You are on page 1of 3

FORUM

Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi


Moderator : Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama...... Apa khabar
puan?
Panel 1 : Alhamdulillah sihat tuan moderator. Tuan moderator bagaimana?
Moderator : Alhamdulillah...

Moderator : Bolehkah puan perjelaskan apakah konsep Guru Pencetus Kreativiti,
Penjana Inovasi dan adakah tema ini relevan dengan peranan guru
dalam dunia pendidikan pada hari ini?
Panel 1 : Terima kasih tuan moderator yang cantik molek pekertinya membawa
rasional persoalan. Terlebih dahulu, yang dihormati, barisan tetamu
kehormat, rakan panel dan seterusnya hadirin yang dirahmati Allah
sekalian.
Tema Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi boleh didefinisikan sebagai
warga pendidik yang berperanan menimbulkan sesuatu idea, berkebolehan
mencipta dan penggerak ke arah menghasilkan produk baharu atau
perkhidmatan yang lebih baik.
Kreativiti : kreativiti boleh ditafsirkan sebagai penghasilan idea. Kebolehan
seseorang untuk menghasilkan idea baharu atau mengumpul idea adalah
kebolehan kreatif. Apabila seorang kanak-kanak memikirkan sesuatu idea,
walaupun ianya idea yang nakal, kanak-kanak tersebut sebenarnya seorang
yang kreatif. Apabila seorang ahli sains pula yang menghasilkan sesuatu idea,
beliau ditakrifkan sebagai melatih kreativiti. Oleh itu, kreativiti adalah suatu
proses atau proses berfikir. Kreativiti dalam Bahasa Inggeris berasal dari
perkataan create. Apa yang dicipta atau dihasilkan adalah idea. (Yayasan
Inovasi Malaysia, 2010)
Inovasi merupakan elemen penting yang didefinisikan sebagai pengaplikasian
kreativiti atau pembaharuan.
Inovasi : inovasi pula boleh ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti
dengan mempraktikkan idea yang dihasilkan. Kreativiti merupakan proses
berfikir manakala inovasi pula ialah proses menambah nilai kepada idea yang
dihasilkan. Sekiranya idea yang dilahirkan adalah bijih benih, inovasi pula
adalah tumbuhan atau pokok yang lahir hasil daripada tanaman dan
pemeliharaan benih. (Yayasan Inovasi Malaysia, 2010)
Kita perlu lihat pada keperluan semasa. Abad kini adalah abad ke-21 yang
mana kita menginginkan modal insan yang berkeupayaan berfikir secara
kreatif dan kritis. Hal ini juga dikaitkan dengan pelan pembangunan
pendidikan malaysia yang ingin melahirkan generasi yang berfikir aras tinggi
iaitu KBAT supaya mereka setanding dan dapat menyesuaikan diri dalam
keperluan abad ini sekali gus menjadi modal insan yang kreatif dan inovatif
setanding dengan taraf negara-negara luar.
Tema ini sangat relevan untuk disesuaikan kerana kita inginkan para guru
menghayati dan faham seterusnya boleh melaksanakan kaedah pengajaran
dan pembelajaran kepada pelajar supaya dapat melahirkan pelajar yang
berfikiran kreatif dan kritis. Guru perlu mendidik pelajar menjadi kreatif dahulu
dan seterusnya dapat melahirkan pencipta bukan lagi pengguna. Kesannya,
masyarakat Malaysia dapat menghasilkan produk sendiri dan tidak lagi
bergantung kepada produk luar.
Moderator : .....
Panel 2 : ......
Moderator : Apakah strategi guru yang boleh diaplikasikan dalam membangunkan
para pelajar yang kreatif dan inovatif?
Panel 1 : Terima kasih kepada tuan moderator atas persoalan yang diujarkan.
Pada pandangan saya, untuk melahirkan pelajar berfikiran aras tinggi
adalah melalui kaedah menyoal, bahan-bahan yang diberikan dan kaedah
murid belajar. Guru perlu menerapkan unsur-unsur konstruktivisme,
penyelesaian masalah, inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan projek
dan membuat keputusan.
Guru yang inovatif berupaya menjana idea baharu yang boleh
mempertingkatkan amalan berkesan dalam menyampaikan ilmu kepada
generasi anak didik. Guru yang inovatif juga berkemampuan mencipta
kelainan atau modifikasi menggunakan unsur dan sumber sedia ada serta
mewujudkannya sebagai elemen sintesis yang melancarkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru yang inovatif juga mempunyai tahap
ketekunan yang tinggi, belajar daripada kesilapan, mengurus idea secara
sistematik serta cenderung mendapatkan ilmu pengetahuan baharu.
Guru harus mencuba menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang baharu
dalam bilik darjah. Memaksimakan penggunaan bilik pandang dengar, makmal
komputer, dan pelbagai kemudahan yang ada di sekolah. Bukan jadikan
kemudahan itu sebagai muzium.
Di sini jelaslah bahawa guru mesti bertindak sebagai pencetus kreativiti dan
penjana inovasi kerana guru sebagai penyampai ilmu perlulah memiliki
kemahiran tinggi untuk melakukan transformasi dalam menjana minda murid
agar menjadi lebih dinamik.
Moderator : ....
Panel 2 : .....
Moderator : Apakah kata-kata akhir puan atau sedikit rumusan yang boleh
diberikan tentang tajuk perbincangan kita pada hari ini?
Panel 1 : Secara tuntasnya, sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan
setiap murid mencapai potensi sepenuhnya agar menjadi generasi
gemilang iaitu berpengetahuan dan berkemahiran, pemikiran yang
kreatif dan kritis, memiliki sahsiah dan nilai yang mendukung semangat
identiti nasional.
Seterusnya, Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovatif adalah selaras
dengan transformasi pendidikan ke arah membangunkan kemahiran
abad ke-21 iaitu berfikiran kritis dan kreatif serta menggalakkan
perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang seperti yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025.

You might also like