You are on page 1of 9

Jul

22
TAJUK 4 :- PEMBINAAN UJIAN
MATYIEMARO



SOALAN OBJEKTIF
DEFINISI
Soalan objektif merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan
respon. Soalan objektif juga merupakan satu bentuk instrumen pentaksiran yang
menggunakan item objektif. Item seumpama ini sesuai digunakan untuk mentaksir
pengetahuan, kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir. Ujian jenis ini
memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik.
Apabila sesuatu semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan memberi markah
jawapan yang sama.

Soalan objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa
secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperolehi skor yang sama ketika
memeriksa tindak balas yang serupa
(Gronland,1977).
Antara contoh soalan berbentuk objektif:
Item jenis pendek
Item jenis padanan
Item jenis anekapilihan
Item kloz
Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis:
1. Item respon bebas
2. Item respon tetap (item objektif pilihan)
Item respon bebas
Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri
jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga
soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.
Contoh:-
1. Apakah lawan bagi perkataan rajin ? ________
2. Kita mesti ______ bermain sekarang sebab hujan.
Item respon tetap (item jenis pilihan)
Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau
paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan.
Jenis soalan respon tetap;
1. Format salah betul
2. Padanan
3. Aneka pilihan
Format salah betul
Soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja
iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak
(T).
Contoh:-
Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut:
1. Hitam Putih ( )
Padanan
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek
atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. Bilangan padanan
tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat
yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.

Aneka Pilihan
Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas
tetap.
Jenis item aneka pilihan;
1. Berbentuk soalan
2. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
3. Jenis jawapan terbaik
4. Analogi
5. Antonim
6. Jenis negatif
7. Mengisi tempat kosong
8. Item jenis campuran
9. Teknik kloz
Terbahagi kepada tiga jenis pilihan:
1. Stimulus (rangsangan) merupakan bahagian soalan yang mengandungi maklumat
khusus dimana soalan itu didasarkan, mungkin dalam bentuk teks, grafik, jadual,
atau perbualan.
2. Stam merupakan bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya
berbentuk ayat, ayat tidak lengkap atau soalan.
3. Jawapan pilihan merupakan bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan
yang berbentuk angka simbol, frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain.
Perkara berikut harus dipatuhi semasa membina soalan jenis aneka pilihan:
1. Arahan mesti jelas dan mudah difahami.
2. Ayat yang digunakan tidak berbunga-bunga.
3. Jawapan yang disediakan haruslah logik.
4. Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah.
5. Aras kesukaran haruslah setara.
6. Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor.
7. Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang.
Kelebihan dan Kelemahan Ujian Objektif
Ujian objektif mempunyai beberapa kelebihan dan di antaranya ialah:
a) Ujian ini mempunyai objektif ujian tugas calon dan asas penilaian lebih jelas dan lebih
tepat.
b) Ia bebas daripada penyelewengan pemarkahan. Keadilan dari segi pemarkahan
tersebut terjamin.
c) Tidak menggalakkan penipuan.
d) Ujian ini mempunyai nilai potensi diagnostik yang tinggi.
e) Ia boleh diskor dengan tepat.
f) Ia juga boleh diskor dengan menggunakan mesin dan tidak memerlukan orang-orang
yang terlatih.
g) Pemeriksaan boleh dipercayai.
h) Ujian ini bebas daripada artikulasi verbal. Ia tidak memerlukan kefasihan bahasa.
i) Ia dapat mengukur proses mental yang tinggi.
j) Ia memberi sumbangan kepada sampel isi yang luas.
k) Ia dapat menyumbang kepada cara pengumpulan item yang baik.
Di samping kelebihan dan kebaikkannya ini, terdapat juga kelemahan-kelemahan
pada ujian objektif ini:
a) Ia tidak dapat mengukur kebolehan pelajar memilih, mengatur dan membuat sentisis
idea-idea dan melahirkannya secara sepadu.
b) Ada kecenderungan menggalakkkan pelajar-pelajar meneka.
c) Semasa menduduki peperiksaan calon terpaksa menggunakan banyak masa untuk
membaca dan berfikir.
d) Ujian ini memaksa guru-guru mengambil masa yang banyak untuk menyediakannya.
Banyak tenaga yang digunakan.
e) Ia tidak dapat mengukur keaslian.

SOALAN SUBJEKTIF

DEFINISI
Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan
dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman,
kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.
Terdapat dua jenis soalan subjektif:
1. Item jenis struktur
2. Item jenis esei
Prinsip pembinaan soalan jenis struktur
Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan
yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan
pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan
yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak
memerlukan huraian lanjutan.
Prinsip pembinaan soalan jenis esei
Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu
berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.
Terdapat dua jenis item esei
1. Item tindak balas terhad
2. Item tindak balas lanjutan
Item tindak balas terhad
Item tindak balas terhad membataskan isi dan bentuk tindak balas. Item jenis ini juga
dihadkan kepada skop/topik tertentu sahaja. Item jenis ini berupaya mengukur aras
kognitif isi yang terbatas.
Item tindak balas lanjutan
Item jenis ini berbeza daripada item tindak balas terhad. Item jenis ini tidak
membataskan isi dan bentuk tindak balas. Pelajar akan dirangsang untuk berfikir dan
mengaitkan serta mengaplikasikan pengetahuan serta pengalaman yang dipelajari di
bilik darjah atau pengalaman sedia ada murid dalam jawapan mereka.
Kelebihan dan kelemahan Ujian Subjektif
Seperti ujian objektif, ujian jenis subjektif juga mempunyai kelebihan-kelebihannya
yang tersendiri. Antaranya ialah:
a) Ia boleh dibina dengan mudah. Bilangan soalan yang dibina sedikit.
b) Ujian jenis ini berupaya mengurangkan tekaan jawapan.
c) Ia berupaya memberi peluang kepada calon untuk menunjukkan kebolehannya.
Mereka boleh memilih aspek-aspek pembelajaran yang paling penting dan wajar,
mereka boleh mengelolakan pengetahuannya, mereka boleh mengemukakan
pendapat dan sikapnya, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.
d) Membolehkan calon-calon menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka
menghampiri situasi sebenar.
e) Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang
samar-samar.
f) Berguna untuk menggelakkan pemikiran pembelajaran pada peringkat atau proses
mental yang tinggi.
g) Ia mempunyai potensi untuk mengukur keaslian
h) Tidak menggunakan masa yang banyak untukmenyediakannya.
Dari segi kelemahan-kelemahannya pula, ujian ini memperlihatkan:
a) Nilai potensi diagnostik yang rendah
b) Ia cenderung untuk menggalakkan penipuan. Pelajar-pelajar boleh menghafaz
karangan dan menuliskannya dalam ujian itu.
c) Tidak boleh diskor dengan mesin. Ia memerlukan orang-orangyang terlatih.
d) Pemeriksaan kurang boleh dipercayai.
e) Tidak dapat menyumbang kepada sample isi yang luas.
f) Ia memerlukan masa yang panjang bagi murid menjawabnya dan bagi pemeriksa
memeriksanya. Ia mahal dan membosankan.
g) Tidak bebas daripada artikulasi lisan. Ia memerlukan kefasihan berbahas.
0 comments |
Jul
22
TAJUK 3 :- JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
MATYIEMARO
Sebagai golongan profesional, guru seharusnya membina soalan yang berkualiti
untuk menilai pencapaian murid-murid. Soalan yang dibina juga mestilah memenuhi
aras yang telah ditetapkan bagi memberi keadilan kepada semua pelajar. JSU
hendaklah dibuat sebelum guru menggubal soalan tetapi terdapat juga guru
melakukan penyalahgunaan JSU iaitu dengan membuat JSU selepas soalan selesai
dibina. Walau bagimanapun, mulai sekarang kita harus bergerak dilandasan yang
betul bagi meneruskan kelangsungan pendidikan kita yang bermutu.

Pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU)
Pengukuran adalah satu proses yang penting ketika membuat sesuatu
penilaian khususnya dalam proses p&p.
Alat pengukuran yang kurang berkualiti akan menghasilkan penilaian yang
meragukan
Pembinaan JPU untuk memastikan pembinaan alat pengukuran yang sah dan
boleh dipercayai.
Jadual Penentuan Ujian (JPU)
Dikenali juga sebagai Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).
Satu blue print ujian / test specification.
Satu matrik yang terdiri dua paksi iaitu paksi kandungan dan paksi aras
kemahiran.
Kandungan merupakan topik dalam sukatan pelajaran manakala aras
kemahiran merupakan taksonomi penguasaan.
Dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian.
Membantu penggubal membina item soalan.
Tujuan JSU
Ujian tidak dibina secara sembarangan.
Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
Panduan kepada penggubal soalan.
Menstabilakan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa.
Menentukan bidang dan pemberatan ujian yang seimbang.
Ciri-ciri Utama JSU
Ada tajuk yang hendak diuji.
Senaraikan aras kemahiran yg hendak diuji.
Paksi menegak mengandungi tajuk yang hendak diuji dan paksi mendatar ,
jenis kemahiran yang diuji.
Merangka secara nyata bidang yang akan diuji.
Langkah-langkah Pembinaan JSU

JSU mengandungi maklumat tentang:-
Bentuk dan panjangnya ujian
Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan
kebolehpercayaan ujian itu.
Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan
yang
diberi dalam pengajaran.
Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.
Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan
subjektif.
Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.
Langkah Pertama
1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.
Langkah Kedua
1. Menentukan soalan yang ingin dibina. Contohnya; soalan subjektif atau soalan
objektif (bergantung kepada format)
2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.


Jumlah Soalan


Langkah Ketiga
1. Menentukan aras kesukaran
2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)
3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.



Langkah Keempat
1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.
2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain.
(bergantung kepada format).
Langkah Kelima
1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen.
2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah).
3. Menetapkan pemarkahan.
Langkah Keenam
1. Menyatakan matapelajaran.
2. Tingkatan atau kelas.
3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

DIMENSI DALAM JSU
Kandungan ujian berdasarkan sukatan pelajaran atau huraian sukatan pelajaran
dan buku teks yang digunakan, meliputi :
i skop atau kedalamannya
ii bilangan item untuk setiap tajuk
iii wajaran

Kemahiran meliputi aras kemahiran yang diuji ( selalunya menggunakan teksonomi
Bloom)
Jenis dan jumlah item berdasarkan tujuan ujian, kegunaan ujian, siapa yang
mengambil ujian, jenis soalan ( samada item objektif, struktur atau esei ) dan aras
kesukaran

Wajaran peratusan item ikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran
bagi setiap tajuk. Dalam konteks pendidikan di Malaysia kebanyakan ujian bilik
darjah adalah berbentuk pencapaian iaitu ujian untuk menentukan setakat mana
murid telah menguasai apa yang telah diajar. Oleh itu ujian mestilah bersifat
representative kurikulum sekolah. Berdasarkan mata pelajaran tertentu bina JSU
untuk ujian bulanan, ujian akhir semester dan ujian akhir tahun.

You might also like