You are on page 1of 4

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

PROSES MENJANA PELABELAN GURU SECARA ATAS TALIAN SEPTEMBER 2014


MENGGUNAKAN DATA EMIS ONLINE SEMASA
Perhatian : SILA BERI FOKUS KEPADA GURU JAWATAN DALAM NORMA TERLEBIH DAHULU

Berikut dinyatakan langkah-langkah yang perlu diambil oleh semua Guru Data untuk proses
pelabean guru. Fokus kepada Guru Jawatan DALAM NORMA terlebih dahulu. Sila ikut langkah yang
dinyatakan.
LANGKAH 1:
Login EMIS Online seperti biasa, kemudian klik butang PELABELAN GURU -

LANGKAH 2:
Senarai semua guru akan dipaparkan seperti Gambarajah 1. Namun hanya guru bertaraf TPC, TTP,
CBA, dll (guru-guru yang ADA Kelulusan Ikhtisas sahaja ) akan dijana pelabelan.
GAMBARAJAH 1 : SENARAI GURU BERJAWATAN LUAR ATAU DALAM NORMA

LANGKAH 3:
Klik
setiap guru dan ikut arahan hingga berjaya. Setelah proses JANA selesai, sila semak
Tarikh Jana seperti contoh berikut;

LANGKAH 4:
Setelah semua senarai guru dijana, sila LOG OUT dari EMIS Online. Kemudian, log in semula EMIS
Online dan klik menu PELABELAN GURU.
Pada paparan senarai guru, klik pada NAMA guru. Sebagai contoh, dalam kes ini klik nama TAJUL
AKMAL BIN ZABIDI. Semak paparan berikut.

GAMBARAJAH 2 : SYOR LABEL UTAMA (PELABELAN GURU) OLEH SISTEM EMIS ONLINE

1. Rujuk Label Utama ( NOMBOR 1 gambarajah 2 di atas ): LABEL UTAMA (PELABELAN GURU)
yang disyorkan oleh sistem = T102 - Bahasa Inggeris. Label ini dijana mengikut syarat
nombor 2, nombor 3 dan nombor 4 gambarajah di atas. Baca penerangan di bawah.

2. Rujuk Pengkhususan Label 1 (NOMBOR 2 gambarajah 2 di atas) : Sila SEMAK Opsyen 1


IKHTISAS. Dalam contoh ini, guru ini mempunyai ikhtisas Sijil Perguruan Asas Opsyen 1 C17 Pengajian Inggeris seperti gambarajah di bawah. Jadi Pengkhususan Label 1 = Pengajian
Inggeris.

3. Rujuk Mata Pelajaran Utama 1 (NOMBOR 3 gambarajah 2 di atas) : Sila SEMAK Mata
Pelajaran Utama 1 diajar serta Pengalaman Mengajar 1. Dalam contoh ini, guru ini mengajar
Bahasa Inggeris sebagai subjek utama iaitu 16 WAKTU SEMINGGU dan pengalaman selama
15 Tahun seperti gambarajah di bawah.

4. Rujuk Mata Pelajaran Utama 2 ( NOMBOR 4 gambarajah 2 di atas) : Sila SEMAK Mata
Pelajaran Utama 2 iaitu KEDUA TERBANYAK diajar. Dalam contoh ini, guru ini mengajar
Pendidikan Moral 6 waktu seminggu dan berpengalaman selama 1 tahun seperti
gambarajah di bawah.

PERINGATAN :
1. Jika syor label utama (pelabelan guru) meragukan, sila semak data nombor 2, nombor 3
dan nombor 4 diakhiri dengan klik butang jana sekali lagi. Sila laksana perkara ini
sehingga 9 SEPTEMBER 2014 kerana ada ketikanya sistem emis berlaku kesesakan dan
proses jana terganggu. Sistem jana ini juga masih dalam proses penambahbaikan.
2. JANGAN SESEKALI ubah data untuk kepentingan peribadi. Data yang dikey-in dalam EMIS
Online hendaklah DATA SEBENAR. Tindakan tatatertib boleh diambil kepada manamana pihak yang gagal mematuhi proses jana ini.
3. Guru yang berpindah masuk dari SELANGOR hendaklah dikekalkan LABEL kerana mereka
telah dilabelkan oleh BPG, KPM mulai Oktober 2013. Sila rujuk guru-guru ini terlebih
dahulu. Label mereka akan hilang jika diberi mengajar mata pelajaran tidak seperti yang
diajar semasa di Selangor. Kerjasama semua pihak MEMATUHI HASRAT NBOS KPM
(Teachers Option Mismatch Reduction in teachers option mismatch) sangat
diperlukan.
SILA HUBUNGI UNIT ICT PPD MASING-MASING UNTUK SEBARANG PERTANYAAN ATAU
MASALAH AGAR MASALAH TUAN/PUAN DAPAT DIKUMPUL OLEH UNIT ICT, PPD ANDA.

Unit Pengurusan Maklumat,


Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)
JPN Perak

You might also like