TAJUK: PERTANDINGAN KUIZ SAINS TAHAP 1 DAN TAHAP 2
TEMPAT: SK BAKRI BATU 2, MUAR.
TARIKH : 17 JULAI 2014 (KHAMIS)
KENDALIAN :
GURU PELATIH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) SAINS, IPG KPM.
1.0 PENGENALAN
Pertandingan Kuiz berbentuk Ilmiah dapat mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani, emosi dan jasmani sebagaimana matlamat yang ingin direalisasikan oleh Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Dengan penganjuran Pertandingan Kuiz Sains bagi Tahap 1 dan Tahap 2 ini, para murid dapat menukar persepsi mereka yang salah terhadap subjek sains dan matematik yang mereka tanam sekian lama. Aktiviti ini dapat melakar cara baru bagi mewujudkan rasa minat terhadap mata pelajaran sains dalam kalangan murid. Minat murid harus ditanam sejak awal lagi kerana mata pelajaran ini mempunyai pengaruh yang amat besar dalam kehidupan murid-murid kelak.
2.0 MATLAMAT
Matlamat Pertandingan Kuiz Sains berbentuk ilmiah ini adalah untuk menyemai minat murid-murid terhadap mata pelajaran Sains dan memberi asas pengetahuan dan kemahiran kepada mereka. Justeru, murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan dalam kehidupan seharian bagi meningkatkan prestasi murid ke arah minda cemerlang. Pertandingan sebegini juga dapat menguji sejauh mana pengetahuan murid dalam mata pelajaran Sains.
3.0 OBJEKTIF Objektif program ini dijalankan adalah untuk : 1) Meningkatkan daya pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan murid. 2) Menggalakkan murid menjana idea dalam menyelesaikan soalan. 3) Meningkatkan penguasaan murid terhadap istilah Sains. 4.0 BUTIRAN PROGRAM
Tarikh program : 17 Julai 2014 (Khamis) Tempoh Pelaksanaan : 20 minit (waktu rehat)
5.0 LOKASI PROGRAM Bilik Sains Tahap 1, SK Bakri Batu 2, Muar.
6.0 KUMPULAN SASARAN Tahap 1 : Tahun 2 Muallim Tahap 2 : Tahun 5 Muallim
7.0 ANJURAN Guru Pelatih PISMP Sains Januari 2011, IPGK Perempuan Melayu Melaka dengan kerjasama Panitia Sains SK Bakri Batu 2, Muar.
8.0 JAWATANKUASA KERJA 8.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK
8.2 AHLI JAWATANKUASA KECIL AJK Peralatan Dan Bahan : Cik Siti Nur Zulaikha Binti Draman @ Zulkifli AJK Hadiah : Cik Suriati Binti Johari
Penaung: Puan Jamilah Binti Abdullah (Guru Besar) Penasihat: Puan Mastura Binti Rahmat (GPK 1) Puan Aida Binti Abdullah (GPK Hem) Encik Hamidi Bin Mohd Jadi (GPK Koko) Pengerusi: Puan Suzilfalilla Binti Samik (Ketua Panitia Sains) Penyelaras: Cik Siti Nur Zulaikha Binti Draman @ Zulkifli Pen. Penyelaras: Cik Suriati Binti Johari 9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PERKARA ANGGARAN KOS Bahan-bahan -kertas A4 (1 rim)
10.0 PENUTUP Pertandingan kuiz berbentuk ilmiah ini dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan dan penguasaan para pelajar serta menarik minat mereka dalam mempelajari ilmu dengan lebih baik. Pertandingan ini dirangka untuk mengurangkan jurang yang terdapat dalam kalangan para pelajar.
Disediakan oleh:
....................................................... (Siti Nur Zulaikha Binti Draman) Pengerusi, Program Science Show, SK Bakri Batu 2, Muar, Johor Darul Takzim. Diluluskan oleh:
..................................................... (Jamilah Binti Abdullah) Guru Besar, SK Bakri Batu 2, Muar, Johor Darul Takzim.