INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
TUGASAN PROJEK
TAJUK PROGRAM : PPG (semester 6) NAMA GURU PELATIH :
TAJUK KURSUS : Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KOD KURSUS : BMM 3033E SEMESTER : 2/2014
TARIKH MULA 16 OGOS 2014 TARIKH HANTAR 27 SEPTEMBER 2014
A. Hasil Pembelajaran Kursus
1. Menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian. 2. Menjelaskan taksonomi Bloom, dan domain Krathwohl. 3. Membina jadual spesifikasi ujian, soalan ujian Bahasa Melayu dan analisis item; 4. Merancang dan membina instrumen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mata pelajaran Bahasa Melayu; 5. Mengaplikasi kaedah penilaian kemahiran bahasa dan sistem bahasa Melayu
Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2, 3, 4 dan 5
B. Objektif Projek
1. Menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian dalam bentuk grafik. 2. Menjelaskan taksonomi Bloom, dan domain Krathwohl dalam pentaksiran bahasa Melayu Sekolah Rendah. 3. Membuat ulasan kritis soalan Bahasa Melayu tahun 5.
C. Tugasan Projek (100%)
Pentaksiran dan penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran, bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar.
1. Berdasarkan pernyataan di atas, buat pembacaan dan kumpulkan maklumat berkaitan dengan tajuk berikut dalam bentuk nota pengurusan grafik, (30%)
a Konsep pentaksiran, pengujian, penilaian b Taksonomi Bloom, dan domain Krathwohl c Jadual Spesifikasi Ujian d Jenis Penilaian Bahasa e Pembinaan Ujian f Kaedah Penilaian Bahasa g Penilaian Kemahiran Bahasa h Penilaian Aktiviti Bahasa i Penilaian Bahasa Berasaskan Projek j Penilaian Berasaskan Sekolah k Penilaian Pengalaman Pembelajaran
2. Buat ulasan secara kritis 20 soalan objektif Bahasa Melayu tahun 5 yang diterbitkan oleh mana- mana syarikat penerbitan buku yang terdapat di pasaran. (70%)
Analisis perlu merangkumi: i. Jenis soalan ii. Aras soalan iii. Komponen soalan (stimulus, stem, pilihan jawapan dan pengganggu) iv. Cadangan penambahbaikan terhadap soalan. Sumber dan soalan yang dipilih perlu dilampirkan.
Bahagian D : Panduan Pelaksanaan Projek
1. Tugasan ini adalah tugasan individu. 2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat. 3. Gunakan maklumat yang dikumpul sebagai bahagian utama isi tugasan taksiran kumpulan. 4. Maklumat boleh dipaparkan dalam sebarang bentuk visual (grafik). 5. Format penulisan tugasan adalah seperti berkut : i. Fon Arial ii. Saiz huruf ialah 11 iii. Langkau satu setengah baris iv. Rujukan mengikut format APA v. Lampiran 7. Amalan plagiat tidak dibenarkan 8. Tugasan ini membawa markah 100% ( wajaran 70%)
Bahagian E : Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci 2. Bukti bahan-bahan dan citation yang dapat menyokong hujah anda hendaklah dibuktikan. 3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah. 4. Format dan isi laporan perlu jelas dan koheren. 5. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut :
a. Pemahaman yang mendalam berkaitan Konsep pentaksiran, pengujian, penilaian,Taksonomi Bloom,domain Krathwohl,Penilaian Bahasa,Kaedah Penilaian Bahasa, Penilaian Kemahiran Bahasa,Penilaian Aktiviti Bahasa,Penilaian Pengalaman Pembelajaran,Penilaian Bahasa Berasaskan Projek, Penilaian Berasaskan Sekolah dan Penilaian Pengalaman Pembelajaran
6. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal dan 2 bahan bercetak yang lain)
Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh
___________________ ____________________
(RODIAH BINTI AHMAD) ( FIHAT BIN SALLEH ) Penyelaras BMM3033E Pakar Bidang (SME) Linguistik Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Jabatan Pengajian Melayu PPG Amb. Februari 2014 IPGKSAH
Disahkan oleh,
__________________________ (IBRAHIM BIN BAKAR) Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Sultan Abdul Halim, 08000 Sungai Petani, Kedah Tarikh: