You are on page 1of 13

SISTEM EKONOMI DAN

KEGAGALAN KERAJAAN
LUTFAN
PACE UUM
JANUARI 2009
OBJEKTIF
1. Membezakan sistem ekonomi yang diamalkan.
2. Menjelaskan 2 faktor utama yang membezakan
sistem ekonomi.
3. Membincangkan klasifikasi kegagalan kerajaan.
4. Menjelaskan langkah-langkah pembetulan pasaran.
PENGENALAN


Pelbagai sistem ekonomi yang diamalkan oleh
Negara-negara di dunia bergantung kepada
Ideologi mereka.
Terdapat 3 bentuk sistem ekonomi;

1. Sistem ekonomi perancangan pusat.
2. Sistem ekonomi pasaran.
3. Sistem ekonomi campuran

Kegagalan kerajaan dan langkah-langkah
yang diambil oleh kerajaan.


SISTEM EKONOMI
Sistem ekonomi dapat dibezakan;

i. Peranan kerajaan dan swasta dlm. membuat keputusan.
ii. Penglibatan kerajaan dan swasta dalam pasaran/ aktiviti
ekonomi.
iii. Peranan kerajaan dan swasta
Keputusan ekonomi yang merujuk kpd. aspek penawaran
dan pengagihan barangan dan perkhidmatan.
Keputusan dibuat samada kerajaan atau swasta.

ii. Penglibatan kerajaan dan swasta dalam pasaran

Penglibatan mereka ditentukan oleh perbezaan ekonomi
yang mereka amalkan.



Sistem Ekonomi Perancangan Pusat.

Dikenali sebagai sistem sosialisme.
Penentuan ekonomi ditentukan oleh
pihak kerajaan sahaja.
Pihak swasta dan individu tidak
mempunyai kebebasan untuk
membuat keputusan dan hanya sebagai
penerima sahaja


Sistem Ekonomi Pasaran

Dikuasai sepenuhnya oleh
swasta.
Tiada campurtangan kerajaan.
Pengeluaran barang
bergantung kepada mekanisme
harga dan ekonomic forces.
Pemilikan barangan
bergantung kpd kuasa beli
individu.

Sistem Ekonomi campuran.

Menggabungkan elemen kedua-dua sistem ekonomi
perancangan pusat dan pasaran.
Penglibatan pihak swasta dan kerajaan dalam membuat
keputusan.
Swasta diperlukan krn. Mempunyai tahap kreativiti dan
inovasi yang tinggi.
Kerajaan memastikan kesaksamaan dan tidak berlaku
penindasan

KEGAGALAN KERAJAAN
Weimer (1999) mengklasifikasikan kegagalan kerajaan disebabkan oleh;



Kegagalan
Kerajaan
Demokrasi secara langsung
Kerajaan Berperwakilan
Bantuan Birokrasi
Sistem Decentralised
a. Demokrasi secara langsung.


Demokrasi langsung membawa kepada penindasan oleh golongan
majoriti dengan mengenakan kos kepada golongan minoriti
Ketidak puasan pihak minoriti mungkin tidak dihiraukan oleh pihak
majoriti yang terpilih melalui pengundian.
Bentuk kerajaan yang bersifat monarki/tradisional dan dipegang oleh
golongan elit memberi ruang yang sedikit kepada rakyat untuk buat
pilihan.
Pengundian merupakan mekanisme penting untuk gabungkan pilihan-
pilihan individu untuk menjadi pilihan sosial.
Penggunaan petisyen kepada kerajaan bagi menyatakan ketidak
puasan hati dan sebagainya.
b. Kerajaan Berperwakilan.
Rakyat memilih wakil untuk berada dilegislatif dan eksekutif.

Amalan kerajaan berpewakilan menitikberatkan kepentingan pengundi.
Oleh itu wujudnya dilema untuk memilih antara tindakan-tindakan yang
akan meningkatkan pandangan mereka terhadap masyarakat keseluruhan
dengan tindakan yang spesfik kepada pengundi.

Cth. Pembinaan incenerator.

Kesukaran meramal dan menilai tangkah laku sikap wakil yang dipilih.
Setiap perwakilan mempunyai kepentingan peribadi, kekalkan status
dan prestige dgn.lakukan usaha-usaha yang boleh kekalkan jawatan.




c. Bantuan Birokrasi
Wujud situasi principle-agent iaitu mencerminkan hubungan majikan
(stakeholders) dan ejen yang terdiri daripada kakitangan.
Terdapat perbezaan kepentingan antara pihak majikan dan kakitangan-
Kos yg.banyak untuk memantau kakitangan.
Mewujudkan kerugian agensi-kesukaran untuk menilai output awam dan
prestasi kakitangan, tiada persaingan antara agensi disebabkan kuasa
monopoli yang dimiliki dan ia mengakibatkan ketidakcekapan dan
kesukaran untuk mengubah sistem perkhidmatan awam.

d. Sistem decentralised

Menghadkan kecekapan dan keberkesanan dalam melaksanakan dasar
Kerajaan.
Melibatkan keperluan kepada pelaksanaan antara organisasi

Dalam setengah keadaan kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa untuk
memaksa pihak tempatan untuk lakukan sesuatu kerana ianya bergantung
kepada pihak tempatan untuk mencorakkan pelaksanaan dasar tersebut
LANGKAH KERAJAAN MEMBETULKAN
KEGAGALAN PASARAN
Membebas, membantu
&menilai pasaran
Keberkesanan cukai
dan subsidi
Mengenakan peraturan
Penawaran barangan melalui
mekanisme bukan pasaran
Menyediakan insuran
dan sandaran
a. Membebas, membantu dan meniru pasaran.

Pembebasan pasaran dgn. cara melonggarkan peraturan yang ketat
dan memperkenalkan konsep deregulation.

Membantu pasaran dengan mewujudkan peraturan hak cipta bagi
barangan yang sedia ada dan galakkan peningkatan dlm.inovasi.

Meniru pasaran dengan mengadakan proses lelongan.

b. Keberkesanan cukai dan subsidi

Cukai dan subsidi untuk tingkatkan tarikan kepada inovasi dan pengagihan
semula untuk tingkatkan keberkesanan dasar.
Cth. Baucer yang diberikan kepada golongan yang berpendapatan
rendah. Food stamp program di USA

c. Mengenakan peraturan

Bertujuan untuk bentuk tingkah laku.

Penawaran barangan melalui mekanisme bukan pasaran.

Merupakan penawaran secara langsung oleh kerajaan dengan cara
pengeluaran kontrak sama ada berbentuk keuntungan atau bukan.


e. Menyediakan insuran dan sandaran

Bertujuan untuk kurangkan tanggungan individu dengan cara kumpulkan
wang untuk kegunaan bersama.
Cth. Insuran nyawa, kesihatan dan sebagainya.
Kerajaan bertindak untuk memberi subsidi terhadap insurans spt. Insuran
kesihatan.
Penggunaan geran tunai spt.memberi bantuan tunai kepada mereka yang
memerlukannya.
Peraturan mengenai harga maksimum (price ceiling) bagi barangan
terkawal atau menghadkan jumlah kuantiti yang dibenarkan apabila
barangan dalam pasaran.
KESIMPULAN
Sistem ekonomi yang diamalkan bergantung kepada
ideologi politik yang dipegang oleh sesebuah negara.

Pihak kerajaan juga mempunyai kelemahan untuk berfungsi
dengan baik akibat daripada ciri sistem politik yang diamalkan.

Namun adakalanya kerajaan perlu mencampuri urusan pasaran
ekoran daripada kegagalan yang dihadapi oleh pihak pasaran.

You might also like