You are on page 1of 7

AKTIVITI PRATULISAN

1. Kemahiran jari dan tangan murid Arahan : Ikut bentuk ini dengan jari kamu.
2. Gunakan jari kamu dan cuba ikut urutan warna ini. Aktiviti kemahiran tangan.
3. Murid boleh menyambung titik berikut bagi memahirkan koordinasi tangan dan
mata. Arahan : Sambungkan titik-titik.
4. Aktiviti menyambung titik ke arah membentuk huruf Arahan : Sambungkan titik-
titik yang membentuk huruf
5. Murid boleh menyambung titik berikut bagi memahirkan koordinasi tangan dan
mata. Arahan : Sambungkan titik-titik.
6. Ini di antara aktiviti menyambung titik, aktiviti pra tulisan Arahan : Sambungkan
titik-titik.
7. Aktiviti pra tulisan. Arahan : Rasakan dengan jari anda dan ikut bentuk huruf ini

Pernyataan masalah

Masalah yang paling ketara dikalangan murid-murid semasa peringkat pramenulis
adalah koordinasi mata dan tangan. Koordinasi mata dan tangan murid masih belum
kukuh. Kadang-kala murid menulis tidak teratur dan tidak kemas. Bagi memperbaiki
kelemahan ini, latihan adalah diperlukan. Berikut merupakan cara untuk membuat
bahan bantu mengajar bagi Aktiviti sambung titik.

Langkah penyediaan bahan bantu mengajar
1) Memulakan aktiviti dengan menyambung titik-titik secara lurus.


2) Seterusnya menyambung titik-titik mengikut bentuk corak.

3) Menyambung titik-titik mengikut corak yang ada.

4) Akhir sekali menyambung titik mengikut huruf bermula A sehingga Z


Bagaimana Bahan bantu mengajar yang dibuat dapat membantu murid-murid
mengatasi kelemahan koordinasi mata dan tangan.
Aktiviti yang dijalankan iaitu aktiviti menyambuing titik akan mendatangkan banyak
manfaat kepada murid-murid. Kanak-kanak pada peringkat pra tulisan ini mempunyai
kelemahan yang ketara semasa mula menulis. Koordinasi tangan dan mata kanak-
kanak pada peringkat ini masih lagi tidak teratur dan perlukan banyak latihan bagi
memperkukuhkan dan memperbaiki tulisan.
Aktiviti ini merupakan latihan di mana kanak-kanak akan menulis mengikut garisan-
garisan dari kiri ke kanan. Kanak-kanak akan mengerakkan tangan mereka dengan
menyambung titik-titik dan membentuk satu garisan lurus atau corak campuran bulatan
yang lengkap. Kanak-kanak juga akan dapat mempelajari dan mengenali huruf melalui
aktiviti menyambung titik-titik mengikut huruf yang telah disediakan bermula dari huruf
A sehingga lah huruf Z.
Aktiviti yang dijalankan akan membantu kanak-kanak untuk mengatasi kelemahan yang
mereka ada. Latihan daripada aktiviti ini akan memperbaiki kemahiran menulis mereka.
Kanak-kanak Aktiviti ini merupakan aktiviti bagi kanak-kanak untuk melakukan latihan-
latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain. Selain itu
aktiviti yang dijalankan juga akan membantu kanak-kanak dalam proses melatih
keselarasan iaitu koordinasi di antara mata dan tangan.
















Lembaran kerja 1


Lembaran kerja 2

You might also like