You are on page 1of 6

BACAAN IKRAR MENTOR

Bahawa kami,
sebagai mentor berikrar
akan memberikan perkhidmatan
membimbing dan membantu mentee
kami dengan penuh tanggungjawab
dan menjaga segala rahsia mentee
berdasarkan etika pementoran
yang telah ditetapkan.

**********************************************

BACAAN IKRAR MENTEE


Bahawa kami
sebagai mentee berikrar
akan menerima tunjuk ajar
dan teguran dengan hati terbuka
dan positif terhadap sebarang
usaha mentor untuk membantu
membimbing meningkatkan potensi diri
ke arah kecemerlangan perkhidmatan kami.

SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM MEGAH (3)


N0. 2 JLN TELUK PANGLIMA GARANG 28/1,
SEKSYEN 28, 40400, SHAH ALAM, SELANGOR

Pada
Hari Isnin
13 Januari 2014

Masa
7.40 pagi -8.40 pagi

Tempat

Dataran Kejat, SKAM(3)

PROGRAM MENTOR MENTEE


1.
Pengenalan
Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu
proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan
seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor
bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan
perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing,
memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahirankemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi
masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing
menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat
dan negara.
2.
Konsep
Membangun sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan
Penyayang
3.
Rasional
3.1 Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi
diri bagi meningkatkan pencapaian sahsiah diri melalui
bimbingan dan panduan daripada mentor
3.2 Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran
dalam memenuhi tuntutan remaja yang sudah pasti
amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan
perhatian bagi membolehkan mereka menikmati
kehidupan dengan lebih optimis dan menyeronokkan.
4.
Objektif
Melalui program ini, murid diharapkan dapat;
4.1 Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling
hormat menghormati antara mentor dan mentee.
4.2 Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai
antara satu sama lain.
4.3 Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil
dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa
mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka.

ATUR CARA PROGRAM


7.40 pagi

Semua guru dan murid


berkumpul di Dataran
Kejat

8.00 pagi

Ucapan alu-aluan oleh


Pengacara Majlis

8.15 pagi

Ucapan oleh Pengerusi


Program
Pn. Nafisah Ismail
GPK HEM SKAM (3)

8.25 pagi

Ucapan Perasmian oleh


En. Abd Aziz b. Hj Md Ali
Guru Besar SKAM (3)

8.30pagi

Majlis Penyerahan Modul


Mentoring

8.35pagi

Ikrar Mentor &


Ikrar Mentee

8.40 pagi

Majlis Bersurai

You might also like