You are on page 1of 9

MGM 3180

Asas Keusahawanan Tugasan I


Sosan Goh Lian Kim ( J37570 )
1.0 PENGENALAN
Usahawan adalah orang yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan
mengambil risiko perniagaan yang diceburinya. McClelland (1961) menyatakan
usahawan sebagai berdaya inovatif dan kehendak pencapaian tinggi (high need for
achievement). Usahawan berjaya cenderung ke arah mengambil risiko yang telah
direncanakan dan mempunyai kawalan dalaman yang tinggi...Schumpeter (1934),
mentakrifkan usahawan sebagai individu yang melakukan pembaharuan atau inovasi
untuk kesejahteraan organisasinya sendiri. Beliau menyatakan terdapat beberapa
pembaharuan yang dilakukan oleh individu usahawan tersebut.
Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya seseorang itu haruslah
mempunyai kemahiran dan kecekalan yang tinggi dalam menguruskan dan
membangunkan bidang yang diceburi. Bukan senang untuk menjadi seorang usahawan
yang berjaya apatah lagi pada masa kini yang penuh dengan pancaroba. Pelbagai
ketidaktahuan yang perlu ditempuhi dengan pengurusan yang bijak dengan visi
pandang ke hadapan untuk mencapai kejayaan.
Dalam tugasan ini, saya telah memilih En. Ngu Piew Kwong seorang kontraktor
yang berjaya sebagai idola saya dalam bidang keusahawan. Daripada titik mulanya
yang hanyalah seorang mandur pembinaan setakat lulusan darjah 6 hinggalah menjadi
seorang tokoh perniagaan yang disegani oleh semua lapisan masyarakat di Sarikei
telah menyentuh hati saya yakni saya fikirkan sesuai untuk diketengahkan dalam
tugasan ini. Saya telah menemuramah beliau untuk mendapatkan maklumat mengenai
beliau serta serba sedikit mengenai perniagaan yang dijalankannya
2.0 LATAR BELAKANG
MGM 3180
Asas Keusahawanan Tugasan I
Sosan Goh Lian Kim ( J37570 )
Encik Ngu Piew Kwong dilahirkan pada 23 Jun 1945 bertempat di Sarikei,
Sarawak. Beliau adalah seorang yang berasal daripada keluarga yang susah. Beliau
adalah anak kedua daripada 8 orang adik beradik. Mereka telah membesar di kampung
yang agak jauh daripada bandar utama ketika itu iaitu Sarikei. Ibubapanya hanyalah
melakukan perkerjaan pertanian dengan menyewa tanah orang untuk melakukan akitivi
bercucuk tanam. Beliau dan adik-beradiknya akan membantu bila pulang daripada
sekolah yang terletak tidak jauh daripada rumahnya ketika itu.
Pada masa komunis berleluasa di Sarawak, beliau terpaksa menamatkan
pelajarannya dan mereka sekeluarga terpaksa tinggal di rumah sahaja. Pada masa itu,
beliau berada di darjah 6. Ketika darurat, mereka hanya dapat menanam ubi kayu untuk
mengalas perut. Setelah peleluasan komunis berakhir, beliau bertekad untuk tidak
meneruskan pelajarannya dan ingin mencari nafkah untuk membantu meringankan
beban kedua-dua ibubapanya. Pada masa itu dia hanya berumur 14 tahun dan jikalau
dibandingkan pada masa ini masih dianggap mentah dan tidak berpengalaman dalam
kehidupan.
Beliau telah menggembara ke bandar Sarikei yang pada masa itu baru hendak
membangun setelah tempoh darurat berakhir. Di sana, dia telah berjumpa dengan En.
Siew Kwang Choon iaitu seorang kontraktor binaan yang sering bekerjasama dengan
Jabatan Kerja Raya pada masa itu. Beliau telah diambil bekerja sebagai buruh kasar
dengan pendapatan hanya RM5 sehari. Walau bagaimanapun beliau masih bersyukur
kerana mendapat pekerjaan untuk menyara pelajaran adik-adiknya. Beliau menyatakan
pada hari beliau menerima gaji pertamanya, beliau telah memberikan setengahnya
kepada ibubapanya dan selebihnya wang belanja untuk adik-adiknya.
MGM 3180
Asas Keusahawanan Tugasan I
Sosan Goh Lian Kim ( J37570 )
Setelah 7 tahun bekerja sebagai buruh kasar, beliau telah diambil bekerja
sebagai mandur oleh rakan En. Siew Kwang Choon. Di sinilah titik mulanya pelajaran
tidak formal beliau untuk mempelajari asas-asas kontraktor binaan. Sifatnya yang rajin
dan tidak malu untuk bertanya telah menyakinkan kontraktor tersebut untuk
memberikan tanggungjawab penuh kepada beliau untuk menguruskan tapak-tapak
pembinaan tanpa diselia dan hanya perlu dilawat sekali-sekala. Sifatnya yang baik hati
turut disenangi oleh pekerja bawahannya kerana jikalau ada apa-apa masalah beliau
sering cuba untuk menolong selagi terdaya.
Dalam tempoh masa itu, beliau telah menjadi pencari nafkah utama keluarganya
kerana ibu bapanya yang telah tua dan adik-beradiknya sedang meneruskan
pelajarannya di peringkat universiti. Pada umurnya 30 tahun, beliau telah bertemu
jodohnya iaitu Pn. Roselin Wong. Beliau amat bertuah kerana bertemu isteri yang
penyayang dan memberikan sokongan penuh kepada pekerjaan yang dilakukannya.
Dalam diam-diam beliau telah menyimpan cita-cita untuk menjadi kontraktor binaan
sendiri.
Beliau telah melakukan perancangan yang terperinci melalui kajian dan
pengalamannya semasa bekerja untuk mencapai cita-citanya. Beliau telah berkenalan
dengan pembekal-pembekal binaan, cuba untuk membeli tanah yang difikirkan sesuai
untuk pembinaan perumahan dan sebagainya.
3.0 SEJARAH PENUBUHAN PERNIAGAAN
Selain bekerja sebagai mandur di tempat kerjanya, beliau juga turut mengambil
upah untuk membuat kerja-kerja pengubahsuaian secara kecil-kecilan pada hujung
MGM 3180
Asas Keusahawanan Tugasan I
Sosan Goh Lian Kim ( J37570 )
minggu untuk menambahkan modalnya. Hasil kerja yang berkualiti dan harga yang
berpatutan telah menaikkan nama beliau di kalangan masyarakat Sarikei.
Pada umur 34 tahun, beliau telah mengambil keputusan untuk berhenti bekerja
dan menubuhkan syarikatnya sendiri di mana pada masa itu hanyalah beliau dan 3
orang pekerja. Projeknya yang pertama ialah untuk membina 6 buah rumah teres.
Beliau terpaksa merancang dengan teliti aliran tunainya kerana pada masa itu bank
tidak akan memberikan pinjaman kepada syarikat yang tidak dikenali. Oleh itu, tanah
ibu bapanya yang di kampung terpaksa di pajak gadai untuk mengukuhkan kewangan
bagi pembinaan projek tersebut.
Hubungan baiknya dengan pembekal-pembekal sebelum ini digunakan sebaik-
baiknya. Pembekal-pembekal telah memberikan kelonggaran kepadanya untuk
mengambil bahan-bahan binaan dengan pembayaran berkala. Hal ini banyak
membantu beliau untuk menjimatkan wang kerana bahan-bahan binaan adalah sangat
mahal dengan pusingan modalnya yang kecil. Beliau terpaksa turun padang bersama-
sama pekerjanya untuk cuba menyiapkan projek perumahannya yang pertama.
Bagi membantu mempromosikan projek perumahannya, beliau telah
menggunakan semua kenalannya dalam bidang pembinaan agar rumah yang dibina
berjaya dijual. Harga yang diletakkan juga sangat berpatutan dan berdaya saing
dengan projek-projek perumahan yang lain pada masa itu. Oleh itu, semasa 50 peratus
projek perumahannya siap, rumah-rumah itu telah habis dijual. Beliau terpaksa
menguruskan sendiri dokumen-dokumen yang berkaitan dengan pembelian
perumahannya.
MGM 3180
Asas Keusahawanan Tugasan I
Sosan Goh Lian Kim ( J37570 )
Banyak cabaran yang telah dihadapi olehnya dalam pengurusan dokumen-
dokumen terbabit kerana pada masa itu semua dokumen-dokumennya berbahasa
Inggeris dan beliau hanya pandai bertutur dan tidak pandai membaca Bahasa Inggeris.
Beliau terpaksa belajar Bahasa Inggeris dengan pertolongan adik-adiknya serta
kenalannya. Menurut beliau, mempelajari Bahasa Inggeris pada ketika itu bukanlah
mudah. Walaubagaimanapun, berkat usaha dan kesungguhan beliau untuk
mempelajari bahasa asing tersebut,akhirnya beliau boleh menyediakan dokumen
malahan membaca dokumen yang menggunakan Bahasa Inggeris.
Projek perumahan yang pertama telah mengajarnya selok-belok perniagaan
yang diceburinya termasuklah kewangan wang, perancangan bahan binaan dan
pengurusan sumber manusia.
4.0 PERKEMBANGAN PERNIAGAAN
Semua keuntungan daripada projek perumahan dilaburkan untuk projek yang
seterusnya. Walaupun berisiko, tetapi beliau nekad untuk meneruskan projeknya yang
Projek perumahan yang pertama
MGM 3180
Asas Keusahawanan Tugasan I
Sosan Goh Lian Kim ( J37570 )
seterusnya kerana menurut beliau sekiranya tidak berani mencuba tentu beliau akan
terus berada di takuk lama. Segala pengetahuan yang diperolehi diaplikasikan sebaik-
baiknya. Beliau juga telah mengikuti kursus-kursus berkaitan dengan pembinaan dan
pengurusan. Kursus yang diikuti telah banyak membantu beliau dalam pengurusan
perniagaan dan pengurusan binaan. Beliau telah belajar untuk menjadi seorang
pengurus syarikat dan juga pengurus projek pembinaan.
Projek perumahan yang kedua bermula setahun selepas projek yang pertama.
Pekerjanya telah bertambah kepada 6 orang. Seorang mandur telah diambil untuk
memantau segala kerja yang dilakukan di tapak pembinaan terbabit. Di dalam tempoh
15 tahun, beliau telah berjaya membina 15 perumahan dan 4 bangunan komersial
tanpa mempunyai apa-apa pendidikan formal tetapi hanya berdasarkan pengalaman
dan pembelajaran sendiri.
5.0 PENUTUP
Siapa sangka seorang lelaki yang hanya berkelulusan darjah enam yang bekerja
sebagai buruh kasar kontrak pembangunan pada masa dahulu kini telah menjadi
seorang kontraktor yang berjaya. Kegigihan dan kesungguhan Encik Ngu Piew Kwong
untuk memperbaiki taraf kehidupannya pada masa itu telah membuahkan hasil. Kini,
kelima-lima orang anak beliau juga menunjukkan kecenderungan yang sama ke arah
keusahawanan juga terserlah apabila 3 daripada anak perempuannya juga memiliki
perniagaan berasaskan produk dan perkhidmatan kecantikan. Manakala, kedua-dua
anak lelakinya pula masing-masing ialah seorang berkelulusan kejuruteraan yang
MGM 3180
Asas Keusahawanan Tugasan I
Sosan Goh Lian Kim ( J37570 )
bekerja dengan beliau dan seorang lagi merupakan peguam di sebuah firma guaman.
Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada siapa yang tahu.
Sifat yang dimiliki oleh Encik Ngu Piew Kwong semasa memulakan perniagaan
tersebut seperti mempunyai wawasan, memberikan komitmen yang tinggi, berani
mengambil risiko, sanggup belajar, mempunyai keyakinan dan optimistik itulah telah
membuka jalan beliau untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dan dikenali
pada masa kini. Justeru itu, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya perlulah
memiliki ciri-ciri keusahawanan seperti yang ada pada Encik Ngu Piew Kwong.
Walaupun hanya di perniagaannya hanya di sekitar Sarikei, tetapi pengalaman dan
kejayaannya sudah cukup untuk menimbulkan rasa kagum di kalangan masyarakat
Sarikei untuk dijadikan idola untuk berjaya dalam bidang keusahawanan.
6.0 LAMPIRAN
Perumahan dan bangunan komersial yang telah dibina.
i. Bangunan komersial
MGM 3180
Asas Keusahawanan Tugasan I
Sosan Goh Lian Kim ( J37570 )
ii. Perumahan
MGM 3180
Asas Keusahawanan Tugasan I
Sosan Goh Lian Kim ( J37570 )
iii. Pejabat En. Ngu Piew Kwong

You might also like