You are on page 1of 13

Manual SPS untuk Pentadbir Sistem SPS

1- Taip URL SPS sekolah. Log in.


2- Sila tukar nama pengguna kepada KODSEKOLAH.
3- Sila tukar kata laluan kepada no IC pentadbir sistem.
4- Enter.
5- Paparan ini akan terpapar.

6- Klik pada Pentadbir Sekolah

7- Paparan akan bertukar seperti di bawah.

8- Pilih Modul Pengurusan Pentadbir Sistem > Selenggara Pengguna Sistem.

9- Ini akan terpapar > pilih Tambah Pengguna Baru

10- Ini akan terpapar >

11- Isikan ruangan yang bertanda

* sahaja.

12- Untuk ruangan Maklumat Pengisian > Nama Pengguna , kata laluan & Sahkan kata laluan sila
gunakan IC pengguna tersebut.
13- Klik ruangan Aktif.
14- Pada ruangan Kumpulan > pilih System Administrator , klik pada tanda >>
dan Teacher Group, Klik pada tanda >>.
15- Kemudian klik Simpan.

16- Kemudian paparan akan menjadi kosong. Bermakna maklumat tadi telah disimpan dan paparan
kosong itu perlu dimasukkan nama guru yang lain. Ianya perlu diulang sehingga kesemua
maklumat guru yang bertugas di sekolah telah didaftarkan oleh pentadbir sistem.
17- Apabila selesai, klik pada tab Sistem Pengurusan Sekolah semula.

18- Selesai untuk pentadbir sistem mengisi.


##################################
19- Kemudian pentadbir sistem minta semua guru membuka URL sps sekolah.
20- Minta guru Log in menggunakan no ic dan kata laluan no ic.
21- Apabila berjaya, terpulang kepada pentadbir sistem untuk meminta guru menukar atau tidak
kata laluan.

22- Kemudian klik hantar.


23- Ini akan terpapar. Log in semula.

24- Nama pengguna akan terpapar.

25- Kemudian klik pada Pentadbir Sekolah.

26- Pilih Modul Pengurusan Staf > Selenggara Maklumat Staf.

27- Klik tab Tambah.

28- Klik pada tab Sila Pilih.

29- Satu window kecil akan terpapar.

30- Klik pada ruangan Pilih Kumpulan > Teacher Group > Klik Carian.

31- Minta guru tandakan pada ruangan untuk memilih namanya sendiri. Contoh Kasim Bin Baba.

32- Kemudian klik Pilih pada ruang atas.

33- Namanya akan keluar. Pentadbir Sistem perlu meminta guru tersebut mengisi ruangan yang
disediakan. Manakala bagi ruangan Kod Nama, guru diminta masukkan 6 huruf namanya.
Contoh : Kasim Bin Baba Kod Nama : KASIMB
Bagi ruangan pilihan Kebenaran Kumpulan > Kebenaran > pilih guru

34- Pada ruangan di bawah sekali, pilih simpan dan sambung. Buat pengisian sehingga selesai.

35- Selesai.
36- Setelah selesai diminta GICT / GPB (Pentadbir Sistem) memaklumkan kepada PKG Kg Pandan
melalui E-Mail.
Sekian Terima Kasih.

You might also like