You are on page 1of 5

AGENDA / TINDAKAN/MAKLUMAN

1 Ucapan pengerusi
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan dan mengucapkan terima kasih
kepada semua waris yang hadir ke taklimat waris bagi kali pertama tahun
2013.
2. Ucapan Guru Besar Pn Ruzaidah bt Majid
2.1 Mengucapkan terima kasih atas kehadiran waris menghadiri taklimat
prasekolah sesi 2013.
2.2 Mengucapkan tahniah kepada waris yang berjaya dalam pemohonan untuk
memasuki prasekolah.
2.3 Memberitahu bahawa duit sumbangan yang akan dikutip berdasarkan
persetujuan waris adalah untuk digunakan bagi program-program yang
melibatkan waris.
2.4 Objektif utama prasekolah adalah melahirkan murid yang menguasai 4M.
Oleh yang demikian amat memerlukan kerjasama daripada waris sama ada
tenaga, masa dan juga wang ringgit.
3. Ucapan Guru Prasekolah -Pn Siti Juriana Mohd Sanusi
3.1 Pn Siti juriana mengalu-alukan kedatangan waris yang hadir pada sesi
taklimat pertama tahun 2013.
3.2 Menerangkan program-program dan peraturan pengurusan prasekolah.
Antaranya:
a) Latar belakang prasekolah
- ditubuhkan pada tahun 2004
- mempunyai 2 kelas dan mempunyai 2 orang guru dan PPM.
- Bilangan murid seramai 50 orang.

b) Kurukulum Standard Prasesekolah
- Pengajaran semester pertama - berteraskan asas B.malaysia dan bahasa
inggeris
- Pengajaran semester kedua- bertema dan berfokuskan bahasa inggeris.
- Mempunyai 6 Tunjang iaitu: - tunjang bahasa dan komunikasi
- tunjang sains dan teknologi
- tunjang kerohanian
- tunjang kreativti dan estitika
- tunjang kemanusiaan
- tunjang sosio emosi

c) Kewangan prasekolah
- kewangan prasekolah terdiri daripada 3 bantuan iaitu:
a) bantuan perkapita
b) bantuan makanan
c) bantuan kokurikulum
- semua peralatan dan bahan pembelajaran murid ditanggung oleh pihak
prasekolah.

d) Sistem pentaksiran sekolah
- tiada penilaian secara formal kepada kanak-kanak.
- penilaian secara berterusan dan menyeluruh dari aspek JERIS.
- penilaian secara pemerhatian, senarai semak dan rekod-rekod yang
berkaitan.

e) Sumbangan waris
- dikutip dengan persetujuan waris dalam sesi taklimat ini.
- digunakan untuk aktiviti yang melibatkan waris ketika menjalankan aktiviti
prasekolah.Contoh: sukaneka
- Sumbangan yang akan dikutip adalah seperti berikut:

1. gambar murid graduasi RM 25.00
2. Sukaneka RM 10.00
3. Aktiviti Prasekolah RM 15.00
JUMLAH RM 50.00

f) Program-program prasekolah.
- Sukaneka
- gotong-royong
-graduasi
- lawatan
- program bacaan

g) Uniform Prasekolah
- mulai tahun 2013 prasekolah akan menempah t-shirt prasekolah.
- ukuran akan dibuat sendiri oleh ibu bapa kerana pada hari tersebut syarikat
t-shirt tersebut akan datang mengambil ukuran.
- Sekolah mewajibkan sepasang uniform dan terpulang kepada ibu bapa yang
ingin menempah lebih daripada sepasang.
- murid tidak dibenarkan memakai selipar.





h) Peraturan prasekolah
i) kehadiran
- kehadiran adalah wajib bagi semua murid.
- tindakan akan diambil sekiranya murid yang tidak hadir tanpa
bersebab. Ketidakhadiran murid perlu bersurat.
- surat amaran akan dikelauarkan sekiranya tidak hadir selama 3 hari
berturut-turut.
ii) Waktu persekolahan.
- bermula 7.30pg-12.00tgh.
- sarapan pagi disediakan pada jam 7.30pg dan waktu rehat pada jam
10.00pg.
- Setiap hari Ahad, murid prasekolah akan mengikuti perhimpunan
rasmi sekolah.
iii) tatacara masuk ke kawasan sekolah.
- hanya menggunakan pintu pagar utama.
- pintu pagar C @ pagar 3 hanya untuk kakitanngan sekolah sahaja.
- waris hanya dibenarkan menghantar murid dalam kawasan
prasekolah selama 1 minggu sahaja.
- waktu murid balik akan dihantar oleh PPM sehingga ke kantin dan
waris dibenarkan tunggu di kawasan kantin sahaja.

4. Perlantikan AJK Waris 2013.

Pengerusi : En Nor Azam b Bahari
N/P : En Rodzi b Che Rose
Setiausaha : Pn Siti Juriana Mohd Sanusi / Pn Roslina md Isa
Bendahari : Pn Ruslina bt Din
AJK : En Asri b Mahmud
: En Mohd Khirul Anwar b Abd rahim
: Pn Noor Shariza bt Mohd Salleh
: Pn Ashma bt Ariffin
: Pn Fauziah bt Md Ali

5. Ucapan Pengerusi 2013

5.1 Mengucapkan terima kasih dan ucapan tahniah kepada semua AJK
yang dilantik.
5.2 Mengharapkan kerjasama daripada semua ajk dan waris untuk
membantu guru bagi mempertingkatkan aktiviti pembelajaran murid.
5.3 Mencadangkan agar sumbangan kutipan waris sebanyak RM50
dipersetujui dan disokong. Semua waris bersetuju sebulat suara.
5.4 Bayaran boleh dibuat secara terus atau ansuran melalui guru
prasekolah.




6. Hal-hal Lain.

6.1 meminta waris melengkapkan borang data SSM untuk diserahkan
kepada PK HEM.
6.2 Guru meminta semua waris berbincang melalui saluran yang betul
sekiranya terdapat sebarang masalah .


Taklimat ditangguhkan pada jam 11.30pg.

Disediakan oleh,

........................................
( SITI JURIANA MOHD SANUSI)
Guru Prasekolah SKDHZ.





















TAKLIMAT PROGRAM
'ANAKKU PANDAI MEMBACA'
SESI 2013.

TARIKH : 7 FEBRUARI 2013
HARI : RABU
MASA : 12.00TGH


PRASEKOLAH
SK DATO'HJ ZAINUDDIN
09800 SERDANG
KEDAH

You might also like