You are on page 1of 22

PERKONGSIAN DALAM

PENDIDIKAN EDU 5077


Pendidikan Ibu Bapa
&
Pendidikan Guru
DURASNITA BINTI ABDULLAH (GS39111)
MASTER SAINS
SOSIOLOGI PENDIDIKAN
Pendidikan Ibu Bapa
Pendidikan ibu bapa didefinisikan sebagai latihan dan
sokongan yang disediakan oleh sekolah dan agensi untuk
membantu ibu bapa dengan kemahiran keibubapaan.
Selain itu, ibu bapa juga didedahkan kepada akademik, sosial,
perkembangan dan isu kesihatan anak-anak mereka.
Ia juga termasuk penyebaran maklumat keibubapaan dan
sokongan pendidikan bagi ibu bapa dan kanak-kanak untuk
meningkatkan pembelajaran di rumah.
Guru, ibu bapa, pelajar, pentadbir, ahli agensi, jururawat,
pakar perubatan, pekerja sosial dan semua ahli komuniti
terlibat menyumbang dalam pendidikan ibu bapa.
Promising Practices for Family Involvement in Schools
Pendidikan ibu bapa boleh dilaksanakan semasa persekolahan
atau selepas waktu persekolahan, semasa mesyuarat dan juga
di kelas.
Ia boleh juga dilaksanakan di rumah melalui lawatan ke rumah
oleh pendidik ibu bapa, melalui pusat informasi keluarga atau
melalui alam maya seperti laman web dan surat siaran.
Pendidikan ibu bapa yang berkualiti dapat memantapkan
keluarga dan masyarakat dengan menyatukan guru, pentadbir,
ibu bapa, pelajar dan masyarakat bersama dengan itu
membolehkan kakitangan sekolah untuk lebih memenuhi
keperluan pelajar dan ibu bapa sambil mereka menyokong
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
Promising Practices for Family Involvement in Schools
1. Melengkapkan prosedur taksiran menyeluruh sebelum
pelaksanaan program untuk memastikan keperluan ibu bapa
dan pelajar (Cooner, 2000: Freedman & Montgomery, 1994)
2. Menarik ibu bapa dan memastikan mereka terlibat, dengan
secara berterusan mendekati mereka. ( France and Hager,
1993; Freedman & Montgomery, 1994). Melibatkan bapa dan
membantu mereka membangunkan peranan mengasuh dan
memberi penjagaan kerana mereka mungkin tidak
mempunyai model semasa membesar. (Beale, 1999)
3. Menunjukkan kepekaan, hormat dan kepelbagaian pada
setiap masa.(Freedman & Montgomery, 1994; Hurd, Lerner,
& Barton, 1999; National PTA Standards, 2000)
Promising Practices for Family Involvement in Schools
Ciri-ciri Pendidikan Ibu Bapa yang
berkesan
4. Melibatkan ibu bapa, guru dan ahli masyarakat dalam dalam
menetapkan matlamat dan menentukan aktiviti-aktiviti untuk
program pendidikan ibu bapa ( Conner, 2000)
5. Membangunkan program latihan berterusan di mana ibu
bapa, pentadbir dan kakitangan adalah peserta (Freedman &
Montgomery, 1994)
Promising Practices for Family Involvement in Schools
1. Matlamat program perlu dinyatakan dengan jelas sebagai hasil
yang boleh diukur.
2. Program ini adalah panjang dan kepadatan relative yang
mencukupi berbanding dengan tahap faktor-faktor risiko
keluarga
3. Program bertumpu kepada keluarga dan bukannya kanak-
kanak atau ibu bapa semata-mata.
4. Program ini disesuaikan dengan perkembangan pencapaian
penting keluarga atau peralihan besar dalam kehidupan
keluarga (contohnya, ibu bapa baru, ibu bapa pra-remaja, pra
atau selepas perceraian)
5. Program-program berkesan dikompromi daripada kekuatan
berasaskan model, dan bukan memberi tumpuan kepada
kelemahan atau kekurangan ibu bapa
6. Kandungan program direka untuk menghormati kuasa ibu
bapa dan menghargai perbezaan individu di kalangan ibu
bapa
7. Program yang berkesan menggabungkan pendekatan ekologi
dalam isi kandungan program, yang mengakui pengaruh
kejiranan, sekolah dan pekerjaan ibubapa
Effective Parent Education Programs (Laura Colosi & Rachel Dunifon, 2003)
1. Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kebangsaan (National PTA) di
Amerika Syarikat merupakan organisasi tertua dalam
pendidikan ibu bapa semenjak 1897. 3 misi utama ialah;
Menyokong dan mewakili kanak-kanak serta remaja di
sekolah, dalam masyarakat, sebelum badan-badan
kerajaan atau organisasi tertentu membuat sebarang
keputusan yang memberi kesan kepada kanak-kanak dan
remaja
Membantu ibu bapa dalam kemahiran keibubapaan
untuk pembesaran dan melindungi anak-anak mereka
Menggalakkan penglibatan ibu bapa dan masyarakat
umum dalam sekolah
Sejarah Program Pendidikan Ibu Bapa
2. Projek Head Start- dimulakan pada tahun 1965 dengan
tujuan asal membasmi kemiskinan oleh Presiden Johnson.
Projek pertama yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan
berkhidmat untuk kanak-kanak dan keluarga
3. Program Pembangunan Sekolah Comer ( The Comer School
Development Program) yang ditubuhkan pada tahun 1968
oleh Dr. James Comer bersama kawan-kawannya di Pusat
Pendidikan Kanak-Kanak Yale, juga dikenali sebagai Proses
Comer. Ia dicipta untuk memperbaiki pengalaman
pendidikan kanak-kanak dan remaja miskin. Ia juga
bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kanak-kanak
yang selesa, selamat dan dihargai. 3 prinsip utama Proses
Comer ialah tiada kesilapan dalam penyelesaian masalah,
membuat keputusan sebulat suara dan berkolaborasi.
4. Program Kemahiran Mega (Megaskills) ditubuhkan pada
tahun 1972 oleh Dr. Dorothy Rich berfokuskan membina
kecekapan dan perhubungan dalam pembelajaran. Program
ini menekankan pendidikan guru, kelas dan kurikulum
bersama ibu bapa, hubungan antara rumah dan sekolah,
perhubungan dengan dunia pekerjaan, pelbagai bahasa dan
nilai pendidikan untuk membina pencapaian.
5. STEP- Systematic Training for Effective Parenting yang
ditubuhkan oleh Dr. Don Dinkmeyer dan Dr. Gary McKay pada
tahun 1976. Mengandungi 9 minggu kursus latihan
keibubapaan yang mengajar tentang teori tingkah laku
(behaviorisme), kemahiran berkomunikasi, menyelesaikan
masalah dan disiplin. Ibu bapa yang terlibat menunjukkan
perbezaan daripada segi sikap, penerimaan terhadap sikap
kanak-kanak yang agresif, kanak-kanak yang perlukan kasih
sayang dan ekspresi diri kanak-kanak.
6. Brookline Early Education Program bermula pada lewat 70-an
sebagai perkhidmatan campur tangan pelbagai bagi
prasekolah. Matlamat program ini adalah memperkasakan
ibu bapa dan kecekapan sosial kanak-kanak. Ibu bapa akan
melihat diri mereka sebagai pembela kepada kanak-kanak
dan kanak-kanak pula menunjukkan kecekapan sosial yang
lebih baik dan penurunan dalam keperluan khas.
7. FAST- program penglibatan keluarga di sekolah selama 8
minggu dibangunkan oleh Dr. Lynn McDonald pada tahun
1988, ia adalah program intervensi yang membawa ibu bapa,
kanak-kanak, guru dan masyarakat luar bersama-sama,
memastikan kanak-kanak mendapat sokongan yang mereka
perlukan untuk memenuhi potensi mereka di sekolah dan
dalam kehidupan.
Ada beberapa cara pendidikan ibu bapa disebarkan;
1. Lawatan ke rumah yang dikendalikan oleh pendidik
ibu bapa
2. Sesi kumpulan yang diketuai oleh ibu bapa terlatih
3. Bengkel dan kursus yang dikendalikan oleh pakar
4. Pusat maklumat ibu bapa atau pusat pendidikan ibu
bapa
5. Sumber dalam talian seperti siaran berita dan laman
web
Model Penyampaian Pendidikan Ibu
Bapa
1. Faedah kepada keluarga- kanak-kanak meluangkan masa yang
lebih banyak bersama ibu bapa dengan itu membantu ibu
bapa menambahkan pengetahuan dan lebih memahami
kanak-kanak, menyebabkan mereka menilai dahulu cara
pemikiran dan membantu ibu bapa membina cara lebih
efektif untuk berhdapan dengan anak-anak mereka
2. Pencapaian kanak-kanak dalam akademik lebih baik
berbanding kanak-kanak yang ibu bapa tidak terlibat dalam
pendidikan ibu bapa.
3. Membentuk dan meningkatkan hubungan yang baik antara
sekolah dan ibu bapa sehingga ke tahap personal. Guru-guru
lebih memahami ibu bapa sendiri menjadikan tugasan mereka
menyeronokkan dan memudahkan juga pentadbiran sekolah.
Faedah Pendidikan Ibu Bapa
Pentadbir dan guru perlukan latihan sebelum perkhidmatan
dan latihan dalam perkhidmatan untuk menyediakan mereka
berkomunikasi dengan ibu bapa secara kerap dan berkesan,
menjadikan mereka sebagai pendidik ibu bapa, untuk
melibatkan ibu bapa dalam kerja sekolah anak-anak mereka ,
untuk guru bekerjasama dengan ibu bapa dan masyarakat
dalam membuat keputusan dan menyelesaikan konflik yang
timbul dengan ibu bapa supaya mereka tidak memutar
belitkan keadaan sehingga di luar kawalan.
Suruhanjaya California telah membuat draf pertama pada
tahun 1991 berkaitan kesediaan guru untuk perkongsian
dalam pendidikan. Pada tahun 1997, setiap program latihan
guru menetapkan standard berikut bagi Kelayakan Guru iaitu;
Pendidikan Guru
mendapat tahu mengenai rangkaian penuh cara
perkongsian keluarga-sekolah yang boleh meningkatkan
pengajaran yang baik dan menyokong pembelajaran
pelajar dan kesejahteraan pelajar.
setiap calon guru, perlu pengetahuan yang mendalam
tentang keluarga, masyarakat dan diri.
mampu untuk memupuk hubungan hormat dan produktif
dengan keluarga di rumah dan persekitaran masyarakat
yang pelbagai
National Council for Accreditation of Teacher Education
(NCATE) telah mengakui bahawa persediaan dan
perkembangan professional pendidikan guru mesti
melibatkan perkongsian sekolah, keluarga dan masyarakat
NCATE meletakkan mandat bahawa latihan professional
guru mestilah;
Mempertimbangkan konteks sekolah, keluarga dan masyarakat
dalam menghubungkan konsep pengalaman sebelum pelajar
Bekerja dengan pelajar, keluarga dan masyarakat
Menjalinkan hubungan dengan rakat sejawat, ibu bapa/keluarga
dan agensi luar yang luas untuk menyokong pembelajaran
pelajar
Memahami kepelbagaian pelajar dari kepelbagaian keluarga dan
masyarakat
Penilaian bersama dengan mutu kerja bersama pelajar, keluarga
dan masyarakat
Pusat Latihan perguruan di California juga menggariskan 3
jenis penglibatan keluarga dalam pendidikan guru iaitu;
Kemahiran berkomunikasi dengan keluarga
Melibatkan keluarga dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak di
rumah
Cara untuk menghubungkan budaya keluarga dengan
pembelajaran di sekolah
Isu terbesar berkaitan pendidikan guru , adakah latihan
perkongsian dalam pendidikan ini perlu diasingkan atau
dimasukkan dalam kurikulum. Dengan itu, beberapa
cadangan berkaitan kursus perkongsian pendidikan;
Perlu benar-benar berkesan dan tanamkan perkongsian
pendidikan dalam semua atau kebanyakan kursus
Boleh menawarkan kursus berasingan, bagi kursus yang
diperlukan
Boleh serapkan dalam semua kursus, tetapi jika gagal berbuat
demikian perlu lakukan dengan cara yang sepintas
PENGETAHUAN- PEMAHAMAN DAN PERSPEKTIF
Memahami secara teori hubungan sekolah keluarga
masyarakat
Anjakan paradigma dalam peranan profesional sekolah
dengan keluarga dan masyarakat
Kepentingan penglibatan ibu bapa dan keluarga
Keluarga yang pelbagai dan kesan-kesan kelas masyarakat dan
budaya amalan keibubapaan dan hubungan antara sekolah
dan rumah
Pemahaman tentang keluarga yang berbeza
Kepelbagaian ibu bapa dan masyarakat yang terlibat
Persediaan Profesional Pendidikan
Guru bagi Perkongsian Pendidikan
Penyelidikan tentang penglibatan ibu bapa, contoh:
penglibatan ibu bapa dan pencapaian pelajar
Pelaksanaan model, contoh: Comer Model
SIKAP
Daripada penerimaan sehinggalah keseronokan bekerja
tentang perkongsian pendidikan
Keselesaan dengan pelbagai penduduk
Pengetahuan diri, contoh: bagaimana mengurus konflik,
bagaimana penerimaan seseorang terhadap latarbelakang
seorang yang lain
rasa keberkesanan dalam hubungan keluarga / komuniti
KEMAHIRAN-BAGAIMANA UNTUK:
Mewujudkan komunikasi dua hala dengan keluarga melalui
siaran berita, nota, telefon, soal selidik dan lain-lain
Menangani kebimbangan ibu bapa juga ahli keluarga lain
berkaitan kanak-kanak
Mengendalikan persidangan ibu bapa-guru
Menyelesaikan masalah dan konflik dengan ibu bapa
Berkomunikasi merentasi bahasa, budaya dan kelas komuniti
Melibatkan ibu bapa dalam pembelajaran kanak-kanak di luar
waktu sekolah
Menyenaraikan ibu bapa sebagai sukarelawan
Bekerja bersama ibu bapa dan berkongsi membuat keputusan
Melibatkan sumber komuniti dalam membantu pembelajaran
kanak-kanak
Membuat lawatan ke rumah
Membantu ibu bapa membina kemahiran keibubapaan dalam
meyokong pembelajaran anak-anak mereka .
Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar memberikan
bimbingan sosial kepada kanak-kanak dan melalui pendidikan
ibu bapa, kemahiran sosial dengan kanak-kanak dapat
ditingkatkan, banyak masalah dapat diatasi.
Bagi guru pula, perkongsian dalam pendidikan perlu menjadi
sebahagian dalam dunia pendidikan, bukan sekadar mengajar
di kelas, sebaliknya perlu belajar bekerjasama dengan ibu
bapa, keluarga dan masyarakat
KESIMPULAN
RUJUKAN
DB Hiatt-Michael - 2001 Promising
Practices For Family Involvement In
School
Laura Colosi & Rachel Dunifon-2003
Effective Parent Education Programs
Frederick Smith, Kees van Deer Wolf,
Peter Sleegers - 2001 A Bridge to The
Future

You might also like