You are on page 1of 2

Dalam kajian yang kami buat, kami telah berjaya mendapat maklum balas daripada

100 orang pelajar di kampus ini. Terdapat 5 opsyen telah memberikan maklum balas, iaitu
termasuk opsyen Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (TESL), Bahasa Cina (PC),
Pendidikan Seni Visual (PSV) dan Matematik (MATH). Kami mendapat maklum balas yang
paling tinggi daripada opsyen TESL.


Kekerapan pelajar mengunjungi pusat sumber dalam sebulan turut dikaji. Terdapat
38 pelajar hanya mengunjungi pusat sumber sekali hingga 3 kali dalam sebulan dan 29
orang pelajar mengunjungi 4 hingga 7 kali dalam sebulan. Malahan, 16 orang pelajar telah
mengunjungi ke pusat sumber sebanyak 8 hingga 10 kali dalam sebulan serta 11 orang
pelajar mengunjungi pusat sumber lebih dari 10 kali dalam sebulan. Manakala, bilangan
pelajar yang tidak pergi ke pusat sumber dalam sebulan adalah sebanyak 6 orang.
Daripada 100 orang pelajar, kami dapat mengetahui terdapat 14 orang pelajar
beragama Islam, 37 orang pelajar beragama Kristian, 2 orang pelajar beragama lain dan
selainnya beragama Buddha. Seramai 69 orang perempuan dan 31 orang lelaki telah
membuat maklum balas ini di mana mereka terdiri daripada 11 orang melayu, 70 orang cina,
2 orang India dan 16 etnik-etnik lain. Jelasnya, kami dapati kaum Cina paling banyak
memberi maklum balas dalam soal selidik ini.

Seterusnya, kami dapati seramai 64 orang pelajar pergi ke pusat sumber untuk
membuat rujukan bahan, 30 orang pelajar pergi untuk menggunakan perkhidmatan dan
kemudahan pusat sumber serta 61 orang pelajar mengunjungi untuk mencari maklumat
yang diperlukan. Pelajar yang selainnya pula mengunjungi untuk meminjam buku.
Selain itu, kami juga telah mendapat banyak cadangan daripada responden untuk
penambahbaikan tahap perkhidmatan pusat sumber. Kebanyakan cadangan tersebut
melingkari masalah kemudahan WIFI, lokar, ruang bacaan, dan koleksi buku. Langkah
penambahbaikan boleh diambil dengan menaik taraf perkhidmatan WIFI supaya pelajar
dapat mengakses maklumat dengan lebih mudah. Penyediakan lokar berkunci dilaksana
supaya barangan pelajar lebih terjamin serta perlanjutan masa operasi dan penambahan
koleksi buku khususnya yang berkaitan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah turut
dicadangkan. Ekoran itu, mereka juga cadangkan agar ruang perbincangan diluaskan dan
ditambah di samping wujudkan kemudahan LCD di pusat sumber untuk tujuan kuliah.
Bahkan ruang pusat sumber juga perlu diperluas untuk menampung pelajar yang begitu
ramai di institut.

You might also like