You are on page 1of 3

1. Apakah hobi Abu?

A Melancong

B Berlari di pantai

C Suka memancing ikan

D Suka berehat di pantai



2 Daripada siapakah Abu mempelajari selok-
belok memancing?

A Dengan bapanya

B Melalui kawannya

C Melalui pengalamannya

D Kawannya yang membantu



3 Mengapakah Abu tidak tergesa-gesa
menarik pancingnya apabila dimakan ikan?

A Bimbang pancingnya patah

B Bimbang ikan akan terlepas

C Bimbang bahaya mata pancing

D Bimbang umpannya akan putus



4 Maksud disentaknya ialah

A tarik perlahan.

B lepas secara perlahan.

C ditariknya dengan kuat.

D dirampas dengan cepat.


5 Apakah pengajaran daripada peristiwa
yang telah menimpa Abu?

A Taat itu baik

B Sabar itu iman

C Takut dapat memberi kejayaan

D Gopoh boleh memberi bencana


Pada masa dahulu, tidak jauh dari istana Maharaja, terdapat sepasang burung helang membuat
sarang di atas sebatang pokok. Pada suatu hari, mereka mendapati salah seekor anak mereka di
dalam sarang telah hilang ketika mereka keluar mencari makanan. Kejadian itu amat mendukacitakan
helang tersebut. Mereka hendak tahu siapa yang mencuri anak mereka itu.

Pada keesokannya, mereka berpura-pura terbang keluar mencari makanan. Mereka hinggap di
atas sebatang pokok tidak jauh dari sarang mereka itu untuk melihat apa yang berlaku. Tidak lama
kemudian, mereka ternampak seekor musang keluar dari lubang di dalam batang pokok di bawah
sarang mereka itu. Musang itu memanjat naik lalu makan anak burung helang di dalam sarang itu.

"Oh, rupanya musang bedebah itu yang makan anak kita," kata helang jantan.

"Kita tak berdaya nak membunuh musang bedebah itu. Lagi pun, kita tak dapat masuk ke dalam
lubangnya. Kita perlu mencari jalan lain untuk membunuhnya."

Pada suatu hari, helang betina ternampak seorang puteri sedang mandi bersama-sama beberapa
orang dayang di sebuah kolam. Puteri menanggalkan kalung saktinya, lalu mandi dengan gembiranya
di dalam kolam itu. Helang betina terbang turun lalu memagut kalung itu dan dibawanya terbang ke
atas sebatang pokok di tepi kolam itu.

"Kalungku diterbangkan seekor helang!" teriak puteri itu dengan cemas. "Dayang! Cepat panggil
pengawal. Suruh mereka tangkap helang yang melarikan kalungku itu,"

Inang pun segera memanggil beberapa pengawal. Helang betina itu sengaja terbang rendah dan
perlahan-lahan supaya dapat dilihat dan diikut oleh pengawal. Setelah sampai di bawah pokok
sarang mereka, helang sengaja memasukkan kalung puteri yang dicuri itu ke dalam lubang tempat
musang itu tinggal.

Seorang pengawal pun cuba mengeluarkan kalung dari lubang itu. Tetapi didapati di dalamnya
ada seekor musang. Apa lagi! Pengawal itu pun segera membunuh musang itu dengan pedangnya.
Selepas itu kalung di dalam lubang itu pun diambilnya. Dengan demikian, dapatlah helang tinggal
dengan aman di sarang itu tanpa gangguan dan ancaman lagi.
11 Burung helang membuat sarang di mana?
A di dalam rumah

B di atas tanah

C di atas pokok

D di atas batu




12 Di manakah musang itu membuat sarang?
A di dalam lubang bawah pokok

B di tepi lubang bawah pokok


C di bawah pokok tepi batu

D di atas pokok tepi lubang


13 Siapakah yang mencuri kalung tuan puteri?
A Helang jantan

C Anak helang
B Helang betina

D Musang


14 Mengapakah helang sengaja terbang rendah?
A Supaya pengawal menangkapnya

B Supaya pengawal membunuhnya

C Supaya pengawal memukulnya

D Supaya pengawal melihatnya



15 Mengapakah pengawal itu membunuh musang?
A Disangkanya musang itu kecil

B Disangkanya musang itu besar

C Disangkanya musang itu berbahaya

D Disangkanya musang itu pencuri

You might also like