You are on page 1of 27

SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM

CTU211

BAB 2:
KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI
DALAM ISLAM
Renungan.


Adakah Islam menolak sains dan teknologi?

Jika tidak, apakah syarat dan panduannya?
Konsep Sains Dan Teknologi Dalam Islam
Sains diambil dari perkataan Inggeris science
Berasal dari perkataan Latin scientia , yang bermaksud
tahu.
Menurut Kamus DBP ; sains ialah cabang ilmu
pengetahuan yang berdasarkan kepada kebendaan atau
kenyataan semata-mata (fizik,kimia,kajihayat dan lain-lain).

Isi kandungan:
Menurut Sulaiman Nordin (1993):

Sains ialah satu kumpulan ilmu yang tersusun dan
teratur berkaitan dengan kajian-kajian fenomena-
fenomena di dalam alam tabii. Melalui kaedah yang
berobjektif melalui kajian bereksperimen dan
cerapan bagi menghasilkan prinsip-prinsip yang
boleh diuji kebenarannya.
Maksud Sains (1)
Dalam English Oxford Dictionary :
suatu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan
pernyataan yang terbukti atau dengan fakta-fakta yang
ditinjau, dan disusun secara bersistem dan dihimpun
dalam bentuk hukum-hukum umum, dan ia termasuklah
kaedah-kaedah yang boleh dipercayai untuk
menghasilkan kebenaran baru di dalam lapangannya
sendiri.

Ringkasnya : Sains adalah sesuatu yang boleh dibuktikan
kebenarannya melalui ujian empirikal.
Sains dikenali sebagai satu disiplin yang menilai sesuatu
tinjauan dan maklumat secara objektif, bukan subjektif,
seperti dengan intuisi, sangkaan atau emosi.
Sains merupakan satu percubaan mencari kebenaran
dengan kaedah-kaedah yang rasional dan emperikal.

Sains dan teknologi berkait rapat dengan ajaran
Islam dan kita tidak diizinkan untuk memisahkan
kehidupan manusia termasuk sains dan teknologi
dari dasar-dasar dan prinsip-prinsip agama.
Malah dalam Islam untuk menunaikan ibadat
khusus juga memerlukan kepada pengetahuan
dalam bidang sains.
Konsep Sains dan Teknologi Dalam Islam
Sains Islam
Sains merupakan suatu proses untuk sampai kepada
suatu kebenaran disebabkan pertanyaan manusia
terhadap asal usul dan tujuan kewujudan sesuatu di
alam semesta.
Kaedah yang digunakan untuk sampai kepada
kebenaran mutlak ialah melalui kajian emperikal, dan
pengumpulan data-datanya pula adalah melalui
pancaindera serta pemikiran manusia berpandukan
kepada wahyu.
Maksud Sains Islam
Ilmu pengetahuan yang lahir hasil gabungan unsur fizik
dan metafizik atau gabungan antara ilmu intelek
(acquired knowledge) dan ilmu wahyu (revealed
knowledge yang pada prinsipnya selaras dengan dasar
dan konsep asas dalam Islam.
Maksud Teknologi
Dari segi bahasa dirujuk kepada bahasa Yunani:
1. Techne - seni atau kerja tangan
2. Logos - wacana atau kata-kata
sistematis atau teori.
Dari segi istilah :
1. Ilmu pengetahuan dan tindakan yang
bersistem
2. Biasanya dikaitkan dengan proses dalam
industri
3. Kegiatan yang berkaitan dengan sains
kejuruteraan.
Definisi Teknologi
Teknologi ialah penggunaan bersistem pengetahuan
sains untuk tujuan amali.(Galbraith,1978:31).
Teknologi adalah sains gunaan di mana ilmu sains itu
digunakan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang
praktikal.
Antara tujuan utamanya ialah
Untuk memudahkan sesuatu proses kerja.
Memaksimakan penggunaan sesuatu peralatan
Meningkatkan produktiviti
Menjimatkan masa
Teknologi Dalam Islam
Istilah sinaah dipakai dengan maksud ilmu
gunaan(applied science)
Pengetahuan yang berhubung dengan teknik
menggunakan pengetahuan sains
Tujuan utamanya ialah memberikan kemudahan dan
kemakmuran kepada manusia
Islam hanya menerima teknologi yang memberi manfaat
tanpa unsur kerosakan serta tidak terkeluar dari etika
serta prinsip asas Islam
Kesimpulan
1. Islam hanya menerima bentuk teknologi yang boleh
memberi manfaat seperti untuk kemudahan dan
kemakmuran kepada ummah.
2. Islam menolak teknologi yang membawa kerosakan
kepada minda dan fizikal.
3. Ia ditentukan berdasarkan kepada etika dan prinsip-
prinsip dasar Islam.
Kedudukan Sains Dan Teknologi Dalam Islam
Ilmu fardhu kifayah yang diperlukan untuk
perlaksanaan fardhu ain.
Sains dan agama adalah sesuatu yang sepadu
Sains melengkapkan kefahaman ilmu fardhu ain
Membuktikan kebenaran al-Quran
Fakta sains dalam al-Quran perlu dikaji
Ciri-ciri Sains Islam :
1. Sains Islam ialah sains yang lahir dan
berkembang hasil dari dokongan dan
sumbangan ahli-ahli sains Islam.
2. Keadaan ini dapat dilihat pada ciri-
cirinya yang unik dan bersifat
teologisme.
3. Sains Islam adalah sains yang
berteraskan kepada etika rabbaniyyah.
Ciri-ciri Sains Islam
Keagamaan
Harmoni
Saintifik Universal
Sepadu
1- Ciri Keagamaan
Wahyu Dan Ilham Sebagai Sumber
Dikaitkan Dengan Prinsip Ketauhidan
Peranan Tuhan Dikaitkan Dalam Hukum Kausal
Sains Digunakan Sebagai Alat Mencari Keredhaan
Allah.
Penyaksian Terhadap Kebesaran Allah SWT
Sebagai Kaedah Mengabdikan Diri Kepada Allah Swt
Terikat Dengan Batas-batas Hukum Dan Etika Islam
Yang Kukuh.
2- Ciri Saintifik
Kesepaduan Antara Ilmu wahyu dan Ilmu Akal /
Pemikiran
Kaedah Emperikal
Kaedah Rasional
Kaedah Objektif
Kaedah Analisis
Kaedah Sintesis
3- Ciri Universal / Sejagat
Penghasilan Sains Dan Teknologi Dalam Tamadun
Islam Disumbangkan Oleh Muslim Dan Non-muslim
Dari Pelbagai Bangsa
Skop Dan Bidang Penulisan Yang Luas
Keahlian Sarjana Sains Islam Dalam Pelbagai Bidang.
4- Ciri Sepadu
Tidak Memisahkan Antara Pelbagai Cabang-cabang
Ilmu
Tanggungjawab Fardhu Ain Dan Fardhu Kifayah Yang
Sepadu
Kajian Yang Bersifat Menyeluruh
Kajian Alam Fizik Yang Tidak Terpisah Daripada
Metafizik (Ketuhanan)
Mengkaji Alam Tabii Adalah Mengkaji Sifat Allah
SWT.
5- Ciri Harmoni
Tidak Terdapat Percanggahan Antara Sains Dengan Agama.
Kajian Sains Menuju Kepada Matlamat Terakhir Iaitu Pengabdian
Diri Kepada Allah SWT.
Sains Islam membawa keharmonian kepada alam dalam
melaksanakan tugas manusia sebagai khalifah di atas muka bumi.
Peranan Sains Dan Teknologi Dalam Islam
Untuk lebih mengenali Allah
Membantu mengimani Tauhid
Menegakkan hakikat kebenaran
Sentiasa bertafakkur dan tadabbur
Memudahkan pelaksanaan syariat
Pengabaian Sains dan Teknologi Umat Islam
Umat Islam suatu masa dahulu menguasai bidang sains
dan sains Islam menguasai dunia.
Ahli sains Islam adalah manusia yang kamil
menguasai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah - ulama
saintis
Sains yang berkembang dalam dunia Islam menjawab
semua persoalan manusia mengenai ketuhanan
Kesan Pengabaian Sains dan Teknologi Ke atas Umat Islam
Umat Islam menjadi lemah pengguna bukan
pencipta
Umat Islam terpaksa belajar dari Barat
Ciptaan sains barat banyak melalaikan
manusia
Sains digunakan dengan cara yang
bertentangan dengan syariat
Tidak dapat mempertahankan diri dari
serangan Barat dan mengharapkan Barat
untuk mempertahankan negara Islam yang
diancam dan diserang.

Kesan Pengabaian Sains dan Teknologi Ke atas Umat
Islam
Jadi pengguna
Pergantungan
Barat
Ciptaan yg
melalaikan
Sains yang
terseleweng
Mudah
diserang Barat
Kesan Pengabaian Sains dan Teknologi Ke atas Umat
Islam
Umat jadi mundur
Maruah tercalar
Sosial
Pendidikan dualisme
Pengasingan ilmu
Pendidikan
Ubatan dari Barat
Isu halal dan haram
Kesihatan
Penjajahan
Dominasi Barat
Politik
Pergantungan dengan Barat
Gagal eksploitasi sumber alam
Ekonomi

You might also like