You are on page 1of 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

PENTAKSIRAN KERJA KURSUS


(Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan rubrik Pemarkahan)

Kod dan Nama Kursus
PKP3183 ASAS MENGENAL
NOMBOR UNTUK GURU
PEMULIHAN

Tempoh Masa : 4 minggu Tarikh Mula: 16 OGOS 2014

Tarikh Hantar : 13 SEPT 2014
Program: PPG

Semester / Tahun : Semester 6 / 2014


Ambilan : Febuari 2012
Kumpulan PPG Feb2012 PKP6T (Kohot 2)

Disediakan Oleh: EN. AZMI BIN ABU BAKAR

Disahkan Oleh:
Penyelaras Kursus
Ketua Jabatan

Nama dan Tandatangan






Tarikh:
13 OGOS 2014

14 OGOS 2014













(A) Hasil Pembelajaran:
1. Menjelaskan konsep-konsep nombor dan operasinya.

2. Membanding beza sistem pengangkaan purba dengan sistem pengangkaan Hindu-Arab.

3. Menghubungkaitkan nombor dengan kehidupan harian.

4. Mengaplikasi pengetahuan ciri-ciri nombor untuk mereka bentuk aktiviti pembelajaran
berkaitan nombor.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 3 dan 4

(B) Objektif Tugasan Kerja Kursus:
1. Pelajar mendapatkan dan mengumpul bahan-bahan yang berkaitan aktiviti rekreasi nombor
yang sesuai dilaksanakan dalam bilik darjah mengikut topik-topik yang ada dalam Huraian
Sukatan Pelajaran Matematik Pemulihan.








PROGRAM : PPG AMBILAN FEB. 2012 NAMA GURU PELATIH :
KURSUS : ASAS MENGENAL NOMBOR
BAGI GURU PEMULIHAN
KHAS

KOD KURSUS : PKP3183


SEMESTER : 6
TARIKH MULA : 16 OGOS 2014 TARIKH HANTAR : 13 SEPT 2014
JADUAL PENENTUAN TUGASAN (JPT) KERJA KURSUS
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


(C) Struktur Pentaksiran Kursus
Aktiviti Pentaksiran
Pemberatan /
Wajaran

Permainan matematik, kuiz matematik, petak ajaib dan sebagainya dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat menambah dan mempertingkatkan
minat, motivasi dan keseronokan belajar matematik. Semua bentuk rekreasi
di atas dinamakan rekreasi nombor. Ianya bukan hanya berguna dalam
sesebuah kelas tetapi juga boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Rekreasi nombor adalah aktiviti matematik yang menyeronokkan dan tidak
membebankan fikiran. Rekreasi nombor ini telah wujud sejak dahulu dan
berterusan sehingga sekarang.

Tugasan Individu (Tugasan 1)

Penulisan Esei

a) Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan secara kritikal mengenai
peranan rekreasi nombor dalam proses pembelajaran dan kehidupan
harian murid-murid sekolah.

Jelaskan contoh-contoh rekreasi nombor yang pernah anda gunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran beserta dengan peraturan
dan prosedur penggunaannya.

. Perbincangan anda perlu bersandarkan kepada teori-teori
pembelajaran yang sesuai.


Tugasan Kumpulan (Tugasan 2)

Secara kumpulan bertiga atau berempat, anda dikehendaki mendapatkan
TIGA (3) contoh rekreasi nombor, maklumat prosedur penggunaan dan
peraturan dan membentangkan maklumat tersebut dalam bentuk
persembahan Powerpoint. Bincangkan implikasi penggunaan rekreasi
nombor yang dipilih dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Sedia tugasan anda dalam bentuk soft copy dan hard copy .






















70%















30%

Jumlah 100%

(D) Arahan Pelaksanaan Kerja Kursus

1. Tugasan ini adalah merangkumi aspek aktiviti secara individu dan berkumpulan.
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat.
3. Anda boleh memaparkan laporan dalam pelbagai bentuk pengurusan grafik seperti jadual,
graf, gambar dan sebagainya.
4. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :
i. Fon Arial
ii. Saiz huruf 11
iii. Langkau satu setengah baris
iv. Rujukan mengikut format APA
v. Lampiran

5. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
6. Panjang tugasan bertulis bagi kerja kursus individu (Tugasan 1) lebih kurang 7 muka surat
manakala tugasan berkumpulan (Tugasan 2) lebih kurang 5 muka surat.
7. Bilangan ahli dalam tugasan kumpulan antara 3 hingga 4 orang.


(E) Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut :

1. Laporan dan tugasan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut :
a. Pelajar dikehendaki mengulas, mengkritik secara bernas, kritikal serta menyatakan
pendapat dan pendirian terhadap tajuk tugasan yang telah dijalankan.
b. Rumusan / cadangan

3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah
dikemukakan.
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan
ilmiah.
5. Format dan organisasi laporan dan tugasan perlu jelas dan tepat.
6. Penulisan laporan dan esei harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah
dalam menterjemah maklumat secara analitikal.


(F) Kriteria Pentaksiran
1. Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pentaksiran yang disediakan (Lampiran).



Tugasan disediakan oleh Disemak oleh




......................................... ...........................................
(AZMI BIN ABU BAKAR) (EN VELLOO RAGAVAN)
Pakar Bidang (SME)
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
08000 Sungai Petani.



Disahkan oleh :



.................................................................
(EN MOHD ROSLAN BIN ABD RAZAK)
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
08000 Sungai Petani.

You might also like