You are on page 1of 3

TUGASAN (KES DAN PROJEK)

Setiap kumpulan dikehendaki membuat satu kajian kes dan


satu projek. Pelajar diminta memaklumkan kepada pensyarah
topik yang dipilih untuk kedua-dua tugasan sebelum
menghantar laporan.
TOPIK/ISU-ISU UNTUK PROJEK PELAN PEMASARAN
Berikut ialah isu-isu khusus untuk projek "Pelan Pemasaran". Setiap
kumpulan dikehendaki menyediakan Pelan Pemasaran bagi sebuah
organisasi, dengan mengambilkira dan mengenengahkan isu-isu
berikut. Setiap kumpulan perlu membuat SATU PELAN PEMASARAN
dengan SATU TOPIK berserta isu-isu berkaitan topik.
1. The marketing of a child care centre/kindergarten in your home town
2. Marketing strategies for a brand new toothpaste
3. Strategies of trishaw operators in Melaka
5. A Marketing Plan for a Petrol Kiosk in Klang Valley (or along the major Highways in
Malaysia)
6. Strategies for Changing Consumer Attitudes Towards Healthy Food
7. A Marketing Plan for a High Quality Thai Restaurant
8. A Marketing Strategy of a Cyber Caf in a new town area
9. Marketing strategeis for a new takaful/insurance product or company
in Malaysia
GARIS PANDUAN PROJEK
Secara keseluruhannya, pelajar perlu menyediakan satu pelan
pemasaran untuk setahun atau lima tahun bagi sebuah unit
perniagaan dalam satu organisasi. Melalui topik yang diberi, pelajar
mestilah mengenengahkan beberapa isu pemasaran berkaitan topik
tersebut. Pelan pemasaran yang dibentuk mestilah mengambilkira isuisu tersebut. Pelajar boleh menggunakan maklumat daripada syarikat
sedia ada, atau mewujudkan satu syarikat sendiri (hypothetical
company). Sebarang maklumat syarikat sedia ada mestilah daripada
sumber yang sah dan diberikan rujukan.
Berikut ialah contoh outline satu pelan pemasaran.
1. Executive summary
2. Analysis of the marketing situation
3. Assessment of opportunities and threats
4. Specifications of marketing objectives
5. Formulation of marketing strategies
6. Preparation of action programs and budgets
7. Development of control procedures

KAJIAN KES (buku teks: Marketing Management An Asian


Perspective 3rd edn)
ms 80 Banyan Tree
ms 168 Pillsbury
ms 200 Disney Theme Park
ms 226 Samsung Corporation
ms 265 Mobile One
ms 293 Acer
ms 333 T-Fal
ms 448 Nokia
ms 480 The Mandarin Oriental Hong Kong
ms 517-518 BMW
ms 552-553 Avon
ms 590 Kinokuniya
ms 623 Shangri-La Hotel
ms 674 Virgin Drinks
ms 751 ICI
GARIS PANDUAN KAJIAN KES
Secara keseleruhan, kes yang terdapat di dalam buku teks Marketing
Management An Asian Perspective adalah sangat ringkas. Namun,
isu-isu yang diketengahkan adalah penting dan pelajar mampu
menguji kefahaman dan keupayaan untuk menganalisa persekitaran
pemasaran. Daripada kajian kes, adalah diharapkan pelajar dapat
mengasah bakat dalam membuat keputusan sepertimana yang
seringkali dihadapi oleh pengurus-pengurus pemasaran di dalam dunia
perniagaan sebenar. Pelajar bolehlah menggunakan soalan-soalan
yang disertakan dalam kes untuk membantu pelajar membuat laporan.
Pelajar dikehendaki menghasilkan laporan kajian kes dalam format
yang professional. Ini termasuklah mengadakan muka surat, table of
content, margin muka surat dan sebagainya. Sebagai contoh, di
bawah ini disertakan outline satu laporan kajian kes.
1.
ringkasan eksekutif (meringkaskan keseluruhan laporan yang
ditulis)
2.
latarbelakang/pengenalan syarikat
3.
persekitaran perniagaan yang dinyatakan dalam kes
4.
isu/masalah pemasaran yang dihadapai oleh syarikat
5.
personel yang akan bertanggungjawab membuat keputusan
menyelesaikan masalah/isu tersebut
6.
analisa persekitaran perniagaan yang dinyatakan

7.
pilihan/alternatif keputusan yang difikirkan sesuai bagi menjawab
persoalan isu/masalah yang dihadapi
8.
keputusan yang dibuat oleh personel yang bertanggungjawab
9.
rasional keputusan tersebut
Adakalanya, terdapat lebih daripada satu isu besar di dalam kes,
manakala, dalam sesetengah kes lain, terdapat hanya satu isu besar
yang perlu dikupas dan dianalisa. Selalunya pelajar boleh mendapat
petunjuk (hint) daripada soalan-soalan yang disertakan pada akhir kes.
Maklumat untuk menganalisa kes boleh ditambah daripada sumber
lain, tetapi hanya maklumat dalam tempoh masa yang berkaitan
dengan kes sahaja.
Di dalam laporan kes, pelajar mestilah memberi sedikit latarbelakang
syarikat (BUKAN sejarah syarikat) dan keadan persekitaran perniagaan
pada masa yang berkaitan dengan kes tersebut.

You might also like