You are on page 1of 11

PENGAJIAN AM

SKW 3141
KEMAHIRAN INSANIAH 2


TOKOH USAHAWAN
EN. JEFFRY ONN HAMZAH

DISEDIAKAN OLEH:
SAMRI SAYFUL ANSAR (S01SPE13F004)
MUHD HAFIZAN (S01SPE13F0 )
MUHD HAFIZ ALMANSYAH (S01SPE13F0 )
MUHD KHAIRUL AZHAR (S01SPE13F0 )
KAHARUDDIN HANANU (S01SPE13F0 )
LUKMAN (S01SPE13F0 )


LATAR BELAKANG PERIBADI
Jeffry Onn Hamzah dilahirkan pada tahun 1979. Beliau memulakan pendidikan awal
sekitar tahun 1985 hingga 1990 di SRK ST. Patrick bermula dari darjah 1 sehingga
darjah 6. Pada tahun 1991 sehingga 1996, beliau menyambung pelajaran di SM Holy
Trinity untuk menduduki Sijil Pelajaran Menengah dan mengambil keputusan 2 tahun
lagi untuk menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia di SMK Kuhara sehinggalah tahun
1998. Beliau yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan merupakan
graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan kini merupakan kakitangan di Open
University Malaysia (OUM). Walaupun beliau amat sibuk bertugas dalam bidang
pemasaran di OUM dan sering memberi taklimat kepada pelajar lepasan SPM, lawatan
ke tempat lading ternakan tidak pernah dilupakan kerana bidang Agro dan Penternakan
merupakan bidang yang amat di minati.





LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
Jeffry Onn Hamzah mendapat bantuan dan kursus sepenuhnya daripada Jabatan
Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah (JPHPT) untuk menjadi seorang
usahawan ternakan yang berjaya. Beliau begitu bersyukur dan gembira apabila terpilih
untuk menjalani kursus dan bimbingan sepenuh masa suatu ketika dulu. Justeru itu,
beliau dapat menjalankan projek ternakan itik penelur untuk dipasarkan diseluruh sabah
dan kawasan sekitar.
Usaha murni JPHPT ini harus diberikan pujian kerana Berjaya melahirkan usahawan
muda dalam bidang pertanian dan penternakan. Projek yang dijalankan oleh En. Jeffry
Onn Hamzah ini sentiasa mendapat tinjauan daripada JPHPT agar matlamat
menjadikan usahawan tani berjaya dibentuk.
Beliau yang memiliki tanah seluas 50 ekar yang diwarisi daripada ibubapa terletak di
Batu 24, Bukit Quin Hill, Tawau, Sabah amat bersyukur dapat mengusahakan tanah
yang terbiar itu dengan sepenuhnya hasil dorongan isteri dan keluarga.









PERKEMBANGAN PERNIAGAAN
1) TERNAKAN ITIK
Penternakan itik telah dimulakan seawal tahun 2009 dengan memulakan
pembelian anak itik sehingga menjadi dewasa. Setelah itu, telur-telur itik akan
dimasukkan kedalam Inkubator Pengeram dan Penetas Telur sehinggalah telur
itik tersebut menetas. Anak-anak itik akan dijual kepada pembeli yang dating dari
segenap negeri Sabah.
Walaupun kesibukan En. Jeffry Onn bertugas di OUM, namun beliau masih
dapat mengekalkan komiten terhadap projek ternakan itik walaupun pada tahap
optimum.
Pada masa ini, ternakan itik beliau di Bukit Quin Hill telah mencapai 1000 ekor
dengan 800 daripadanya adalah itik betina yang mana menjadi sasaran kepada
semua pengusaha itik penelur yang berorientasikan pasaran telur masin. Itik
jantan sebelum ini ada lebih kurang 400 ekor. Justeru itu bagi mengurangkan
kos makanan, separuh daripada jumlah itu telah pun di jual di pasaran tempatan.
Setakat ini jumlah tertinggi telur itik yang dapat di hasilkan ialah 245 biji sehari ,
dan jumlah itu pastinya akan bertambah tidak lama lagi sekiranya 400 ekor lagi
itik betina cukup matang untuk bertelur. Faktor cuaca akan mempengaruhi
bilangan telur yang bakal dihasilkan oleh itik itik tersebut lebih-lebih lagi cuaca
hujan tidak menentu dikawasan bukit.

Inkubator Pengeram dan Penetas Telur



Kolam yang tersedia untuk habitat itik

Anak itik yang sedia untuk dijual

Itik yang berusia 3 minggu



Itik berusia 1 hari setelah keluar dari Inkubator

Itik tua yang berusia 20 22 minggu dan telah menghasilkan telur

Itik-itik tua jantan dan betina


2) TERNAKAN KAMBING
Baka kambing Boer satu-satunya jenis kambing yang telah dibekalkan kepada
En. Jeffry Onn Hamzah untuk dibiakkan kerana ketahanan kambing ini terhadap
perubahan cuaca.

Kambing Boer

Kandang kambing


3) TERNAKAN AYAM
Projek ternakan ayam dimulakan pada tahun 2010 dan merupakan yang terbaru
daripada En. Jeffry Onn Hamzah. Ayam ternakan adalah jenis baka kampung
kacukan yang mendapat permintaan tinggi ketika musim perayaan.
Baka ayam ini di keluarkan oleh JPHPT yang berpusat di Bantayan, TUARAN.
Ayam kacukan yang diberikan oleh pihak JPHPT ini antara ayam kampung tulen
dan ayam telur, ayam kampung jenis ini lebih berisi dan jauh lebih gemuk dari
ayam kampung yang tulen.
Semasa mengikuti kursus di Bantayan, Tuaran pada Oktober tahun lepas, En.
Jeffry Onn Hamzah sempat mendapatkan baka ayam kampung kacukan tersebut
sebanyak 80 ekor.
Selepas 6 bulan, ayam ternakan telah bertambah menjadi 60 ekor. Sebagai
langkah awal untuk menambah bilangan ayam kacukan yang sedia ada, semua
telur yang terhasil lebih kurang 13 biji sehari akan dimasukkan terus ke Inkubator
bagi tujuan pengeraman.
Beliau berharap akan menjadi pembekal utama telur ayam kampung kepada
warga Sabah suatu hari nanti.

Ayam kampung kacukan



Ayam kampung didalam kandang

MODAL DAN SUMBER BIAYA
En. Jeffry Onn Hamzah telah mendapat modal dan bantuan daripada Jabatan
Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah melalui peruntukkan yang
diberikan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Sabah.
Modal yang diberi akan dibayar balik secara ansuran tahunan dan bantuan tetap akan
diberikan dari masa ke semasa.

KEDUDUKAN KEWANGAN
Pendapatan kasar bulanan yang diterima oleh En. Jeffry Onn agak lumayan dan boleh
mencecah RM5000 hingga ke RM8000 sebulan bergantung pada musim. Musim
perayaan akan meningkatkan permintaan daripada penguasa-pengusaha ternakan
ayam untuk dijual kepada pengguna.
Kos operasi bulanan pula mencecah sekitar RM6000 sebulan termasuk membayar gaji
pekerja, membeli makanan ternakan, dan proses mengurus kandang ternakan. Kos
tahunan mencecah RM72 000.



MATLAMAT PERNIAGAAN
En. Jeffry Onn Hamzah amat komited untuk meneruskan projek ternakannya itu kerana
beliau mempunyai matlamat yang amat jelas dalam menjalankan perniagaan.
Matlamat perniagaan:
i. Ingin menjadi usahawan berjaya sehingga dapat membantu usahawan lain
yang ingin berjaya.
ii. Memperbaiki taraf kehidupan yang lebih baik dari segi kewangan
iii. Menyediakan haiwan ternakan yang berkualiti kepada warga tempatan
iv. Meningkatkan hasil ternakan berkali ganda

FAKTOR KEJAYAAN
Kejayaan En. Jeffry Onn dipengaruhi oleh ibubapa dan keluarga selain galakan dan
bimbingan daripada JPHPT itu sendiri. Kepuasan pelanggan juga menjadi teras fokus
kepada apa diusahakannya selama ini.

PANDANGAN BELIAU TENTANG USAHAWAN MUDA HARI INI
Beliau berpendapat, anak mudah hari ini berminat untuk menjadi usahawan walaupun
secara kecil-kecilan. Beliau juga berpendapat bahawa anak muda hari ini berfikiran jauh
kerana menggunakan apa sahaja medium untuk mempromosikan perniagaan
terutamanya melalui media sosial.











SEKITAR LADANG TERNAKAN

Rumah rehat di ladang

Rumah pekerja dan kandang itik
KESIMPULAN
Rezeki tidak datang bergolek, kita harus mencarinya kerana rezeki itu telah tersedia
didepan mata. En. Jeffry Onn sentiasa berpegang teguh pada matlamat dalam
kehidupan agar tidak mudah berputus asa.

You might also like