You are on page 1of 25

SIAPAKAH ANAK YANG

CEMERLANG?
ANAK CEMERLANG ADALAH ANAK YANG
Taat perintah Allah dan Rasulnya.
Taat dan hormat kepada ibu bapa.
Memiliki segala sifat mahmudah
seperti sabar, syukur, ikhlas,
taqwa, berakhlak mulia, beradab
sopan.
Dapat mengawal emosinya.
Dapat menyeimbangkan antara
dunia dan akhirat.

Anak cemerlang adalah
anak yang
BERJAYA
DI DUNIA
DAN DI
AKHIRAT
TANGGUNGJAWAB IBU BAPA
Ibu bapa adalah
orang yang
bertanggung jawab
memberi didikan
yang sempurna bagi
melahirkan anak
yang cemerlang di
dunia dan di akhirat
Sabda Nabi SAW:
Anak-anak itu dilahirkan dalam
keadaan suci bersih, ibu bapanyalah
yang mencorakkannya menjadi
Yahudi, Nasrani atau Majusi.
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Joseph
Addison
Anak- anak
adalah
umpama
pokok-pokok
bunga yang
indah dan
yang menjadi
tanah dan
baja ialah ibu
bapanya.
BAGAIMANA
MENDIDIK
ANAK
CEMERLANG?
Saidina Umar Al-Khattab
Didiklah anak-anakmu
itu berlainan dengan
keadaan kamu
sekarang, kerana
mereka telah dijadikan
Tuhan untuk zaman
yang bukan zaman
engkau.
Petua Mendidik Anak Cemerlang 1
1. Pendidikan Dengan Nasihat dan
Bimbingan
Menjadikan Al Quran sebagai dasar
bimbingan dan nasihat supaya anak
menghayati ajaran agama sejak kecil lagi.
Al Quran mampu membentuk akhlak dan
mental, rohani dan sahsiah anak-anak.
Ibubapa haruslah memberi nasihat dan
pesanan kepada anak-anak tanpa jemu.
Sabda Rasulullah:

Didiklah anak-
anakmu dalam tiga
perkara: mencintai
nabimu, mencintai
keluarganya dan
membaca Al-Quran.
Diriwayatkan Ath-
Tabrani dr Ali R.a
Petua Mendidik Anak Cemerlang 2
2. Menunjukkan contoh teladan dan
akhlak yang baik.
Menurut Dr. Fadzillah Kamsah, anak
tidak belajar daripada apa yang ibu
bapa katakan, tetapi anak-anak belajar
daripada apa yang ditunjukkan oleh
ibu bapanya.
Peranan ibu bapa adalah memberi
didikan yang terbaik kepada anak-anak:
Tidak ada pemberian
yang sebaik-baiknya
dari seorang ayah
kepada anaknya,
melainkan adab
yang baik.
(Hadis Riwayat Tirmidzi)
Petua Mendidik Anak Cemerlang 3
3. Tegas Dalam Mendisiplinkan Anak
Ibu bapa perlu bertegas terutama dalam
membentuk akhlak dan tingkah laku anak
ketika mereka masih kecil lagi.
Contoh: Suruhlah anak kerjakan solat
sejak berumur 7 tahun, dan pukullah
mereka jika tidak mahu menunaikan solat
ketika berumur 10 tahun.

Kata Pepatah Melayu:
Melentur buluh biarlah
dari rebungnya.

Kata Pepatah Arab:

Mendidik anak ketika
kecilnya,
umpama mengukir
di atas BATU,
Tetapi


Mendidik anak
setelah dewasa,
umpama mengukir
di atas AIR.
4. Mengawal dan Memahami Emosi Anak
Kepincangan dalam perkembangan emosi boleh
menjejaskan perkembangan kanak-kanak secara
keseluruhan, terutama dari segi mental.
Andai emosi anak ditangani dengan baik sejak
kecil, pergerakan mereka lebih mudah dikawal,
umpama menekan alat kawalan jauh.
Emosi yang stabil membantu melahirkan anak
lebih cemerlang, kerana emosi membantu kanak-
kanak membina idea baru, matlamat dan
perancangan.

Petua Mendidik Anak Cemerlang 4
Petua Mendidik Anak Cemerlang 5
5. Menjadi Pendengar Yang baik
Walaupun ibu bapa sibuk bekerja, ibu
bapa juga perlu meluangkan masa
mendengar luahan atau masalah yang
dihadapi oleh anak-anak.
Jadilah teman yang baik terhadap anak-
anak, pendengar yang setia, pembimbing
yang peka dan prihatin

Petua Mendidik Anak Cemerlang 6
6. Didik dengan kasih sayang
Kasih sayang adalah ubat dan
penawar dalam segala masalah.
Jadilah ibu bapa yang penyayang dan
menanam kasih sayang ke dalam jiwa
anak-anak. Kasih sayang mampu
memimpin anak menjadi manusia
yang berguna.
Petua Mendidik Anak Cemerlang 7
7.Didik Anak Supaya
Mempunyai Matlamat
Hidup dan Cita-cita
Ibu bapa perlu mendidik
anaknya dari kecil hingga
dewasa supaya mempunyai
visi dan wawasan dalam hidup
serta mengetahui matlamat
hidup.
Petua Mendidik Anak Cemerlang 8
8. Beri anak galakan dan rangsangan
Kenali potensi dalam diri anak-anak.
Beri rangsangan supaya anak-anak
boleh berkembang.
Beri peluang kepada anak, untuk
mencuba mengikut caranya sendiri, dan
hormatinya pandangannya.
Petua Mendidik Anak Cemerlang 9
9. Sentiasalah berdoa untuk kebaikan
anak
Doa ibu bapa yang penuh kasih sayang
akan memberi keberkatan kepada
kehidupan anak-anak.
Sebaik-baiknya carilah waktu yang
mustajab untuk berdoa.





Suratul Kahfi: 46
Harta
kekayaan dan
anak-anak itu
adalah
perhiasan
kehidupan
dunia.

You might also like