You are on page 1of 14

BAB 7 SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA

a) Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen.



Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat:
Memahami ciri-ciri Demokrasi Berparlimen di Malaysia
Aras 1
Mentakrif Demokrasi Berparlimen.
Menyenaraikan ciri-ciri Demokrasi Berparlimen.
Menjelaskan konsep keluhuran perlembagaan.
Menyenaraikan kuasa Yang DiPertuan Agong.
Menyenaraikan badan-badan pemerintah dan fungsinya.
Menyatakan proses pilihanraya.
Menyatakan pihak yang ter libat dalam pilihanraya.
Menyenaraikan parti politik yang ditubuhkan sehingga tahun 1963.
Aras 2
Menjelaskan ciri-ciri Demokrasi Berparlimen.
Menjelaskan kepentingan perlembagaan.
Menjelaskan proses pindaan perlembagaan.
Membandingkan fungsi badan-badan pemerintah.
Menghuraikan proses pilihanraya.
Menggalurkan perkembangan parti politik di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah selepas
Perang Dunia Kedua sehingga tahun 1963
Aras 3
Menjelaskan kepentingan pindaan perlembagaan
Merasionalkan perlembagaan memperuntukkan perkara-perkara yang tidak boleh
dipersoalkan
Mewajarkan peranan rakyat dalam menentukan pemerintahan negara

Murid-murid juga akan dapat menghayati dan mengamalkan unsur dan tingkahlaku
patriotisme berikut:

Sistem demokrasi sebagai ideologi pemerintahan negara
Mendokong amalan demokrasi negara kita
Keluhuran Perlembagaan
Mempertahankan dan mendaulatkan Perlembagaan Negara
Kesetiaan kepada raja dan negara
Menghormati raja dan pemimpin negara
Kedaulatan undang-undang
Patuh kepada peraturan dan undang-undang
Kepimpinan melalui teladan
Bertanggungjawab dalam kepimpinan
Pilihan raya penting dalam sistem demokrasi
Menunaikan hak dan tanggungjawab





1. a. Terangkan ciri-ciri sistem pemerintahan yang mengamalkan demokrasi berparlimen.
(Rujuk BT m.s: 161)
Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara
Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat
Rakyat berpeluang membentuk kerajaan
Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya
Mereka berhak menyokong,mengekalkan atau menukar kerajaan yang sedia ada
melalui pilihan raya.
Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil.
Negara kita yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
mempunyai perlembagaan, raja berperlembagaan, parlimen, mengadakan
pilihanraya, terdapat kuasa pemerintahan, parti-parti politik dan kebebasan asasi
rakyatnya.

2. a. Apakah perlembagaan? (Rujuk BT m.s: 162)

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada
pembentukan sesebuah kerajaan.
Ia adalah dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip
sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir
negara.
Parti politik yang memerintah mendapat panduan hala tuju pentadbiran negara,
menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.


2. b. Terangkan perkara-perkara yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.
(Rujuk BT m.s: 163)
Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 perkara
Ia mengandungi peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri, Institusi Yang Di Pertuan Agong, Parlimen,Jemaah Menteri dan badan
kehakiman
Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
Negeri-negeri yang bergabung dalam persekutuan malaysia diberikan hak,kuasa
dan tanggungjawab seperti dalam perlembagaan negeri
Perlembagaan Malaysia telah memperuntukan Senarai Persekutuan,Senarai Negeri
dan Senarai Bersama.

2. c. Apakah makna keluhuran perlembagaan? (Rujuk BT m.s: 163)
Keagungan dan ketertinggian undang-undang atau pelembagaan itu sendiri
Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen,
Jemaah Menteri dan Mahkamah.
Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia
adalah tidak sah.
Perkara 75 menyatakan undang-undang negeri yang bertentangan dengan
Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya.
Mahkamah berkuasa membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa
Parlimen atau bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.
Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin
keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia.
2. d. Huraikan kepentingan perlembagaan kepada negara kita. (Rujuk BT m.s: 163-165)

Perlembagaan berperanan untuk menjamin kestabilan sesebuah negara dengan
menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya
Membantu dan menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan
pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan.
Sebagai panduan kepada pemimpin memerintah supaya pemerintahannya menepati
kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat
Menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara
Perkara 24 menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan
dilucutkan kewarganegarannya.
Perkara 25 menyatakan seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya
jika terbukti tidak setia kepada negara ini. Tujuannya supaya rakyat memberikan
sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa
Malaysia.
Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini. Setiap warganegara
mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragama dan memiliki
harta
Dalam Perkara 153, Yang di Pertuan Agong bertanggungjawab menjaga dan
memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera di
Sarawak dan Sabah. Hak istimewa dalam pemberian jawatan dalam perkhidmatan
awam, biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberian lesen perniagaan dan
perdagangan, tetapi tidak mengabaikan kaum-kaum yang lain.
Menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentingan bersama antara
Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri untuk diselaras tanpa sebarang
Perbalahan.
Pembahagian ini menjelaskan Perlembagaan Negeri pula tidak boleh bercanggah
dengan Perlembagaan Malaysia
Menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan
Sabah tidak dipersoalkan
Kerajaan persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan
dan kesihatan untuk membantu memesatkan pembangunan di negeri Sarawak dan
Sabah.

3. a. Mengapakah perlembagaan negara kita dipinda? (Rujuk BT m.s: 165)

Melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan melicinkan
urusan pentadbiran negara.
Supaya sentiasa relevan dan sesuai dengan keperluan semasa.
Menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan
kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.
Melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka, antaranya pemerintahan
beraja,agama Islam, kedudukan bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu.
Meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang mengehadkan seseorang individu
bercakap perkara sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum
Memelihara keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang
kaum dinegara kita
Pemansuhan imuniti bagi Yang di Pertuan Agong dan raja yang memerintah negeri
daripada kesalahan jenayah.

3. b. Terangkan kaedah-kaedah meminda perlembagaan dan perkara-perkara yang telah
dipinda berdasarkan kaedah-kaedah tersebut. (Rujuk BT m.s: 166)
KAEDAH PERTAMA
Persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen dan persetujuan
Majlis Raja-raja.
PERKARA DIPINDA
Tugas dan kuasa Majlis Raja-raja Melayu.
Kewarganegaraan.
Keutaman Yang di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong,Raja-raja dan Yang
Dipertuan Negeri.
Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
Perubahan sempadan negeri.

KAEDAH KEDUA
Persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen dan kelulusan Yang
Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah.
PERKARA DIPINDA
Keanggotaan dan bidang kuasa mahkamah Tinggi di Sarawak dan Sabah.
Hak dan kuasa kepada kerajaan negeri tentang kuasa menahan kemasukan orang
yang bukan dari Sarawak dan Sabah.
Perkara perundangan dan pemerintahan kuasa negeri, agama, bahasa dan hak
istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah.

KAEDAH KETIGA
Persetujuan lebih suara dua pertiga Dewan parlimen.
PERKARA DIPINDA
Perkara yang tidak disebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan.

KAEDAH KEEMPAT
Persetujuan lebih suara Dewan Parlimen
PERKARA DIPINDA
Pindaan Jadual 2, 6 dan 7, Bahagian III tentang kewarganegaraan, bentuk sumpah,
ikrar, pemilihan dan persaraan ahli Dewan Negara serta persempadanan kawasan
pilihan raya.
Pindaan Perkara 74 membolehkan Parlimen meminda atau membuat undang-
undang mengenai perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan dan Senarai
Bersama
Hal yang sama boleh dilakukan oleh Dewan Undangan negeri mengenai perkara
berhubung Senarai Negeri atau Senarai Bersama yang diperuntukan oleh
Perlembagaan.
Dalam Perkara 76 Parlimen boleh membuat undang-undang dalam Senarai Negeri
yang melibatkan perlaksanaan persetiaan, perjanjian atau konvonsyen antara
persekutuan dengan mana-mana negara lain.

4. a. Apakah Raja Berperlembagaan? (Rujuk BT m.s: 167)
Sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.
Yang di-Pertuan Agongbertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat
Perdana Menteri.
Baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam hal tertentu yang
memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan.

4. b. Bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong dipilih? (Rujuk BT m.s: 167)

Yang di Pertuan Agong dipilih daripada sembilan buah Negeri Melayu secara
bergilir-gilir selama lima tahun.
Pemilihan Yang di Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam
perlembagaan Malaysia.
Pemilihan Yang di Pertuan Agong dibuat oleh Majlis Raja-raja Melayu.

4. c. Apakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut perlembagaan Malaysia?
(Rujuk BT m.s: 168)
Mengetuai tiga badan kerajaan iaitu badan perundangan,badan kehakiman dan
badan pelaksana.
Berkuasa memanggil persidangan aprlimen dan membubarkan parlimen.
Merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata.
Berkuasa mengampun atau menangguh sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang
dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.
Bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak orang Melayu
Boleh menitah Majlis Raja-Raja Melayu mesyuarat bagi membincangkan
keistimewaan,kedudukan dan kehormatan serta kemuliaan Raja-Raja Melayu.
Ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah
Persekutuan,Sarawak dan Sabah.
Mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri.
Berkuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dn Timbalan Menteri
setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.
Boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah undang-undang X jika
mendapati keselamatan negara terancam.
Berkuasa melantik Pengerusi dan suruhanjaya Pilihan Raya,ahli Perkhidmatan
Awam.
Bertanggungjawab melantik Peguam negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi
Persekutuan.
Mempunyai kuasa mentauliah duta-duta negara kita.

5. Apakah konsep pengasingan kuasa? (Rujuk BT m.s: 171)

Konsep pengasingan kuasa ini adalah kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga
cabang iaitu badan perundangan,badan pelaksana dan badan kehakiman.
Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk
mengelakkan pembolotan kuasa.

6. a. Apakah perundangan? (Rujuk BT m.s: 172)
Perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan
perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan.
Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-
undang di negara kita.

6. b. Terangkan fungsi badan perundangan (Legislatif). (Rujuk BT m.s: 172)
Fungsi badan perundangan adalah mengubal undang-undang bagi menjamin
keadilan dan kesejahteaan rakyat.

6. c. Jelaskan fungsi dan keahlian Dewan Negara. (Rujuk BT m.s: 172)
Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan
negara kita.
Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli iaitu 26 orang ahli dipilh daripada 13
buah negeri,dua orang dipilih Yang diPertuan Agong mewakili Wilayah Kuala
Lumpur.seorang dipilh mewakili Wilayah Persekutuan Labuan,manakala 40 lagi
dilantik oleh Yang diPertuan Agong yang terdiri daripada individu yang cemerlang
dan berjasa kepada negara.
Ahli Dewan Negara digelar senator ini mewakili setiap negeri dan mereka dilantik
tanpa melalui pilihan raya.
Seseorang Senator memegang jawatan selama tiga tahun.
Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun.
Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen dan mereka boleh dilantik menjadi ahli
jemaah menteri.

6. d. Jelaskan fungsi dan keahlian Dewan Rakyat. (Rujuk BT m.s: 172 )
Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat
melalui pilihan raya umum.
Dewan rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan
raya diseluruh negara.
Tempoh jawatan ahli Dewan Rakyat adalah lima tahun.
Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang
pada peringkat Dewan Rakyat.

6. e. Jelaskan proses meluluskan udang-undang di Parlimen. (Rujuk BT m.s: 173)

Dicadangkan oleh Kementerian yang terlibat.
Penggubalan rang undang-undang oleh Peguam Negara.
Pembacaan pertama di Dewan Rakyat iaitu pembacaan tajuk rang undang-undang
sahaja.
Pembacaan Kedua di Dewan Rakyat dan rang undang-undang ini dibahaskan.
Perbincangan secara terperinci rang undang-undang pada peringkat jawatankuasa
di Dewan Rakyat.
Pembacaan Ketiga di Dewan Rakyat dengan mengadakan perbahasan sebelum
diluluskan untuk dikemukakan kepada Dewan Negara.
Penbentangan di Dewan Negara juga melalui proses yang sama dengan Dewan
Rakyat.
Penyerahan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara kepada
DYMM Yang di Pertan Agong untuk diperkenankan dan diturunkan cop mohor
Negara.
Pewartaan undang-undang dalam warta kerajaan untuk dikuatkuasakan.

7. a. Apakah badan pelaksana (Eksekutif)? (Rujuk BT m.s: 173)

Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan.
Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara.
Tugas Jemaah Menteri atau kabinet adalah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam
semua perkara.


7. b. Jelaskan perjalanan kementerian sebagai badan pelaksana.
(Rujuk BT m.s: 173-174)
Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sesebuah atau
beberapa kementerian.
Setiap kemeterian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan.
Merancang program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita.
Menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita.
Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan
Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.
Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali
sebagai Menteri Tak Berpotrfolio.
Kementerian ini diberikan tugas-tugas khas oleh Perdana Menteri.

8. a. Apakah fungsi badan kehakiman (Judisiari)? (Rujuk BT m.s: 174)

Badan kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil
dan jenayah, perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan
afidavit, perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan.
Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh
badan perundangan dan pihak badan pelaksana.
Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan
Perlembagaan Negeri.
Mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan
tugas kehakiman di negara ini.
Mahkamah mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutaun atau
kerajaan Negeri.
Mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah disisi
undang-undang.
Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan
kuasa badan perundangan atau parlimen.

8. b. Terangkan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh mahkamah di negara kita.
(Rujuk BT m.s: 175)
Mahkamah mempunyai kuasa mentafsikan perlembagaan negara, mentafsirkan
undang-undang,mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan persekutuan
atau Kerajaan Negeri dan mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan
kerajaan tidak sah di sisi undang-undang.
Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan
kuasa badan perundangan atau parlimen.

8. c. Jelaskan perlantikan dan peranan hakim di negara kita. (Rujuk BT m.s: 176)
Semua hakim dilantik oleh Yang di Pertuan Agong dgn nasihat Perdana Menteri.
Urusan perlantikan,kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah
kuasa Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.
Seseorang hakim tidak boleh dipecat dengan sewenangnya tanpa sebarang sebab
yang munasabah.
Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik.
Tujuannya supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk menjamin
keadilan dan kesaksamaan undang-undang.

9. a. Apakah pilihanraya? (Rujuk BT m.s: 177)
Proses memilih wakil rakyat untuk memerintah samada di peringkat negeri atau di
peringkat persekutuan.
Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan
teratur.

9. b. Bagaimanakah pilihan raya dikendalikan di negara kita?
(Rujuk BT m.s: 177-180)
Pilihan raya dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
Proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri
atau persekutuan.
Pemilihan dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan
teratur.
Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan.
Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang melalui sistem majoriti mudah
Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen
Suruhanjaya pilihan raya adalah badan bebas tanpa tekanan dari pihak pemerintah
atau pembangkang.
Keanggotaan SPR dilantik oleh Yang di Pertuan Agong.
SPR bertindak menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya,menjalankan
pendaftaran dan mengendalikan pilihan raya.
Pilihan raya umum diadakan 5 tahun sekali.
Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli dewan rakyat dan ahli Dewan
Undangan negeri serentak di seluruh negara.
Pilihan raya umum di sabah dan Sarawak diadakan secara berasingan
Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana
kawasan parlimen atau Dewan Undangan Negeri disebabkan kematian,perletakan
jawatan dan perlucutan jawatan.
Selepas kekosongan itu, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari
bagi semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak.
Calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen
Tempoh berkempen adalah antara 7 hingga 15 hari sahaja

9. c. Jelaskan proses pilihan raya di Malaysia. (Rujuk BT m.s: 178)
Pembubaran Parlimen oleh Yang di Pertuan Agong.
Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
Penamaan calon-calon yang bertanding.
Penyediaan manifesto oleh parti-parti yang bertanding.
Pelancaran kempen pilihan raya.
Pengumuman tempat pengundian dan temapat pengiraan undi oleh SPR.
Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih
kepada pengundi di tempat mengundi.
Pembuangan undi di mana pengundi akan memangkah calon pilihan raya pada
kertas undi dan memasukkan ke dalam peti undi.
Pengiraan undi calon yang bertanding.
Pengumuman keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan Raya.

9. d. Apakah tujuan pilihan raya diadakan? (Rujuk BT m.s: 177-178)
Membentuk kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan.
Memilih ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.
9. e. Apakah syarat-syarat menjadi calon dalam pilihan raya? (Rujuk BT m.s: 179)
Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah w/n Malaysia.
Berumur 21 tahun.
Bermastautin di Malaysia.
Sempurna akal.
Bukan orang muflis.
Tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam.
Tidak sabit kesalahan oleh mahkamah.
Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau ahli
Dewan Undangan Negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan
atau pada tidak kurang daripada RM2000 dan belum mendapat pengampunan.
Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau atas
nama individu sebagai calon bebas.

9. f. Apakah syarat-syarat menjadi pengundi dalam pilihan raya? (Rujuk BT m.s: 179)
Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan
dalam senarai daftar pemilih.
Warganegara yang berumur 21 tahun dan keatas.
Bermastautin atau tidak bermastautin.
Tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan
Negeri boleh mengundi dalam pilihan raya tersebut.
Seseseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sesebuah kawasan pilhan raya
sahaja.
Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan,pelajar diluar negara
dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan s
syarat nama mereka didaftarkan sebagai pengundi.

10. Senaraikan Parti-parti politik yang terdapat di Malaysia sehingga tahun 1963.
(Rujuk BT m.s: 181-184)
Malayan Democratic Union
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO )
Malayan Indian Congressti
AMCJA
Hizbul Muslimin
Malayan Chinese Association
IMP
Parti Islam Se Tanah Melayu
Parti Buruh Se Melayu
Parti Negara
PKMS
SUPP
SNAP
BARJASA
PESAKA
PCS
PANAS
UNKO
USNO
PASOK MOMOGUN
SCA
b) Kerajaan Persekutuan.
i) Kerajaan Pusat.
ii) Kerajaan Negeri

Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat:
Memahami bidang kuasa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri
Aras 1
Menyatakan kerajaan persekutuan.
Menyatakan senarai kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
Menyatakan bidang kuasa senarai bersama.
Aras 2
Menghuraikan bidang kuasa kerajaan pusat, kerajaan negeri dan senarai bersama.
Aras 3
Menghuraikan kepentingan kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri bagi mewujudkan sebuah
kerajaan persekutuan yang kukuh.
Merasionalkan kepentingan pembahagian kuasa.

Murid-murid juga akan dapat menghayati dan mengamalkan unsur dan tingkahlaku
patriotisme berikut:

Persefahaman dalam kerajaan Persekutuan menjamin kesejahteraan negara
Mengamalkan sikap bermuafakat.
Kekayaan negara dinikmati bersama.

11. a. Apakah maksud negara persekutuan? (Rujuk BT m.s: 184)
Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah
kerajaan Persekutuan serta beberapa buah kerajaan negeri.
Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukan
dalam Perlembagaan Malaysia.
Contoh negara persekutuan adalah negara Malaysia.

11. b. Nyatakan bidang kuasa persekutuan seperti yang terkandung dalam Senarai
Persekutuan. (Rujuk BT m.s: 185)
Hal ehwal luar negeri
Keselamatan dalam negeri
Kerakyatan negara
Kewangan
Perkapalan, Pelayaran dan Pengangkutan
Pertahanan
Pentdbiran dan keadilan
Pilihan Raya
Perniagaan, Perdagangan dan Perusahaan
Jabatan ukur dan penyelidikan
Kerja raya dan tenaga pusat
Pelajaran
Kesihatan
Keselamatan buruh dan sosial
Orang Asli


11. c. Nyatakan bidang kuasa kerajaan negeri seperti yang terkandung dalam Senarai
Negeri. (Rujuk BT m.s: 185)
Undang-undang Islam
Pertanian dan Perhutanan
Perkhidmatan tempatan
Hari Cuti Negeri
Tanah
Kerajaan Tempatan
Kerajaan Negeri
Undang-Undang Negeri

11. d. Nyatakan bidang kuasa persekutuan dan negeri seperti yang terkandung dalam
Senarai Bersama. (Rujuk BT m.s: 185)
Kebajikan Sosial
Taman Negara
Penjagaan haiwan
Parit dan tali air
Hiburan awam
Biasiswa
Perancangan bandar dan wilayah
Kesihatan dan kebersihan awam
Pemulihan
Perhubungan

11. e. Nyatakan kuasa Kerajaan Persekutuan dalam pentadbiran negara.
(Rujuk BT m.s: 186)
Perlembagaan Persekutuan memberikan peruntukan yg luas kpd Kerajaan
Persekutuan berhubung dengan pentadbiran negara.
Bidang pentadbiran negara meliputi semua aspek perkhidmatan seperti
perkhidmatan ekonomi, sosial, keselamatan dan pendidikan.
Badan pelaksana mempunyai tugas untuk menjalankan kuasa-kuasa eksekutif
mengikut perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan,kuasa eksekutif bagi kerajaan persekutuan
terletak pada Yang di Pertuan Agong.
Kabinet atau Jemaah Menteri ialah badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang
dipegang oleh Yang di Pertuan Agong.
Jemaah Menteri ini diketuai oleh Perdana Menteri drp kalangan ahli D. Rakyat.

11. f. Nyatakan kuasa Kerajaan Negeri dalam pentadbiran negara. ? (Rujuk BT m.s: 187)
Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa eksekutif kepada setiap negeri.
Kuasa eksekutif itu terletak pada raja atau sultan atau Yang Dipertua Negeri.
Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri
drp kalangan ahli DUN yg mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan.
Urusan pentadbiran peringkat negeri pula terletak pada perlembagaan negeri
sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di semenanjung Malaysia, Majlis
Teringgi di Sarawak dan Kabinet di Sabah mengandungi sebilangan ahli DUN
serta tiga orang pegawai kerajaan iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai
Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri yang berperanan
menjalankan dasar pentadbiran negara pada peringkat negeri.
c) Lambang-lambang negara.

Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat:
Memahami kepentingan memartabatkan lambang-lambang negara
Aras 1
Menyenaraikan lambang-lambang negara.
Menyatakan makna yang terdapat pada lambang-lambang negara.
Aras 2
Mentafsir lirik lagu kebangsaan.
Menghuraikan fungsi lambang-lambang negara.
Aras 3
Mengaplikasikan cara-cara menghormati lambang-lambang negara.
Menganalisis peranan lambanglambang negara ke arah pengukuhan jati diri bangsa Malaysia.

Murid-murid juga akan dapat menghayati dan mengamalkan unsur dan tingkahlaku
patriotisme berikut:

Lambang negara simbol kedaulatan
Menghormati dan menghayati lambang-lambang negara
Memartabatkan lambang-lambang negara Jati diri bangsa kita
Bersikap jati diri

12. Apakah kepentingan lambang-lambang negara diwujudkan? (Rujuk BT m.s: 187)
Kepentingan lambang-lambang negara adalah supaya rakyat dapat menunjukkan
kesetiaan, kesanggupan untuk berkorban dan kecintaan terhadap tanah air.



13. a. Apakah Jata Negara? (Rujuk BT m.s: 187)
Setiap negara mempunyai Jata negara.
Jata Negara Malaysia menjadi lambang kemegahan penduduk negara ini.



13. b. Terangkan maksud yang terdapat dalam Jata Negara kita. (Rujuk BT m.s: 188)
Empat jalur berlainan ditengah-tengah perisai merujuk kepada negeri Perak,
Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu
Warna hitam dan putih melambangkan negeri Pahang. Warna merah dan kuning
melambangkan negeri selangor.Warna hitam,putih dan kuning melambangkan
negeri Perak. Warna merah, hitam dan kuning melambangkan Negeri Sembilan
Lima bilah keris pada perisai melambangkan negeri Perlis, Kedah, Kelantan,
Terengganu dan Johor yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu
Tidak Bersekutu.
Di bahagian kiri perisai terdapat sebatang pokok pinang yang mewakili negeri
Pulau Pinang.
Di atas perisai terdapat bulan sabit berwarna kuning yang bermaksud agama Islam
sebagai agama rasmi Malaysia.
Bintang pecah empat belas melambangkan gabungan empat belas negeri dalam
Persekutuan Malaysia.
Di bahagian kanan perisai pula terdapat pokok Melaka yang melambangkan negeri
Melaka.
Negeri Sarawak dan Sabah dilambangkan dengan jata negeri tersebut.
Di antara negeri Sarawak dan Sabah terdapat sekuntum bunga raya yang
melambangkan bunga kebangsaan negara kita.
Dua ekor harimau yang menyokong perisai itu bermaksud keberanian
Di bawah perisai itu pula terdapat cogan kata iaituBersekutu Bertambah Mutu
yang bermaksud semangat permuafakatan akan mengeratkan lagi perpaduan antara
negeri di Malaysia.

14. a. Terangkan bagaimana bendera kebangsaan negara kita direka bentuk.
(Rujuk BT m.s: 189-190)
Pada tahun 1949, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk membuat perakuan
reka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu.
MPP mengadakan pertandingan peringkat kebangsaan bagi memilih bendera
Persekutuan Tanah Melayu yang baru.
Seramai 373 orang pereka bentuk mengambil bahagian dan tiga reka bentuk dipilh
ke peringkat akhir.
MPP dan akhbar The Malay Mail menjemput orang ramai memberikan pendapat
tentang reka bentuk bendera tersebut.
Pada 28 November 1949,akhbar The Malay Mail menyiarkan keputusan majoriti
orang ramai.
Reka bentuk ciptaan Encik Mohamad Hamzah arkitek kerajaan di Johor terpilih
Pada 22 dan 23 Februari 1950,beberapa pindaan teleh dibuat terhadap reka bentuk
bendera tersebut sebelum diluluskan oleh MPP pada 19 April 1950.
Pada 19 Mei 1950,King George VI telah memperkenankan reka bentuk bendera
Persekutuan Tanah Melayu.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar buat kali pertama pada 26 Mei 1950
di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja
Melayu dan pegawai-pegawai King George V.

14. b. Terangkan maksud yang terdapat dalam reka bentuk bendera kita.
(Rujuk BT m.s: 189)
Merah melambangkan keberanian.
Putih melambangkan kesucian.
Empat belas jalur merah dan putih melambangkan gabungan negeri di Malaysia.
Bulan sabit berwarna kuning melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi.
Bintang pecah empat belas melambangkan gabungan empat belas buah negari
dalam persekutuan Malaysia.
Warna kuning melambangkan kedaulatan Raja-raja Melayu.
Warna biru melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara kita.


15. a. Terangkan bagaimana Lagu Kebangsaan kita dicipta. (Rujuk BT m.s: 191)
Sebelum merdeka lagu kebangsaan kita lagu kebangsaan British iaitu God Save the
Queen.
Lagu Kebangsaan negara kita dikenali dengan tajuk negaraku dicipta pada tahun
1957.
Pemilihan lagu dibuat oleh Tunku Abdul Rahman yang mengetuai sekumpulan
jemaah hakim di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur.
Pasukan Pancaragam Plois Diraja telah memperkenalkan empat buah lagu iaitu
lagu Terang Bulan,lagu kebangsaan negeri Perak dilipih kerana mempunyai unsur
kemelayuan.
Majlis Raja-raja Melayu telah memperkenankan keputusan jemaah hakim tersebut.
Lirik lagu kebangsaan ini telah digubah semula oleh Encik Saiful Bahri
berdasarkan lagu Terang Bulan.
Lirik lagu kebangsaan negara menggambarkan kesetiaan rakyat yang tidak
berbelah bagi kepada tanah air.

15. b. Apakah peranan Lagu Kebangsaan kita? (Rujuk BT m.s: 191)
Membangkitkan semangat patriotik dan cinta tanah air.
Rakyat Malaysia berbangga dengan lagu kebangsaan negara.
Menuntut supaya kita bersyukur, taat kepada raja dan sangguo berkorban demi
mempertahankan negara.












Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau
berikan hidyah, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari
sisiMu. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang melimpah-limpah
kurnianya. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkaulah
yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk
menerima pembalasan pada hari kiamat yang
tidak ada keraguan padanya. Sesunguhnya
Allah tidak memungkiri janji.
(Surah Ali Imran, ayat 8-9)






Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami
dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami
petunjuk yang lurus dalam urusan kami.
(Surah al-Khafi, ayat 10)

You might also like