You are on page 1of 6

Ulasan Jurnal dan Artikel

Jurnal 1
Tajuk Artikel

: Keperluan Latihan Dan Kursus Kepada Guru Besar Untuk Peningkatan


Professionalisme

Penulis

: Lokman Mohd Tahir , M. Al Muzammil Yassin dan Chua Lay Kah

Bilangan muka surat : 22 muka surat


Sumber

: Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan

1.0 Pengenalan
Artikel yang ditulis oleh penulis-penulis ini membincangkan keperluan latihan dan kursus
kepada guru besar untuk peningkatkan professionalism daripada perspektif individu dan
kelompok itu sendiri. Penulis-penulis ingin melihat sejauh mana implikasi dan kesesuaian
kursus-kursus yang telah diikuti membantu guru besar dalam pentadbiran sekolah. di samping
itu, kajian ini turut melihat bentuk kursus yang lebih digemari agar guru besar boleh
memaksimumkan pengetahuan yang boleh diserapnya semasa penyertaannya. Metadologi kajian
ini adalah berbentuk kualitatif iaitu menggunakan kaedah temubual.
Terdapat 3 persoalan atau pernyataan masalah yang diketengahkan oleh penulis. Yang pertama
ialah apa jenis-jenis latihan yang diperlukan oleh guru besar berasaskan bidang tugas sebenar
mereka. Yang kedua adakah latihan yang diberikan kepada guru besar dapat menambahbaikan
pengurusan di sekolah. Akhirnya , apakah cadangan-cadangan untuk mempertingkatkan latihan
kepada guru besar. Pada pendapat saya persoalan-persoalan yang ingin dikaji sangat releven
dengan penekanan dan kepentingan pengurusan pihak tertinggi di sekolah iaitu guru besar untuk
mencapai hasil atau impak yang maksimum untuk prestasi sekolah khasnya.
2.0 Sorotan Kajian
Penulis telah memetik sumber-sumber yang menyatakan peranan dan kesan guru besar dalam
menjayakan sesebuah sekolah daripada pelbagai sudut di pengenalannya. Contohnya seperti:

1. McPherson dan Crowson(1987) peranan guru besar meliputi ruang likup yang luas
dan boleh dilentur dalam pelbagai bidang.
2. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(2006-2010) matlamat PIPP adalah untuk
menyediakan akses, meningkatkan ekuiti serta memastikan pendidikan berkualiti
dinikmati oleh semua rakyat Malaysia tidak tercicir daripada arus pembangunan
menjelang 2020.
3. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1999) guru besar perlu berperanan dalam mereka
bentuk, merancang dan melaksanakan program perkembangan tenaga kerja kerana
penglibatan ketua menentukan kejayaan sesuatu program.
4. Travers and Rebore(1995) peranan guru besar meliputi sebagai Pembina iaitu
memberikan bimbingan dan sokongan professional kepada guru-guru , memberikan
panduan professional kepada kaunselor pelajar , mengenalpasti keperluan dan kepakaran
yang dimiliki oleh staff , menyediakan bahan rujukan untuk guru-guru.
5. MacGilchrist(1996) guru besar selaku pemimpin sekolah perlu mengukuhkan tiga
perkara utama iaitu perkembangan professional guru , meningkatkan hubungan atara
semua warga dan panitia dan meningkatkan keadaan di kelas dalam usaha meningkatkan
prestasi sekolah.
6. Ramaiah (1999) peranan guru besar/pemimpin sekolah meliputi peranan yang
pelbagai daripada aspek pengurusan , pentadbiran dan pengajaran.
Jelaslah bahawa daripada pemetikan sumber oleh penulis telah menunjukkan guru besar
memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan prestasi sekolah..
Bagi bahagian latihan, penulis turut memetik beberapa sumber seperti berikut.
1. Mohd Zairi Huisan (2007) Latihan-latihan diberikan kepada mereka lebih peka
dalam melaksanakan tugas mereka.
2. Noe dan Mandy (1996) Guru Besar adalah individu yang bertanggungjawab
menginteraksikan dan menginduksikan pekerja baru dengan pekerjaan sebenar mereka.

3. Gilbert (1998) jawatan pengurus memerlukan individu yang cekap dan terlatih untuk
membimbing guru dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan sekolah.
Daripada petikan-petikan sumber, penulis ingin menonjolkan kepentingan latihan kepada guru
besar untuk melatih organisasi yang diterajuinya. Saya juga bersetuju dengan penulis bahawa kos
untuk mengelola latihan harus dirancang sistematik agar guru besar dapat meningkatkan tahap
kecekapan kendiri dalam pengurusan sekolah. Penulis juga menyatakan guru besar yang cuai dan
tidak cekap akan mengakibatkan kesan dan impak kepada sekolah yang ditadbir.
3. Bentuk dan Prosedur
Bagi metodologi artikel ini, penulis telah menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah temubual.
Penulis memilih enam responden guru besar berdasarkan faktor demografi. Penulis telah
menemubual keenam-enam guru besar dan merekod dan merakam perbualan dengan guru besar.
Selepas itu, penulis telah menulis semula transkrip dan menyerahkan salinan transkrip kepada
guru besar untuk pengesahan. Saya setuju dengan kaedah kualitatif iaitu temubual kerana penulis
dapat

memperolehi

pengalaman

sebenar

responden

berkenaan

keperluan

latihan.

Walaubagaimanapun bagi limitasinya pula, penulis akan dianggap orang asing dan kemungkinan
maklumat yang diberikan kurang lengkap.
Pada pendapat saya, kaedah kajian penulis adalah teliti dan mengikut prosedur yang teratur.
Penulis telah memilih responden yang terdiri pelbagai demografi iaitu umur , jantina dan
pengalaman mentadbir. Ini telah menghasilkan hasil kajian yang lebih bersifat keseluruhan
daripada menjurus kepada satu-satu peringkat demografi sahaja.
4. Hasil Kajian
Penulis telah membahagikan hasil kajiannya kepada dua iaitu jenis-jenis latihan yang diperlukan
dan keperluan latihan atau kursus dalam pengurusan sekolah. pada bahagian pertama, penulis
mendapati guru besar amat memerlukan latihan berbentuk kursus seperti kursus kewangan,
Bahasa Inggeris, pengurusan stress dan pengurusan tatatertib. Segala hasil kajian ini telah
diperolehi daripada analisa ayat yang diperolehi semasa temuduga. Dalam hasil kajian ini juga
penulis telah membincangkan hasil analisanya bersama-sama dengan transkrip temuduganya
untuk dijadikan bahan rujukan.

Hasil dapatan penulis mengenai jenis-jenis latihan diperlukan sangat menarik. Majoriti guru
besar yang ditemuduga amat memerlukan latihan dalam pengurusan kewangan, Bahasa Inggeris ,
pengurusan stress dan pengurusan tatatertib. Tanpa pengetahuan yang kukuh dan latihan yang
mencukupi, responden kajian menyatakan mereka menghadapi masalah dalam pengurusan
kewangan sehingga boleh menyebabkan pelbagai implikasi kepada diri khusunya sekolah
amnya.
Selain itu dalam penguasaan Bahasa Inggeris, penulis mendapati guru besar amat memerlukanya
untuk peningkatan professionalisme dan personaliti mereka. Saya menyokong dengan kenyataan
ini kerana pada masa kini majoriti bahan ilmiah adalah masih dalam Bahasa Inggeris. Jadi
dengan penguasaan Bahasa Inggeris, ini memudahkan guru besar untuk membuat pelbagai
rujukan ilmiah untuk peningkatan pengetahuan mereka.
Penulis turut mengkaji pengurusan stress di kalangan guru besar. Guru besar berpendapat
pengurusan stress penting kerana mereka sering terdedah kepada tekanan daripada semua
peringkat sama ada bawah atau atasan. Ini boleh membantu mereka dalam membuat keputusan
terbaik dalam keadaan sedemikian. Kajian ini telah membuktikan ada sesetengah guru besar
masih kurang mahir dalam pengurusan stress dan ini boleh menjejaskan mereka untuk membuat
keputusan yang tepat. Saya bersetuju dengan hasil ini kerana selalunya pihak pentadiran akan
didatangi dengan pelbagai tekanan daripada bidang kerja dan juga kakitangannya. Dengan
adanya kurusus ini, guru besar boleh belajar bagaimana menghindari stress dan membantu
kakitangannya yang stress lantas dapat meningkatkan prestasi sekolah terutamanya guru besar
yang masih baru.
Bagi bahagian kajian keperluan latihan untuk guru besar, penulis mendapati kursus daripada
Institut Aminuddin Baki dan Jabatan Pelajaran Negeri memang memberikan banyak maanfaat
kepada guru besar. Ini terbukti dengan hampir kesemua responden menyatakan mereka lebih
yakin untuk mengurus dan memimpin sekolah selepas menghadiri latihan. Penulis juga telah
menyatakan Malaysia sangat memerlukan tenaga pekerja yang berprestasi tinggi. Saya turut
setuju dengan pendapat ini kerana negara kita sekarang ingin menuju ke status negara maju
menjelang 2020. Ini hanya dapat tercapai jika kita boleh meningkatkan standard pendidikan di
negara ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai pentadbir, guru besar memainkan peranan yang
sangat penting untuk halatuju pendidikan di negara kita.

5. Cadangan dan Kesimpulan


Berdasarkan hasil dapatan kajian, penulis telah memberikan empat cadangan. Yang pertama
ialah latihan yang perlu diseragamkan dengan kemahiran dan pengetahuan dalam pengurusan
dan pentadbiran organisasi. Yang kedua ialah kursus yang dianjurkan berbentuk bengkel untuk
latihan pratikal. Yang ketiga adalah pengabungjalinan teori dengan bengkel semasa mengadakan
kurus. Saya setuju dengan cadangan ini kerana jika kita hanya duduk dan mendengar sahaja,
kadang-kadang kita mudah lupa dengan apa yang kita dengar. Tetapi dengan adanya aktiviti
berbentuk bengkel, kita dapat mempratikkan apa yang dipelajari dan boleh bertanya jika
mempunyai apa-apa kemuskilan. Yang terakhir ialah untuk membuat penilaian setelah
berakhirnya satu-satu kursus. Bagi saya ini amat membantu kerana dengan adanya penilain,
pihak penganjur boleh mengetahui keberkesanan kursus yang dianjurkan dan membaiki
kelemahan yang ada.
Secara keseluruhan penulis telah menghuraikan dengan baik kajiannya. Ini kerana daripada
pengenalan dan kajian ilmiahnya, beliau telah memberikan rujukan-rujukan yang berkaitan
dengan kajiannya. Namun sedemikian, jikalau penulis dapat mengemukakan kajian-kajian lepas
yang berkaitan, ini akan melengkapkan lagi hasil kajianya.
Untuk kaedah kajiannya, saya amat tertarik kerana penulis memilih kaedah kualitatif iaitu
kaedah temubual. Bagi saya kaedah ini boleh mendapat data yang lebih tepat kerana kita akan
menemuramah responden kita sendiri. Berbanding dengan soal kaji selidik, kadang-kala
responden hanya menjawab sambil lewa dan tidak memberikan jawapan sebenar.
Walaubagaimanapun, saya bercadang setiap guru besar perlu mempunyai satu profail kursus di
mana dalam profail ini ada setiap kompetensi untuk pengurusan dan pentadbiran. Ini penting
kerana dengan adanya profail yang disediakan oleh pihak yang mengadakan kursus, peserta yang
dipilih sesuai ataupun belum mengikuti kursus yang diadakan. Ini dapat menjimatkan masa dan
wang dengan melatih peserta yang belum mengikuti kursus sedemikian.
Untuk pengkaji pada depan, saya cadangkan untuk membuat satu model kognitif untuk
guru besar. Ini boleh membantu dalam menyediakan latihan dan kursus khas bagi guru besar
yang masih baru ataupun yang lama. Dengan adanya model kognitif, pihak yang terlibat boleh

menjadikannya satu rujukan untuk memilih kursus atau latihan yang lebih releven dan berimpak
tinggi untuk guru besar.

You might also like