You are on page 1of 27

GLOBALISASI PENDIDIKAN

Adanya Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), ilmu dapat


diperoleh dengan tidak terbatas dalam bangku sekolah sahaja, tetapi
dapat berlaku pada peringkat antarabangsa melalui internet.
Perjanjian Perkhidmatan Pendidikan GATS (general Agreement on
Trade and Services : 1999) yang telah ditandatangani oleh
kebanyakan negara maju, bersetuju menghapuskan pendemokrasian
pendidikan dan
Membuka peluang untuk pertukaran pakar pendidikan, penubuhan
institusi pendidikan dan institusi pendidikan,serta..
Mengiktirafkan sijil-sijil dari semua peringkat persekolahan dan
institusi pendidikan tinggi di antara anggota-anggota.
MAKNA
GLOBALISASI
Merentasi sempadan dan
media
PROF MICHAEL GIBBONS SAMB.
Setiausaha Agong persatuan Universiti Komonwel
(ACU)


Proses berterusan
dalam perindustrian
pendidikan telah berlaku
sejak lama dahulu.
Globalisasi
Proses perubahan untuk
amalan dan
pelaksanaan pengajaran
yang berkualiti.
Globalisasi
pendidikan
Ia menggalakkan penyelidikan untuk pengajaran dan
pembelajaran dalam bidang methodologi, psikologi serta
pengujian dan penilaian.

Beliau menegaskan ; globalisasi bukan membawa
budaya homegeniti, tetapi menjana diversiti.

Globalisasi membawa tekanan kepada guru supaya
berubah dari stail pengajaran lama kepada yang baru,
mengikut hasil dapatan penyelidikan yang terkini.
Fungsi Utama Globalisasi Pendidikan
Menghasilkan sumber-sumber yang diperlukan untuk
pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.
Proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan
pengalaman seseorang.

Malaysia mengambil beberapa langkah positif untuk
menghadapi cabaran globalisasi pendidikan:
Menubuhkan Multimedia Super Corridor(MSC).
Mengembangkan sekolah-sekolah bestari.

Mereformasikan kurikulum sekolah; menukar bahasa
pengantar kepada Bahasa Inggeris dalam pembelajaran
dan pengajaran Matematik dan Sains.

Memberi peluang untuk penubuhan kolej-universiti
swasta dalam negeri (penswastaan pendidikan tinggi).

IMPLIKASI GLOBALISASI PENDIDIKAN
TERHADAP GURU
Dalam alaf baru, guru hendaklah bersifat dinamik.
Guru dinamik adalah guru yang sentiasa responsif
dan berupaya menyesuaikan diri untuk menghadapi
perubahan dari masa ke masa.
Guru dinamik sahaja dapat mengatasi cabaran
baru yang sering timbul.

Hanya sekolah dinamik berkebolehan memainkan
peranannya dengan berkesan demi memenuhi aspirasi
dan kehendak individu, masyarakat dan negara.

Guru pada asasnya :
* Mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata
pelajaran yang hendak diajarnya.
* Mengetahui dan menguasai kaedah dalam
pengajarannya.
* Mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta
dicontohi oleh pelajar.




Kebanyakan kualiti kecekapan dan sahsiah serta
kecerdasan emosi guru adalah hasil daripada
latihan yang membolehkan seseorang guru
menguruskan pengajarannya dengan berkesan.


Latihan ini termasuklah kefahaman terhadap sifat
kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta
teori penyampaian pelajaran.

Peranan guru yang lain :
Diharapkan menjadi pengganti ibu bapa.
Penasihat dan pembimbing dalam pembentukan
sahsiah pelajar.
Menjadi kaunselor kepada mereka.
Menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang
elok seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik
dalam masyarakat.
Agen pembaharuan bagi masyarakatnya.

Guru sentiasa berusaha menanam sikap, nilai dan ilmu
pengetahuan kepada generasi baru mengikut matlamat
pendidikan negara serta nilai dan kehendak masyarakat.

Di bawah konteks profesionalisme keguruan,
pengetahuan yang diperolehi, kemahiran dan kefahaman
tugas dan tanggungjawab serta sikap seseorang guru
merupakan faktor faktor penentu yang penting.


Meningkatkan mutu perkhidmatan :
* ilmu pengetahuan yang lengkap serta mendalam.
* menguasai kemahiran mengajar.
* kefahaman terhadap tugas dan tanggungjawab
diamanahkan.
* sikap positif terhadap pekerjaanya.
( Ciri ciri profesionalisme keguruan alaf baru)





























CIRI CIRI GURU DALAM CABARAN
GLOBALISASI PENDIDIKAN
1.Seorang yang beriltizam
Keterlibatan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh
dengan tanggungjawab dalam pelaksanaan tugasnya
sebagai pendidik di sekolah.

2.Guru yang berorientasikan maklumat
Bersungguh-sungguh mengejar maklumat-maklumat baru
yang berkaitan dengan pendidikan melalui sebarang media.

3.Guru yang berwawasan
Berpandangan jauh dan mempunyai visi yang berkaitan
dengan perkembangan pendidikan, demi mencapai
kecemerlangan pendidikan negara dalam alaf baru.
4.Guru perlu berpandangan global
Melihat perspektif pendidikan bukan lagi terhad dalam negeri
tetapi juga secara global, agar berjaya menangkis cabaran
pendidikan yang berlaku dalam proses globalisasi yang kian
meningkat.

Perubahan kurikulum yang mendadak; pertukaran bahasa
Melayu kepada bahasa Inggeris bagi matapelajaran
Matematik dan Sains mulai dari 2003 (salah satu usaha
menghadapi proses globalisasi dalam pendidikan).
5.Guru yang berpandangan positif
Memperlihat reformasi dan inovasi pendidikan serta
perubahan kurikulum dalam perspektif positif atau yang
boleh mendatangkan manfaat kepada diri, pelajar,
masyarakat dan negara.

Ciri berpandangan positif dalam kualiti profesion
keguruan:
Peka kepada perubahan.
Sedar tentang keperluan negara.
Bersikap positif terhadap pembelajaran.
Mempunyai inovasi dalam tugas.
6. Berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri
dalam reformasi, inovasi dan perubahan pendidikan.

Hendaklah menguasai kemahiran belajar untuk melengkapkan
diri dengan ilmu kemahiran dan ilmu pengetahuan.
Menyesuaikan diri dalam peranan dan tugas baru dari semasa
ke semasa serta dalam persekitaran sosial.

CIRI FLEKSIBEL DAN MUDAH MENYESUAIKAN DIRI
DALAM PERSEKITARAN SOSIAL:
Mempunyai inovasi dalam perhubungan sosial
Berperkerti mulia
Mudah suaikan diri
Berdaya kepimpinan
Kesedaran terhadap persekitaran
Mengamalkan sikap toleransi
7. Mahir dalam teknologi pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran
(p&p) :

Membawa reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai
bidang pendidikan khasnya dalam teknologi pendidikan, teori
pendidikan, teori pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah,
sistem pentabiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru.

Perkembangan sekolah bestari dalam alaf aliran dan
perkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam
reformasi pendidikan di Malaysia, berikut diakui bahawa sekolah
bestari merupakan sekolah yang satu-satunya dapat melahirkan
pelajar-prlajar yang cerdik dan berpengetahuan dan dijangka
akan cukup mampu bersaing menghadapi cabaran wawasan
negara.

Bagi menentukan kejayaan pencapaian matlamat sekolah
bestari, guru bestari hendaklah melengkapkan diri dengan
kemahiran penggunaan komputer dan alat teknologi terkini
serta pedagogi baru untuk mengahdapi cabaran di sekolah
bestari.

Guru bestari bukan sahaja melaksanakan tugas mengajar
sahaja dan memberi limu pengetahuan tetapi berperanan
mendidik pelajar mengikut matlamat wawasan 2020 yakni
melahirkan teknokrat-teknokrat yang bertaraf dunia serta
bermoral di samping membentuk generasi cemerlang yang
mempunyai daya kreativiti dan daya saing seterusnya
menjadikan Malaysia sebuah pusat kecemerlangan pendidikan
bertaraf dunia.
8. Membuat refleksi melalui penyelidikan tindakan
Amat penting untuk peningkatan profesionalisme
keguruan.

Guru dapat menggunakan teori pengajaran dan
pembelajaran untuk menilai kebaikan dan
kelemahan pengajaran serta pembelajaran lalu
membaiki dan mengubahsuai rancangan kaedah
dan teknik mengajar ke arah meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah apabila menggunakan proses refleksi.
9. Merebut peluang pendidikan terbuka (open education)
Pendidikan terbuka boleh diertikan sebagai pendidikan
masyarakat atau aktiviti pendidikan di luar sekolah.

Pendidikan jenis ini tidak perlu kelayakan akademik
tinggi untuk didaftarkan sebagai pelajar.

Segala aktiviti pendidikan boleh dijalankan di tempat-
tempat bekerja atau dikelolakan oleh kerajaan, badan
badan berkanun atau pihak swasta di kebanyakan
negara-negara maju.
Di antaranya ialah :
Pendidikan jarak jauh
Pendidikan universiti virtual
Pendidikan universiti terbuka


o Pada tahun 2000, Malaysia telah menubuhkan sebuah
universiti terbuka (UNITEM) dan sebuah universiti
virtual (UNITAR).
o Kedua-duanya ialah universiti swasta yang
menggunakan teknologi terkini termasuk video-
conferencing, internet dan televisyen masing-masing
untuk menyampaikan kuliah.
UNITAR mula dibuka pada Julai 1999 menggunakan
ruang udara RTM 2 untuk menyampaikan kuliah kepada
orang ramai yang mengikuti kursus-kursus ijazah di luar
kampus dalam masa-masa tertentu.

International Medical University (IMU) merancang untuk
menubuhkan Virtual medical University (VMU) yang
membolehkan pelajar mengikuti kursus perubatan melalui
internet.

Pada peringkat antarabangsa, selain universiti terbuka di
UK, Masachusetts Institute Technology (MIT) di Amerika
Syarikat menawarkan 100 kursus pengajian dalam internet
dengan percuma melalui pada bulan September, 2002.

Mengikut Rancangan 10 Tahun pada bulan Mac 2003, MIT
akan menawarkan lagi 250 kursus pengajian diikuti 500
kursus lagi pada bulan September untuk pekerja-pekerja
ilmu antarabangsa yang berminat.


Pemerolehan ilmu pengetahuan pada hari ini tidak lagi
hanya terhad di dalam kawasan sekolah sahaja.
Pendidikan hari ini sememangnya telah merentasi
sempadan media. Ilmu pengetahuan dan kemahiran
dapat diperoleh di sempadan luar sekolah dalam negeri
tetapi juga di luar negeri melalui penggunaan komputer
sebagai media.
10. Mewujudkan hubungan interpersonal secara
sarwajagat untuk menghadapi cabaran globalisasi
pendidikan

Perkembangan kemajuan serta pembangunan negara
Malaysia bergantung kepada kerjasama negara-negara
antarabangsa.

Malaysia sejak awal pembentukannya pernah memainkan
peranannya di arena antarabangsa dalam usaha
menjamin keamanan, keadilan dan kesejahteraan untuk
negara sendiri dan sejagat.

Usaha kerjasama sejagat ini akan terus dipikul oleh
generasi-generasi mendatang.

Sehubungan ini, program pendidikan negara hendaklah
merangkumi aspek sejagat yang boleh melahirkan
warganegara yang berilmu pengetahuan, berketrampilan
dan berakhlak mulia bukan sahaja berupaya berkhidmat
dan memberi sumbangan kepada negara tetapi juga
berupaya memberi jasa ke arah kemajuan, keamanan dan
kestabilan antarabangsa.

Guru hendaklah berusaha mewujudkan hubungan
interpersonal secara sarwajagat ;
Menjalin hubungan dengan pendidik luar negeri
melalui internet atau e-mail.
Menghadiri konferens dan seminar pendidikan
antarabangsa seperti Konferens Pendidikan yang
dianjurkan oleh Pusat Wilayah UNESCO.
Menyertai rombongan pendidikan yang dianjurkan
oleh Kementerian Pendidikan atau Persatuan Guru
untuk membuat lawatan sambil belajar di institusi
pendidikan di luar negeri.

You might also like