You are on page 1of 13

PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN / KERTAS KERJA

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest


Labels: Panduan Kertas Kerja, Software RP

PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN /
KERTAS KERJA


Bantuan buat kertas kerja KLIK SINI!


PENGENALAN

Apa itu Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan adalah merupakan dokumen bertulis yang memberikan keterangan berkenaan perniagaan atau projek yang
hendak dijalankan secara menyeluruh dan terperinci.

Rancangan Perniagaan juga dikenali sebagai Kertas kerja, kertas Projek atau Prospektus.


Apakah Kepentingan Penyediaan Rancangan Perniagaan?

1. Memberi peluang kepada usahawan/penternak melihat dan menilai idea atau projek perniagaan dengan teliti, dan terperinci.
2. Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang dan dicadangkan berdaya maju atau tidak.
3. Membantu usahawan/penternak menganggarkan keperluan sumber-sumber dan mengagihkan sumber-sumber perniagaan yang ada
dengan sistematik dan lebih jelas.
4. Meyakinkan pihak-pihak lain (contoh bank) bahawa projek yang hendak dijalankan berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau
pembiayaan.
5. Memberi maklumat kepada bakal usahawan/penternak tentang masalah yang mungkin akan timbul semasa melaksanakan projek
perniagaan terbabit.



Siapa yang Memerlukan Rancangan Perniagaan?

1. Usahawan/Penternak
- Untuk membantu usahawan memahami projek sendiri dengan lebih mendalam.
- Untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan.
- Untuk tujuan pelaburan, skim khas atau pelaburan rakan kongsi.

2. Institusi Kewangan/pelabur
- Untuk menjustifikasikan permohonan bagi pembiayaan projek melalui pinjaman,
skim khas atau pelaburan rakan kongsi.

3. Pembekal
- Untuk meyakinkan pihak pembekal terhadap kemantapan perancangan
pernaigaan kearah mendapatkan bekalan barangan atau bahan secara kredit.
4. Kakitangan
- Untuk memberi pendedahan kepada kakitangan tertentu terutamanya
pengurus-pengurus terhadap matlamat dan tujuan pernaigaan serta peranan
mereka.

5. Pengeluar tender/kontrak (pelanggan)
- Untuk meyakinkan pihak-pihak yang mengeluarkan tender atau sebutharga
bahawa perniagaannya mampu mengisi keperluan kontrak kerja dengan baik
dan berterusan



Format Persembahan Dokumen Rancangan Perniagaan

1. Muka surat hadapan Rancangan Perniagaan

- Nama perniagaan/projek
- Tujuan rancangan perniagaan
- Nama syarikat, alamat dan lain-lain
- Nama orang yang menyediakan dan Tarikh siap Rancangan Perniagaan

2. Muka surat kandungan perlu menyenaraikan bahagian-bahagian utama dalam rancangan Perniagaan dan senarai lampiran serta
bilangan muka surat yang berkaitan

3. Surat dan Sijil berkaitan (yang boleh menyokong projek)



Isi kandungan Sesebuah Rancangan Perniagaan

1. Pengenalan & Ribgkasan Eksekutif
2. Tujuan Rancangan Perniagaan/kertas kerja
3. Latarbelakang perniagaan
4. Latarbelakang ahli kongsi
5. Kedudukan Projek
6. Objektif Projek
7. Rancangan Pentadbiran
8. Rancangan Operasi
9. Rancangan Pemasaran
10. Rancangan Kewangan
11. Penutup
12. Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan)


Kandungan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja

Bahagian 1 - Pengenalan

Bahagian pertama pengenalan perlu memberi gambaran umum berkaitan bidang perniagaan yang akan diceburi.

Bahagian kedua pengenalan adalah ringkasan eksekutif, perlu memberikan gambaran ringkas dan spesifik berkenaan syarikat
yang ditubuhkan. Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini perlu memberikan maklumat-maklumat berikut:-

i. Nama Syarikat
ii. Jenis perniagaan yang diceburi
iii. Nama dan lokasi/alamat perniagaan
iv. Status dan saiz projek
v. Produk
vi. Peluang, pentadbiran, pemasaran dan perancangan
vii. Anggaran kos projek.


Bahagian 2 - Tujuan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja

Bahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik tujuan Rancangan Perniagaan disediakan, contohnya;

i. Memohon pembiayaan kewangan dari pihak institusi kewangan atau yang berkaitan.
ii. Merancang perlaksanaan projek.
iii. Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan
iv. Memohon menyewa tanah swasta atau kerajaan.
v. Lain-lain.


Bahagian 3 - Latarbelakang Perniagaan

Bahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan yang dicadangkan seperti:

i. Alamat
Alamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat menyurat. Jika ianya bebeza nyatakan kedua-dua alamat ini. Jika tidak
berbeza nyatakan satu alamat sahaja.

ii. Bentuk perniagaan
Boleh membuat pilihan diantara Perniagaan Perkongsian atau Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.). Bentuk perniagaan Perseorangan
boleh juga digunakan.

iii. Tarikh dan Nombor Pendaftaran.
Ini hanya sesuai untuk perniagaan yang sedang dijalankan. Perniagaan yang sedang dirancangkan mungkin belum ada butir-butir
ini atau masih dalam proses pendaftaran.

iv. Modal Permulaan
Ini merupakan jumlah modal sendiri yang dibawa masuk ke dalam perniagaan berkenaan. Untuk perniagaan Sendirian Berhad
(Sdn.Bhd.), perlu menyatakan modal dibenarkan dan modal dibayar perniagaan.

v. Bank
Nyatakan Bank pilihan dimana akaun perniagaan akan dibuka. Kebiasaanya bank berkenaan berkaitan dengan permohonan
pembiayaan pinjaman.


Bahagian 4 Latar Belakang Rakan Kongsi / Pemegang saham

i. Nama penuh
ii. No. kad pengenalan
iii. Tarikh lahir
iv. Umur
v. Alamat Tetap
vi. No telefon
vii. Taraf perkahwinan
viii. Kelulusan akedemik
ix. Kursus yang pernah dihadiri
x. Kemahiran
xi. Pengalaman
xii. Pekerjaan sekarang
xiii. Perniagaan yang pernah diceburi.


Bahagian 5 Kedudukan Projek

Lakaran/plan menunjukkan kedudukan atau tapak sebenar projek.



Bahagian 6 Objektif Projek

Membincangkan objektif projek secara terperinci. Boleh dibahagikan kepada objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang
perniagaan.



Bahagian 7 - Rancangan Pentadbiran

i. Pentadbiran
ii. Carta Organisasi
iii. Senarai jawatan dan bilangan Pekerja
iv. Spesifikasi Tugas
v. Jadual Imbuhan Balas jasa/ gaji
vi. Senarai Keperluan Pejabat
vii. Perbelanjaan Pentadbiran
a. Perbelanjaan aset
b. Perbelanjaan bulanan
c. Lain-lain perbelanjaan


Bahagian 8 - Rancangan Operasi

1. Carta aliran Proses
Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk penyediaan perkhidmatan berkenaan.
Proses ini dipersembahkan dalam carta proses kerja.

2. Unit pengeluaran / jam operasi
Nyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian projek. Anggaran ini berlandaskan ramalan jualan
yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran.

3. Keperluan bahan
Senaraikan bahan mentah atau stok barang yang diperluakan nyatakan belian dibuat dalam bentuk kredit atau tunai dan
pembekalnya.

4. Tenaga Kerja
Senaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagian operasi. Nyatakan status pekerja berkenaan.

5. Mesin dan peralatan
Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran atau operasi. Nyatakan
sumber pembekal mesin.

6. Susun atur Ruang Operasi
Nyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun atur ruang operasi sesuai dengan keperluan operasi
perniagaan serta pelan grafik ruang operasi tersebut.

7. Lokasi
Nyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan sama ada disewa atau beli.

8. Overhead operasi
Ini termasuk kemudahan bekalan air dan letrik, gas dan lain-lain yang perlu sebagai penggerak proses operasi.

9. Perbelanjaan Operasi
Rumuskan segala perbelanjaan yang dianggarkan dalam bahagian ini mengikut kategori perbelanjaan harta, perbelanjaan bulanan
dan lain-lain perbelanjaan.



Bahagian 9 - Rancangan Pemasaran

1. Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan
Nyatakan dengan jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Kaitkan penawaran ini dengan
keperluan atau kehendak pengguna yang ingin diberikan kepuasan

2. Sasaran Pasaran
Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Kenalpasti kewujudan kumpulan pelanggan yang berbeza
atau segmen-segmen pasaran dikawasan berkenaan.

3. Saiz Pasaran
Langkah ini adalah untuk meramal jualan perniagaan. Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-
duanya sekali.

4. Pesaing-pesaing utama
Kenalpasti dan pilih pesaiang-pesaing utama. Lebih baik jika pesaing dikenalpasti mengikut nama perniagaan mereka.

5. Kekuatan dan kelemahan pesaing
Untuk semua pesaing nyatakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.

6. Syer pasaran
Dari maklumat-maklumat yang didapati nyatakan pembahgian pasaran atau syer pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan.

7. Ramalan Jualan
Sediakan pelunuran jualan bulanan untuk tahun pertama perniagan. Nyatakan anggaran /ramalan jualan tahunan untuk tahun-
tahun berikutnya.

8. Strategi Pemasaran

i. Strategi Barangan
Reka bentuk barangan atau penjelasan pekej
Corak pembungkusan dan jenama berkaitan.

ii. Strategi Promosi
Bentuk Promosi yang dicadangkan

iii. Strategi harga
Harga seunit yang dicadangkan.

iv. Strategi edaran
Corak pengedaran yang dicadangkan.
Kenderaan atau kakitangan pemasaran.



Bahagian 10 - Rancangan Kewangan

Rancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut:

1. Kos pelaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek

2. Penyata-penyata kewangan:
i. Aliran wang tunai
ii. Penyata pendapatan
iii. Kunci kira-kira
iv. Jadual pembayaran hutang jangka panjang.
v. Kos pelaksanaan Projek
vi. Pelaburan aset tetap:
Termasuk semua aset yang dibeli dengan tunai atau kredit. Nyatakan harga aset-aset ini. Termasuk juga kos ubah suai.
vii. Modal Pusingan:
Merangkumi perbelanjaan pentadbiran, pemasaran dan operasi
viii. Lain-lain perbelanjaan:
Seperti deposit sewaan dan utiliti serta belanja permulaan ( bayaran pendaftaran perniagaan, lesen dn sebagainya)

3. Sumber Pembiayaan Projek (SPP)
i. Modal sendiri yang merangkumi modal rakan kongsi dalam bentuk tunai atau aset. Nyatakan nilai aset jika sumbangan adalah
aset.
ii. Pinjaman bank merangkumi sebarang pinjaman berpenggal.
iii. Sewa beli merangkumi pembiayaan aset tetap perniagaan. (mesin operasi peralatan dan kenderaan)

4. Prestasi penyata Aliran Wang Tunai
Penyata Alir wang Tunai perlu disediakan untuk 12 bulan bagi tahun pertama perniagaan. Untuk tahun seterusnya nyatakan
secara tahunan sahaja.

5. Prestasi Penyata Pendapatan
Prestasi penyata pendapatan untuk tahunan selaras dengan penyata aliran wang tunai.
6. Prestasi Kunci kira-kira
Penyata ini juga selaras dengan prestasi penyata pendapatan.

7. Analisis Daya Maju Kewangan
Dari jadual Aliran Tunai Analisis daya maju kewangan diolah.
Diantara petunjuk-petunjuk daya maju kewangan yang kerap digunakan ialah:

i. Nilai kini bersih
ii. Kadar Pulangan dalaman
iii. Nisbah faedah kos
iv. Tempoh pulang modal

Nilai kini bersih
Nilai kini bersih ialah aliran tunai yang didiskaunkan dengan satu kadar faedah untuk setiap tahun dan jumlah nilai kini tersebut
dicampurkan untuk menentukan nilai kini bersih. Jika nilai kini bersih adalah bersamaan dengan sifar atau positif maka sesuatu
projek itu adalah berdaya maju.

Kadar Pulangan Dalaman
Kadar pulangan dalaman adalah kadar diskaun (%) yang tertinggi yang membawa Nilai Kini Bersih bersamaan dengan sifar (0).
Ini merupakan kadar tertinggi yang sanggup dibayar oleh pelabur.


Nisbah Faedah Kos
Ia merupakan petunjuk keuntungan sesuatu projek. NFK adalah dikira dengan membahagikan nilai kini jumlah pendapatan
dengan nilai kini jumlah kos.


Tempoh Pulang Modal
Merupakan tempoh bayar balik modal yang dibiayai pada tahun permulaan projek.

Untuk menentukan daya maju projek ia bergantung dengan industri tersebut. Jika secara relatifnya tempoh adalah cepat maka
pelabur mendapat semula wang pembiayaan dengan lebih cepat .



Contoh-Contoh Jadual

Contoh Jadual jawatan dan bilangan pekerja.

Bil Jawatan Bil pekerja
1 Pengurus 1
2 Kerani kewangan 2
3 Pekerja Ladang 4


Contoh jadual Spesifikasi Tugas

Jawatan Tanggungjawab
Pengurus 1. Menyelia operasi ladang.
2. Koordinasi tugas tanggungjawab
pekerja.
Kerani Kewangan 1.Pembayaran gaji pekerja
2.Merekod wang masuk dan keluar.



Contoh: jadual Gaji dan Caruman Pekerja Pentadbiran

Jawatan Bil.
Pekerja
Gaji Bulanan KWSP PERKESO JUMLAH
Pengurus 1 3500.00 350.00 150.00 3900.00
Kerani 2 750.00 75.00 50.00 875.00


Keperluan Pejabat
Contoh: Senarai perabut dan peralatan pejabat

JENIS BILANGAN Jumlah RM
1.Perabut Pejabat 1 set 1000.00

2. Komputer 2 unit 5000.00


Perbelanjaan Pentadbiran

Butir Perbelanjaan
Harta
(RM)
Perbelanjaan
(bulanan) RM
Lain-lain
Perbelanjaan
(RM)
1. Perabut Pejabat 1000.00
2. Komputer 5000.00
3.Gaji dan caruman 4775.00
4. Pendaftaran dan kertas kerja 2500.00


Jadual Ramalan Jualan Tahun Pertama

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Jumlah
Ramalan
Jualan



Jadual Perbelanjaan Pemasaran

Butir Perbelanjaan harta
(RM)
Perbelanjaan Bulanan
(RM)
Lain-lain Perbelanjaan
(RM)
1.Kenderaaan
(van)

40000.00




2. Promosi 100.00


3. Insuran dan
cukai jalan
500.00


Jadual Keperluan Bahan Mentah

Jenis Bahan Kuantiti
Digunakan
Stok simpanan Harga seunit Jumlah belian
1. Jagung 100 kg 100 kg 0.40 80.00
2. soya


Jadual Gaji dan Caruman Pekerja Operasi

Jawatan Bil. Pekerja Gaji Bulanan KWSP PERKESO JUMLAH
Penyelia 2 3000.00 300.00 150.00 3450.00
Pekerja 4 2400.00 240.00 100.00 2740.00


Jadual mesin dan peralatan

Jenis Harga Bilangan Jumlah Harga
1. Chopper 5000.00 1 5000.00
2. Otomatik drinker 12000.00 1 12000.00


Perbelanjaan Operasi - Jadual Perbelanjaan Operasi

Butir Perbelanjaan Harta Perbelanjaan Lain-lain
(RM) (bulanan) RM Perbelanjaan (RM)
1. Chopper 5000.00
2.otomatik drinker 12000.00
3.Gaji dan caruman 6190.00
4.



Contoh Kos Perlaksanaan Projek

1. Perbelanjaan harta
- (Pelaburan Aset Tetap ) ----------------------

2. Perbelanjaan Bulanan
- (modal pusingan) ----------------------

3. Lain-lain perbelanjaan ----------------------

4. Belanja Luar Jangka ----------------------

Jumlah Kos Projek ----------------------


Sumber Pembiayaan Projek

1. Modal sendiri ----------------------

2. Pinjaman ---------------------

3. Sewa beli ----------------------

3. Lain-lain (termasuk geran kerajaan) ----------------------


Jumlah sumber Pembiayaan ----------------------






Contoh : Prestasi Penyata pendapatan Syarikat ABC

Pada tahun 2002, 2003,2004,2005 (berakhir pada Disember tiap tahun)


2002 2003 2004 2005
Hasil

Jualan 100,000 100,000 100,000
100,000
- kos Barang dijual 70,000 70,000 70,000 70,000
Untung kasar 30,000 30,000 30,000 30,000
- Belanja-belanja

Pentadbiran 5,000 5,000 5,000 5,000
Pemasaran 3,000 3,000 3,000 3,000
Kewangan 1,000 1,000 1,000 1,000
Jumlah Belanja 9,000 9,000 9,000 9,000
Untung Bersih 21,000 21,000 21,000 21,000


Contoh Prestasi Kunci kira-kira

Sediakan satu prestasi kunci kira-kira. Ianya perlu untuk semua perniagaan
Pada setiap tahun yang berakhir pada :

Tahun 2002 2003 2004 2005
Aset Tetap

Kenderaan 50,000 45,000 40,000 35,000
- susut nilai

5,000 5,000 5,000 5,000
Jumlah 45,000 40,000 35,000 30,000
Perlalatan 50000 45,000 40,000 35,000
- susut nilai 5,000 5,000 5,000 5,000
Jumlah 45,000 40,000 35,000 30,000
Aset Semasa

Tunai 15,000 20,000 25,000 30,000
Si berhutang 10,000 10,000 10,000 10,000
Stok bahan mentah 5,000 5,000 5,000 5,000
Stok akhir 10,000 10,000 10,000 10,000
Jumlah 40,000 40,000 40,000 40,000
JUMLAH ASET 130,000 130,000 130,000 130,000
Ekuiti

Modal sendiri 10,000 10,000 10,000 10,000
Untung Bersih 21,000 21,000 21,000 21,000
Jumlah

Liabiliti

Baki Pinjaman 90,000 90,000 90,000 90,000
Pemiutang 9,000 9,000 9,000 9,000
Jumlah

JUMLAH EKUITI dan
LIABILITI
130,000 130,000 130,000 130,000




Bahagian 11 Penutup / Kesimpulan

Kesimpulan keseluruhan terhadap perniagaan yang ingin anda jalankan.
Harus menunjukkan keyakinan kita terhadap projek yang hendak dijalankan.



Bahagian 12 - Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan)

Contohnya:-

1. Surat sebutharga
2. Sijil kursus
3. Surat sokongan pihak tertentu
4. Surat dapat tender
5. Sijil pendaftaran syarikat
6. Salinan permit/lesen
7. Surat-surat kepujian
8. Bukti modal sendiri
9. Salinan surat Cagaran
10. Salinan geran tanah (sekiranya berkaitan)

Bantuan buat kertas kerja KLIK SINI!



Newer PostOlder PostHome
Widgets
Popular Posts
PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN / KERTAS KERJA
PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN / KERTAS KERJA Bantuan buat kertas kerja KLIK
SINI! PENGENALAN Apa itu Ranc...

Cara dan Syarat Mendaftarkan Perniagaan / Syarikat - Pendaftaran Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Cara dan Syarat Mendaftarkan Perniagaan / Syarikat - Pendaftaran Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM
PENGENALAN ...
PENYATA PENDAPATAN / PENYATA UNTUNG RUGI (INCOME STATEMENT)
PENYATA PENDAPATAN / PENYATA UNTUNG RUGI (INCOME STATEMENT) Selain dari Kunci Kira-kira,
maklumat berkaitan dengan prestasi perniagaan jug...

Contoh dan Format Rancangan Perniagaan
Ini adalah contoh outline penuh Sebuah Rancangan Perniagaan yang hebat !!! 1.0 Executive Summary - Ringkasan
Eksekutif 1.1 Objectives - O...
Pinjaman Perniagaan TEKUN NASIONAL ( Syarat pinjaman perniagaan )
Pembiayaan TEKUN Konsep Pembiayaan TEKUN Pembiayaan TEKUN adalah pembiayaan secara mudah. Jumlah
Pembiayaan Jumlah pembiayaan adalah ...

Senarai Pinjaman / Pembiayaan Mikro Kebangsaan
Senarai Pinjaman / Pembiayaan Mikro Kebangsaan ( Microcredit ) AGROBANK Nama Produk Modal Usahawan
1 Malaysia (MUS1M) (Ko...
Senarai Perniagaan Francais Terbaru 2012
Senarai Perniagaan Francais Terbaru 2012 1901 Ani Sup Utara Baguz Bytes & Baguz Bahulu Warisan Bangi
Kopitiam BBQ CHICKEN Chelos Chic...

PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN
PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN Mengapa Harus Menyimpan Kira-kira / Akaun Kewangan 1.
Mentaksir keuntungan ( atau kerugian ) perniag...
Tekun tawar pinjaman kepada semua kelas kontraktor
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) menawarkan pinjaman kepada semua kontraktor di
bawah Skim Pinjaman Kontraktor tanpa me...
Apakah Penyata Kewangan/Aliran Tunai Pendapatan/Cashflow
Apakah Penyata Kewangan/Aliran Tunai Pendapatan/Cashflow Penyata Kewangan Sebagai Petunjuk Prestasi
Penyata Kewangan merupakan satu struktur...

You might also like