You are on page 1of 16

Maksud Alamiyyah

Maksud alamiyyah ialah sarwajagat,iaitu


agama yg sesuai bagi semua manusia
tanpa mengira bangsa,tempat dan
zaman.Islam juga memberi rahmat kepada
semua manusia dan makhluk dimuka bumi
ini.Ajaran islam yang diutuskan melalui
rasulullah yang sesuai diamalkan tanpa
mengira tempat atau zaman yang dilalui
olehnya.
PRINSIP2 ALAMIYYAH

*Kedudukan manusia sebagai sebaik-baik
kejadian
*Nilai keadilan Islam bersifat sejagat.
*Islam sentiasa menegakkan kebenaran dan
mencegah kemungkaran.
*Islam menjamin hak asasi manusia.
1.Kedudukan manusia sebagai sebaik-baik
kejadian.Maksud:
Manusia dijadikan daripada keturunan Nabi
Adam dan Hawa.Kemuliaan penciptaan ini
terletak kepada anugerah akal fikiran sebagai
pembimbing manusia memilih jalan
hidupnya,berpandukan wahyu illahi.Kelebihan
itu menlayakkan manusia dilantik sebagai
khalifah dan pentadbir alam ini.

Nilai keadilan islam bersifat
sejagat.Maksudnya:
@ Keadilan dalam islam tidak terikat kepada
batasan ras,keturunan,puak,warna kulit dan
sempadan geografi.
@ Keadilan juga hendaklah ditegakkan tanpa
mengira kawan atau lawan.
@ Keadilan juga meliputi semua bidang
kehidupan sama ada rumah tangga,masyarakat
ataupun urusan negara.
@ Islam telah menetapkan
halal,haram,sunat,makruh,serta disamping
perkara kewajipan fardu ain dan fardu kifayah.
Islam sentiasa menegakkan kebenaran dan
mencegah kemungkaran.Maksudnya:
Kehadiran islam membentuk umatnya
menggalakkan kebajikan,kebenaran dan
kebaikan.
Bagi tujuan tersebut islam menggalakkan umat
melakukan mahmudah seperti amalan kerja
sama,tolong-menolong,berkasih sayang dan
sebagainya.
Serentak itu,islam melarang umatnya
melakukan perbuatan2 mazmumah seperti
hasad dengki,berzina,berjudi dan sebagainya

Islam menjamin hak asasi
manusia,Maksudnya:
Islam yang bersifat salwajagat mementingkan
keadilan dan kebajikan dengan memastikan
kebebasan hak asasi manusia terjamin.
Antara hak-hak asasi manusia yang dijamin
oleh islam ialah
Kebebasan beragama.
Kebebasan bersuara.
Kebebasan memiliki harta.
Melindungi nyawa.
Memelihara kehormatan.
Memelihara harta benda.
Islam sentiasa mengutamakan keamanan dan
kedamaian serta mengekalkan kesejahteraan
manusia
Kebebasan beragama.Maksudnya ialah:
Islam memberi umatnya menganuti mana-mana
kepercayaan dan agama,bahkan tidak
memaksa sesiapapun menganuti islam sebagai
mana maksud firman ialah:Tidak ada paksaan
dalam agama.Sesungguhnya telah jelas jalan
yang benar daripada jalan yang salah.

Kebebasan bersuara.Maksudnya ialah;
Islam memberi umatnya bersuara agar dapat
mengeluarkan pandangan masing-masing
kerana manusia mempunyai berlainan
kemampuan berfikir.
Kebebasan itu juga dapat mengembangkan
ilmu pengetahuan tetapi kebebasan itu juga
telah disalah guna oleh manusia iaitu
mengfitnah ,mengumpat dan sebagainya.
Kebebasan memiliki harta.Maksudnya ialah:
Allah telah mencipta langit dan bumi.
Semua manusia berhak mencari duit atau
mengumpul harta untuk kesenangan hidup
mereka,tetapi manusia harus mencari duit
dalam cara yang halal dan sah.Bahkan islam
telah mengiktiraf sebagai salah satu cara
beribadat kepada Allah s.w.t.
Melindungi nyawa.Maksudnya ialah:
Dalam islam ,seorang manusia mempunyai hak
untuk hidup dengan aman dan tenang.Oleh
itu,Allah s.w.t telah menetapkan hukum qisas
untuk melindungi nyawa manusia.Disamping
itu,islam amat menitik beratkan penjagaan
kesihatan mental dan fizikal supaya tidak
menitikberatkan dengan unsur-unsur yang
merosakkan seperti dadah,arak,lumba
haram,gangsterism,pengambilan pil khayal dan
sebagainya.
Memeliharakan kehormatan.Maksudnya:
Memelihara kehormatan dan maruah diri
merupakan tanggungjawab setiap individu
supaya tidak dipandang hina dan rendah oleh
orang lain.Jadi ,islam mewajibkan menutup
aurat dan menjaga pergaulan antara lelaki dan
perempuan.Memelihara kehormatan diri dan
maruah keluarga supaya tidak tercemar dengan
perkara yang mungkar seperti zina,pergaulan
bebas dan lain-lain.
Memelihara harta benda.Maksudnya ialah:
Islam juga menjamin hak asasi manusia dalam
menjaga harta bendanya melalui hukuman
kepada pencuri dan perompak
.Bahkan,seseorang itu tidak disabitkan
kesalahan jika dia terpaksa mencederakan
orang lain semata-mata untuk
mempertahankan haknya.
Islam sentiasa mengutamakan keamanan dan
kedamaian serta mengekalkan kesejahteraan
manusia.Maksudnya:
Islam diturunkan untuk memberi keamanan dan
kesejahteraan kepada manusia.Walaupun adakalanya
peperangan itu diperlukan demi untuk
mempertahankan negara dan agama,namun jika
pihak musuh menawarkan perdamaian, tentera islam
hendaklah menerima tawaran tersebut.Islam juga
tidak memusuhi orang bukan islam,bahkan mereka
juga dijamin hak dan kebebasan jika tinggal didalam
negara islam.Bagi mengekalkan keharmonian hidup
ini, maka islam menganjurkan umatnya memiliki sifat
mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah.

You might also like