You are on page 1of 8

1 Terdapat beberapa teori utama dalam sosiologi pembelajaran. Yang manakah teori yang SALAH.

A. Teori Konflik.
B. Teori Behavioris.
C. Teori Fungsionalisme.
D. Teori Interaksionisme Simbolik.

2 Berikut merupakan definisi pengurusan. Yang manakah definisi pengurusan menurut Robbins?
A Pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli
organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.
B Pengurusan merupakan proses memaksimumkan penggunaan sumber manusia untuk mencapai
objektif organisasi
C Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat
digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi.
D Pengurusan merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk
mencapai matlamat

3 Berikut merupakan definisi pendidikan. Yang manakah antara berikut merupakan definisi pendidikan
menurut Stuart Mill?
A Pendidikan ialah satu sistem perkembangan intelektual, jasmani, kerohanian dan emosi.
B Pendidikan ialah mendidik iaitu memimpin keluar dan berlaku melalui tunjukajar, latihan dan
indoktrinasi.
C. Pendidikan ialah untuk menambahkan ilmu untuk menghampirkan diri dengan kesempurnaan fitrah
dan memahami daya usaha yang terdapat pada bakat dan watak seseorang.
D Pendidikan sebagai proses membentuk kecenderungan asasi yang berupa kepercayaan dan
perasaan terhadap alam sejagat dan sesama manusia.

4 Tahap Pengurusan kurikulum bilik darjah mencakupi perkara-perkara berikut KECUALI
A. Penilaian
B. Implementasi
C. Perancangan
D. Perbincangan

5 Yang manakah antara berikut merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar?
I. Dorongan.
II. kematangan fizikal.
III. sosial dan persekitaran.
IV. mengekalkan perhatian.
A. I dan II sahaja.
B. II dan III sahaja.
C. I, II dan III sahaja.
D. I, II, III dan IV.

6 Pembelajaran menurut Gagne merangkumi aspek :
I. Perubahan pemikiran.
II. Perubahan kebolehan.
III. Perubahan perasaan.
IV. Perubahan tingkah laku.

A. I dan II sahaja.
B. III dan IV sahaja.
C. I, II dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.

7 Analisis teori fungsionalisme mendapati bahawa pendidikan ___________
I. memenuhi keperluan masyarakat.
II. menempatkan individu dalam masyarakat.
III. menambah jurang sosial dalam masyarakat.
IV. memuaskan keinginan individu dalam masyarakat.

A. I dan II sahaja.
B. III dan IV sahaja.
C. I, II dan III sahaja.
D. I, II, III dan IV

8 Menurut teori konflik, sesuatu konflik dalam pendidikan akan memberi kesan yang positif kerana
____________
A. semua pihak akan patuh.
B. konflik menggalakkan perebutan.
C. setiap individu perlu berfikiran kreatif.
D. konflik melahirkan ramai golongan borjuis.

9 Keadaan saling bergantungan di antara satu sama lain menyebabkan masing-masing mempunyai
peranan. Untuk berfungsi dengan berkesan, masyarakat mesti menentukan peluang-peluang yang
sama supaya masyarakat akan mencapai kesamaan dan keadilan sosial.
Kenyataan di atas merujuk kepada teori__________
A. konflik.
B. strukturasi.
C. fungsionalisme.
D. interaksionalisme simbolik.

10 Teori konflik melihat pendidikan moden sebagai usaha__________
A. untuk mengubah cara hidup.
B. yang berterusan untuk perpaduan.
C. untuk menyelesaikan permasalahan dan konflik.
D. untuk mengekalkan pihak yang dominan dalam masyarakat.

11 Dalam proses pengajaran dan pembelajaran KBSR, guru digalak menggunakan strategi yang
melibatkan aktiviti kumpulan. Daripada segi teori interaksionisme simbolik, strategi ini
bertujuan__________
A. melatih murid mendapatkan konsensus.
B. memberi peluang memupuk gaya kepimpinan.
C. membincang untuk mendapatkan isi-isi penting.
D. meningkatkan kemahiran bersosial di kalangan pelajar.

12 Berikut merupakan definisi disiplin. Yang manakah definisi disiplin menurut Jawatankuasa Kabinet
Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979
A. Peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik.
B. Peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku
mereka melalui hukuman ataupun ganjaran.
C. Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan
tingkahlaku yang baik demi kesempurnaan kehidupan.
D. Kesanggupan seseorang murid menghormati dan mematuhi kehendak undang-undang dan
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama ada suka atau pun tidak.

13 Berikut merupakan tanggungjawab Pengetua di sekolah. Yang manakah yang benar?
I Pengetua bertanggungjawab dalam peningkatan kurikulum dan kokurikulum sekolah.
II Pengetua perlu memastikan pelaksanaan pentadbiran di sekolah selaras dengan dasar Kementerian
Pelajaran Malaysia.
III Pengetua bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.
IV Pengetua perlu mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV sahaja

14 Yang manakah antara berikut merupakan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
A. Yang Berbahagia Dato Badarudin bin Abd. Rahman.
B. Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Zulkarnain bin Haji Awang
C. Yang Berbahagia Datuk Haji Kamaruzaman bin Haji Mohd. Noor.
D. Yang Berbahagia Tan Sri Dato Haji Alimuddin bin Haji Mohamad Dom.

15 Pekerjaan guru dianggap sebagai profesional jika guru mempunyai ciri-ciri yang antaranya
______________
I. sentiasa sabar.
II. bersifat penyayang.
III. berilmu pengetahuan.
IV. mempunyai kepakaran.

A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja.
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV.

16 Yang manakah prosedur tindakan disiplin sekolah yang betul menurut urutan
I. Keterangan membela diri.
II. Kemuka rayuan didengari.
III. Jatuh hukuman dengan adil
IV. Diberitahu kesalahan dan hukuman

A. I, IV, III dan II.
B. I, III, II dan IV.
C. IV, I, II dan III.
D. I, II, III dan IV.

17 Peraturan 9 dalam peraturan-peraturan pelajaran (Disiplin sekolah) 1959 menyatakan kuasa
pendaftar mengarahkan pembuangan murid dari sekolah. Apakah yang dimaksudkan dengan
Pendaftar
A Pengetua sekolah.
B Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah
C Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri
D Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

18 Hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang berlangsung
proses pengajaran dan pembelajaran adalah dilarang. Apakah Justifikasi larangan tersebut.
A Guru tiada kuasa merotan
B Hukuman rotan tidak sesuai dengan zaman.
C Tentangan Ibu bapa terhadap peraturan tersebut.
D Tindakan sedemikian akan menjatuhkan maruah dan kesan negatif terhadap
keperibadian seorang murid.

19 Berikut adalah langkah langkah yang diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
menangani masalah disiplin pelajar. Yang manakah langkah yang membolehkan Kementerian
Pelajaran Malaysia mengumpulkan data disiplin pelajar sekolah.
A Pemantapan program patriotik.
B Pemantapan program sekolah selamat.
C Pemantapan pengurusan sahsiah dan disiplin.
D Pemantapan sistem salah laku disiplin pelajar.

20 Konsep kesediaan pelajar adalah merupakan keadaan dalam diri sendiri yang ada pada seseorang
pelajar yang bersedia dan berkebolehan untuk memperolehi sesuatu pengalaman pembelajaran yang
baru. Justeru itu, kesediaan belajar merangkumi perkara-perkara berikut kecuali:
A. Kesediaan afektif.
B. Kesediaan kognitif.
C. Kesediaan spritual.
D. Kesediaan psikomotor.

21 Yang manakah antara berikut merupakan perbezaan kesediaan pelajar?

I Perbezaan keyakinan diri.
II Perbezaan sikap dan minat.
III Perbezaan kadar pembangunan fizikal.
IV Perbezaan dalam diri individu

A I dan II sahaja.
B I dan IV sahaja.
C I, II dan III sahaja.
D I, II, III dan IV.

22 Terdapat teknik intrinsik dan teknik ekstrinsik dalam memotivasikan pelajar untuk belajar. Yang
manakah merupakan maksud teknik intrinsik?
A dorongan semulajadi.
B dorongan seseorang untuk mencapai matlamat dalam kehidupan.
C dorongan dalaman dan minat yang terdapat pada diri seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa
memikirkan ganjaran.
D dorongan hasil rangsangan luar untuk menggerakkan seseorang melakukan aktiviti
yang berfaedah.

23 Berikut adalah peranan dan tanggungjawab guru pelatih semasa melaksanakan Rancangan
Orientasi Sekolah(ROS). Yang manakah antara berikut bukan tanggungjawab guru pelatih semasa
ROS?
A menghadiri taklimat
B menyediakan polio ROS.
C melapor diri dan membina hubungan baik dengan sekolah
D melantik guru yang berpengalaman sebagai guru pendamping.

24 Sekolah berkesan sepatutnya dinilai dari aspek ____________
A. kecemerlangan akademik pelajar.
B. keupayaan menyingkir pelajar bermasalah.
C. kebolehan mengubah dari lemah kepada gagah.
D. kemampuan mewujudkan organisasi yang sihat.

25 Dalam memenuhi fungsi sebagai guru, perkara-perkara yang dapat disalurkan oleh seorang guru
kepada murid adalah ____________

I. ilmu.
II. nilai.
III. amal.
IV. kemahiran.

A. I dan IV sahaja.
B. II dan III sahaja.
C. I, II dan III sahaja.
D. I, II dan IV sahaja.

26 Perspektif interaksionisme simbolik mendapati terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar sekolah. Faktor-faktor berkenaan adalah _________
I. faktor baka.
II. faktor ibu bapa.
III. faktor persekitaran.
IV. faktor rakan sebaya.

A. I dan II sahaja.
B. III dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

27 Manakah antara berikut merupakan kritikan terhadap amalan birokrasi dalam organisasi
Kementerian Pelajaran Malaysia?
A. Bertindak sebagaimana sektor korporat.
B. Membuat dasar tanpa merujuk kepada pandangan guru.
C. Terlalu bergantung kepada guru dalam menggubal dasar pendidikan.
D. Tidak memberi peluang kepada guru meningkatkan tahap profesionalisme.

28 Sebagai pengetua, Encik Hamid telah mengarahkan pelajar yang didapati ponteng kelas untuk kali
pertama disingkirkan dari sekolah serta merta.
Situasi di atas menunjukkan Encik Hamid mengamalkan gaya kepimpinan __________
A. autokratik.
B. demokratik.
C. kontingensi.
D. laissez faire.

29 Manakah daripada situasi berikut yang menggambarkan pengetua sekolah mengamalkan gaya
kepimpinan laissez-faire?

A. Ahmad seorang guru yang sentiasa berpakaian kemas ke sekolah. Beliau sangat teruja apabila
pengetua sentiasa memuji kekemasan dirinya.
B. Basri merupakan seorang guru yang selalu datang ke sekolah mengikut masa sendiri iaitu hanya
datang apabila beliau mempunyai kelas untuk diajar. Beliau tidak bimbang kerana pengetua tidak
pernah menegur perbuatannya itu
C. Amirudin seorang guru yang suka menggeluarkan pandangan dalam setiap mesyuarat.
Sungguhpun pandangannya itu seringkali tidak diendahkan oleh rakan-rakan tetapi pengetua tetap
memberi peluang kepada beliau untuk bercakap.
D. Khadijah guru matematik yang setiap hari menepati waktu untuk masuk kelas mengikut jadual.
Beliau bersikap demikian kerana mempunyai kesedaran tanggungjawab tanpa memerlukan penyeliaan
walaupun pengetua sekolah kerap melakukan rondaan.

30 Guru mempunyai kuasa autonomi dalam bilik darjah. Autonomi guru dalam bilik darjah ditunjukkan
dengan kenyataan _________
A. guru perlu merujuk kepada pengetua sekolah dalam mengendalikan kes disiplin pelajar.
B. guru perlu merujuk kepada ketua panitia dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran.
C. guru menggunakan pendekatan sendiri dalam perancangan pengajaran dan strategi kawalan kelas.
D. guru mengikut setiap langkah yang dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam
mengendalikan kes disiplin pelajar.

31 Berikut merupakan peranan guru dalam bilik darjah kecuali
A. Merancang pengajaran.
B. Mengumpul maklumat ibubapa
C. Membentuk sikap pelajar yang positif
D. Meningkatkan kemahiran diri seperti kemahiran berkomunikasi.

32 Berikut merupakan konsep Bimbingan. Yang manakah konsep bimbingan menurut Suradi Salim ?
A. Sebagai usaha memberi perkhidmatan yang normal.
B. Proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia sekeliling supaya ia
boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada sepenuhnya.
C. Proses yang profesional dan bersistematik yang bertujuan untuk menolong individu melalui
pendidikan.
D. Bantuan oleh seseorang yang memiliki peribadi dan pendidikan kepada seseorang.

33 Berikut merupakan fungsi-fungsi Pusat Sumber. Yang manakah yang benar.

I. Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum.
II. Mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat
keperluan kurikulum.
III. Menggalakan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
IV. Menyediakan keperluan terkini teknologi pendidikan.

A. I dan II sahaja.
B. II dan III sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.

34 Berikut merupakan ciri-ciri pembelajaran berasaskan pusat sumber. Yang manakah yang benar.

I. Pusat Sumber memberi peluang pelajar belajar.
II. Pusat Sumber lebih fleksibel dalam penggunaan waktu dan ruang belajar.
III. Pusat Sumber mengembangkan keyakinan diri dan kemahiran belajar.
IV. Pusat Sumber menyajikan berbagai pendekatan tentang bahan pembelajaran, kaedah kerja dan
motivasi belajar.

A. I dan II sahaja.
B. III dan IV sahaja.
C. II, III dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.

35 Terdapat beberapa jenis bilik darjah dalam strategi mengurus bilik pembelajaran kecuali:
A. Bilik Darjah Tradisi.
B. Bilik darjah tertutup.
C. Bilik darjah KBSR dan KBSM.
D. Bilik darjah mata pelajaran khas KBSM.

36 Suasana bilik darjah yang kondusif penting bagi mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan merangkumi suasana berikut kecuali:
A. Suasana sosial
D. Suasana Emosi.
E. Suasana Fizikal.
D. Suasana Interaksi.

37 Perkara negatif yang mungkin timbul akibat pengkomersilan pendidikan antaranya
______________

I. peningkatan polarisasi kelas sosial.
II. pengabaian kualiti pengajaran dan pembelajaran.
III. pertambahan pelajar menerima pendidikan tinggi.
IV. perkembangan industri yang berasaskan pendidikan.

A. I dan II sahaja.
B. II dan III sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV sahaja.

38 Fenomena lambakan graduan di pasaran hari ini berpunca daripada__________

I. banyak institusi pengajian tinggi yang mengeluarkan ijazah.
II. tahap komunikasi yang rendah dalam kalangan lulusan universiti.
III. penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan graduan yang kurang memuaskan.
IV. kurangnya peluang pekerjaan akibat daripada penggunaan teknologi tinggi dalam kehidupan.

A. I sahaja.
B. II dan III sahaja.
C. II, III dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.

39 Implikasi daripada pembukaan banyak cawangan universiti-universiti asing di Malaysia antaranya
ialah__________

I. pengaliran wang ke luar negara.
II. kos lebih rendah berbanding ke luar negara.
III. ramai pelajar asing melanjutkan pengajian di Malaysia.
IV. menyebabkan universiti awam tempatan kurang diminati.

A. I dan IV sahaja.
B. II dan III sahaja.
C. I, II dan III sahaja.
D. I, II, III dan IV

40 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah menyenaraikan empat buah universiti awam sebagai
universiti yang berteraskan penyelidikan berbanding dengan universiti-universiti yang lain. Fenomena
tersebut merupakan__________
A. sentralisasi dalam birokrasi pengajian tinggi.
B. desentralisasi dalam birokrasi pengajian tinggi.
C. kuasa autonomi kepada universiti-universiti awam.
D. penyenaraian universiti-universiti awam mengikut ranking

You might also like