You are on page 1of 2

Rajah 2.2.1 (a): Duit syling disediakan untuk aktiviti 1.

Dalam aktiviti 1, saya telah menyediakan 20 duit syling yang bernilai 50 sen
dan diatur seperti dalam rajah 2.2.1(a). Selepas itu, saya bertanya responden saya
mengenai adakah duit syling di sebelah kiri sama banyak bilangannya dengan duit
syling di sebelah kanan. Responden saya menjawab bahawa bilangan syling di
sebelah kiri dan di sebelah kanan adalah sama. Setelah itu, saya mengubah
kedudukan duit syling di sebelah kirinya menjadi seperti rajah 2.2.1(b).








Rajah 2.2.1 (b): Duit syling sebelah kiri diubah kedudukannya dalam aktiviti 1.
Kemudian, saya bertanya responden saya bahawa adakah bilangan duit syling di
sebelah kiri dan kanan adalah sama? Atau salah sebelah mempunyai bilangan duit
syling yang lebih daripada duit syling disebelahnya. Jawapan yang diberi oleh
responden saya adalah tidak sama bilangan duit syling di antara kiri dan kanan. Duit
syling sebelah kanan adalah lebih banyak berbanding dengan sebelah kiri.
Menurut jawapan yang dibagi oleh responden saya, saya boleh membuat
konklusi bahawa perkembangan kognitif responden saya yang berusia 9 tidak
Kiri Kanan
Kiri Kanan
mencapai peringkat operasi konkrit ataupun masih berada dalam peringkat pra
operasi. Hal ini demikian kerana menurut Piaget, kanak-kanak yang berperingkat
operasi konkrit dalam perkembangan kognitifnya sepatutnya dapat menyelesaikan
masalah pengekalan luas ini disebabkan kanak-kanak dalam peringkat operasi
konkrit mampu mengetahui tranformasi dilakukan, konsep keabadian luas, konsep
keterbalikan serta dapat membalikkan proses secara abstrak.

You might also like