You are on page 1of 4

PUNCA PERMASALAHAN KAUM DI MALAYSI A: SUATU KRONOLOGI PERISTIWA

Actually, it is not a verbal contract. It is a written contract. And it is written in the Federal
Constitution of Malaysia. Hence Dr Mahathir, Ibrahim Ali, etc., are all wrong. Those born in
Malaysia are Malaysians. They are not Chinese, Indians, pendatang, immigrants, or whatever.
That was the agreed terms of the Merdeka Social Contract, which is part of the Federal
Constitution of Malaysia (Petra 2012).
Satu perkara yang perlu dijelaskan adalah tentang bagaimana kedua-dua belah pihak Melayu
dan bukan Melayu terarah hingga perlu mewujudkan suatu perjanjian. Bagaimana pula
sekiranya Melayu bertegas tidak mahu berbincang tentang hal-hal yang diminta oleh bukan
Melayu berkenaan dengan isu kerakyatan, pendidikan, dan bahasa. Bagaimana juga sekiranya
Melayu tidak mahukan demokrasi. Apa yang nyata di sini adalah berkenaan dengan bagaimana
kewujudan suatu ruang yang membenarkan sesuatu itu berlaku.
Bukan Melayu tidak akan merasakan diri mereka asing di negara sendiri, sekiranya mereka
memahami dan menghormati perlembagaan negara. Setuju dengan kata-kata Petra (2012) di
atas bahawa bukan Melayu adalah sebahagian daripada negara ini. Sekiranya bukan Melayu
(Cina terutamanya) tidak keterlaluan menuntut perkara-perkara yang tidak menguntungkan,
tidak mengamalkan sikap power-testing seperti yang dijelaskan oleh J olina Tan (2012), proses
pembangunan negara-bangsa akan menjadi lebih mudah.
Berbicara tentang ruang, ianya juga akan berbicara tentang peluang, kerana kedua-duanya itu
saling bersangkutan. Wujudnya peluang kerana adanya ruang. J adi, dalam mengenalpasti
dimanakah kewujudannya ruang dan peluang tersebut, maka ianya dapat dijelaskan melalui
sorotan kronologi secara analitikal dan kritikal.
Migrasi Cina dan India secara besar-besaran telah berlaku pada pertengahan abad ke-19. Pada
waktu tersebut, telah wujud sekelompok komuniti Cina yang dikenali komuniti Baba di Melaka,
Singapura, dan Pulau Pinang yang datang lebih awal seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka
pada sekitar abad ke-15. Dan sekelompok lagi yang digelar Cina Peranakan seperti di Kelantan
sejak sekitar abad ke-18. Namun, perbezaan kedua-dua kelompok migrasi iaitu sebelum dan
selepas abad ke-19 adalah begitu ketara dari segi penerimaan budaya tempatan. J usteru
mengapa komuniti Baba boleh menerima budaya tempatan dan Cina Peranakan sanggup
diasimilasikan, tetapi migrasi selepas abad ke-19 tidak menerimanya.
Tujuan kedatangan migrasi Cina dan India ke Tanah Melayu adalah atas tujuan
perekonomian. Mereka mencari rezeki untuk dibawa pulang ke kampung halaman mereka di
China dan India. Perubahan sikap kedua-dua migrasi ini di Tanah Melayu dikesan semenjak
abad ke-20, terutamanya selepas kekalahan J epun dalam Perang Dunia ke-2 di Tanah Melayu
(1945), dan kemuncaknya adalah semenjak penubuhan Malayan Union (1946), apabila peluang
untuk mendapatkan kerakyatan telah terwujud.
Pada tahun 1946, British berjanji untuk memberikan kerakyatan kepada bukan Melayu
secara jus solimelalui rancangan Malayan Union telah ditentang secara keras oleh orang Melayu
melalui penubuhan UMNO. Maka usaha untuk mengembalikan semula kedudukan politik dan
kebudayaan Melayu begitu hebat dijalankan dan ia telah berjaya. Manakala pada tahun 1948
pula, sikap curiga Melayu terhadap Cina membuak semenjak gerila komunis (1948) yang
majoriti adalah orang Cina, maka Melayu melihat mereka sebagai suatu ancaman dan musuh
dalam selimut. Rasa anti-Cina dalam tahun-tahun berikutnya begitu mendalam (Mahathir
1999). Istilah lain yang ingin digunakan ialah kewujudan gelembung perkauman.
Kemudian pada tahun 1949, persetujuan untuk membawa isu-isu berbangkit ke meja rundingan
dengan penubuhan satu jawatankuasa yang dinamai J awatankuasa Perhubungan Kaum (CLC)
oleh Dato Onn atas tiket UMNO dilihat sebagai membuka ruang kepada bukan Melayu untuk
mencapai hasratnya. Isu utama yang dibincangkan oleh CLC adalah tentang bahasa,
pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi (Ruslan 2005) yang merupakan nadi kepada
kontrak sosial. Cadangan CLC untuk melonggarkan syarat-syarat kerakyatan, (atas desakan)
akhirnya Dato Onn telah bersetuju dengan cadangan tersebut. Sebagai tukaran, Dato Onn
meminta kerajaan British memberi bantuan ekonomi dan memajukan orang Melayu di luar
bandar dan hal ini begitu jelas telah dinyatakan seperti yang terkandung dalam Perkara 153,
Perlembagaan Persekutuan.
Cadangan CLC supaya memperkenalkan pilihan raya, telah dipersetujui dengan adanya Pilihan
Raya Majlis Bandaran pada tahun 1951. Persetujuan pilihan raya inilah sebenarnya dilihat akan
kewujudan ruang yang lebih besar, dan peluang untuk mengakses kepada tuntutan-tuntutan
lain seperti penggunaan bahasa ibunda dan pendidikan Cina. Dan jika dilihat dari perspektif
strategi, maka Melayu dilihat sebagai kaum yang bertimbang rasa dan boleh diajak
berbincang. Di samping itu, cadangan CLC agar memberi hak politik kepada kaum bukan
Melayu adalah pelebaran ruang yang sedia terwujud kepada bukan Melayu. Bermaksud, wujud
saluran politik bukan Melayu untuk mengetengahkan sebarang isu dan permasalahan mereka.
Pada tahun 1956, ia terbukti benar apabila Kongres Tuntutan Hak Kerakyatan Pertubuhan-
Pertubuhan Cina Berdaftar Seluruh Tanah Melayu telah mewujudkan satu jawatankuasa yang
begitu mendapat sambutan masyarakat Cina pada tahun 1956, dinamai Council of
Representatives of Chinese Guild and Association (CRCGA). Kongres telah meluluskan empat
resolusi iaitu (1) kerakyatan yang berdasarkan prinsip jus solibagi semua rakyat yang lahir di
Tanah Melayu, yang akhirnya UMNO bersetuju pada 1956 atas desakan yang kuat untuk
kemerdekaan (Ramlah 2004); (2) kerakyatan bagi mereka yang dilahirkan di luar Tanah Melayu
selepas bermastautin lima tahun secara berterusan tanpa ujian bahasa; (3) kesamaan hak,
keistimewaan, tugasan, dan kewajipan bagi semua rakyat; dan (4) pengiktirafan bahasa
Melayu, bahasa Cina, dan bahasa Tamil sebagai bahasa rasmi negara. J ika diteliti, perkara (1)
dan (2) di atas, ianya telah dapat diselesaikan pada sebelum merdeka, manakala perkara (3)
dan (4) masih terus diperjuangkan masyarakat Cina hingga ke hari ini melalui badan-badan
seperti Dong Zong, dan ia nyata disokong oleh parti-parti politik seperti MCA dan DAP.
Tahun 1969 telah berlaku rusuhan kaum 13 Mei 1969 bukan sahaja dilihat sebagai suatu ujian
getir danturning point dalam politik di Malaysia, malah ia dilihat sebagai garis pengukur
sejauhmana kontrak sosial. Seperti penjelasan Mahathir (1999): keadaan yang sebenar yang
berlaku adalah, pada tahun-tahun awal kemerdekaan, orang Melayu mulai berasa tidak puas
hati melihat orang Cina berterusan menguasai ekonomi. Hal ini turut dinyatakan oleh J amaei
(2005) dengan menjelaskan bahawa Kongres Ekonomi Bumiputera I yang diadakan pada 5-6
J un 1965 adalah manifestasi bahawa golongan Bumiputera mula sedar dan gelisah tentang
masalah ekonomi terutamanya dalam bidang perusahaan dan perdagangan yang orang Melayu
masih jauh ketinggalan. Dan situasi ini mewujudkan sentimen kaum kerana wujudnya jurang
sosioekonomi antara orang Melayu dengan kaum imigran lain. Keadaan ini tidak seharusnya
berlaku, kerana Dato Onn telah meletakkan syarat sebagai tukaran kepada isu kerakyatan
kepada bukan Melayu; agar orang Melayu diberi bantuan ekonomi supaya dapat memajukan
kaum tersebut. Maka ianya dilihat sebagai perlanggaran kepada suatu perjanjian yang telah
dipersetujui bersama sewaktu rundingan kemerdekaan.
Berdasarkan kepada sorotan kronologi peristiwa penting seperti yang dijelaskan di atas, maka
dapat disimpulkan bahawa, penolakan awal orang Melayu terhadap isu kewarganeraan telah
direkodkan pada tahun 1946 sewaktu penentangan rancangan Malayan Union. Gerakan gerila
komunis pada tahun 1948 yang majoritinya adalah orang Cina telah dilihat orang Melayu
sebagai bukti bahawa orang Cina berkeinginan untuk menguasai Tanah Melayu. Sentimen anti-
Cina dan gelembung perkauman telah bermula pada waktu tersebut. Persetujuan untuk
membawa isu-isu berbangkit ke meja rundingan dengan penubuhan CLC dilihat sebagai
pembukaan ruang untuk bukan Melayu berpeluang menyelesaikan masalah kewarganegaraan
mereka dan juga isu-isu lain seperti bahasa Cina dan pendidikan Cina. Akhirnya pada 1956,
setelah didesak, dan galakan untuk kemerdekaan, UMNO telah bersetuju menerima dasar jus
soli tanpa sebarang syarat bagi bukan Melayu (Ramlah 2004).
Walau bagaimanapun, persetujuan UMNO terhadap dasar jus soli tersebut dilihat sebagai
pengorbanan terbesar orang Melayu dengan harapan agar masyarakat yang pelbagai ini dapat
hidup dengan harmoni dan membawa kebaikan kepada negara. Tetapi sebaliknya yang berlaku
adalah rusuhan kaum pada 1969, yang menunjukkan dimana gelembung perkauman tersebut
telah pecah. Maksud jelas adalah kesan dimana suatu perjanjian yang dimungkiri (breach of
contract), sama ada bukan Melayu, mahu pun dasar dan polisi longgar oleh kerajaan semenjak
merdeka dalam menguatkuasakan undang-undang berdasarkan perjanjian asal. Kerana
sekiranya, sosioekonomi orang Melayu seperti yang telah diperuntukkan dengan begitu jelas
dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan tersebut benar-benar dikuatkuasakan dan
sungguh-sungguh dihormati semua pihak (kaum)dengan hasil yang diyakini, maka
kebarangkalian rusuhan kaum 1969 tersebut tidak berlaku disebabkan faktor ekonomi.

You might also like