You are on page 1of 4

Dahulu ialah: masa yang telah lalu.

Cth Ayat:Dahulu kala, orang tidak menggunakan elektrik.


2. bermaksud mula-mula dilakukan atau dibuat
Ayat contoh: 2.Berfikirlah dahulu sebelum menjawabnya
3. bermaksud di hadapan.
Ayat contoh: 3. Dia menjawab soalan pemahaman dahulu, kemudian soalan tatabahasa.

Mendahului : bermaksud mencapai sesuatu matlamat lebih awal.
Dalam perlawanan itu, Datuk Lee Chong Wei telah mendahului Lin Dan.
2. bermaksud berada di hadapan
Ketika berjalan-jalan ke pasar malam itu, Hanis mendahului kedua-dua ibu bapanya.

Mendahulukan
1. bermaksud membuat sesuatu lebih awal daripada yang lain.
Encik Samat sentiasa mendahulukan kerja-kerja pejabat daripada kerja-kerja peribadi.
2. memberikan keutamaan kepada.
Mereka telah mendahulukan orang-orang susah semasa menyampaikan derma itu.

Terdahulu : bermaksud lebih awal - Dia pergi ke sekolah terdahulu daripada saya.
Pendahuluan : bermaksud permulaan.
Jika bersetuju untuk membeli rumah ini, bapa perlulah membuat bayaran pendahuluan.

(b) Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenai pasti dan tulis subjek dan predikat dengan lengkap
bagi setiap ayat dalam petikan seperti yang berikut:
Subjek :______________________________________________________________
Predikat :______________________________________________________________
Seseorang juruterbang sering berhadapan dengan cabaran dan risiko. Kerjaya ini menuntut
keberanian juruterbang memandu pesawat. Kemahiran memandu kapal terbang lebih sukar daripada
memandu kenderaan lain. Cara pengendaliannya amatlah berbeza. Mereka perlu menjalani latihan
khas di pusat latihan penerbangan. Juruterbang yang berkemahiran mampu menerbangkan pesawat
tanpa mengira sama ada perjalanan itu jauh atau dekat.

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Anggota keselamatan mengetatkan kawalan di segenap pelusuk kampung itu kerana kejadian
penceroboh yang berlaku baru-baru ini.
(ii) Setiap bandaraya di dunia biasanya mempunyai padatan penduduk melebihi sejuta orang.
(iii) Pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka peranan hulu balang sangat penting untuk
jaminan keamanan negeri.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidakperlu menyalin ayat itu semula.
(i) Dalam dokumentasi Tahun Melawat Malaysia pada pukul 8.00 malam tadi terdapat video klip
berkenaan pengurusan perkhidmatan tren ke KLIA.
(ii) Semasa Pembentangan Belanjawan 2012 Yang Berhormat Perdana Menten telah mengumumkan
peruntukan pendidikan sebanyak RM2 bilion ke sekolah-sekolah di negara ini.
(iii) "Hadiah kebesaran yang dianugerahkan oleh beta diharapkan menjadi motivasi kepada
masyarakat," titah raja kepada rakyatnya.





(e) Baca peribahasa di bawah dengan teliti kemudian nyatakan satu peribahasa yang sama maksud
dengan peribahasa tersebut.
(i) Gagak pulang ke benua. (ii) Alang-alang berdakwat biar hitam. (iii) Musuh dalam selimut.


Jawapan 3(b) Kenai pasti Subjek dan Predikat
(i) subjek : Seseorang juruterbang
predikat : sering berhadapan dengan cabaran dan risiko.

(ii) subjek : Kerjaya ini
predikat : menuntut keberanian juruterbang memandu pesawat.

(iii) subjek : Kemahiran memandu kapal terbang
predikat : lebih sukar daripada memandu kenderaan lain

(iv) subjek : Cara pengendaliannya
predikat : amatlah berbeza

(v) subjek : Mereka
predikat : perlu menjalani latihan khas di pusat latihan penerbangan

vi) subjek : Juruterbang yang berkemahiran
. predikat : marnpu menerbangkan pesawat tanpa mengira sarna ada perjalanan itu jauh atau
dekat


Jawapan 3(c)
(i) pelusuk - pelosok
penceroboh - pencerobohan
(ii) bandaraya - bandar raya
padatan - kepadatan
(iii) hulu balang - hulubalang
jaminan - menjamin
Jawapan 3(d)
(i) dokumentasi - dokumentari
video klip - klip video
(ii) Yang Berhonnat - Yang Amat Berhormat
ke - kepada
(iii) hadiah - bintang / pingat
dianugerahkan oleh beta - beta anugerahkan


Jawapan 3 (e)
(i) Ikan pulang ke lubuk / belut pulang ke lumpur / berapa tinggi terbang bangau, akhimya hinggap di
belakang kerbau juga / setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap ke bubungan juga / tak sungguh
seluang melaut akhirnya balik ke tepi juga.
(ii) Alang-alang mandi biar basah/ alang-alang berminyak biar licin / mati-mati minyak biar licin
alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
(iii) Gunting dalam lipatan/duri dalam daging/api dalam sekam
*Tiada 1 markah untuk soalan ini.

You might also like