You are on page 1of 6

Bab 1 : Pengenalan Terhadap Statistik

BAB 1 : PENGENALAN TERHADAP STATISTIK




1. Sejarah Penggunaan Statistik :

Terbitan dari perkataan Latin yang bermaksud state negeri atau negara
Penggunaan awal statistik adalah melibatkan pengumpulan data atau maklumat yang menerangkan
beberapa aspek berkaitan dengan sesebuah negeri atau negara semenjak zaman Mesir, Greek dan
Room.
Ketika itu data yang dikumpul hanyalah untuk tujuan memudahkan pengutipan cukai dan kerahan
tenaga.
Selepas itu kerajaan-kerajaan Eropah Barat begitu berminat dengan data statistik ini sebab mereka
bimbang kuasa politik dan tentera mereka tergugat jika berlakunya sesuatu wabak penyakit yang buruk
dan boleh menyebabkan berubah saiz penduduk.
Oleh itu mereka mengumpul data kelahiran, perkahwinan dan kematian.
Dalam tahun 1662, Captain John Grant seorang ahli statistik dari England telah menerbitkan semula
data mengenai kelahiran dan kematian disebabkan oleh penyakit-penyakit tertentu.
Ini kemudiannya diikuti dengan kajian-kajian seperti kadar kelahiran mengikut jantina,saiz penduduk
dan lain-lain lagi.
Semenjak itu,pihak kerajaan,peniaga mahupun individu begitu bergantung kepada data statistik
sebagai panduan.
Pada masa kini, proses pengumpulan,pengkelasan, penyimpanan dan mendapatkan kembali data
yang telah disimpan adalah suatu yang mudah dengan bantuan komputer.
Contohnya,kadar pengangguran, kadar inflasi, indeks pengguna, kadar pertumbuhan ekonomi,
sentiasa sahaja dikumpul dan dikemeskini kerana datya yang dihasilkan ini sangat diperlukan oleh pihak-
pihak tertentu dalam membuat keputusan.

2. Definisi Statistik

Merupakan himpunan fakta berangka atau data yang menerangkan sesuatu aspek
Satu bidang yang mengandungi pelbagai kaedah yang digunakan bagi memanfaatkan data dalam
membuat kesimpulan dan keputusan.
Adalah satu seni dan sains untuk,mengumpul,memproses,menganalisis, menginterprestasi,
mempersembahkan data untuk tujuan membantu di dalam membuat keputusan yang lebih berkesan.
Contoh statistik
- Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menyatakan bahawa hanya 12,550 permohonan untuk
memasuki institusi pengajain tinggi (IPT) di negara ini bagi sesi pengajian 2004/2005 barjaya mendapat
tempat berbanding 29,770 orang yang memohon.Daripada bilangan yang berjaya, seramai 7550
mengikuti kursus aliran sastera sementara 5000 orang lagi dalam bidang sains.
- Satu tinjauan pendapat yang dijalankan oleh akhbar tempatan mendapati bahawa 70% daripada
responden yang terdiri daripada ibubapa tidak bersetuju dengan cadangan membenarkan guru-guru
merotan pelajar-pelajar yang tidak berdisiplin kerana mereka khuatir penyalahgunaan kuasa berlaku.
Walaubagaimanapun, 25 % berpendapat bahawa guru disiplin dan pengetua boleh dibenarkan untuk
menjalankan hukuman merotan.



3. JENIS-JENIS STATISTIK


Terbahagi kepada 2 jenis

i. Statistik Perihalan (Statistik deskriptif)
- Adalah kaedah-kaedah yang digunakan untuk megumpul maklumat, menyusun ,mempersembah data
dan pengolahan data/merihalkan data yang dikumpul
- termasuklah kaedah membina graf, carta dan jadual serta pengiraan beberapa ukuran perihalan seperti
purata dan juga
- pengiraan ukuran serakan seperti peratus.

i. Statistik Inferens (Statistik induktif)
- merupakan bahagian terpenting daripada statistik yang berkaitan dengan pembuatan kesimpulan dan
keputusan berdasarkan data yang telah dikumpul dan diolah.
- Tumpuan utama dalam statistik inferens ialah untuk mengetahui sesuatu keseluruhan ahli kumpulan
(populasi) berdasarkan sebahagian yang dipilih (sampel) untuk dikaji.
- Contoh : Berdasarkan tinjauan keatas 20 orang pelajar di Kolej Komuniti Ledang Johor mengenai
perkhidmatan food court , kita boleh membuat kesimpulan bahawa pelajar-pelajar KKLJ berpuashati
dengan perkhidmatan berkenaan.

4. ISTILAH ASAS STATISTIK
i. Elemen : ahli atau unsur samada daripada populasi ataupun sampel
ii. Pemboleh ubah : merupakan cirian atau fenomena yang mempunyai nilai yang berbeza-beza dan
menjadi tumpuan dalam kajian.Terbahagi kepada 2 iaitu pemboleh ubah kualitatif dan pemboleh ubah
kunatitatif
iii. Data : ukuran atau bilangan mengenai sesuatu yang dikumpul daripada kajian
iv. Populasi : keseluruhan objek,individu atau ukuran yang menjadi tumpuan dalam penyelidikan.Banci
merupakan kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpul maklumat daripada keseluruhan populasi
yang dikaji.
v. Sampel : merupakan suatu subset atau sebahagian daripada populasi.Kaedah pengambilan sampel
dikenali persampelan .
vi. Cerapan ; Nilai yang diperolehi daripada sesuatu pemboleh ubah.

Contoh : Katakan anda berminat untuk menjalan satu kajian tentang perbenlajaan yang dihabiskan untuk
makanan bagi suatu semester oleh pelajar-pelajar semester akhir di KKLJ.


Populasi : Kajian semua pelajar semester akhir di KKLJ
Sampel : Kemungkinan 20 pelajar lelaki Sijil Automotif
Elemen : setiap pelajar tahun akhir
Pemboleh ubah kajian : perbelanjaan makanan (sebab nilai untuk makanan nagi pelajar-pelajar
mungkin berbeza dari seorang ke seorang )
Cerapan : Contoh : ialah RM200 bagi Omar iaitu nilai perbelanjaan untuk makanan satu
semester,seorang pelajar akhir Sijil Automotif.


5. LANGKAH-LANGKAH DI DALAM STATISTIK

1. Mengumpul
2. Memproses
3.Menganalisis
4. Mengintreptasi
5.Mempersembahkan
6.Keputusan



PEMBOLEH UBAH

Definisi : Satu ciri yang sedang dikaji /ciri-ciri ahli populasi yang dikaji
Boleh mengambil nilai yang berbeza bagi elemen yang berbeza
Contoh : pendapatan bulanan keluarga,harga saham,bilangan isirumah,harga buku teks,dan jenis
jenama peti sejuk
Terdapat 2 jenis

i. Pemboleh ubah Kuantitatif
- Pemboleh ubah yang hanya boleh mengambil nilai berbentuk angka sahaja.Contoh : pendapatan
bulanan,jumlah jualan,bilangan kereta yang dimiliki
- Boleh di bahagikan kepada 2 :
a. Pemboleh ubah diskret
hanya boleh mengambil nilai-nilai tertentu sahaja
contoh : bilangan kereta yang melalui tol Tangkak ialah kemungkinan antara 27 atau 28 buah kereta.
Tetapi tidak mungkin 27.8 buah kereta

b. Pemboleh ubah selanjar
mengambil nilai dalam sesuatu selang
Contoh : berat pelajar (48.9 kg,56.2kg), tinggi, masa,saiz kasut dll.

ii. Pemboleh ubah Kualitatif
-Tidak mengambil nilai angka
- Contoh : jantina pelajar,tahap pendidikan,warna kereta


KEPENTINGAN-KEPENTINGAN STATISTIK


-Ada 2 sebab utama kenapa perlunya belajar statistik.

1. Perkembangan pengumpulan data berkaitan dengan operasi dalam perniagaan dan kerajaan adalah
begitu pesat sekali.
Oleh itu kita perlu tahu bagaimana menilai fakta-fakta yang bersifat angka ini yang begitu kerap
diterbitkan sama ada ianya berkaitan dengan politik, ekonomi atau kajian sosial.
2. Membuat keputusan yang lebih berkesan
Contohnya dalam bidang perniagaan, dimana data dikumpul untul meramalkan jualan dan keuntungan.
Dalam bidang kejuruteraan dan proses pembuatan dalam
mengawasi mutu sesuatu produk.


PENGGUNAAN STATISTIK DALAM PERNIAGAAN.

a. Bidang pengeluaran

Sebuah firma melakukan pengumpulan data-data adalah bertujuan mengkaji tentang akibat penggunaan
pengawalan kualiti pengeluaran, perkembangan pengeluarannya, stok dan inventori, kos seunit dan kos
bahan-bahan mentah.

b. Bidang pemasaran

Firma-firma mengumpulkan data daripada penyelidikan pemasaran, pengiklanan, keputusan-keputusan
jualan, kos-kos pengagihan , peletakan harga, keluaran ,agihan dan ramalan-ramalan pasaran.

c. Bidang kewangan

Kewangan perniagaan meliputi aspek pelaburan, kadar pinjaman, keuntungan dan kerugian dan
percukaian.

d. Bidang pengurusan sumber manusia

Keterangan mengenai bilangan pelatih-pelatih, kadar upah , gaji pekerja dan pusing- ganti pekerja
pekerja , perpindahan keluar masuk pekerja, kadar kemalangan yang dialami

You might also like