You are on page 1of 9

Friday, July 22, 2005

Konsep Ujian Kecergasan Fizikal


BAB 1
Pengenalan
dan
Konsep Ujian Kecergasan Fizikal.

1. Pengenalan: Definisi Kecergasan Fizikal

a. Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi
dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan dari ancaman penyakit
hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan, dan pelbagai
penyakit otot dan tulang.

b. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk
bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya
tahan, berkemahiran dan sebagainya.

2. Komponen Kecergasan Fizikal

a. Kecergasan fizikal dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:


Kecergasan fizikal yang berasaskan kesihatan; dan
Kecergasan fizikal yang berasaskan perlakuan motor.

Terdapat 11 komponen ujian yang boleh dilaksanakan di dalam ujian kecergasan fizikal
iaitu:

Komponen Kecergasan

Penerangan
a. Kekuatan otot Keupayaan otot menghasilkan tenaga luaran. Pada amnya jumlah berat
diangkat sebagai ukuran tenaga tersebut.

b. Kelembutan Keupayaan untuk menggunakan sendi dan melakukan pergerakan

sepenuhnya.

c. Koordinasi Keupayaan untuk menggunakan deria penglihatan atau sentuhan bersama


deria kinestatik atau otot untuk menghasilkan pergerakan badan pada masa yang sesuai
dan tepat.

d. Imbangan Keupayaan untuk mengawal postur secara tegak sama ada bergerak atau
statik.

e. Ketangkasan Keupayaan mengubah kedudukan badan dengan pantas disamping


mengawal pergerakan.

f. Kuasa Keupayaan melakukan sesuatu pergerakan dengan cepat. Ia merupakan


gabungan kekuatan dan kelajuan.

g. Masa Tindakbalas Masa untuk seseorang bertindak selepas membuat keputusan untuk
melakukan sesuatu.

h. Kelajuan Keupayaan untuk bergerak pantas.

i. Daya tahan otot Keupayaan menggunakan otot tulang rangka secara berterusan tanpa
merasa penat.

j. Daya tahan kardiovaskular Keupayaan untuk melakukan aktiviti fizikal secara


berterusan

k. Komposisi badan Peratusan lemak tubuh badan berbanding dengan tisu-tisu lain
3. Penilaian Ujian Kecergasan Fizikal di Sekolah

a. Konsep

Penilaian kecergasan fizikal ialah satu prosedur atau teknik yang digunakan untuk
menguji tahap kecergasan fizikal murid. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut
peringkat umur, kebolehan murid, serta mengambil kira peralatan dan tempat ujian

dijalankan.

b. Matlamat

Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk


meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.

c. Objektif

Murid dapat:

1. Mengetahui kepentingan kecergasan fizikal.


2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang.
3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal sendiri
4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal sendiri melalui
perancangan aktiviti kecergasan terancang.

d. Persediaan

1. Murid telah berlatih secukupnya sebelum menjalani ujian, khasnya dalam latihan
aerobik.
2. Mesti memanaskan badan sebelum ujian.

BAB 2
Huraian Ujian Kecergasan Fizikal yang akan dijalankan untuk atlet terpilih.
(Objektif, Nama Ujian, Prosedur, Catatan/skor, Limitasi ujian, Peralatan)

Ujian Lompat Jauh Berdiri

Nama Ujian : Lompat Jauh Berdiri

Komponen : Kuasa (Perlakuan Motor)

Objektif : Mengukur kuasa kaki

Prosedur : 1. Murid mesti berdiri di belakang garisan mula


2. Murid mesti bengkokkan kaki dan ayun tangan ke belakang.
3. Lompat ke hadapan menggunakan kedua belah kaki serentak sejauh yang boleh.
4. Tiga percubaan diberi dan jarak terbaik dicatatkan sebagai skor
5. Ukuran diambil dibahagian tumit dari garisan mula.

Pemarkahan : 1. Skor mentah dalam kiraan sentimeter.Murid mesti berdiri di belakang


garisan mula
2. Pengiraan markah secara persentil

Peralatan : Lantai yang rata seperti padang/ petak lompat jauh, Borang Skor, Penanda,
Pita Ukur, Borang Skor.
Limitasi ujian : Ujian ini hanya dijalankan kepada 12 orang atlet lelaki Sekolah
Kebangsaan Felda Cerul yang terpilih sahaja.

Contoh Borang Pemarkahan Ujian Kecergasan


Nama Ujian :
Tarikh :

Bil. Nama Murid Skor Mentah Pencapaian Gred Catatan


1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

Pemarkahan:

25% pertama = Cemerlang


25% kedua = Baik
25% ketiga = Sederhana
25% keempat = Lemah

BAB 3
Laporan Ujian yang telah dijalankan.

(Pentadbiran dan Pengelolaan)

Pentadbiran dan Pengelolaan Ujian

a. Pengenalan: Sekolah Kebangsaan Felda Cerul

Sekolah Kebangsaan Felda Cerul, Kemaman merupakan sekolah yang menyertai secara
aktif Kejohanan Olahraga Sekolah Rendah di Peringkat Daerah Kemaman. Secara
umumnya, pencapaian atlet sekolah ini bolehlah dibanggakan. Pada tahun 2004,
kontinjen ini telah menduduki tempat ketiga secara keseluruhan diperingkat daerah
Kemaman. Manakala tahun ini (2005), kontinjen sekolah ini telah berjaya berada
ditempat kelima.

Sepanjang latihan olahraga pada tahun ini, penulis juga terlibat secara langsung
terhadap latihan yang telah dijalankan. Memang tidak dinafikan bahawa terdapat
kelemahan yang ketara dalam aspek kecergasan atlet kami.

Pada pemerhatian penulis, atlet ini dilihat kekurangan dari segi aspek daya tahan
kardiovaskular, daya tahan otot dan kuasa. Keadaan ini dapat dikesan apabila mereka
kelihatan cepat penat dan kurang berkeupayaan melakukan sesuatu pergerakan dengan
cepat.

b. Komponen kecergasan yang dipilih (kuasa)

Seperti dimaklumi kecergasan fizikal terbahagi kepada dua bahagian iaitu kecergasan
berasaskan kesihatan dan kecergasan berasaskan kemahiran. Daripada dua bahagian ini
terdapat 11 komponen iaitu daya tahan kardiovaskular, kekuatan, daya tahan otot,
kelembutan, komposisi badan, ketangkasan, imbangan, koordinasi, kuasa, kelajuan dan
masa tindakbalas.

Berdasarkan 11 komponen, penulis telah mengambil keputusan untuk memilih


komponen kuasa sebagai komponen ujian yang akan dijalankan kepada atlet terpilih.
Komponen ini dipilih apabila didapati atlet kurang berkeupayaan melakukan sesuatu
pergerakan dengan cepat.

Kuasa merupakan keupayaan melakukan sesuatu pergerakan dengan cepat. Ia


merupakan gabungan kekuatan dan kelajuan. Kuasa otot adalah aplikasi kuasa dalam
satu lingkungan masa yang singkat. Didapati bahawa penilaian yang khusus dan tepat
untuk kekuatan otot, daya tahan otot dan kuasa otot amat sukar diperolehi. Ini kerana
garisan pemisah diantara ketiga-tiga ini amat nipis sekali. Misalnya, bangkit tubi kerap
kali dikaitkan dengan mengukur daya tahan otot tetapi sekiranya hanya sedikit sahaja
ulangan yang dapat dilakukan maka ianya mengukur mengukur kekuatan. Sekiranya
bangkit tubi dilakukan dengan pantas, maka ianya bolehlah digunakan untuk mengukur
kuasa. Namun melalui pembacaan, penulis merumuskan bahawa ujian yang akan
dijalankan inil iaitu lompat jauh berdiri lebih mengukur kuasa.

c. Perlaksanaan Ujian

Selepas berbincang dengan Ketua Jurulatih SKFC, En Syahrine b Arshad, beliau


bersetuju untuk membantu penulis mengadakan ujian kecergasan fizikal kepada atlet
kami. Kami bersetuju untuk mengadakan ujian itu pada 2/5/2005 (Isnin).

Berdasarkan maklumat daripada En Syahrine, beliau mengatakan bahawa beliau pernah


mengadakan ujian ini kepada atlet beliau. Keadaan ini membolehkan saya untuk
membanding keputusan ujian ini dengan keputusan yang telah dibuat dulu.

Terlebih dahulu atlet-atlet dipanggil dan diberi penerangan mengenai ujian yang akan
dijalankan. Selepas taklimat dan tunjuk cara, atlet memanaskan badan dan berlatih
secara bersendirian dengan bimbingan guru. Sebelum itu, semua atlet yang terpilih
untuk ujian ini telah disahkan oleh Ketua Jurulatih tidak mengidapkan penyakit kronik
dan didapati sihat pada waktu ujian. Saya telah memilih tempat ujian di padang sekolah
yang mempunyai rumput yang tebal sedikit supaya atlet dapat melakukan lompatan
tanpa menyakitkan kaki/tumit mereka.

Selepas diperhatikan keadaan murid bersedia, saya menjalankan ujian tersebut dan
hasilnya dilaporkan seperti berikut:
Borang Pemarkahan Ujian Kecergasan
(Sekolah Kebangsaan Felda Cerul, Kemaman)

Nama Ujian : Ujian Lompat Jauh Berdiri

Tarikh : 2/5/2005 (Isnin)


Bil. Nama Murid Skor Mentah Pencapaian Gred Catatan

25% pertama = Cemerlang


25% kedua = Baik
25% ketiga = Sederhana
25% keempat = Lemah
Selepas ujian ini dijalankan atlet diberi rehat dan diberi taklimat mengenai kepentingan
ujian kecergasan kepada diri sendiri. Mereka juga diberitahu bahawa ujian ini hanya
merupakan salah satu ujian kecergasan. Murid digalakkan untuk berlatih dengan guru
mengenai ujian-ujian kecergasan lain dan seterusnya membuatnya secara sendirian,
bersama rakan atau keluarga mereka. Guru akhirnya menerapkan unsur kepekaan
mengenai kecergasan boleh membantu mereka dalam melaksanakan aktiviti harian
tanpa rasa letih dan lesu.

Perbincangan Hasil Ujian:

Hasil daripada ujian didapati atlet yang telah mencatatkan skor tertinggi ialah 190 cm
iaitu Mohd Faezuan b. Saupe. Manakala atlet yang telah mencatatkan skor terendah
ialah 149 cm iaitu Mohd Asrull b. Tamrin. Purata catatan skor 12 orang atlet ini ialah
169.5 cm. Selain itu, didapati bahawa 5/12 orang telah mencatatkan skor lebih daripada
180 cm. Berdasarkan maklumat lisan ketua jurulatih, skor mereka pada kali ini telah
meningkat sedikit berbanding ujian yang dijalankan pada kali pertama. Pada pendapat
penulis, perubahan ini merupakan hasil daripada latihan yang berfasa yang diadakan
pada setiap hari semenjak 3 bulan sebelum ini.

Namun pada pemerhatian penulis, skor mereka ini masih boleh ditingkatkan jika latihan
mengenai kuasa otot dapat dijalankan dan lebih dititikberatkan sepanjang latihan
selepas ini. Latihan olahraga ini akan berterusan dan Pos Ujian untuk ujian kecergasan
ini akan diadakan menjelang sebulan selepas ujian ini diadakan. Oleh demikian atlet ini
telah diingatkan supaya mengekalkan tahap kecergasan bagi mencatatkan skor yang
meningkat secara signifikan pada Pos Ujian nanti.

Kesimpulan:
Hasil daripada ujian ini dapatlah disimpulkan bahawa atlet ini masih berada pada tahap

yang boleh ditingkatkan kecergasan fizikal mereka. Kuasa kaki yang ada pada mereka
adalah antara aset penting untuk berjaya dalam bidang olahraga. Oleh yang demikian,
peningkatan kuasa kaki akan menjadi tumpuan saya dan jurulatih olahraga lain bagi
memastikan mereka ini mencapai tahap kecergasan fizikal optimum pada setiap masa
terutamanya menjelang kejohanan.

BIBLIOGRAFI

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, 2003. Panduan Guru Penilaian Kecergasan


Fizikal Sekolah Rendah. Kuala Terengganu

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, 2003. Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan


Jasmani dan Kesihatan Tahun 1-6. Kuala Terengganu, JPNT

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003. Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum


Bersepadu Sekolah Rendah, Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur, Pusat Perkembangan
Kurikulum.

You might also like