You are on page 1of 1

TEKNIK JABU JATU UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN OPERASI TAMBAH

MENGUMPUL SEMULA LINGKUNGAN 100 DALAM KALANGAN MURID


PEMULIHAN

Oleh :
Nurul Syafinaz Binti Ghazlimi (911013-09-5078)
Nor Fasharina Binti Khir (911130-11-5576)
Siti Aisyah Bt Che Amani@Mohd Kamal (910510-11-5258)
Shuhaila Binti Subhi (900521-02-5558)
Nur Iqlima Binti Ahmad Zabidi (900824-08-5558)
Nuha Binti Abdullah (890827-03-5218)
Pensyarah :
En. Khalid Bin Jonit


ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan Teknik JaBu JaTu dalam
meningkatkan kemahiran menyelesaikan operasi tambah dengan mengumpul semula
lingkungan 100 dalam kalangan murid pemulihan. Kajian ini telah dijalankan di sebuah
sekolah di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan sasaran terdiri daripada murid pemulihan Tahun
3 iaitu seramai empat orang murid. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini
adalah berdasarkan model reka bentuk Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Pengumpulan data
dilakukan melalui pemerhatian, pengujian iaitu ujian pra dan ujian pasca, penelitian dokumen
serta temu bual. Hasil dapatan kajian daripada ujian pra dan ujian pasca menunjukkan berlaku
peningkatan markah dalam pencapaian murid berdasarkan modul yang telah disediakan. Hal
ini dibuktikan hasil daripada analisis dokumen (lembaran kerja) telah menunjukkan murid
berjaya menyiapkan latihan yang diberi dengan betul. Secara keseluruhannya, penggunaan
Teknik JaBu JaTu dapat membantu murid untuk menyelesaikan operasi tambah dengan
mengumpul semula yang melibatkan hasil penambahan dua nombor lebih daripada nilai 10.
Teknik ini juga merupakan alternatif bagi menggantikan cara pengiraan tradisional yang lazim
digunakan oleh guru di sekolah untuk mengira operasi tambah dengan mengumpul semula.
Semoga kajian ini dapat digunakan secara meluas terhadap murid-murid yang mempunyai
masalah dalam operasi tambah dengan mengumpul semula dalam lingkungan 100.

You might also like