You are on page 1of 4

Ciri yang unik di seluruh dunia dalam sistem pemerintahan beraja Malaysia, jawatan ini digilirkan

setiap lima tahun antara sembilan Pemerintah Negeri Melayu.


Apabila menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong, seorang kerabat diraja akan dilantik
sebagai Pemangku dalam negeri tersebut.
Giliran Negeri[sunting]
Sistem penggiliran jawatan Yang di-Pertuan Agong setiap lima tahun dianggap unik. Ini kerana ia
menggabungkan tradisi feudalberasaskan keturunan darah dengan konsep moden berasaskan
perlembagaan.
Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem penggiliran ketua negara.
Sistem penggiliran hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dahulunya dikenali
sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang.
Manakala Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan,Terengganu dan Johor.
Sementara itu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak berpeluang walaupun mereka
menganggotai menjawat jawatan tersebut Majlis Raja-Raja.
Selepas kitaran pertama sembilan Yang di-Pertuan Agong (1957-1994), aturan menurut Pemerintah
negeri adalah menurut kitaran yang telah digunakan sebelum itu, iaitu:
1. Negeri Sembilan
2. Selangor
3. Perlis
4. Terengganu
5. Kedah
6. Kelantan
7. Pahang
8. Johor
9. Perak
Yang di-Pertuan Agong akan melantik sebagai istiadat iaitu Yang di-Pertua Negeri, atau Gabenor,
kepada 4 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.
Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 (sekarang) adalah Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ibni
Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah







Kuasa sebagai Raja Berperlembagaan[sunting]
Perkara 181 (1), Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan dan kuasa raja terus berkekalan.
Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong. Antaranya
ialah baginda diberi kuasa untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera
negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain.
Baginda juga berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Melaka, Pulau
Pinang, Sabah, Sarawak, danWilayah-wilayah Persekutuan.
[2]
Di samping itu, Seri Paduka Baginda
Yang Di-Pertuan Agong juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara
[3]
.
Di samping itu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan penting yang lain dalam kerajaan
termasuklah
[4]
:
1. Melantik seorang Perdana Menteri
2. Menangguhkan pembubaran parlimen
3. Meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan
keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja.





















Al-Quran
Alat kebesaran dan kesucian yang unggul, lambang seorang raja beragama Islam memerintah Negeri
Perlis

Keris Pendek DiRaja
Keris ini dipakai oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja ketika diadakan upacara pertabalan dan upacara
perayaan rasmi Kerajaan Negeri.

Pedang DiRaja
Pedang ini digunakan dalam upacara pertabalan seseorang raja. Pedang yang berasal daripada raja
Pattani iaitu nenda Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan.

Tengkolok DiRaja
Tengkolok DiRaja diperbuat daripada kain tenunan warna hitam bersulamkan benang emas. Bentuk
ikatannya dinamakan Putera Kayangan. Di bahagian hadapan tengkolok itu dipasang lambang Negeri
Perlis iaitu ukiran tangkai padi, hasil utama Negeri Perlis. Lambang ini diperbuat daripada emas putih.

Gendik DiRaja
Gendik ini bertatahkan batu permata, terdapat ukiran dua bentuk tangkai padi, hasil utama Negeri
Perlis. Gendik ini diperbuat daripada emas putih iaitu perhiasan kebesaran yang dipakai oleh
D.Y.M.M. Tuanku Raja Perempuan Perlis ketika diadakan upacara-upacara rasmi DiRaja.

You might also like