You are on page 1of 3

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS


JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

TUGASAN PROJEK
TAJUK PROGRAM:
PROGRAM IJAZAH SARJANA
MUDA PENDIDIKAN RENDAH
(PISMP)
NAMA PELAJAR:


KOD DAN NAMA KURSUS: ELM3103
: PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN
MATA PELAJARAN PENDIDIKAN
MORAL DI SEKOLAH

SEMESTER: 6

TARIKH MULA 21.7.2014 TARIKH HANTAR 12 .9.2014


Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Mengenalpasti isu-isu moral di peringkat tempatan dan global yang menyebabkan
keruntuhan akhlak.
2. Menghubungkait proses sosialisasi dalam pembentukan moral individu dalam
menangani masalah moral.
3. Menghayati sumbangan tokoh-tokoh moral dalam pembentukan nilai-nilai individu.
4. Menerangkan kesan elemen-elemen yang mencabar penghayatan dan amalan nilai
murni.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2 dan 3


Objektif Projek:


Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Menjalankan kajian lapangan dan membina instrumen bagi kajian lapangan tersebut.
2. Menemubual seorang tokoh moral serta menganalisis peranan tokoh tersebut dalam
menangani isu moral.
3. Menghayati sumbangan tokoh-tokoh moral dalam pembentukan nilai-nilai individu.
4. Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan kesan elemen-elemen yang mencabar
penghayatan dan amalan nilai murni.






2

Tugasan Projek (100%)

Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan,
kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat
Malaysia yang terdapat dalam agama,tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini.
Dengan itu murid dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi
insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral
dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan.

Berdasarkan penyataan di atas para pelajar dikehendaki :

1. Menulis esei lengkap mengenai isu moral di sekolah dengan membuat kajian lapangan
serta mengumpul data tentang isu moral yang berlaku di sekolah. (30%)

2. Menemubual seorang tokoh moral yang berada di sekolah serta menganalisis peranan
tokoh moral tersebut dalam menangani isu moral di sekolah tersebut. (20%)

3. Berdasarkan isu moral yang telah anda bincangkan, kaitkan peranan anda sebagai
agen moral di sekolah bagi menangani isu tersebut. (30%)

4. Menulis refleksi tentang kesan elemen-elemen yang mencabar penghayatan nilai dan
amali nilai murni di sekolah. (20%)




PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK
1. Tugasan ini ialah tugasan individu .
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.
3. Format penulisan adalah seperti berikut:

3.1 Muka depan hendaklah mengikut templet terkini
3.2 Font Arial
3.3 Saiz huruf - 11
3.4 Langkau 1.5
3.5 Rujukan mengikut format APA

4. Panjang tugasan adalah antara 1500 perkataan dan tidak melebihi 8 muka surat.
5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.


3

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut:
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara yang berikut:
a. Pengenalan yang menarik dan dapat mengupas isu yang dibincaangkan.
b. Perkembangan
c. Implikasi
d. Rumusan/cadangan dan menjawap persoalan tugasan.
3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah
dikemukakan
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulinan dengan sokongan ilmiah.
5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheran.
6. Penulisan tugasan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras
bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan.
7. Rujukan harus merangkumi jurnal, buku rujukan dan sumber internet.


Tugasan disediakan oleh:




(SODAH HAJI AHAMAD)
Pensyarah Kursus ELM3043
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
IPGK Perlis


Disahkan oleh:



(TN. HAJI ZULKARNAIN BIN MOHAMAD)
Ketua Jabatan
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
IPGK Perlis
Disemak oleh:




(.......................................................)
Pakar Bidang (SME)
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
IPGK Perlis

You might also like