendapatan

rendah

Penyiasatan Perintis bagi mewujudkan peta kemiskinan bandar di

Johor Bahru

PENILAIAN PEMBASMIAN KEMISKINAN


Pelan Pembangunan Komprehensif, Skim

Kredit Mikro Desa


Penglibatan sektor swasta dan Badan

Bukan Kerajaan

PENGAGIHAN PENDAPATAN
Isu ketidakseimbangan pendapatan di antara

kumpulan etnik,pendapatan dan sektor


ekonomi, wilayah dan negeri
Pendapatan dan kualiti hidup penduduk 30%

terbawah
Ketidakseimbangan pendapatan antara

kawasan bandar dengan luar bandar serta


negeri kurang maju dengan lebih maju

PENILAIAN PENGAGIHAN PENDAPATAN


Umumnya, pengagihan pendapatan keseluruhan telah bertambah

baik

Kajian Separuh Penggal RMK8: peratusan isi rumah berpendapatan

rendah berkurangan daripada 33.1% (1999) kepada 25.9% (2002)

Peratusan isi rumah berpendapatan pertengahan juga meningkat


Semua kumpulan etnik mencatatkan peningkatan dalam

pendapatan isi rumah

2002: pendapatan purata isi rumah bumiputera meningkat pada

kadar 6.2% setahun

2002: pendapatan isi rumah luar bandar juga meningkat pada

kadar 0.2%

2002: pendapatan isi rumah bandar turut meningkat pada kadar

0.5%

PENYUSUNAN SEMULA HAK MILIK DAN


PENGUASAAN SEKTOR KORPORAT
Penyertaan berkesan Bumiputera dalam sektor

korporat serta pemilikan ekuiti dan penguasaan ke


atas syarikat sekurang-kurangnya 30% akan
ditingkatkan

Program penswastaan
Pendekatan pro-perniagaan
Skim amanah saham dan Dana Amanah Saham

Nasional (DASN)

Penyertaan usaha niaga Bumiputera dalam sektor

pembuatan dan sektor perkhidmatan yang dinamik


digalakkan

PENYUSUNAN SEMULA HAK MILIK DAN


PENGUASAAN SEKTOR KORPORAT
Peningkatan penyertaan berkesan bumiputera
Penyertaan syarikat Bumiputera dalam industri

perusahaan makanan
Penyertaan syarikat Bumiputera dalam sektor

perkhidmatan
Pembangunan tanah sebagai harta komersil

dan industri

PENILAIAN PENYUSUNAN SEMULA HAK


MILIK KORPORAT
2001-2003: semua kumpulan etnik telah mencatatkan peningkatan dalam hak

milik modal saham sektor korporat

Peratusan hak milik modal saham Bumiputera berkurangan sedikit pada

tahun 2002

2002: pemilikan modal saham kumpulan etnik Cina meningkat daripada 38.9%

kepada 40.9%

Pemilikan ekuiti mengikut sektor


Penubuhan tiga skim baru : Amanah Saham Didik, Amanah Saham Gemilang

(ASG) dan Amanah Saham Nasional 3 (ASN3)

Usaha untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor

pembuatan dan sektor lain ( teknologi maklumat dan komunikasi,


pendidikan, kesihatan)

Langkah untuk meningkatkan penggunaan sumber Bumiputera yang

berpotensi untuk aktiviti komersil

PENILAIAN PENYUSUNAN SEMULA HAK


MILIK KORPORAT
2004-2005: kerajaan mempergiatkan usaha bagi

meningkatkan penyertaan serta pemilikan dan


penguasaan Bumiputera yang berkesan

Agensi Pelaksana

Penerapan nilai dan sikap positif serta program latihan

yang berkenaan

Penyenaraian syarikat di bursa saham


Syarikat Bumiputera digalakkan untuk menyusun

semula perniagaan dan memperkukuh kedudukan


mereka bagi menghadapi cabaran masa depan

PENILAIAN PENYUSUNAN SEMULA HAK


MILIK KORPORAT
Langkah strategik untuk mencapai sasaran

penyusunan semula ekuiti


Peruntukan sekurang-kurangnya 60% daripada

perolehan, kerja kontrak dan projek lain milik


kerajaan kepada usahawan Bumiputera
Pembangunan tanah komersil
Usaha peningkatan hak milik ekuiti India

PENYUSUNAN SEMULA GUNA TENAGA


Tumpuan diberi untuk meningkatkan penyertaan

bumiputera dalam pekerjaan profesional, pengurusan


dan berpendapatan tinggi yang lain

Pendidikan dan latihan

Memenuhi permintaan tenaga kerja berkemahiran

tinggi

Program latihan semula kepada siswazah Bumiputera


Langkah memperbaiki imbangan guna tenaga antara

Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam sektor awam


dan swasta

PENILAIAN PENYUSUNAN SEMULA


GUNA TENAGA
2003: peratusan guna tenaga Bumiputera meningkat kepada 56.5%

Namun masih belum mencapai sasaran yang ditetapkan

berdasarkan komposisi etnik

Kadar pengangguran masih kekal tertinggi dan meningkat kepada

5.9%

Peratusan Bumiputera dalam pekerjaan Pentadbiran dan

Pengurusan

Peratusan Bumiputera dalam lapan pekerjaan profesional terpilih


Pendidikan dan latihan terus dikekalkan bagi mencapai objektif

guna tenaga

2004-2005: kerajaan dan sektor swasta terus melaksanakan program

untuk menyediakan kemahiran dan pengetahuan kepada


siswazah yang menganggur

PEMBANGUNAN MPPB
Agen pelaksanaan akan mewujudkan dasar tamat penyertaan bagi

menentukan jangka masa peserta berada dalam program berpakej


pembangunan MPPB

Usaha mewujudkan kumpulan kelas menengah Bumiputera yang lebih

besar dan makmur diperkemas

Program MPPB sedia ada diperkukuh


Program Pembangunan Francais dan Vendor
Program latihan keusahawanan dipergiat untuk membantu usahawan

Bumiputera lebih berdaya tahan dan berdikari serta bertaraf dunia

Langkah membantu usahawan Bumiputera menggunakan kaedah

pemprosesan dan aplikasi yang berintensifkan pengetahuan dalam


perniagaan

Peningkatan penggunaan ICT dalam pengendalian operasi

Penilaian PEMBANGUNAN MPPB


2001-2003: kemajuan dicapai dalam membangunkan

MPPB yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya


tahan

Pelaksanaan Program berpakej masih lagi diteruskan


Program Pembangunan Vendor: syarikat Bumiputera

dibangunkan sebagai vendor kepada syarikat milik


swasta ( industri automotif,motosikal dan makanan
serta produk lain)

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

memperkenalkan Skim Modal Teroka

Program Mentor, Skim Usahawan Tulen, Skim Kilang

Bimbingan dan Program Pembangunan Usahawan Luar


Bandar

Penilaian PEMBANGUNAN MPPB


Bantuan tidak berpakej atau secara berasingan

oleh kerajaan dan sektor swasta

Dana untuk disalurkan kepada usahawan

Bumiputera dan Bukan Bumiputera

Pakej Strategi Baru : menyediakan peruntukan

tambahan sebanyak RM3.7 bil kepada tabungtabung bantuan dan skim kredit mikro

Program pembangunan vendor dan francais

diperluas

Perbadanan Nasional Berhad (PNS)

Penilaian PEMBANGUNAN MPPB


Bantuan kerajaan bagi memudahkan kemasukan

usahawan Bumiputera dalam sektor perniagaan


Dana-dana akan diselaraskan dan disusun semula
Dana paling asas : disallurkan melalui pelbagai institusi

kewangan menjadi dana rujukan utama kepada


usahawan dan dikategori sebagai Dana Pembangunan
Dana peringkat kedua : Dana Asuhan
Dana peringkat Ketiga: Dana Semaian

KESIMPULAN
Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan

semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan


untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat

Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari

kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan


perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta

Teras RMK8 ( Dasar Wawasan Negara) adalah untuk mengekalkan

pertumbuhan dan daya saing bagi menghadapi perkembangan


globalisasi dan liberalisasi

Pengurusan berhemat ekonomi makro bagi memastikan

penggunaan sumber yang optimum dan cekap serta usaha


memperkukuhkan daya tahan sistem kewangan diperlukan untuk
mengekalkan pertumbuhan

KESIMPULAN
Bagi membolehkan negara membangunkan ekonomi

berasaskan pengetahuan, ekonomi negara perlu


beroperasi pada sempadan pengeluaran yang lebih
tinggi dan mempercepatkan peralihan daripada
pertumbuhan yang didorong oleh input kepada
pertumbuhan didorong oleh produktiviti
Tumpuan akan juga diberi bagi meningkatkan kualiti

hidup melalui penyediaan perkhidmatan sosial yang


lebih baik termasuk kemudahan pendidikan dan
kesihatan, perumahan yang mencukupi dan mampu
dimiliki dan perkhidmatan lain yang berkaitan

You might also like