You are on page 1of 16

BAB 9 : MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

12.1 Konflik Antarabangsa


a) Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua

Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat: memahami punca dan kesan Perang
Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.

Aras 1
Menyatakan negara yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.
Menandakan lokasi dalam peta kuasa besar yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama dan
Perang Dunia Kedua.
Menyatakan sebab meletusnya Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.
Menyenaraikan kesan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua
Menyatakan tujuan penubuhan Liga Bangsa
Aras 2
Membandingkan sebab Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.
Menghuraikan kesan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.
Menghuraikan sebab-sebab kegagalan Liga Bangsa.
Aras 3
Menghubungkaitkan kesan perang Dunia Pertama dengan tercetus Perang Dunia Kedua.
Menganalisis implikasi perang dunia terhadap keamanan dan kesejahteraan sejagat.

Murid-murid juga akan dapat menghayati dan mengamalkan unsur dan tingkahlaku
patriotisme berikut:

Persefahaman membawa keharmonian sejagat
Bersatu padu dan berharmoni
Kepatuhan kepada undang-undang membawa kesejahteraan
Menghormati kedaulatan negara-negara yang merdeka
Bersikap adil dan bertimbang rasa
Mematuhi peraturan dan undang-undang

1. a. Nyatakan faktor pencetus Perang Dunia Pertama yang berlaku pada tahun 1914 1918.
(Rujuk BT m.s: 229-231)
Faktor politik termasuklah kemunculan nasionalisme.
Kemunculan sistem pakatan negara-negara Eropah.
Kemunculan *Perikatan Kuasa Tengah dan *Pakatan Bertiga.
Faktor ekonomi melibatkan persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.
Negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan membentuk sebuah negara bangsa yang
lebih besar seperti Jerman dan Itali.
Kuasa-kuasa besar seperti Britain, Perancis, Austria-Hungary dan Rusia berusaha
mendapatkan tanah jajahan.
Kuasa-kuasa besar sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaan masing-masing.
Wujud persaingan sengit di kalangan kuasa Eropah akibat imperialisme baru.
Kuasa besar mula bersaing bagi menbentuk lingkungan pengaruh masing-masing.
Untuk mendapatkan bahan mentah dan memasarkan barangan siap mereka.
Persaingan antara Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga mengancam
perimbangan kuasa dunia yang wujud pada ketika itu.
Peristiwa pembunuhan Archduke Franz Ferdinand, pewaris takhta Austria-Hungary dan
isterinya.

1. b. Galurkan peristiwa Perang Dunia Pertama. (Rujuk BT m.s: 231)




1. c. Nyatakan kesan Perang Dunia Pertama yang berlaku pada tahun 1914 1918.
(Rujuk BT m.s: 231)
Telah menamatkan pemerintahan beraja di Eropah.
Persidangan Damai diadakan pada bulan Jun 1919.
Termeterainya Perjanjian Versailles.
Telah mengubah peta Eropah dan membentuk beberapa buah negara baru.
Membawa kepada pembentukan Liga Bangsa pada tahun 1919.
Negara-negara yang berperang mengalami inflasi.
Negara-negara yang berperang mengalami hutang yang tinggi.
Pakatan Bertiga telah membelanjakan US$ 125 billion manakala Perikatan Kuasa Tengah
US$60 billion.
Berlaku inflasi dan pengangguran.
Pasaran dunia mula diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun.
Britain kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya.
Kehilangan nyawa yang begitu ramai.

2. a. Nyatakan faktor pencetus Perang Dunia Kedua yang berlaku pada tahun 1939 1945
(Rujuk BT m.s: 231-233)
Kegagalan Perjanjian Versailles menyelesaikan masalah Perang Dunia Pertama.
Berlaku perubahan politik di Jerman,Soviet Union,Itali dan Jepun.
Berlaku kemelesetan ekonomi pada awal tahun 1930-an.
Perjanjian Versailles tlh menimbulkan rasa tdk puas hati dlm kalangan pemimpin dunia.
Jepun muncul sebagai sebuah kuasa ingin menguasai negara-negara di Timur.
Pada tahun 1929, kemelesetan ekonomi melanda Amerika Syarikat dan merebak ke
bahagian lain di dunia.
Amerika Syarikat tidak mampu lagi memberi pinjaman kepada Jerman untuk membayar
hutang peperangan.
Jerman dan Jepun berjaya mengukuhkan ketenteraannya dan menjlnkan perluasan kuasa.
Jerman telah menyerang Poland dari Barat manakala USSR serang dari Timur.
Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman.
Jepun melancarkan serangan mengejut thdp Pearl Harbour di Hawai pada 7 Dis 1941.

2. b. Nyatakan kesan Perang Dunia Kedua yang berlaku pada tahun 1939 1945.
(Rujuk BT m.s: 234)

Perang telah memecahbelahkan negara-negara di Eropah.
Meruntuhkan sistem imperialisme.
Membentuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Menubuhkan negara-negara baru yang merdeka.
Menyebabkan berlakunya Perang Dingin.
Negara Jerman terbahagi kepada dua iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur.
Keruntuhan sistem imperialisme Barat dan kemerdekaan satu demi satu tanah jajahan
daripada kuasa besar Eropah.
Amerika Syarikat telah memberikan kemerdekaan kepada Filipina.
Indonesia mencapai kemerdekaan daripada Belanda, Tanah Melayu daripada Britain.
Negara-negara baru perlu menangani masalah yang timbul daripada warisan ekonomi
penjajah serta terpaksa membangunkan ekonomi sendiri.
Peperangan menyebabkan jumlah korban nyawa yang tinggi.
Menimbulkan kesedaran tentang pentingnya kesejahteraan dan kedamaian dunia.
Membawa kepada pbtkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada bulan Oktober 1945.

b) Kemunculan Blok Dunia dan Perang Dingin (Kemunculan negara-negara Dunia Ketiga)

Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat: memahami sebab-sebab berlakunya
kemunculan Blok Dunia dan Perang Dingin.
Aras 1
Menyatakan maksud Blok Dunia
Menyatakan maksud Perang Dingin
Menyenaraikan sebab pembentukan Blok Dunia
Menyenaraikan negara-negara yang tergolong dalam Blok Dunia
Menyenaraikan sebab berlakunya Perang Dingin
Aras 2
Menghuraikan sebab berlaku Perang Dingin
Menghuraikan kesan Perang Dingin terhadap kemunculan negara dunia ketiga
Aras 3
Menghubungkaitkan kesan Perang Dingin terhadap rantau Asia Tenggara

Murid-murid juga akan dapat menghayati dan mengamalkan unsur dan tingkahlaku
patriotisme berikut:

Keamanan sejagat
Tolak ansur dalam menghadapi konflik

3. a. Apakah Blok Dunia? (Rujuk BT m.s: 234)
Merujuk kepada negara-negara yang sehaluan yang berusaha untuk bersatu dan bertindak
secara bersama bagi menjaga kepentingan ahli.
Blok ini tampil dalam pelbagai bentuk.
Berdasarkan aspek politik,ekonomi dan geografi.
Blok Dunia yang terbentuk semasa Perang Dingin berasaskan geopolitik.

3. b. Apakah Perang Dingin? (Rujuk BT m.s: 234)
Berlaku sejak tamatnya PD2 sehingga 1989 apabila sistem komunis Soviet Union hancur.
Berlaku disebabkan ideologi dan fahaman politik yang berbeza.
Merujuk kepada persaingan kuasa yang berlaku antara blok kapitalis yang diketuai
Amerika Syarikat dan blok komunis yang diketuai Soviet Union.
Tidak berlaku sebarang konflik bersenjata secara langsung.
Mereka berusaha menyebarkan pengaruh dan memajukan kepentingan masing-masing di
Eropah dan Asia.

3. c. Apakah sikap Negara-negara Dunia Ketiga terhadap Blok Dunia dan Perang Dingin ini?
(Rujuk BT m.s: 235)
Negara Dunia Ketiga bersekongkol dengan mana-mana daripada blok.
Negara Dunia Ketiga mengamalkan sikap berkecuali.

3. d. Bandingkan Blok Dunia ini dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
(Rujuk BT m.s: 235)
Aspek politik - Blok Kapitalis sistem politiknya demokratik manakala Blok Komunis
pula mengamalkan sistem pemerintahan diktator.
Di negara Blok Kapitalis pemilihan kerajaan melalui sistem pilihan raya manakala Blok
Komunis hanya parti komunis diiktiraf.
Aspek ekonomi - di negara Blok Kapitalis beri peluang perniagaan dan pemilikan
persendirian manakala Blok Komunis pula perniagaan dimiliki dan diuruskan oleh
kerajaan sahaja.
Aspek sosial - Blok Kapitalis amalkan kebebasan individu sepenuhnya manakala Blok
Komunis kebebasan individu dilindungi dan dikawal.

3. e. Nyatakan kesan Perang Dingin? (Rujuk BT m.s: 235)
Wujudnya pembentukan blok dunia.
Penubuhan NATO.
Wujud Pakatan Warsaw.
Penubuhan Perjanjian Asia Tenggara(SEATO).
Berlaku perlumbaan senjata.

12.2 Peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa.
a) Dasar Luar Malaysia.
i) Asas penggubalan.
ii) Kepentingan dasar luar Malaysia.
iii) Perkembangan dasar luar Malaysia.

Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat: memahami dasar luar Malaysia
Aras 1:
Menyatakan dasar luar Malaysia.
Menyatakan asas penggubalan dasar luar Malaysia.
Menyenaraikan kepentingan dasar luar Malaysia.
Menyatakan perkembangan dasar luar Malaysia.

Aras 2:
Menghuraikan asas-asas yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.
Membincangkan perkembangan dasar luar Malaysia selepas merdeka.

Aras 3:
Merasionalkan sebab perubahan dasar luar Malaysia dari pro-Barat kepada dasar berkecuali.
Menjelaskan kepentingan hubungan luar.

Murid-murid juga akan dapat menghayati dan mengamalkan unsur dan tingkahlaku
patriotisme berikut:

Malaysia menyinari pentas dunia
Bangga sebagai rakyat Malaysia.
Berkerjasama dalam mengekalkan keamanan dunia.

4. a. Nyatakan dasar luar Malaysia? (Rujuk BT m.s: 236)
Malaysia mempunyai dasar luarnya yang tersendiri.
Dasar luar Malaysia berbaik-baik dengan semua negara.

4. b. Nyatakan matlamat dasar luar Malaysia. (Rujuk BT m.s: 236)
Menjamin keselamatan rakyat dan negara.
Memelihara kepentingan nasional.
Mengekalkan kedaulatan negara.
Menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi.
Mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa.
Untuk menjadi warga global yang bertanggungjawab.
Peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.


4. c. Jelaskan bentuk hubungan luar Malaysia. (Rujuk BT m.s: 237)
Malaysia amalkan dua bentuk hubungan luar dengan negara lain.
Hubungan bilateral merujuk kepada hubungan secara terus dengan negara tertentu.
Contohnya: Malaysia mengutamakan hubungan dengan negara-negara jiran.
Selain itu hubungan luar juga diadakan dengan negara Asia lain, Amerika Latin, Afrika,
Asia Barat serta negara maju lain.
Hubungan multilateral merujuk kepada hubungan dalam bentuk kumpulan dan
pertubuhan.
Contoh: jadi ahli Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC), Komanwel dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)

4. d. Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.
(Rujuk BT m.s: 237)
Faktor sejarah
Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar
seperti China, Arab dan lain-lain.
Hubungan luar lebih berbentuk hubungan perdagangan.
Hubungan juga terjalin dengan Kepulauan Melayu seperti Indonesia, Singapura dan
Brunei.
Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia sertai Komanwel dan meneruskan hubungan
diplomatik dengan Britain serta anggota Komanwel lain.
Akibat ancaman Parti Komunis Malaya, Malaysia amalkan dasar luar pro-Barat dan anti-
komunis.
Faktor ekonomi
Malaysia mengamalkan pasaran bebas.
Menjalinkan hubungan baik dengan negara lain dalam usaha memajukan ekonominya.
Sejak zaman penjajahan British, Malaysia merupakan negara pengeluar bijih timah dan
getah.
Terjalin hubungan ekonomi antarabangsa dengan negara maju seperti Britain dan
Amerika Syarikat.
Selepas merdeka Malaysia masih mengharapkan pasaran dan modal dari negara
berkenaan.
Menggalakkan pelaburan asing agar dapat tingkatkan ekonomi Malaysia di samping
menyediakan peluang pekerjaan.
Mengamalkan dasar Pandang Ke Timur menggalakkan pelabur Jepun dan Korea Selatan.
Menjalinkan hubungan baik dengan negara sedang membangun dan Islam bagi
tingkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia.
Faktor politik
Malaysia amalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
Malaysia berhak tentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip
keamanan sejagat.
Malaysia menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain
Sokong Palestine bagi wujudkan keamanan di rantau Asia Barat.
Berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan piagam PBB.
Malaysia tegas dengan pendirian menyokong semua resolusi PBB.
Faktor geografi
Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara.
Bersempadan dengan hampir kebanyakan negara di rantau ini seperti Singapura,
Thailand, Indonesia dan lain-lain.
Perairannya menjadi laluan utama kapal-kapal dagang dunia.
Keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap
keselamatan Malaysia.
Faktor demografi
Malaysia telah jalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara Islam.
Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel kerana negara berkenaan
menceroboh dan menindas peribumi Palestine.
Rakyat Malaysia terdiri pelbagai kaum dan agama diberi kebebasan mengamalkannya.
Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan
Malaysia menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan.
Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan sehingga
undang-undang aparteid dihapuskan.
Faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat mempengaruhi penggubalan dasar luar
Malaysia.

4. e. Terangkan perkembangan dasar luar Malaysia pada tahap pertama.
(Rujuk BT m.s: 240)
Memperlihatkan dasar pro-Barat yang anti-komunis.
Mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan komanwel.
Dasar luar itu dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman disebabkan faktor politik,
ekonomi dan sosial.
Faktor politik merujuk ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara serta Parti
Komunis Malaya.
Bagi menyekat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia menandatangani Perjanjian
Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) pada tahun 1956.
Dasar berbaik-baik dengan negara jiran kerana timbul krisis dengan negara jiran selepas
Malaysia mencapai kemerdekaan.
Pada tahun 1963-1965, tercetus peristiwa konfrantasi Indonesia.
Pada tahun 1963-1965, terputus hubungan dengan Filipina.
Pada tahun 1965, Singapura keluar daripada Malaysia.
Usaha untuk memelihara hubungan dengan negara jiran dilakukan melalui beberapa
perjanjian.
Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia
Tenggara(ASA) pada tahun 1961 bersama Thailand dan Filipina.
Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam
menjaga kepentingan ekonominya.
Hal ini kerana Malaysia merupakan anggota Blok Sterling yang menggunakan nilai mata
wang paun sterling.
Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya bijih timah dan getah
yang mengharapkan permintaan daripada Barat.
Pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama
sektor perladangan dan perindustrian.
Malaysia mengamalkan pasaran bebas dengan mula membina rangkaian perdagangan
dengan negara lain seperti AS, Singapura, Jepun dll bagi mengurangkan pergantungan
kepada Britain serta mencari pasaran baru.

4. f. Terangkan perkembangan dasar luar Malaysia pada tahap kedua. (Rujuk BT m.s: 241)

Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan
berbaik-baik dengan semua negara.
Perubahan dasar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan
kurangnya pengaruh Britain di Timur.
Selain itu disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua
kuasa besar iaitu AS dan China.
Untuk mencapai matlamat dasar luar Malaysia,beberapa usaha dilakukan seperti
isytiharkan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali(ZOPFAN).
Menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China,
Jerman Timur, Korea Utara dll.

4. g. Terangkan perkembangan dasar luar Malaysia pada tahap ketiga.
(Rujuk BT m.s: 241-242)
Malaysia telah mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi memberi penekanan kepada
kepentingan ekonomi.
Kepentingan adalah berkaitan dengan isu-isu perdagangan,pelaburan dan pembangunan
dalam kalangan negara membangun.
Untuk itu Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan ASEAN dengan
menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea.
Selain itu Dasar Pandang ke Timur diperkenalkan pada tahun 1982 dengan Jepun dan
Korea Selatan sebagai model membangunkan Malaysia.
Malaysia juga mempertingkatkan hubungan dua hala dgn negara lain melalui lawatan
yang dilakukan oleh PM (Dr.Mahathir Muhammad) ke negara AfrikaAmerika Selatan dll.
Dalam setiap lawatannya, misi perdagangan turut serta dan diadakan perjanjian
perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua pihak.

b) Malaysia dalam pertubuhan antrabangsa.
i) Komanwel.
ii) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
iii) Pertubuhan Negara-negara Berkecuali.
iv) Negara-negara Selatan.
v) Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat: memahami peranan dan sumbangan
Malaysia di peringkat antarabangsa.
Aras 1:
Menyatakan maksud pertubuhan antarabangsa.
Menyatakan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan matlamatnya.
Menyenaraikan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang dianggotai Malaysia.
Menyatakan peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa.
Menyenaraikan tokoh-tokoh Malaysia yang menyinari pentas dunia.

Aras 2:
Menghuraikan peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa.
Menjelaskan faedah yang diperoleh Malaysia sebagai ahli pertubuhan antarabangsa.

Aras 3:
Membuktikan keberkesanan peranan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Murid-murid juga akan dapat menghayati dan mengamalkan unsur dan tingkahlaku
patriotisme berikut:

Malaysia negara kita
Bersefahaman dan bermuafakat.
Tabah menghadapi cabaran
Semangat kejiranan

Keprihatinan Malaysia ke arah kesejahteraan sejagat
Peka terhadap isu-isu antarabangsa

5. a. Apakah Komanwel? (Rujuk BT m.s: 243)
Telah dibentuk pada tahun 1931.
Anggotanya terdiri daripada negara bekas tanah jajahan Britain yang telah merdeka iaitu
54 buah negara maju dan negara sedang membangun.
Sekretariat Komanwel telah ditubuhkan pada tahun 1965 dan beribu pejabat di London.

5. b. Terangkan matlamat penubuhan Komanwel. (Rujuk BT m.s: 241)
Membina semangat setia kawan di kalangan negara anggota.
Mewujudkan kerjasama dalam segala bidang.

5. c. Terangkan faedah yang diperolehi oleh Malaysia sebagai anggota Komanwel.
(Rujuk BT m.s: 244)
Mendapat kerjasama pertahanan.
Perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia dan New Zealand;
Malaysia akan dibantu sekiranya diserang semasa konfrantasi dengan Indonesia.
Malaysia menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel(CHOGM).
Dari segi perdagangan;eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel terutamanya
Britain, dikenakan cukai yang rendah.
Melalui Rancangan Colombo telah menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam
bidang pendidikan.
Dalam bidang sukan, Malaysia berjaya menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun
1998.

5. d. Terangkan sumbangan Malaysia kepada Komanwel. (Rujuk BT m.s: 244)
Menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel(CHOGM).
Mesyuarat CHOGM di Malaysia pada tahun 1989 telah isytiharkan Deklarasi Langkawi.
Malaysia lantang bersuara menentang dasar aparteid di Afrika Selatan.

6. a. Apakah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)? (Rujuk BT m.s: 245)
Ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1945 selepas perang Dunia Kedua apabila Liga
Bangsa dibubarkan.
Ibu pejabat asalnya di San Francisco ttp pada tahun 1946 telah berpindah ke New York.
Pada awal penubuhannya, PBB dianggotai oleh 51 buah negara sahaja tetapi pada tahun
2002 meningkat kepada 189 buah negara.

6. b. Terangkan matlamat penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
(Rujuk BT m.s: 245-246)
Menjamin keamanan dan keselamatan dunia.
Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota.
Bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa.
Melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa,agama dan warna kulit.
Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota.

6. c. Terangkan faedah yang diperolehi oleh Malaysia sebagai anggota Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu. (Rujuk BT m.s: 246)
Malaysia menerima faedah dari segi kemasukan pelabur-pelabur asing.
Diharapkan dapat membasmi kemiskinan luar bandar.
Dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.
Menjayakan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA).
Membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan.


6. d. Terangkan sumbangan Malaysia kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
(Rujuk BT m.s: 246-248)
Menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang
saudara di Congo.
Pada tahun 1989,mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu negara
itu mencapai kemerdekaan.
Pada tahun 1990-an,Malaysia menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan
Kampuchea.
Malaysia turut menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.
Malaysia lantang bersuara di PBB menentang dasar aparteid di Afrika Selatan.
Malaysia juga menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang
diletakkan di bawah hak milik semua negara.
Malaysia juga mengambil pendirian teguh terhadap usaha-usaha memerangi gejala
penyalahgunaan dadah.
Usul Malaysia supaya diadakan satu persidangan antarabangsa mengenai dadah telah
berjaya diadakan di Vienna(Austria) pada bulan Jun 1987.
Malaysia turut menyumbang kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan di bawah
agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian(FAO).
Memberi kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan di bawah Pertubuhan
Kesihatan Dunia(WHO).
Memberi kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan
Pendidikan,saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu(UNESCO).
Pernah menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965,1989 dan 1999.
Pernah menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB.
Menjadi wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik politik negara Myanmar.
Mendesak PBB menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestine.
Menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestine di Kuala Lumpur.

7. a. Apakah Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)? (Rujuk BT m.s: 249)
Ditubuhkan pada September 1961 semasa kemuncak Perang Dingin.
Ahlinya merupakan negara-negara membangun di Asia,Afrika dan Amerika Selatan.
Anggotanya terdiri daripada 113 buah negara,manakala 16 buah negara sebagai
pemerhati dan 28 buah negara tetamu jemputan


7. b. Terangkan matlamat penubuhan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.
(Rujuk BT m.s: 249)
Untuk mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok Barat atau blok Komunis.
Prinsip perjuangan NAM adalah mengelakkan campurtangan asing dalam hal ehwal
sesebuah negara,
Menghormati kedaulatan sesebuah negara,
Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan
persefahaman.
Menghormati hak asasi manusia.

7. c. Terangkan faedah yang diperolehi oleh Malaysia sebagai anggota Pergerakan
Negara-Negara Berkecuali. (Rujuk BT m.s: 249)
Diberi penghormatan sebagai Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di
Belgrade,Yugoslavia.
Telah dilantik sebagai ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama politik
negara anggota.

7. d. Terangkan sumbangan Malaysia kepada Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.
(Rujuk BT m.s: 250)
Membuat usul bagi membela kepentingan negara-negara sedang membangun.
Mengemukakan cadangan bagi menghapuskan dasar aparteid di Afrika
Selatan.
Menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak NAM yang ke-13 pada tahun 2003.
Menjadi Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di Belgrade,Yugoslavia.
Malaysia berjaya mendaftar dua negara anggota baru iaitu Timur Leste dan Pulau
Catalina.

8. a. Apakah Negara-Negara Selatan? (Rujuk BT m.s: 250)
Juga dikenali sebagai negara-negara Dunia Ketiga.
Mempunyai banyak persamaan dari segi latar belakang ekonominya dan pernah dijajah
oleh kuasa Barat.
Masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah.
Tidak mempunyai kepakaran dan modal untuk memproses bahan mentah menjadi
barangan siap.

8. b. Terangkan matlamat penubuhan Negara-Negara Selatan. (Rujuk BT m.s: 250-251)
Untuk mengatasi harga eksport bahan-bahan mentah.
Untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal di kalangan negara anggota tanpa
bergantung kepada negara-negara maju.


8. c. Terangkan faedah yang diperolehi oleh Malaysia sebagai anggota Negara-Negara Selatan.
(Rujuk BT m/s 351)


8. d. Terangkan sumbangan Malaysia kepada Negara-Negara Selatan. (Rujuk BT m.s: 251)



Malaysia memainkan peranan penting dalam penubuhan Suruhanjaya Selatan-Selatan.
Idea penubuhan Negara-Negara Selatan dicadangkan oleh Malaysia melalui DatoSeri
Dr. Mahathir Mohamad semasa Sidang Kemuncak NAM di Zimbabwe pada tahun 1987.

8. e. Nyatakan beberapa projek yang dirancang oleh Kumpulan 15(G15). (Rujuk BT m.s:251)
Kerjasama bidang sains dan teknologi.
Penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan
(SITTDEC).
Penubuhan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global (GSTP).
Penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan.

9. a. Apakah Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)? (Rujuk BT m.s: 251)
Beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi.
Ditubuhkan pada tahun 1971.
Idea penubuhannya dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman.
Semasa ditubuhkan ahlinya terdiri drp 57 buah negara dgn 3 negara sebagai pemerhati.

9. b. Terangkan matlamat penubuhan Pertubuhan Persidangan Islam. (Rujuk BT m.s: 251)
Untuk mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang.
Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam.
Untuk mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam.
Bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari.

9. c. Terangkan faedah yang diperolehi oleh Malaysia sebagai anggota Pertubuhan Persidangan
Islam. (Rujuk BT m.s: 252)
Mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek-
projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.
OIC memberikan bantuan kepada Malaysia menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia.
Mendapat penghormatan daripada negara anggota yang lain kerana amat serius dalam
memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam.

9. d. Terangkan sumbangan Malaysia kepada Pertubuhan Persidangan Islam.
(Rujuk BT m.s: 251-253)
Menjadi perantara menyelesaikan peperangan Iran-Iraq.
Memberi sokongan kepada rakyat Palestine dalam perjuangan mendapatkan semula
tanah air mereka daripada Israel.
Menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003.
Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam pada tahun
2002.
Menawarkan biasiswa kepada para pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia.
Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam untuk urusan
perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain.



c) Malaysia dalam pertubuhan serantau
i) ASA
ii) MAPHILINDO
iii) ASEAN

Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat: memahami peranan dan sumbangan
Malaysia dalam pertubuhan serantau.

Aras 1
Menyatakan maksud pertubuhan serantau.
Menyatakan pertubuhan yang dianggotai Malaysia di peringkat serantau.
Menyatakan tujuan penubuhan ASA, MAPHILINDO dan ASEAN.
Menyenaraikan peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau.
Menyatakan faedah yang diperoleh Malaysia sebagai anggota pertubuhan serantau.

Aras 2
Menjelaskan tujuan dan pencapaian ASA, MAPHILINDO dan ASEAN.
Menghuraikan peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN.
Menjelaskan faedah yang diperoleh Malaysia sebagai anggota ASEAN.

Aras 3
Menjelaskan peranan tokoh Malaysia sebagai penjana idea dalam pertubuhan serantau.
Menghubungkaitkan ZOPFAN dengan keamanan dan kestabilan serantau.

Murid-murid juga akan dapat menghayati dan mengamalkan unsur dan tingkahlaku
patriotisme berikut:

Malaysia tanah airku
Bersedia menghadapi cabaran.
Berbangga menjadi rakyat Malaysia

Negara kita tanggunjawab kita
Merealisasikan Wawasan 2020

10. a. Apakah Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara(ASA)? (Rujuk BT m.s: 253)
Ditubuhkan pada 31 Julai 1961 setelah diadakan satu mesyuarat di Bangkok antara
Malaysia,Thailand dan Filipina.
ASA ditubuhkan kerana ancaman hebat pengaruh komunis terutama di Malaysia dan
Thailand.
Sempadan Malaysia-Thailand menjadi pangkalan gerakan gerila PKM.
Negara Filipina turut diancam oleh pengaruh komunis.

10. b. Terangkan matlamat penubuhan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara.
(Rujuk BT m.s: 253-254)
Menjalinkan kerjasama di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi,sains dan
sosial.
Memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains
dan teknologi di kalangan negara anggota.
Mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara serantau.

10. c. Mengapakah matlamat ASA dikatakan tidak banyak tercapai? (Rujuk BT m.s:254)
Keadaan kerjasama yang kurang erat.
Dianggap sebagai pertubuhan anti-pemerintahanPresiden Soekarno di Indonesia.
Kesangsian timbul kerana Malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Britain
manakala Thailand dan Filipina dengan Amerika Syarikat.
Pertelingkahan antara Malaysia-Filipina tentang penubuhan Persekutuan Malaysia pada
tahun 1963.

11. a. Apakah MAPHILINDO? (Rujuk BT m.s: 254)
Merupakan cantuman nama tiga negara iatu Malaysia,Filipina dan Indonesia.
Tujuan utama MAPHILINDO untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dan
menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia.

11. b. Terangkan matlamat penubuhan Persatuan MAPHILINDO. (Rujuk BT m.s: 254-255)
Untuk meningkatkan perhubungan persahabatan.
Untuk menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia.

11. c. Bagaimanakah pertelingkahan Malaysia-Filipina-Indonesia diselesaikan?
(Rujuk BT m.s: 254-255)
Malaysia mengambil langkah mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia.
Memohon bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah
tentang cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia.
PBB telah menghantar wakilnya pada tahun 1963 yang diketuai oleh Lawrence
V.Micheal More meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah.

12. a. Apakah Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)? (Rujuk BT m.s: 256)
ASEAN ditubuhkan kerana kegagalan ASA dan MAPHILINDO mencapai matlamatnya.
ASEAN ditubuhkan hasil termeterainya Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967.
ASEAN juga dikenali sebagai Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara.
ASEAN terdiri daripada negara-negara seperti
Malaysia,Indonesia,Thailand,Filipina,Singapura,Brunei,Vietnam,Myanmar,Laos dan
Kampuchea.

12. b. Terangkan matlamat penubuhan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).
(Rujuk BT m.s: 256)
Mengekalkan kestabilan politik di rantau asia Tenggara.
Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi,sosial dan kebudayaan.
Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama bidang pertanian,perdagangan
dan perindustrian.


12. c. Terangkan peranan dan sumbangan Malaysia kepada Persatuan Negara-Negara Asia
Tenggara (ASEAN)? (Rujuk BT m.s: 258-260)





12. d. Jelaskan tentang Logo ASEAN. (Rujuk BT m.s: 256)
Sepuluh tangkai padi mempamerkan impian pengasasan ASEAN.
Sepuluh tangkai padi merupakan sepuluh buah negara di Asia Tenggara yang diikat
semangat persahabatan dan perpaduan.
Bulatan pula membayangkan semangat bersatu padu dalam ASEAN.
Moto ASEAN:Keamanan,Kestabilan,Kegigihan,Kedinamikan,Kesucian dan
Kemakmuran.

12. e. Nyatakan struktur pentadbiran ASEAN. (Rujuk BT m.s: 257)
Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN diadakan setahun sekali.
Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN diadakan dua tahun sekali.
Sidang Kemuncak ASEAN diadakan mengikut keperluan.
Sekretariat Tetap ASEAN beribu pejabat di Jakarta,Indonesia.
Jawatankuasa Tetap ASEAN terdiri daripada Jawatankuasa Tetap Sosial.
Jawatankuasa Tetap Sosial terdiri daripada Jawatankuasa Kebudayaan dan Penerangan,
JK Sains dan Teknologi dan JK Pembangunan dan Sosial.
Jawatankuasa Tetap Ekonomi terdiri daripada Jawatankuasa Kewangan dan Urusan
Bank, JK Perindustrian,Galian dan Tenaga,JK makanan,Pertanian dan Perhutanan dan JK
Perhubungan dan Pengangkutan.

12.

f. Terangkan peranan dan sumbangan Malaysia kepada Persatuan Negara-Negara Asia
Tenggara (ASEAN)? (Rujuk BT m.s: 258-260)
Menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN pada November 1971.
Deklarasi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan ASEAN sebagai Zon Aman,Bebas dan
Berkecuali(ZOPFAN).
Menjadi tuan rumah mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran
Kampuchea pada tahun 1982.
Mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluaskan skop kerjasama ekonomi
bagi rantau sebelah sini yang melibatkan China,Jepun dan Korea Selatan.
Menjadi Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik(RECSAM) di Pulau Pinang.
Mewujudkan kerjasama serantau melalui dasar berbaik-baik dengan negara jiran.


d) Cabaran masa depan (ICT, K-Ekonomi, K-Masyarakat)

Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat: memahami usaha Malaysia
menghadapi cabaran kontemporari dan masa depan ke arah negara maju.

Aras 1:
Menyatakan maksud globalisasi.
Menyatakan maksud ICT, K-Ekonomi dan K-Masyarakat.
Menyatakan kepentingan penggunaan ICT, K-Masyarakat dalam era globalisasi.

Aras 2:
Mnghuraikan kepentingan ICT, K-Ekonomi dan K-Masyarakat dalam era globaliasi.
Menjelaskan langkah-langkah Malaysia menghadapi globalisasi.

Aras 3:
Menghubungkaitkan globalisasi terhadap Malaysia dari aspek ekonomi, sosial dan politik.

Murid-murid juga akan dapat menghayati dan mengamalkan unsur dan tingkahlaku
patriotisme berikut:

Kreatif dan inovatif.
Mampu merekacipta.

13. a. a. Apakah Globalisasi? (Rujuk BT m.s: 260)
Merujuk pada perubahan yang menjadikan dunia tanpa sempadan yang disebabkan oleh
kepesatan atau kepantasan perkembangan teknologi maklumat.
Segala aspek penting dari segi ekonomi dan sosial seperti barangan,modal,tenaga
manusia,kemahiran dan nilai menyeberangi sempadan dalam masa begitu singkat.
Perubahan yang meliputi skop yang luas dihubungkan dengan kemajuan teknologi
maklumat dan komunikasi.

13. b. Terdapat berapa pandangan tentang globalisasi?
Pertama, merupakan sesuatu yang berfaedah iaitu kunci kepada pembangunan ekonomi
dunia pada masa depan.
Dilihat sebagai sesuatu yang akan meningkatkan jurang perbezaan di dalam negara
antara bandar dengan luar bandar.
Akan meningkatkan jurang perbezaan antara negara di dunia yang maju dan membangun.
Akan menyekat peluang pekerjaan,merendahkan taraf hidup dan menghindarkan
perkembangan sosial.

14. Apakah Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT)? (Rujuk BT m.s: 260)
Merujuk pada kaedah serta peralatan yang membolehkan proses komunikasi berlaku
dengan pantas,mudah dan berkesan tanpa mengira sempadan.

15. Terangkan usaha Malaysia dalam mempromosikan penggunaan ICT.
(Rujuk BT m.s: 261)
Merancang pembinaan prasarana ICT seperti yang terdapat dalam Wawasan 2020.
Melancarkan projek Koridor Raya Multimedia (MSC)

16. Apakah Koridor Raya Multimedia? (Rujuk BT m.s: 261)
Dilancarkan pada 27 Jun 1998.
MSC merujuk kepada sebuah kawasan yang mencakupi Kuala Lumpur City Center
(KLCC) hingga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dibangunkan secara berperingkat dan akan mencakupi seluruh negara.
Tujuannya untuk memanfaatkan sepenuhnya perkembangan teknologi maklumat dan
multimedia global.
Untuk melahirkan masyarakat yang bermaklumat.

17. Apakah K-ekonomi? (Rujuk BT m.s: 262)
Iaitu ekonomi berlandaskan pengetahuan atau knowledge-based economy.
Ia merujuk kepada keupayaan seseorang untuk menggunakan ilmu pengetahuan bagi
mencipta satu nilai baru yang dapat membawa kemajuan.
Pada era globalisasi, k-ekonomi memainkan peranan penting yang mampu bersaing
dalam meningkatkan mutu pengeluaran dan perkhidmatan yang disediakan.
Pada era k-ekonomi, teknologi dan industri berasaskan ilmu pengetahuan merupakan
penggerak utama dalam menjana keuntungan, kemajuan perniagaan, peluang pekerjaan
serta perkongsian pintar.
Bagi menjayakannya, sumber paling berharga ialah modal intelek dan pekerja
berpengetahuan.
Modal intelek hanya boleh dihasilkan melalui kekayaan pengetahuan, dan semangat daya
saing yang tinggi.
Tenaga kerja berpengetahuan penting membangunkan industri.
Inovasi merupakan kunci utama menentukan kejayaan k-ekonomi.
Ini boleh dicapai melalui penyelidikan dan pembangunan(R&D).
Cara kerajaan Malaysia menjayakan R&D;menyediakan peruntukan besar.
Kerajaan sentiasa menggalakkan rakyatnya supaya menggunakan segala penemuan baru
dalam usaha meningkatkan tahap kemajuan bangsa dan negara.

18. Apakah K-masyarakat (K-society)? (Rujuk BT m.s: 263)
Merujuk kepada masyarakat yang sentiasa berusaha membaiki dan memperkaya diri
dengan pengetahuan agar terus dapat bersaing.
Ini selari dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.
Prasarana untuk pertumbuhan k-society telah dibangunkan terutamanya dalam bidang
pendidikan.
Untuk itu sistem pendidikan Malaysia perlu dibangun dan disusun semula.
Membina sekolah wawasan bagi memupuk perpaduan melalui interaksi murid pelbagai
kaum.
Sekolah Bestari dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat(IT).
Mengubahsuai kurikulum dan dibentuk semula agar dapat melahirkan pelajar yang
kreatif,dinamis,bermotivasi tinggi dan berkemahiran tinggi.
Matlamat k-masyarakat selari dengan Wawasan 2020 yang berusaha mewujudkan
masyarakat Malaysia maju dan saintifik.

19. a. Apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada Perang Dunia Pertama dan Kedua?
Kehilangan nyawa
Rosak harta benda
Tamadun rosak
Kanak-kanak/wanita
Perpecahan negara
Pendidikan terjejas
Masyarakat hancur

19. b. Pada pengetahuan sejarah anda, apakah kelebihan dasar luar Malaysia yang berbaik-baik
dengan semua negara?
Tiada musuh
Ekonomi stabil
Tiada ancaman kuasa besar
Negara aman
Rakyat bersatu

19. c. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita boleh mengelak perang daripada berlaku?
Patuh undang-undang
Hormat negara lain
Jadi ahli PBB
Berdiplomasi
Muafakat

19. d. Pada pandangan anda, apakah kesan perkembangan globalisasi pada zaman kini?
Jurang antara luar bandar dengan bandar
Jurang antara negara maju dengan membangun
Menyekat peluang pekerjaan
Merendahkan taraf hidup
Perkembangan masalah sosial
Mewujudkan sikap individualistik
Persaingan tidak sihat
Penindasan golongan kaya terhadap orang miskin

19. e. Pada pandangan anda, bagaimanakah Malaysia sepatutnya menghadapi cabaran
globalisasi?
Memajukan prasarana ICT
Mengambil peluang dan faedah ICT
Mempromosikan penggunaan ICT
Memajukan projek Koridor Raya Multimedia
Menyediakan e-pendidikan
Menjadi warga global
Mengamalkan e-dagang

Wahai Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.
(Surah Taha, ayat 114)

Wahai Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan
limpahkanlah keampunan kepada kami, sesungguhnya
Engkau maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Surah at-Tahrim, ayat 8)

You might also like