You are on page 1of 1

Dapatan Berdasarkan Persoalan Kajian

Berikut merupakan huraian dapatan kajian berdasarkan persoalan kajian. Terdapat lima persoalan
kajian dan huraian dapatan adalah seperti berikut:

Persoalan Kajian 1

Sejauh manakah tahap pencapaian penulisan karangan dalam pra ujian?


Jadual 6 : Taburan Markah Pra ujian Karangan Fakta

Markah Taburan Frekuensi Peratus (%)
12.00 4 10
14.00 1 2.5
16.00 18 45
20.00 5 12.5
22.00 1 2.5
23.20 1 2.5
24.00 1 2.5
27.20 1 2.5
28.00 3 7.5
30.00 2 5.0
32.00 2 5.0
36.00 1 2.5
JUMLAH 40 100
Jadual 6 menunjukkan taburan markah pra ujian karangan fakta. Didapati markah minimum yang
diperoleh murid ialah 12 markah dan markah maksimum ialah 36 markah. Markah yang kerap
diperoleh murid ialah 16 markah dengan 18 orang murid atau sebanyak 45 peratus. Manakala
markah kedua kerap ialah 20 markah yang diperoleh 5 orang murid atau sebanyak 12.5 peratus.
Perbezaan seramai 13 orang murid wujud atau sebanyak 32.5 peratus.

Jadual 7: Taburan Markah Pra ujian Karangan Naratif

Markah Taburan Frekuensi Peratus (%)
12 1 2.5
16 8 20
18 7 17.5
20 17 42.5
22 3 7.5
24 2 5.0
30 1 2.5
36 1 2.5
JUMLAH 40 100

Jadual 7 menunjukkan taburan markah pra ujian karangan naratif. Markah minimum yang diperoleh
murid semasa pra ujian dijalankan ialah 12 markah dan markah maksimum ialah 36 markah. Didapati
murid kerap mendapat 20 markah yang diperoleh seramai 17 orang murid atau sebanyak 42.5
peratus. Markah kedua kerap yang diperoleh murid pula ialah 16 markah yang diperoleh seramai 8
orang murid atau 20 peratus. Perbezaan sebanyak 9 orang murid wujud di antara markah yang kerap
diperoleh murid atau sebanyak 22.5 peratus.
Rajah 5: Perbandingan Taburan Markah Pra ujian Karangan Fakta dan Karangan Naratif

You might also like