You are on page 1of 2

FOKUS KAJIAN

Masalah yang telah dikenal pasti bagi murid pemulihan ialah operasi tambah melibatkan
pengumpulan semula. Pengkaji mengesan permasalahan ini selepas menjalankan ujian
diagnostik dan semasa pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Setelah
pengkaji membuat analisis terhadap hasil lembaran kerja murid, pengkaji telah mengesan
terdapat empat orang murid yang mengalami masalah dalam kemahiran operasi tambah
melibatkan pengumpulan semula. Keempat-empat murid pemulihan ini gagal mengenal pasti
kedudukan nilai tempat puluh dan sa, tidak tahu kedudukan nombor yang betul apabila
dijumlahkan dan tidak menambah nombor yang telah diletakkan pada rumah puluh hasil
daripada jumlah rumah sa yang lebih daripada nilai 9.
Menurut kajian Chua Lay Ing (2005) yang bertajuk Jari Dan Kertas Warna Untuk
Membaiki Kemahiran Penambahan Secara Kumpul Semula Dalam Kalangan Murid Tahun 2
Dalam Nombor Lingkungan 1000 menyatakan bahawa didapati peratus kelulusan operasi
tambah mengumpul semula hanya 11.1 peratus (%). Hal ini jelaslah bahawa murid-murid
kurang cenderung terhadap penambahan yang melibatkan pengumpulan semula.
Berdasarkan masalah yang wujud ini, pengkaji telah berasa bertanggungjawab untuk
menjalankan penyelidikan tindakan terhadap masalah yang dihadapi oleh subjek supaya
masalah tersebut dapat diatasi daripada dibiarkan sehingga menjadi lebih teruk. Bagi
mengatasi masalah ini, pengkaji akan menggunakan satu kaedah alternatif yang melibatkan
pengintegrasian kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) melalui Kaedah Jari
Sepuluh Dibuka dan Ditutup.
Melalui intervensi yang dirancangkan tersebut, pengkaji berharap agar penguasaan
kemahiran operasi tambah melibatkan pengumpulan semula dalam kalangan subjek kajian
dapat ditingkatkan di samping membantu meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran matematik. Hal ini kerana, penguasaan kemahiran menambah merupakan
operasi asas matematik pertama yang harus dikuasai oleh murid-murid sebelum mereka
mempelajari operasi penolakan, pendaraban dan pembahagian. Walau bagaimanapun, terdapat
ramai murid pemulihan yang tidak dapat menguasai kemahiran operasi tambah mengumpul
semula dalam masa yang singkat.

Masalah ini dapat dibuktikan hasil daripada kajian Panel Penyelidik Projek Sekolah
Angkat MPSK yang bertajuk Kajian Kesilapan Lazim Dalam Olahan Nombor Bulat Untuk
Operasi Tambah di mana kajian tersebut telah melakukan perbandingan mengikut kategori
kesilapan dalam matematik dan mendapati bahawa peratus murid yang melakukan kesalahan
dalam operasi tambah dengan mengumpul semula adalah paling tinggi iaitu sebanyak 26.2 %.
Selain itu, hasil kajian tersebut juga mendapati peratus murid melakukan kesilapan
lazim dalam menyelesaikan operasi tambah bagi soalan pengumpulan semula adalah paling
tinggi iaitu sebanyak 49.1%. Peratus ini menunjukkan bahawa separuh daripada keseluruhan
peratusan menunjukkan murid mempunyai masalah dalam operasi tambah mengumpul
semula. Hal ini bermakna bahawa masalah tersebut tidak hanya berlaku kepada murid
pemulihan sahaja. Malah, terjadi juga pada murid biasa di kelas perdana.
Oleh itu, intervensi yang akan dijalankan ini bukan sahaja dapat membantu murid-
murid pemulihan malah, murid-murid yang berada di kelas biasa juga boleh diajar untuk
mempelajari intervensi ini. Pengkaji berharap agar intervensi yang dirancang ini dapat
dijalankan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

You might also like