You are on page 1of 3

Berdasarkan huraian tajuk-tajuk di atas, dapatlah disimpulkan bahawa e-dagang adalah

perdagangan elektronik, iaitu berlakunya penyebaran, pembelian, penjualan,


pemasaran barang dan jasa melalui sistem elektronik seperti internet.


SAIZ E-DAGANG

E-Dagang merupakan satu bentuk perniagaan yang semakin berkembang di seluruh
dunia. Ini adalah disebabkan peningkatan yang ketara dalam Teknologi Maklumat (IT)
di mana ia bertindak sebagai penyokong utama E-Dagang. Intelligent Quest's World
Wide/ Online Tracking Service, sebuah badan penyelidikan antarabangsa melaporkan
bahawa 12% daripada pengguna Internet terlibat dalam E-Dagang. Sementara itu
menurut Computer Intelligence pula sebanyak 2% daripada 4.8 juta perniagaan
berkomputer diseluruh dunia menggunakan E-Dagang untuk menjalankan semua atau
sebahagian daripada transaksi perniagaan. Ini menunjukkan peningakatan yang amat
ketara dalam masa beberapa tahun sahaja.

Perangkaan terkini menyatakan bahawa pengguna Internet telah meningkat kepada
200 juta melalui sambungan dail terus dan 17 juta pengguna melalui sambungan tetap.
Di Asia Pasifik termasuk Jepun penggunaan Internet telah meningkat kepada anggaran
25 juta pada tahun 2000. Peningkatan ini adalah 150% berbanding tahun 1997
sebanyak 10 juta pengguna. Kecenderungan trend menunjukkan penggunaan ini
berkait secara langsung dengan e-dagang.
Dari segi pendapatan pula, E-Dagang mencatat perolehan sebanyak US$31 juta di
Amerika sahaja pada tahun 1998. Jumlah ini dijangka meningkat kepada US$183 juta
pada tahun 2003 iaitu peningkatan sebanyak 500%. Di Malaysia pula E-Dagang
ternyata menunjukkan
pertumbuhan yang memberangsangkan. Pada tahun 1998 jumlah transaksi perniagaan
melalui E-Dagang ialah sebanyak US$15 juta iaitu hampir 50% daripada perolehan di
Amerika Syarikat pada tahun yang sama. Ia meningkat kepada US$46 juta pada 1999
dan pada tahun 2003 pendapatan E-Dagang dijangka mencecah US$1560 juta.

SKOP E-DAGANG

E-Dagang meliputi enam sektor perniagaan yang utama iaitu pengiklanan, pendidikan,
kewangan, bidang profesional, peruncitan dan pelancongan. Kesemua sektor
menyumbangkan pertumbuhan yang ketara terhadap perdagangan melalui talian.
Pendapatan E-Dagang dalam sektor pengiklanan mencecah US$1.3 billion pada tahun
1998. Aset yang diniagakan menerusi talian oleh broker ialah US$420 bilion.

Dalam bidang pendidikan, bilangan penuntut jarak jauh ialah 120 ribu pada tahun 1997
dan meningkat kepada 710 ribu pada tahun 1998. Sementara itu penggunaan
teleperubatan meningkat kepada 300% dan lebih 3 juta orang mendapat manfaat
daripada kemudahan tersebut. Sementara itu, bagi sektor kewangan pembelian aplikasi
perbankan bernilai US$93 juta pada tahun 1998 dan peningkatannya dijangka
sebanyak US$326 juta pada tahun ini. Bagi sektor pelancongan, tempahan tiket yang
diperolehi melalui Internet pada tahun 1997 hanyalah US$100 juta tetapi ia dijangka
meningkat kepada US$3.1 billion pada tahun 2002. Ini ialah berikutan keyakinan orang
ramai yang semakin meningkat terhadap keselamatan dan keberkesanan urusniaga
melalui talian. Pengguna yang akan merancang perjalanan menggunakan Internet
dijangka meningkat daripada 3.1 juta kepada 11.7 juta.

KESIMPULAN

Boleh dikatakan perubahan dalam industri IT adalah yang paling pantas sejak bermulanya
revolusi perindustrian pada abad ke-19 dahulu. Industri IT adalah dinamik sekali apabila ia
mengambil masa kurang daripada 20 tahun untuk berkembang. Bersama-sama industri IT ini
adalah perdagangan elektronik atau e-dagang yang memberi impak cukup besar dalam bidang
perniagaan. Organisasi gergasi antarabangsa terutamanya yang berada di lembah silikon telah
mencatat pulangan berbilion dollar melalui e-dagang.
Kebanyakan raja perniagaan e-dagang ini bermula secara sederhana. Yahoo! Inc. contohnya
sewaktu memulakan operasinya hanya mempunyai 12 orang pekerja dengan ruang pejabat yang
sempit dan tidak berhawa dingin. Tetapi dalam masa dua tahun selepas penubuhanya ia
mempunyai kakitangan diseluruh dunia dengan pendapatan bernilai berbillion dollar sehingga
dapat menguasai kepentingan dalam Geocities, sebuah pelayan web yang terkenal di kalangan
komunitinya. Faktor penting yang mendorong kejayaan mereka ialah kemampuan kualitatif dan
kuantitatif mereka memahami kehendak pelanggan/pengguna. Dengan melakukan inovasi
terhadap kaedah konvensional, mereka mampu menarik minat pengguna untuk berurusan
dengan mereka.







Secara ringkasnya E-Dagang bermaksud, jual beli samada berupa barangan mahupun
perkhidmatan melalui saluran elektronik sebagai contoh internet, telefon, fax dan
lain.lain. Segala maklumat dan pertanyaan jual dan beli, dari penerangan produk
sehingga produk diterima serta khidmat pelanggan semuanya melalui internet. Dengan
melalui saluran elektronik, masalah jarak dan waktu dapat diselesaikan kerana peniaga
dan pembeli dapat berinteraksi di ruang siber. Untuk menjalankan perniagaan E-
Dagang anda memerlukan sebuah laman web dan juga merupakan kedai maya anda
untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan anda. Sistem pembayaran di internet
juga, makin hari makin berkembang dengan adanya ciri-ciri keselamatan.
Khidmat pelanggan juga dapat dilaksanakan melalui email mahupun talian telefon.
Bagi pendapat saya, E-Dagang merupakan satu perniagaan yang meningkat maju dan
satu hari nanti menjadi satu perniagaan yang terunggul. Kita sekarang berada di zaman
informasi dan bukan lagi di zaman perindustrian. Semenjak tembok Berlin dijatuhkan,
zaman informasi terlah bermula dengan seringkali kita dengan www. Sejak daripada itu
ramai jutawan-jutawan malahan billionaire datang dari E-dagang seperti Bill Gates,
Michel Dell dan juga sahabat Larry Page dan Sergey Brin yang menubuhkan Google. Di
dalam negara kita juga, kita mempunyai pakar dalam perniagaan internet iaitu Irfan
Khairi. Jika anda benar-benar ingin memulakan perniagaan, perniagaan internet boleh
menjadi satu pilihan kerana kos yang murah dan pulangan yang amat
memberangsangkan. Apa-apa pun, ilmu perlu ada untuk menjalankan sesuatu
perniagaan. Saya sarankan supaya anda pergi ke seminar-seminar perniagaan internet
bagi memperlajari selok.belik saluran elektronik ini. Satu nasihat saya, yang terperdaya
dengan pelbagai skim-skim yang menyatakan mereka juga adalah e-dagang. Setiap
perniagaan mesti mempunyai sesuatu yang diniagakan tidak kisahlah produk ke,
perkhidmatan.

You might also like