You are on page 1of 1

Bismillahhirrahmanirrahim

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG






Surah ini pendek dan hanya mempunyai 3 baris ayat sahaja. Diturunkan di Makkah
dan bermaksudsungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata
nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih
putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W. kerana
diturunkan ketika baginda bersedih diatas kematian dua orang yang dikasihi iaitu
anak lelakinya Nabi Ibrahim dan bpa saudaranya Abu Talib.

Hebatnya surah yang pendek ini, ia mempunyai banyak khasiat yang terkandung
didalamnya yang boleh kita amalkan.
Baca surah ini ketika hujan dan berdoa dan YAKINLAH pada Allah mudah-mudahan
Allah makbulkan doa kita.
Jika kita kehausan dan ketiadaan air, bacalah surah ini dengan YAKIN agar Allah
kurangkan dahaga dan gosok di leher. INSYALLAH hilang dahaganya.
Jika kita sering sakit mata seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang
sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata tersebut. YAKINLAH bahawa
Allah akan menyembuhkannya.
Jika rumah dipercayai terkena sihir, bacakan surah ini sebanyak 10x, YAKINLAH
pada Allah supaya memberikan petunjuk dimana dan usir sihir itu daripada rumah
tersebut.
Jika membacanya sebanyak 1000x YAKINLAH pada Allah bahawa rezeki kita
bertambah.
Jika rajin membaca dan mengamalkannya hati kita akan menjadi lembut dan
khusuk ketika menunaikan solat.
Jika orang teraniaya dan terpenjara, bacalah sebanyak 71x, YAKINLAH bahawa
Allah akan memberikan bantuan kerana dia tidak bersalah tetapi sebaliknya orang
ini dizalimi oleh orang lain.

You might also like