You are on page 1of 1

Abstrak

Manuskrip ini dilaksanakan bagi membincangkan karya-karya yang ditulis oleh dua orang
sejarawan Malaysia dan dua orang sejarawan Barat bagi mengenal pasti sentrik penulis
tersebut sama ada bersentrikkan tempatan atau Barat. Penghasilan manuskrip ini
dilaksanakan dengan merujuk pelbagai sumber untuk dijadikan isi supaya fakta-fakta yang
dikemukakan tepat dan benar.
Sentrik boleh diistilahkan sebagai satu kecenderungan atau satu pandangan atau satu
pendekatan yang tertumpu kepada sesuatu perkara. Melalui kajian yang dilakukan didapati
Khoo Kay Kim merupakan seorang sejarawan yang bersentrikkan tempatan setelah
karyanya Negeri-negeri Melayu Pantai Barat 1850-1873 diteliti. Hal ini demikian kerana
tulisannya ini adalah lebih cenderung ke arah masyarakat tempatan. R.O Wistedt pula
merupakan sejarawan yang bersifat euro-centric kerana kebanyakan fakta yang
dikemukakannya dalam karya A History of Johore lebih menyebelahi pihak penjajah
Inggeris.
Pengetahuan mengenai sentrik sangat baik untuk dimiliki kerana melalui ilmu ini
seseorang itu akan dapat berfikir terlebih dahulu untuk mempercayai sesuatu fakta yang
dikemukakan. Penulisan yang bersifat sentrik ini bukan sahaja boleh mempengaruhi si
pembacanya bahkan juga boleh memberi kesan kepada keadaan politik di sesebuah
negara. Jika baik sentriknya maka baiklah pandangan masyarakat terhadap sesebuah
negara itu begitulah juga sebaliknya.

You might also like