You are on page 1of 35

Teori Gelagat Pengguna

Hukum permintaan = semakin harga


barangan maka semakin sedikit kuantiti
barangan yang diminta.
Utiliti = kepuasan yang diterima dari penggunaan
sesuatu barangan
Utiliti Kardinal = pengguna dapat mengukur dan
memberi nilai kepada utiliti yang diperolehi secara
kuantitatif. Sebagai contoh, utiliti yang diperolehi
daripada potongan kek pertama yang dimakan ialah
lima util dan potongan kek kedua ialah empat util.
Utiliti Ordinal = pengguna tidak dapat mengukur
utiliti yang diperolehi secara kuantitatif tetapi ianya
dapat memberikan ukuran nilai secara perbandingan
kepada utiliti daripada penggunaan sesuatu barangan.
Sebagai contoh, daripada dua potongan kek yang
dimakan, pengguna mendapati bahawa potongan kek
yang pertama lebih memberi utiliti yang tinggi
berbanding potongan kek yang kedua dimakan.
Jumlah utiliti merupakan jumlah kepuasan pengguna
daripada kombinasi penggunaan barangan dan
perkhidmatan. Ini disebabkan pengguna mempunyai
cita rasa yang berbeza dalam menggunakan sesuatu
barangan. Berdasarkan kepada cita rasa penggunaan
barangan tersebut telah menerbitkan satu fungsi utiliti.
Fungsi utiliti ini adalah seperti berikut:

U = F (X1,X2, X3,.,Xn) U ialah jumlah utiliti, X1,X2,
X3,.,Xn ialah barangan 1 hingga n yang boleh digunakan
oleh pengguna. Justeru, setiap pengguna akan sentiasa
memaksimumkan jumlah utiliti tersebut
Pengguna mempunyai banyak kehendak tetapi sumber yang ada
sangat
terhad. Maka, pengguna mestilah membuat keputusan untuk
memilih
mana-mana pilihan yang benar-benar memberikan kepuasan.
Contohnya, pengguna berkeinginan untuk membeli kek coklat dan
aiskrim.
Berdasarkan kepada sejumlah pendapatan yang terhad, maka
pengguna
mestilah memilih untuk membeli salah satu. Katakan pengguna
membuat
keputusan untuk membeli kek coklat, maka dengan memakan kek
coklat
tersebut akan dapat memberi satu nilai kepuasan yang paling tinggi
ataupun dipanggil sebagai utiliti.
Semakin banyak kek dimakan kepuasan yang dicapai semakin
kurang dan
jumlah utiliti semakin bertambah tetapi dengan kadar yang
berkurangan.
Utiliti sut akan menjadi semakin berkurangan setiap kali berlaku
pertambahan kuantiti kek yang dimakan. Oleh itu, utiliti sut
menerangkan tentang perubahan jumlah utiliti kesan daripada
perubahan
satu unit penggunaan sesuatu barangan itu pada satu tempoh
tertentu.


Hukum utiliti sut bertambah kurang (law of diminishing utility)
menerangkan apabila pengguna mengguna semakin banyak
barangan, jumlah utiliti akan meningkat tetapi dengan kadar yang
semakin perlahan atau berkurangan.
Berdasarkan kepada Jadual 4.1, apabila sebiji epal dimakan, utiliti
yang dicapai ialah 5 dan apabila semakin banyak epal dimakan
semakin bertambah jumlah utiliti tetapi dengan kadar yang
berkurangan dan utiliti sut menjadi semakin kurang. Tetapi, selepas 5
biji epal dimakan jumlah utiliti sama dengan 4 biji epal dan apabila
terus dimakan sehingga 6 biji epal, jumlah utiliti berkurangan dan
utiliti sut mencapai nilai negatif dan menurun ke bawah.
(i) Pengguna mesti bersikap rasional. Ini untuk
memastikan bahawa pengguna mempunyai
matlamat untuk memaksimumkan kepuasan mereka
apabila mengguna sesuatu barangan.
(ii) Pengguna dapat memberi satu nilai secara
kuantitatif terhadap utiliti yang diperolehi.
(iii) Pengguna diberi sejumlah pendapatan yang
mesti dibelanjakan.
(iv) Harga barangan diandaikan tidak berubah pada
satu tempoh waktu.



Kita Baca Mukasurat 60 dan 61
Ianya didefinisikan sebagai beberapa kombinasi barangan yang
digunakan dan kombinasi tersebut dapat memberi tingkat kepuasan
yang sama. Keadaan sedemikian dapat dilihat dengan lebih jelas
melalui contoh berikut:

Berdasarkan kepada Jadual 4.2, Ali ingin membeli dua jenis barangan,
iaitu pakaian dan makanan. Pada permulaannya, Ali membeli 20 unit
pakaian dan dua unit makanan dan ianya memperolehi satu tingkat
kepuasan. Sekiranya Ali mengurangkan penggunaan pakaian kepada
19 unit, ini akan menyebabkan tingkat utilitinya jatuh. Tetapi, tingkat
utiliti tersebut dapat dicapai pada tahap yang sama jika Ali
menambah penggunaan terhadap makanan sebanyak 0.5 unit.
Oleh itu, dapat dijelaskan bahawa 19 unit pakaian
dan 2.5 unit makanan akan memberi utiliti yang
sama kepada pengguna dengan penggunaan 20
unit pakaian dan 2 unit makanan. Jadual 4.2 juga
dapat menunjukkan bagaimana teori utiliti sut
bertambah kurang. Keadaan yang sama juga
dapat menerangkan tentang bagaimana
wujudnya kadar penggantian sut (marginal rate of
substitution - MRS).
Pertama, keluk puasama mesti mempunyai
kecerunan negatif yang menerangkan tentang
pengguna mestilah menggantikan satu barangan
dengan barangan yang lain dengan kadar yang
tertentu untuk membolehkannya berada pada
satu tingkat kepuasan yang sama.

Rajah 4.3 menerangkan tentang kebenaran andaian pertama, iaitu pengguna
lebih menggemari kombinasi barangan yang mempunyai lebih banyak
kuantiti berbanding dengan kombinasi barangan yang sedikit
kuantiti barangan. Pilihan B lebih digemari oleh pengguna kerana ianya
mengandungi jumlah barangan yang lebih banyak daripada pilihan A
(B>A). Sekiranya keluk puasama bercerun positif, maka pilihan A akan
menyamai dengan pilihan B (A=B) sedangkan pengguna mendapati
bahawa (B>A).
Kedua, keluk puasama tidak boleh bersilang antara satu
sama lain. Rajah 4.4 menunjukkan keluk KPS1 dan KPS2
bersilang dan terdapat tiga kombinasi pakaian dan
makanan, iaitu pada titik A, B, C dan D. Didapati
pengguna lebih menggemari pilihan A, C dan D kerana
ketiga-tiga pilihan tersebut berada di atas KPS2 dan
memperolehi kepuasan yang sama banyak. Didapati
kepuasan A juga menyamai B kerana berada pada KPS
yang sama, maka ianya telah melanggar andaian yang
keempat.

Ciri yang ketiga ialah keluk puasama cembung ke pusat atau berbentuk
cekung ke bawah. Ini disebabkan oleh kadar penggantian sut antara
barangan semakin berkurangan, iaitu semakin banyak pakaian digunakan
untuk mendapatkan satu unit tambahan pakaian, semakin kurang unit
makanan.
Ciri yang keempat ialah semakin jauh keluk puasama dari titik pusat
(origin) maka semakin tinggi tingkat kepuasan yang diperolehi oleh
pengguna. Ini adalah kerana semakin ke kanan keluk puasama,
semakin banyak kuantiti kombinasi barangan yang digunakan.

Keadaan tersebut memberikan tingkat kepuasan yang lebih tinggi.

Rajah 4.5 menunjukkan bahawa keluk puasama KPS2 mempunyai
tingkat kepuasan yang lebih tinggi berbanding dengan keluk
puasama KPS1. Manakala, keluk puasama KPS1 mempunyai tingkat
kepuasan yang lebih tinggi berbanding dengan keluk puasama KPS0.
Ciri yang kelima ialah setiap pengguna yang
menggunakan kombinasi barangan layak untuk memiliki
keluk puasamanya yang tersendiri dan boleh mempunyai
beberapa jumlah keluk puasama yang tidak terhingga.

Berdasarkan Rajah 4.6, antara pilihan A dan pilihan D,
iaitu antara keluk puasama KPS0 dan KPS3 terdapat
lain-lain keluk puasama, iaitu KPS1 dan KPS2.
Garis belanjawan didefinisikan sebagai satu kombinasi
barangan yang boleh dibeli oleh pengguna sekiranya
menggunakan kesemua jumlah pendapatannya.

M = xPx + yPy

M ialah jumlah pendapatan Ali, xPx ialah jumlah
perbelanjaan yang digunakan untuk mendapatkan
barangan X dan yPy ialah ialah jumlah perbelanjaan
yang digunakan untuk mendapatkan barangan Y.
Kecerunan garis belanjawan menyamai nisbah antara
harga barangan Xdengan harga barangan Y, iaitu
Px/Py dan ianya boleh ditunjukkan dalam nilai
Y = 1/Py.M Px/Py.X.




Perubahan dalam tingkat harga


Perubahan tingkat pendapatan
Apabila Ali memaksimumkan kepuasannya, maka secara langsung Ali telah mencapai tahap
keseimbangan. Ianya berlaku apabila satu kelukpuasama tangen (menyentuh) garis belanjawan
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.10. Dengan mengambil kira tiga keluk puasama, iaitu IC0,
IC1 dan IC2, diandaikan pada permulaan Ali membelanjakan keseluruhan pendapatan untuk
membeli makanan sahaja, iaitu pada titik A. Maka, Ali akan berada pada keluk puasama yang lebih
rendah berbanding dengan keluk IC0.

Tetapi, jika Ali menggunakan pendapatannya untuk mendapatkan sejumlah makanan dan baju
pada titik C, maka Ali akan berada pada IC0, iaitu dengan membeli 0M1 unit makanan dan 0B1
helai baju. Tetapi, jika Ali terus bergerak ke bawah lagi, beliau akan memperolehi tingkat kepuasan
yang lebih tinggi, iaitu pada titik D. Pada titik D Ali akan menggunakan 0M2 unit makanan dan
0B2 helai baju.

Pada titik D Ali akan berada pada tingkat keseimbangan, iaitu garis belanjawan akan bersentuh
dengan keluk puasama IC1. Sekiranya Ali terus bergerak ke bawah, ia akan mencapai tingkat
kepuasan yang rendah semula. Pada titik keseimbangan D, Ali menyamakan kecerunan garis
belanjawan AB dengan kecerunan keluk puasama IC1. Ini adalah kerana kecerunan keluk puasama
menyamai dengan kadar penggantian sut (MRS) di antara baju(x) dan makanan(y) yang menyamai
nisbah antara utiliti sut baju(x) dengan nisbah utiliti sut makanan(y).

Maka,
MRS = Utiliti Sut x / Utiliti Sut y
dan pada tingkat keseimbangan pula,
Px/Py = MUx/MUy
Berdasarkan Jadual 4.3, bagi potongan kek yang
pertama, pengguna memperolehi lima util, potongan
kek kedua pengguna memperolehi 4 util, potongan kek
ketiga pengguna memperolehi 3 util, potongan kek
keempat pengguna memperolehi 2 util dan potongan
kek kelima pengguna memperolihi 1 util. Ini
menunjukkan sekiranya pengguna membeli 5 potong
kek, jumlah utiliti sebenar yang diperolehi olehnya
ialah 5+4+3+2+1=15. Tetapi wang yang dibayar oleh
pengeluar untuk 5 potong kek ialah RM5.00. Ini
bermakna lebihan yang diperolihi oleh pengguna
apabila membeli 5 potong kek ialah 15-5=10 util.
Rajah 4.11 menunjukkan keluk permintaan individu
yang dihasilkan dari Jadual 4.3. Kawasan di antara
keluk permintaan individu dengan garis harga
menunjukkan lebihan pengguna bagi seorang
individu.

Rajah 4.12 menunjukkan keluk permintaan bagi satu
pasaran yang merangkumi kesemua keluk permintaan
individu. Jika keluk permintaan bagi pasaran tersebut
ialah DD, maka lebihan pengguna ialah kawasan yang
terletak di bahagian bawah keluk permintaan dan di
atas garisan harga seperti yang ditunjukkan oleh
kawasan STU. Kawasan tersebut menerangkan lebihan
utiliti yang diterima oleh pengguna selepas membayar
semua kos barangan tersebut.


Utiliti menerangkan tentang satu konsep yang menjelaskan
jumlah kepuasan yang diperolehi oleh pengguna akibat daripada
penggunaan sesuatu barangan. Pertambahan penggunaan seunit
barangan akan menyebabkan berlakunya pertambahan kepada
tingkat utiliti tersebut yang dipanggil sebagai utiliti sut. Hukum
utiliti sut yang bertambah kurang pula menerangkan tentang
apabila jumlah penggunaan sesuatu barangan bertambah, utiliti
sut bagi penggunaan unit terakhir barangan tersebut akan
menurun. Maka, secara langsung hukum ini menerbitkan keluk
permintaan yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.
Seterusnya, pengguna dapat memaksimumkan utiliti penggunaan
sesuatu barangan apabila harga barangan tersebut sama dengan
utiliti sut.

You might also like