You are on page 1of 20

Teori Pengeluaran

(Gelagat Taukeh)

Semua orang dah tahusila baca m/s 78 & 79

Kos pengeluaran sebenarnya terbahagi kepada dua bentuk, iaitu
kos eksplisit dan kos implisit.

Kos eksplisit ialah kos yang dibayar oleh firma bagi mendapatkan
faktor-faktor pengeluaran contohnya upah yang dibayar kepada
pekerja dan faedah terhadap pinajaman bank.

Manakala, kos implisit pula ialah kos faktor pengeluaran yang
dimiliki oleh firma itu sendiri contohnya bayaran upah kepada
tuan punya firma.

Kos (kos selenggara@sewa tanah) dan input (tanah)
Untuk mengeluarkan sesuatu barangan, firma
memerlukan beberapa input.

Input tetap ialah sejumlah input yang digunakan oleh
firma bagi mengeluarkan sesuatu barangan. Ianya
tetap diambil kira dan ditanggung oleh firma
walaupun tidak digunakan dalam satu tempoh waktu.
Contohnya, input tanah dan bangunan.

Input berubah pula ialah input yang digunakan oleh
firma bergantung kepada tingkat output yang ingin
dikeluarkan. Contohnya, tenaga buruh, air dan
elektrik.
Kos tetap (Input Tetap) + Kos Berubah (Input Beubah) = Jumlah Kos

Kos Sut = Merupakan kos tambahan yang ditanggung oleh firma akibat daripada
pertambahan satu unit output.

Contohnya:
Syarikat ABC mengeluarkan 1 unit meja pada kos tetap sebanyak RM100
dan kos berubah sebanyak RM30. Apabila Syarikat ABC menambahkan
kuantiti pengeluaran meja dari 1 unit kepada 6 unit, maka jumlah kos
berubah yang telah digunakan bertambah kepada RM215 dan masih pada
kos tetap sebanyak RM100. Didapati bahawa, jumlah kos meningkat
kepada RM315 apabila kuantiti meja ditambah kepada 6 unit.


Kos Sut = RM195-RM165 / 4-3
= RM 30 / 1
= RM 30.00
Kos purata merupakan jumlah kos keseluruhan
termasuk kos tetap dan
kos berubah dibahagi dengan jumlah kuantiti
output yang dikeluarkan.

Cth : 315/6 = 52.5
Jumlah kos tetap adalah malar pada setiap tingkat output yang
dikeluarkan. Apabila kos tetap dibahagikan dengan jumlah output yang
semakin bertambah, kos tetap purata menjadi semakin menurun tetapi
tidak bersilang dengan paksi output.

Cth : 100 / 2 = ?
100 / 3 = ?
100 / 4 = ?
Kos berubah purata diperolehi dengan mengambil jumlah kos berubah
dibahagi dengan jumlah kuantiti output. Bentuk keluk kos berubah
purata menurun pada peringkat awal dan kemudian meningkat semula.
Keluk kos berubah purata berbentuk sedemikian kerana ia mempunyai
kaitan dengan keluk kos sut.

Cth : 215 / 6 = ?
95 / 4 = ?


Keluk Kos Purata
keluk kos purata, iaitu keluk KP yang berbentuk seperti huruf
U. KP = KTP + KBP.

keluk KTP sentiasa menurun apabila kuantiti output
bertambah. Keadaan ini berlaku kerana jumlah kos yang
digunakan adalah sama pada setiap unit output yang
dikeluarkan pada jumlah yang semakin meningkat.

Manakala, keluk KBP meningkat apabila kuantiti output yang
dikeluarkan oleh firma ABC bertambah. Keadaan ini berlaku
akibat daripada keluaran sut yang bertambah kurang.

Maka, kombinasi kedua-dua keluk kos tetap purata dan keluk
kos berubah purata dapat menghasilkan satu keluk baru, iaitu
keluk kos purata yang berbentuk seperti huruf U.

Keluk Kos Sut
Berdasarkan Rajah 5.2, pada peringkat awalnya,
bentuk keluk KS didapati menurun sehingga
mencapai satu titik yang paling minimum.
Kemudiannya keluk tersebut meningkat semula
apabila kuantiti output yang dikeluarkan oleh Firma
ABC tersebut bertambah.
Keadaan sedemikian berlaku akibat daripada
hukum keluaran sut yang bertambah kurang dan
hukum pulangan bertambah lebih kesan daripada
pengkhususan ekonomi dan wujudnya skala
mengikut bidangan.


Merujuk kepada Rajah 5.2, didapati bahawa apabila kos sut
kurang daripada kos purata, kos purata sentiasa menurun.

Ini menunjukkan bahawa keluk kos purata menurun apabila
keluk kos sut berada di bawah keluk kos purata.

Manakala, apabila kos sut melebihi kos purata, kos purata turut
meningkat.

Keluk kos sut akan memotong keluk kos purata pada titik kos
purata minimum.

Keadaan ini berlaku apabila kuantiti output pada tingkat yang
rendah kos sut adalah kurang daripada kos purata yang sentiasa
berkurangan.

Selepas keluk kos sut dan keluk kos purata bersilang, kos sut akan
terus meningkat mengatasi kos purata, iaitu keluk kos sut akan
berada di atas keluk kos purata.
Andaikan pada satu tingkat teknologi yang tertentu hanya terdapat tiga
kaedah pengeluaran. Setiap satu mempunyai saiz operasi pengeluaran
yang berbeza, iaitu yang bersaiz kecil, sederhana dan besar. Ketiga-tiga
saiz tersebut diwakili sebagai SAC1, SAC2 dan SAC3. Pada tingkat
output 0Q1, firma menggunakan sekil pengeluaran yang bersaiz kecil,
iaitu SAC1 kerana ianya memberikan kos purata yang paling minimum
sebanyak 0K1. Jika firma hendak mengeluarkan output pada 0Q2, maka
firma akan menggunakan sekil pengeluaran SAC2. Ini kerana ia memberi
kos purata yang minimum, iaitu sebanyak 0K2. Sementara itu, kos purata
bagi sekil pengeluaran SAC1 lebih besar daripada 0K2, iaitu sebanyak
0K2. Seterusnya, jika output berada di 0Q3, firma mengguna sekil
pengeluaran SAC2, maka kos yang digunakan lebih tinggi daripada 0K3.
Jika menggunakan sekil pengeluaran SAC3 yang lebih besar, hanya
memberikan kos purata yang paling minimum, iaitu sebanyak 0K3.
Dalam jangka masa pendek, firma boleh memilih mana-mana sekil
pengeluaran, iaitu sama ada SAC1,SAC2 atau SAC3. Manakala dalam
jangka masa yang panjang firma boleh merancang untuk membina saiz
kecil pengeluarannya pada tingkat kos purata yang minimum bagi setiap
tingkat output yang diberi.
Keluk LAC dalam Rajah 5.4 berbentuk seperti huruf U yang
menggambarkan hukum pulangan mengikut skala. Berdasarkan kepada
hukum tersebut, kos purata berkurangan apabila saiz operasi ditambah
kerana firma menikmati ekonomi skala. Keadaan ini ditunjukkan oleh
keluk LAC pada bahagian AB yang bercerun negatif, iaitu mencerun ke
bawah dari kiri ke kanan.

Mengikut teori ekonomi, ekonomi skala hanya wujud sehingga pada saiz
operasi tertentu yang dipanggil sebagai saiz operasi minimum, iaitu pada
titik B pada kuantiti 0Q3 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.4.
Sekiranya saiz operasi ditambah sehingga melebihi saiz yang optimum
tersebut ianya akan menyebabkan disekonomi skala. Keadaan seperti ini
berlaku disebabkan oleh faktor-faktor ketidakberkesanan pengurusan dan
proses membuat keputusan menjadi semakin tidak cekap kerana saiz
operasi menjadi semakin besar. Keadaan ini ditunjukkan oleh bahagian
keluk LAC yang bercerun positif, iaitu BC. Penambahan saiz operasi
melebihi titik B akan menyebabkan kos purata menjadi semakin tinggi.
Skala Ekonomi
Dalaman

Ekonomi pengurusan

Ekonomi kewangan

Ekonomi teknikal

Ekonomi sosial

Ekonomi pemasaran
Skala Ekonomi Luaran

Ekonomi yang berkaitan
dengan industri tertentu

Ekonomi yang berkaitan
dengan industri lain

Ekonomi yang berkaitan
dengan masyarakat
Skala Disekonomi Dalaman
Skala disekonomi dalaman
terbahagi kepada dua, iaitu
disekonomi pengurusan dan
diekonomi teknikal. Disekonomi
pengurusan wujud apabila saiz
sesebuah firma terlalu besar
sehingga menyebabkan pihak
pengurusan tidak mampu untuk
menguruskannya dengan lebih
teratur. Akibatnya, pekerja-
pekerja tidak dapat dikawal dan
menyebabka pengeluaran
output terjejas. Justeru, firma
akan menghadapi masalah
untuk memenuhi permintaan
pasaran. Manakala, disekonomi
teknikal wujud apabila saiz
sesebuah loji juga terlalu besar
dan melibatkan penggunaan kos
penyelenggaraan yang terlalu
tinggi. Contohnya, loji
pembersihan air yang terlalu
besar memerlukan lebih banyak
jentera dan mesin serta
penyediaan tapak yang sangat
luas. Penggunaan mesin yang
banyak dan ruang yang besar
akan menyebabkan kos
pengeluaran menjadi mahal..

Skala Disekonomi Luaran
Skala disekonomi luaran
wujud akibat daripada
kesesakan penduduk di
sesebuah kawasan
perindustrian, contohnya di
kawasan perindustrian Shah
Alam. Akibat daripada
pertambahan jumlah
penduduk yang semakin pesat
telah menyebabkan
berlakunya kenaikan harga
terutama tingkat upah buruh,
harga rumah, harga tanah dan
lain-lain bayaran
perkhidmatan. Pertambahan
penduduk juga menyebabkan
berlaku kesesakan di kawasan
penempatan, kesesakan di
jalan raya dan seterusnya
menyebabkan kos kehidupan
turut meningkat.

You might also like