You are on page 1of 6

Ulasan Jurnal dan Artikel

Jurnal 1
Tajuk Artikel : Keperluan Latihan Dan Kursus Kepada Guru Besar Untuk Peningkatan
Professionalisme
Penulis : Lokman Mohd Tahir , M. Al Muzammil Yassin dan Chua Lay Kah
Bilangan muka surat : 22 muka surat
Sumber :
1.0 Pengenalan
Artikel yang ditulis oleh penulis-penulis ini membincangkan keperluan latihan dan kursus
kepada guru besar untuk peningkatkan professionalism daripada perspektif individu dan
kelompok itu sendiri. Menurut penulis, guru besar adalah tunjang pengurusan dalam sesebuah
sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan pelbagai kursus dan kepimpinan
sekolah apabila mula menjawat jawatan tersebut. Penulis-penulis ingin melihat sejauh mana
implikasi dan kesesuaian kursus-kursus yang telah diikuti membantu guru besar dalam
pentadbiran sekolah. di samping itu, kajian ini turut melihat bentuk kursus yang lebih digemari
agar guru besar boleh memaksimumkan pengetahuan yang boleh diserapnya semasa
penyertaannya. Metadologi kajian ini adalah berbentuk kualitatif iaitu menggunakan kaedah
temubual.
Terdapat 3 persoalan atau pernyatakan masalah yang diketengahkan oleh penulis. Yang
pertama ialah apa jenis-jenis latihan yang diperlukan oleh guru besar berasaskan bidang tugas
sebenar mereka. Yang kedua adakah latihan yang diberikan kepada guru besar dapat
menambahbaikan pengurusan di sekolah. Akhirnya , apakah cadangan-cadangan untuk
mempertingkatkan latihan kepada guru besar. Pada pendapat saya persoalan-persoalan yang
ingin dikaji sangat releven dengan penekanan dan kepentingan pengurusan pihak tertinggi di
sekolah iaitu guru besar untuk mencapai hasil atau impak yang maksimum untuk prestasi sekolah
khasnya.
2.0 Sorotan Kajian
Penulis telah memetik sumber-sumber yang menyatakan peranan dan kesan guru besar
dalam menjayakan sesebuah sekolah daripada pelbagai sudut di pengenalannya. Contohnya
seperti:
1. McPherson dan Crowson(1987) peranan guru besar meliputi ruang likup yang luas
dan boleh dilentur dalam pelbagai bidang.
2. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(2006-2010) matlamat PIPP adalah untuk
menyediakan akses, meningkatkan ekuiti serta memastikan pendidikan berkualiti
dinikmati oleh semua rakyat Malaysia tidak tercicir daripada arus pembangunan
menjelang 2020.
3. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1999) guru besar perlu berperanan dalam mereka
bentuk, merancang dan melaksanakan program perkembangan tenaga kerja kerana
penglibatan ketua menentukan kejayaan sesuatu program.
4. Travers and Rebore(1995) peranan guru besar meliputi sebagai Pembina iaitu
memberikan bimbingan dan sokongan professional kepada guru-guru , memberikan
panduan professional kepada kaunselor pelajar , mengenalpasti keperluan dan kepakaran
yang dimiliki oleh staff , menyediakan bahan rujukan untuk guru-guru.
5. MacGilchrist(1996) guru besar selaku pemimpin sekolah perlu mengukuhkan tiga
perkara utama iaitu perkembangan professional guru , meningkatkan hubungan atara
semua warga dan panitia dan meningkatkan keadaan di kelas dalam usaha meningkatkan
prestasi sekolah.
6. Ramaiah (1999) peranan guru besar/pemimpin sekolah meliputi peranan yang
pelbagai daripada aspek pengurusan , pentadbiran dan pengajaran.
Jelaslah bahawa daripada pemetikan sumber oleh penulis menunjukkan guru besar
memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan prestasi sekolah. Guru besar harus
menguasai banyak ilmu dan berkemahiran dalam pelbagai bidang. Untuk meningkatkan dan
mengukuhkan tahap kompetensi guru besar , latihan-latihan yang disediakan haruslah releven
dan praktikal pada masa kini khasnya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) yang
sedang rancak diperkatakan dan telah memasuki gelombang kedua.
Bagi bahagian latihan, penulis turut memetik beberapa sumber seperti berikut.
1. Mohd Zairi Huisan (2007) Latihan-latihan diberikan kepada mereka lebih peka
dalam melaksanakan tugas mereka.
2. Noe dan Mandy (1996) Guru Besar adalah individu yang bertanggungjawab
menginteraksikan dan menginduksikan pekerja baru dengan pekerjaan sebenar mereka.
3. Gilbert (1998) jawatan pengurus memerlukan individu yang cekap dan terlatih untuk
membimbing guru dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan sekolah.
Daripada petikan-petikan sumber, penulis ingin menonjolkan kepentingan latihan kepada
guru besar untuk melatih organisasi yang diterajuinya. Saya juga bersetuju dengan penulis
bahawa kos untuk mengelola latihan harus dirancang sistematik agar guru besar dapat
meningkatkan tahap kecekapan kendiri dalam pengurusan sekolah. Penulis juga menyatakan
guru besar yang cuai dan tidak cekap akan mengakibatkan kesan dan impak kepada sekolah yang
ditadbir.
3. Bentuk dan Prosedur
Bagi metodologi artikel ini, penulis telah menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah
temubual. Penulis memilih enam responden guru besar berdasarkan faktor demografi. Penulis
telah menemubual keenam-enam guru besar dan merekod dan merakam perbualan dengan guru
besar. Selepas itu, penulis telah menulis semula transkrip dan menyerahkan salinan transkrip
kepada guru besar untuk pengesahan. Saya setuju dengan kaedah kualitatif iaitu temubual kerana
penulis dapat memperolehi pengalaman sebenar responden berkenaan keperluan latihan.
Walaubagaimanapun, limitasinya pula, penulis akan dianggap orang asing dan kemungkinan
maklumat yang diberikan kurang lengkap.
Pada pendapat saya, kaedah kajian penulis adalah teliti dan mengikut prosedur yang
teratur. Penulis telah memilih responden yang terdiri pelbagai demografi iaitu umur , jantina dan
pengalaman mentadbir. Ini telah menghasilkan hasil kajian yang lebih bersifat keseluruhan
daripada menjurus kepada satu-satu peringkat demografi sahaja.
4. Hasil Kajian
Penulis telah membahagikan hasil kajiannya kepada dua iaitu jenis-jenis latihan yang
diperlukan dan keperluan latihan atau kursus dalam pengurusan sekolah. pada bahagian pertama,
penulis mendapati guru besar amat memerlukan latihan berbentuk kursus seperti kursus
kewangan , Bahasa Inggeris , pengurusan stress dan pengurusan tatatertib. Segala hasil kajian ini
telah diperolehi daripada analisa ayat yang diperolehi semasa temuduga. Dalam hasil kajian ini
juga penulis telah membincangkan hasil analisanya bersama-sama dengan transkrip
temuduganya untuk dijadikan bahan rujukan.
Hasil dapatan penulis mengenai jenis-jenis latihan diperlukan sangat menarik. Majoriti
guru besar yang ditemuduga amat memerlukan latihan dalam pengurusan kewangan, Bahasa
Inggeris , pengurusan stress dan pengurusan tatatertib. Tanpa pengetahuan yang kukuh dan
latihan yang mencukupi, responden kajian menyatakan mereka menghadapi masalah dalam
pengurusan kewangan sehingga boleh menyebabkan pelbagai implikasi kepada diri khusunya
sekolah amnya.
Selain itu, dalam penguasaan Bahasa Inggeris, penulis mendapati guru besar amat
memerlukanya untuk peningkatan professionalisme dan personaliti mereka. Saya menyokong
dengan kenyataan ini kerana pada masa kini majoriti bahan ilmiah adalah masih dalam Bahasa
Inggeris. Jadi dengan penguasaan Bahasa Inggeris, ini memudahkan guru besar untuk membuat
pelbagai rujukan ilmiah untuk peningkatan pengetahuan mereka.
Penulis turut mengkaji pengurusan stress di kalangan guru besar. Guru besar berpendapat
pengurusan stress penting kerana mereka sering terdedah kepada tekanan daripada semua
peringkat sama ada bawah atau atasan. Ini boleh membantu mereka dalam membuat keputusan
terbaik dalam keadaan sedemikian. Kajian ini telah membuktikan ada sesetengah guru besar
masih kurang mahir dalam pengurusan stress dan ini boleh menjejaskan mereka untuk membuat
keputusan yang tepat. Saya bersetuju dengan hasil ini kerana selalunya pihak pentadiran akan
didatangi dengan pelbagai tekanan daripada bidang kerja dan juga kakitangannya. Dengan
adanya kurusus ini, guru besar boleh belajar bagaimana menghindari stress dan membantu
kakitangannya yang stress lantas dapat meningkatkan prestasi sekolah terutamanya guru besar
yang masih baru.
Bagi bahagian kajian keperluan latihan untuk guru besar, penulis mendapati kursus
daripada Institut Aminuddin Baki dan Jabatan Pelajaran Negeri memang memberikan banyak
maanfaat kepada guru besar. Ini terbukti dengan hampir kesemua responden menyatakan mereka
lebih yakin untuk mengurus dan memimpin sekolah selepas menghadiri latihan. Selain itu, segala
ilmu yang diperolehi dapat dipratikkan untuk tujuan kemajuan, professionalisme dan
kemantapan pentadbiran. Penulis juga telah menyatakan Malaysia sangat memerlukan tenaga
pekerja yang berprestasi tinggi. Saya turut setuju dengan pendapat ini kerana negara kita
sekarang ingin menuju ke status negara maju menjelang 2020. Ini hanya dapat tercapai jika kita
boleh meningkatkan standard pendidikan di negara ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai pentadbir,
guru besar memainkan peranan yang sangat penting untuk halatuju pendidikan di negara kita.
5. Cadangan dan Kesimpulan
Berdasarkan hasil dapatan kajian, penulis telah memberikan empat cadangan. Yang
pertama ialah latihan yang perlu diseragamkan dengan kemahiran dan pengetahuan dalam
pengurusan dan pentadbiran organisasi. Yang kedua ialah kursus yang dianjurkan berbentuk
bengkel untuk latihan pratikal. Yang ketiga adalah pengabungjalinan teori dengan bengkel
semasa mengadakan kurus. Saya setuju dengan cadangan ini kerana jika kita hanya duduk dan
mendengar sahaja, kadang-kadang kita mudah lupa dengan apa yang kita dengar. Tetapi dengan
adanya aktiviti berbentuk bengkel, kita dapat mempratikkan apa yang dipelajari dan boleh
bertanya jika mempunyai apa-apa kemuskilan. Yang terakhir ialah untuk membuat penilaian
setelah berakhirnya satu-satu kursus. Bagi saya ini amat membantu kerana dengan adanya
penilain, pihak penganjur boleh mengetahui keberkesanan kursus yang dianjurkan dan membaiki
kelemahan yang ada.
Secara keseluruhan penulis telha menghuraikan dengan baik kajiannya. Ini kerana
daripada pengenalan dan kajian ilmiahnya, beliau telah memberikan rujukan-rujukan yang
berkaitan dengan kajiannya. Namun sedemikian, jikalau penulis dapat mengemukakan kajian-
kajian lepas yang berkaitan, ini akan melengkapkan lagi hasil kajianya.
Untuk kaedah kajianya, saya amat tertarik kerana penulis memilih kaedah kualitatif iaitu
kaedah temubual. Bagi saya kaedah ini boleh mendapat data yang lebih tepat kerana kita akan
menemuramah responden kita sendiri. Berbanding dengan soal kaji selidik, kadang-kala
responden hanya akan menjawab sambil lewa dan tidak memberikan jawapan sebenar.
Walaubagaimanapun, saya bercadang setiap guru besar perlu mempunyai satu profail
kursus dimana dalam profail ini ada setiap kompetensi untuk pengurusan dan pentadbiran. Ini
penting kerana dengan adanya profail yang disediakan oleh pihak yang mengadakan kursus,
peserta yang dipilih sesuai ataupun belum mengikuti kursus yang diadakan. Ini dapat
menjimatkan masa dan wang dengan melatih peserta yang belum mengikuti kursus sedemikian.
Untuk pengkaji pada depan, saya cadangkan untuk membuat satu model kognitif untuk
guru besar. Ini boleh membantu dalam menyediakan latihan dan kursus khas bagi guru besar
yang masih baru ataupun yang lama. Dengan adanya model kognitif, pihak yang terlibat boleh
menjadikannya satu rujukan untuk memilih kursus atau latihan yang lebih releven dan berimpak
tinggi untuk guru besar.

You might also like