You are on page 1of 13

[HUBUNGAN ETNIK] WAJ 3106

1.0 PENGENALAN TERHADAP PEMBANGUNAN MALAYSIA DAN DASAR EKONOMI


BARU
Menurut ahli sarjana Barat iaitu Rogers dan Shoemaker (1971), pembangunan
ditafsirkan sebagai suatu jenis perubahan sosial yang menjana idea-idea baru untuk
diperkenalkan kepada suatu sistem sosial bagi menjana pendapatan per kapita.
Penumpuan dan strategi yang menyeluruh di dalam proses ini mampu meningkatkan taraf
kehidupan ke arah yang lebih tinggi apabila kaedah produksi yang lebih moden dan struktur
organisasi sosial yang lebih terperinci dirancang secara modernisasi di sesebuah kawasan
yang menjalani proses pembangunan secara progressif. Penterjemahan matlamat
pembangunan bagi sesebuah kawasan untuk dibangunkan perlu diiringi dengan usaha
pelbagai pihak sama ada pihak pengusaha atau penduduk tempatan kerana setiap lapisan
masyarakat ini memainkan peranan yang utama dalam menjayakan kenaikan taraf sesuatu
kawasan. Pepatah ada menyatakan hidup bersama yang menjadi tradisi seikat bak
sirih, serumpun bak serai perlu dijadikan sebagai pegangan bagi semua masyarakat di
sesebuah negara untuk memastikan nilai bersatu padu dan bertolak ansur disemai dan
dipupuk.
Di Malaysia, kemerdekaan yang telah dicapai selama 57 tahun telah banyak
mengajar masyarakat tempatan tentang kesusahan dan kesenangan yang perlu dilalui
bersama untuk mencapai matlamat dan menjalankan dasar-dasar kerajaan bagi
memantapkan sistem ekonomi negara di samping mengutamakan keselesaan dan
keperluan rakyat. Bermula pada era kolonialisme oleh pihak Portugis pada tahun 1511
sehingga tampuk pemerintahan tersebut jatuh kepada pihak British, Malaysia yang dikenali
sebagai Tanah Melayu pada zaman tersebut telah mengalami proses pembangunan secara
kecil-kecilan apabila pihak penjajah ini mengeksploitasi hasil-hasil bumi di Tanah Melayu
untuk dieksport bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara mereka. Anugerah daripada
Allah S.W.T ini telah menjadi suatu bahan kehancuran dan kejayaan kepada Tanah Melayu
pada zaman tersebut kerana di dalam pemantapan dan pembangunan negara melalui
sumber-sumber bumi ini, tragedi pertumpahan darah telah berlaku tanpa diduga. Namun
begitu, tidak dapat dinafikan melalui sumber-sumber ini juga, Malaysia pada hari ini
mempunyai masyarakat yang berbilang kaum apabila masyarakat Cina dan India
khususnya, di bawa masuk ke dalam negara ini pada zaman penjajahan British sebagai
pekerja di lombong-lombong bijih timah dan ladang-ladang getah. Kehadiran dua etnik
major ini ke dalam negara telah berjaya mencorakkan warna kebudayaan dan

[HUBUNGAN ETNIK] WAJ 3106

kepercayaan yang berbeza sebagai satu tradisi yang disambut dan dihormati oleh kaum
Melayu dan Bumiputera di setiap pelosok negeri.
Sebelum negara Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
dengan negara-negara membangun yang lain, pelbagai rintagan dan dugaan yang telah
dilalui mengikut peredaran masa di bawah pemerintah yang berbeza. Di antara maslahat-
maslahat yang dihadapi oleh kaum-kaum di Malaysia sebelum kestabilan dan pembangunan
di Malaysia dapat dijalankan pada hari ini adalah kelemahan dalam mengimbangi kemajuan
sosio-politik negara dengan pengagihan kemewahan yang dicapai. Walaupun pertumbuhan
ekonomi pada tahun 1957 sehingga 1969 dianggap membanggakan, namun pengagihan
pendapatan kepada setiap kaum ternyata tidak seimbang (Dasar-Dasar Utama Kerajaan
Malaysia, 1990, muka 5). Pembahagian pekerja mengikut kaum dengan kesesuian tugasan
masih berlaku dengan rancak pada tahun tersebut ekoran daripada dasar pecah dan
perintah yang dipolopori oleh pihak penjajah British terlebih dahulu. Di samping itu isu-isu
sensitif seperti terhadap kewarganegaraan dan kedudukan hak istimewa yang diberikan
kepada kaum Melayu dan Bumiputera dalam memajukan mereka dipersoalkan oleh kaum-
kaum lain sehingga tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Rentetan daripada
tragedi ini, sebuah dasar yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah
diperkenalkan sebagai suatu anjakan paradigma bagi mengelakkan tragedi 13 Mei daripada
berulang semula.
DEB telah digubal dan diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak Dato Hussein pada
tahun 1971, dasar serampang dua mata ini bertujuan bagi mencapai perpaduan negara
melalui penghapusan kemiskinan dan membaik pulih struktur sosio-politik dan ekonomi
masyarakat yang tidak seimbang. Signifikasi dasar ini adalah untuk menganjurkan suatu
usaha membangunkan masyarakat Malaysia untuk suatu jangka masa yang panjang, iaitu
selama 20 tahun (1970-1990).Garapan DEB melalui Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975
(RMK2) telah menjadi nadi kepada beberapa dasar baharu seperti Dasar Pertanian Negara
dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Sebagai suatu dasar yang produktif dalam membaiki
kelemahan sistem pentadbiran negara pada waktu tersebut, kerajaan menunjukkan
penglibatan yang ketara dalam kegiatan-kegiatan ekonomi menerusi pelaksanaan projek-
projek pembangunan, perindustrian, perniagaan dan sebagainya. Tambahan dengan sistem
kewangan yang kukuh, kedudukan ekonomi yang mantap dan kekurangan pakar di dalam
sektor swasta menjadikan dasar kerajaan ini berjalan dengan lancar dan mampu mencapai
target objektif yang telah ditetapkan. Perangkaan dasar ini dilihat mendapat sokongan yang
menyeluruh daripada rakyat sekeliling walaupun ideologi dasar kerajaan ini mendapat

[HUBUNGAN ETNIK] WAJ 3106

tentangan hebat daripada parti pembangkang iaitu DAP. Di sebalik daripada pandangan dan
perspektif DAP terhadap DEB, terdapat bebarapa isu yang telah membuka mata segelintir
masyarakat Malaysia dalam menerajui pembangunan negara yakni menjurus kepada
kegagalan DEB dalam mencapai keseluruhan matlamatnya. Justeru dapatlah disimpulkan
terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada kegagalan DEB dalam jangka masa 20
tahun untuk dijadikan sebagai penilaian dalam memacu negara ke arah kualiti yang lebih
mantap dan konstruktif kelak.
2.0 FAKTOR PERTAMA: PELABURAN ASING DI SEKTOR SWASTA
Bermula dengan aspirasi dasar Pandang Ke Timur yang dikemukan oleh Perdana
Menteri keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir, satu bentuk pembaharuan pemerintahan telah
dijalankan dengan menjadikan negara seperti Jepun sebagai ikon dalam membangunkan
industri negara. Selain daripada aspek didikan disiplin di dalam sesuatu pekerjaan dan
kesetiaan kepada negara, tekanan terhadap daya pengeluaran (produktiviti) dan sistem
pengurusan yang menitikkan kejayaan jangka panjang menjadi tunjang kepada dasar ini
untuk membaiki taraf ekonomi sebagai satu jaminan kewangan kepada negara (Dasar-
Dasar Ekonomi Mahathir, 1989, muka 1). Penggubalan dasar ini dapat dilihat secara
rasional pada tahun 1982 apabila laporan Penyisatan Selepas Banci Penduduk 1970
mendapati sebanyak 49.3% daripada jumlah keluarga di Semenanjung Malaysia menerima
pendapatan di bawah garis kemiskinan. Daripada jumlah ini, kadar kemiskinan yang dicatat
menunjukkan kaum Bumiputera berada di kelompok yang tertinggi iaitu 64.8% berbanding
dengan kaum-kaum yang lain ( Laporan Ekonomi 1980-1981). Berpaksikan bancian ini, Tun
Mahathir telah merangka satu strategi di dalam Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
untuk mempergiatkan sektor-sektor moden seperti sektor perindustrian untuk melatih kaum
Bumiputera khususnya, agar taraf peningkatan mereka dapat dipertingkatkan. Lanjutan
daripada isu ini, pelbagai usaha telah dijalankan untuk membangunkan kilang-kilang
perusahaan sama ada di kawasan bandar mahupun desa dan usaha murni ini telah
mendapat perhatian daripada masyarakat dunia untuk berlumba dalam memulakan paksi
pelaburan di dalam sektor ini. Walaupun secara kasarnya dapat dilihat bahawa pelabur-
pelabur asing yang melabur di dalam sektor perindustrian yang berstatus swasta dan sektor-
sektor yang lain membantu pertumbuhan ekonomi negara dan melahirkan pakar-pakar
perindustrian, namun pelaburan yang dijalankan tidak mendatangkan hasil yang lumayan
kepada kaum Bumiputera dan India. Tidak dapat dinafikan, melalui pelaburan yang
dijalankan oleh syarikat-syarikat asing di dalam sektor swasta menawarkan peluang
pekerjaan yang banyak kepada warga tempatan terutamanya di kilang-kilang yang
berasakan elektronik yang memerlukan tenaga buruh tiga kali ganda daripada sektor yang
lain. Peluang pekerjaan ini bukan sahaja membuka mata masyarakat Malaysia pada waktu
[HUBUNGAN ETNIK] WAJ 3106

itu, malah menjadi dorongan kepada warga asing daripada Indonesia dan Bangladesh untuk
mencuba nasib di Malaysia. Kemasukan warga asing ini ke dalam negara dalam
membangkitkan sentimen pengangguran di samping mengurangkan penawaran pekerjaan
bermula pada tahun 1980 apabila dunia dikejutkan dengan pertumbuhan ekonomi yang
perlahan dengan inflasi yang tinggi pada tahun 1980 (Laporan Ekonomi 1980-1981, muka
23). Persoalannya di sini, adakah pembangunan sektor swasta dengan bantuan pelabur
asing mampu menaikkan taraf sosio-ekonomi kaum Melayu dan Bumiputera? Dengan aspek
pendapatan sebanyak RM 84.00 sebulan, warga Bumiputera dan kaum India masih
dikategorikan sebagai golongan miskin walaupun mereka sudah mempunyai pekerjaan jika
dibandingkan dengan kaum Cina (Masyarakat Malaysia Yang Membangun, 1990, muka 17).
Jika pendapatan kaum Melayu dann kaum India dibandingkan dengan kaum Cina yang
melobi sektor ekonomi perniagaan di bandar, amatlah ketara jurang perbezaannya
walaupun mereka hanya membuka sebuah kedai kopi secara kecil-kecilan kerana mereka
sudah mempunyai taktik dan kebolehan dalam berniaga. Di samping itu, pekerja-pekerja
warga tempatan menjadi mangsa syarikat-syarikat asing yang datang melabur di dalam
negara ini untuk mendapatkan tenaga buruh yang murah. Muslihat mereka dapat dilihat
apabila kemudahan cuti dan perubatan untuk warga tempatan adalah paling minimum.
Tambahan, kemudahan perumahan dan insurans kemalangan tidak diberikan kepada para
buruh ini menyebabkan kesejahteraan kehidupan mereka tidak terjamin.
Punca kedua yang mendorong kegagalan DEB dalam meningkatkan pendapatan
negara dan membaik pulih taraf sosio-ekonomi dengan memberikan peluang kepada
pelabur asing untuk melabur adalah peranan pelabur asing sendiri. Mengaut keuntungan
dalam masa yang singkat merupakan moto mereka dalam menjalankan perniagaan
sungguhpun pihak kerajaan mengharapkan dengan kehadiran mereka, peluang pekerjaan
baru akan tercipta. Golongan pekerja yang tidak mempunyai perwakilan untuk menuntut hak
dan kepentingan mereka telah menjadi mangsa kerakusan harta oleh pihak pelabur.
Sementelahan itu, isu kesan pelaburan asing di dalam pengaliran keluar keuntungan atau
modal yang diperoleh oleh syarikat-syarikat asing menjadi suatu berita yang sering
dielakkan oleh pemerintah. Hal ini adalah kerana, kejadian seperti pelabur yang membawa
pulang keuntungan dan modal ke negara asal bukanlan suatu isu yang baru dan remeh.
Gambaran ini telah disuarakan oleh Financial Survey of Limited Companies dalam jangka
waktu 10 tahun, pelabur-pelabur asing telah melabur sebanyak RM 2290 juta dan membawa
pulang keuntungan ke negara asal sebanyak RM 4 juta (Dewan Masyarakat, Oktober 1976,
muka 50-53). Ekoran daripada sikap negatif para pelabur, ekonomi Malaysia mengalami
kerugiaan dan tidak membantu menjana pendapatan kaum Bumiputera dan India.

[HUBUNGAN ETNIK] WAJ 3106


Bagaimana hasrat DEB akan tercapai jikalau kera di hutan disusukan, anak di pangkuan
diabaikan?
2.1 FAKTOR KEDUA: KEGAGALAN DASAR PERTANIAN NEGARA 1984
Pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang baik adalah apabila agihan
pendapatan yang sama rata dalam anggota masyarakat dapat dilaksanakan dengan adil. Di
Malaysia, agihan pendapatan dapat dilihat dari dua sudut iaitu antara kelas sosial yang
berbeza iaitu antara kelas atasan, menengah dan kelas bawahan manaka sudut yang kedua
pula ialah antara kelompok etnik yang berbeza, iaitu antara Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Penubuhan utama DEB adalah untuk mengatasi isu agihan ekonomi yang tidak seimbang ini
ekoran daripada polisi pecah dan perintah yang dijalankan oleh pihak British di era
penjajahan. Pelaksanaan polisi ini oleh pihak penjajah adalah untuk kepentingan ekonomi
mereka yakni memudahkan proses eksploitasi segala kekayaan di dalam negara ini tanpa
sebarang gangguan politik. Bermula pada zaman penjajahan hinggalah kini, pengukuhan
pengenalan kaum mengikut bidang pekerjaan dan ekonomi masih berlaku dan menjadi







Keratan akhbar Utusan Malaysia, 2008

salah satu punca mengapa takrifan matlamat DEB untuk menaikkan pemilikan equiti atau
saham masyarakat Melayu kepada 30% tidak tercapai. Majoriti kaum Melayu masih bergiat
aktif di dalam bidang pertanian walaupun terdapat sebilangan kecil kaum Cina dan India
sudah bergiat secara sederhana dalam mengusaha dan menceburi bidang pertanian. Kaum
India sehingga ke alaf 21 ini masih memenuhi kediaman-kediaman perumahan di ladang-
ladang getah seperti yang dapat dilihat di Segamat, Johor yang membuktikkan tiada
perubahan yang berlaku di atas kegiatan ekonomi mereka. Pendedahan tentang ilmu
perniagaan yang diberikan kepada kaum Cina terus menjadi penggerak kaum ini dalam
mengawal keuntungan ekonomi negara dengan pesat. Mereka berjaya mengawal aliran
perniagaan melalui kemahiran yang telah diwarisi sejak turun-temurun. Kejayaan kaum Cina
[HUBUNGAN ETNIK] WAJ 3106

di dalama bidang perniaagan dapat dilihat melalui empayar-empayar perniagaan seperti
Kerry Group/Kuok Group dan Berjaya Group yang berjaya memperolehi keuntungan dan
perdapatan sehingga RM 11.500 biliion bermula dari zaman 80-an hingga kini (Forbes
Malaysia, 2014, Isu Februari). Secara rawaknya, industri perindustrian yang dipergiatkan
oleh kaum Melayu mampu melebarkan sayap dan berada seriring dengan empayar
perniagaan di atas. Namun begitu, di dalam tempoh 20 tahun yang disasarkan oleh DEB
untuk meningkatkat taraf sosio ekonomi masyarakat Melayu melalui industri pertanian,
pelbagai perkara di luar kawalan pelaksana dasar telah terjadi dan menyebabkan kaum
Melayu masih tidk dapat menandingi pendapatan kaum Cina dan India.
Di bawah Dasar Pertanian Negara (DPN), agensi seperti RISDA, MARDI dan
FELCRA menjadi penaung kepada masyarakat Melayu dalam menjalankan industri
pertanian yang lebih sistematik. Berikutan dengan isu inflasi yang dihadapi dunia pada
tahun 1980, harga komoditi bagi sektor pertanian dikawal oleh pasaran antarabangsa. Hal
ini telah menyebabkan harga tanaman utama seperti koko, kelapa sawit dan getah tidak
menguntungkan kepada petani-petani yang bertani secara kecil-kecilan. Selain daripada itu,
sekatan perdagangan yang dilancarkan oleh negara-negara peingimport komoditi
menyebabkan sumber pertanian utama negara seperti beras disekat daripada diimport
secara besar-besaran kerana negara-negara berkenaan berusaha memelihara ekonomi
mereka sendiri. Di samping itu, penyertaan pelabur swasta di dalam sektor pertanian yang
digalakkan oleh kerajaan padan tahun berkenaan menyebabkan persaingan yang kuat
berlaku diantara pihak swasta dan petani-petani tempatan walaupun petani-petani ini
mendapat bantuan daripada syarikat seperti Government Linked Companies. Tanpa
pelaburan yang mantap seperti pelabur swasta bagaimana kaum Melayu pada masa
tersebut dapat bersaing dengan menggunakan teknologi yang hanya berasaskan mesin
jentolak semata-mata? Faktor umur juga menyebabkan produktiviti sektor pertanian di
bawah DPN yang diusahakan oleh masyarakan Melayu tidak menghasilkan pendapatan
lumayan apabila kaum belia lebih menggemari penghijrahan ke kawasan bandar dan
menjalani pekerjaan makan gaji. Peladang-peladang India turut menghadapi masalah yang
sama seperti masyarakat Melayu namun jaminan yang telah mereka terima daripada
syarikat seperti Sime Darbie dan Guthrie menjadikan pelaburan mereka lebih lumayan
berbanding kaum Melayu yang baru bertapak secara sistematik di dalam bidang pertanian.

2.3 FAKTOR KETIGA: SISTEM PENDIDIKAN UNIK DI MALAYSIA

Pencapaian orang Melayu dalam keseluruhan modal saham berbayar sektor syarikat
pada tahun 1990 hanyalah 22.3%. Jika ditolak agensi amanah sebanyak 6.3%, pencapaian
sebenar orang Melayu hanyalah 16%, sedangkan orang Cina 44.9%, orang India 9.7% dan
[HUBUNGAN ETNIK] WAJ 3106


orang asing sebanyak 23.1%. Orang India yang hanya merupakan 6% daripada penduduk
Malaysia mencapai 9.7% sedangkan orang Melayu yang merupakan penduduk 55%
daripada penduduk hanya mencapai 20.3%. Statistik purata pendapatan bulanan isirumah
antara kaum menunjukkan orang Melayu masih ketinggalan. Pada tahun 1976, purata
pendapatan bulanan isirumah orang Melayu hanyalah sebanyak RM339.00,
berbanding dengan orang Cina sebanyak RM796.00 dan orang India sebanyak RM537.00.
Pada tahun 1990, purata pendapatan isirumah orang Melayu meningkat kepada RM928.00
sebulan, sedangkan orang Cina melonjak kepada RM1,631.00 dan orang India RM1,201.00.
Statistik daripada Artikel Dewan Masyarakat Disember 1990 , halaman 7-9

Apakah relevan di antara pencapaian orang Melayu di dalam ekonomi di kalangan etnik
yang lain dengan sistem pendidikan di Malaysia? Melalui dasar DEB yang diperkenalkan,
Tun Mahathir ingin melonjakkan sosio-ekonomi masyarakat Melayu dalam beberapa aspek
terutamanya di dalam bidang pendidikan. Hal ini adalah kerana tanpa penerapan pendidikan
yang berkesan, masyarakat Melayu dan etnik-etnik yang lain tidak mampu membangunkan
diri sendiri apatah lagi sebuah negara. Pendidikan merupakan satu entiti yang berupaya
mengeluarkan masyarakat Melayu daripada kepompong kesusahan melalui segelung ijazah
yang diterima oleh graduan-graduan muda. Seiring dengan matlamat tersebut, sebuah
dasar pendidikan yang dikenali sebagai Dasar Pendidikan Kebangsaan ditubuhkan untuk
meningkatkan mutu pendidikan yang menyeluruh dan seimbang di samping
mendemokrasikan pendidikan dengan mengagihkan keadilan sama rata di antara semua

23.1%
44.9%
9.7%
Saham
masyarakat
Melayu
22.3%
Purata Pencapaian Saham Mengikut Etnik
1990
Warga Asing
Cina
India
Melayu
[HUBUNGAN ETNIK] WAJ 3106


etnik dan kumpulan yang tidak bernasib baik di kawasan luar bandar. Namun demikian,
nada kerajaan ini tidak bersifat 1Malaysia pada zaman tersebut kerana perhatian yang
penuh hanya diberikan kepada masyarakat Melayu sahaja. Kebanyakkan sekolah
kebangsaan yang dibuka di Malaysia adalah hak milik penuh kerajaan manakala hampir
semua sekolah jenis vernakular milik orang persendirian. Oleh kerana pemilikan yang
berbeza, kaum Cina dan India menubuhkan persatuan-persatuan khas untuk menampung
keperluan di sekolah-sekolah jenis vernakular agar generasi mereka tidak ketinggalan di
dalam bidang pengetahuan. Sejurus sahaja para pelajar meninggalkan alam persekolahan
dan mula memasuki instituti pendidikan tinggi, keutamaan biasiswa diberikan kepada
masyarakat Melayu terlebih dahulu sebelum diagihkan kepada kaum Cina, India dan lain-
lain. Tambahan, kuota kemasukan masyarakat bukan Bumiputera ke dalam universiti
tempatan adalah 20% sahaja demi membangunkan masyarakat Melayu. Disebabkan sistem
pendidikan yang berkonsepkan sebegini, masyarakat Cina dan India mengambil keputusan
sama ada mengembangkan kemahiran generasi muda dalam bidang ekonomi atau
bertukang atau menabung di awal usia perkahwinan agar dapat menghantar anak mereka
meneruskan pelajaran di luar negara. Hal ini telah membuka mata pihak kerajaan mengapa
seorang lelaki Cina yang berkelulusan SPM dapat menjana pendapatan sebanyak RM
10,000 sebulan manakan seorang graduan Melayu daripada universiti tempatan hanya
mengaut pendapatan tetap sebanyak RM 2,500 sebulan.
Pengenalan awal tentang bidang ekonomi di kalangan kaum Cina telah memberikan
mereka kebolehan dalam mengawal dan menjana pendapatan tanpa usaha daripada pihak
kerajaan. Mereka percaya walaupun pendidikan yang diterima oleh generasi mereka tidak
begitu memberansangkan jika dibandingkan dengan masyarakat Bumiputera namun mereka
masih mampu membangunkan ekonomi keluarga mereka dan juga negara melalui
pemantapan kemahiran dalam selok-belok perniagaan penguasaan ekonomi.Tidak
hairanlah mengapa etnik Cina merupakan pembayar cukai yang tertinggi di Malaysia. Begitu
juga dengan masyarakat India. Penguasaan mereka di dalam bidang undang-undang
negara tidak dapat disangkal. Kebanyakkan kaum India menghantar anak-anak mereka
untuk melanjutkan pelajaran di luar negara ekoran daripada kuota kemasukan ke dalam
universiti tempatan. Pendedahan dan pengalaman yang mereka alami di negara luar
menjadikan mereka berfikiran lebih matang dan mampu bersaing dengan anak-anak Melayu
dalam apa-jua bidang. Pendedahan-pendedahan yang diterima oleh kaum bukan
Bumiputera telah melonjakkan diri mereka di usia pekerjaan manakala pendedahan
pendidikan anak Melayu hanya dijadikan sebagai benteng dalam menjawab kertas
peperiksaan dan bukan demi memperluaskan minda mereka di dalam pekerjaan. Bagi kaum

[HUBUNGAN ETNIK] WAJ 3106


Cina dan India pendidikan kemahiran adalah asas permulaan kepada kejayaan dan
kekayaan manakala bagi pihak kerajaan asas pendidikan di Malaysia adalah untuk
mengubah taraf sosio-ekonomi tanpa matlamat yang lebih jelas. Pendidikan unik ini juga
telah menjelaskan mengapa kaum Cina dan India lebih tertumpu kepada sektor swasta yang
mempunyai risiko yang tinggi manakala kaum Melayu lebih selesa menjadi penjawat awam.
Bagi kaum bukan Bumiputera jika tidak dipecahkan ruyungnya, manakan dapat sagunya.

3.0: IMPLIKASI SOSIAL

Antara implikasi sosial yang dapat dilihat melalui faktor-faktor kegagalan DEB ialah
pengangguran yang berterusan. Peningkatan ekonomi yang berlaku telah menyebabkan
ramai pelabur asing datang melabur di dalam Malaysia. Hal ini akan menjurus kepada
pembukaan sektor-sektor perindustrian yang lebih membangun. Apabila gambaran ini
berterusan, graduan-graduan daripada universiti tempatan akan menggunakan peluang ini
sebaik mungkin untuk mendapatkan perkerjaan yang tetap. Perolehan pekerjaan ini juga
sebaliknya, terpaksa berkongsi dengan pakar-pakar dan tenaga buruh yang diambil
daripada negara lain. Oleh itu, graduan-graduan tempatan tidak dapat mengembangkan
potensi dan bakat mereka di dalam kemahiran yang tertentu. Tambahan, dengan aliran
ekonomi yang tidak memberansangkan pada waktu-waktu tertentu, masyarakat tempatan
khususnya graduan muda, tidak dapat mengubah tahap sosio-ekonomi yang telah diwarisi
sejak zaman-berzaman.
Implikasi sosial yang kedua adalah tahap perpaduan negara tidak dapat disemai dan
dipupuk dengan mendalam ekoran daripada kepincangan setiap entik dalam semua bidang.
Majoriti kaum Bumiputera mendominasi jawatan sebagai penjawat awam manakala bukan
Bumiputera mengaut keuntungan melalui penjanaan perniagaan berasakan penswastaan.
Tanpa rombakan dalam memastikan kedua-dua bidang di bawah kerajaan dan swasta
diterajui oleh kedua-dua kumpulan secara adil, perpaduan tidak dapat dicapai. Komunikasi
merupakan medan dalam mendapat persefahaman di antara satu sama lain. Jikalau,
komunikasi tidak berlaku, pelbagai masalah dan salah faham mampu terjadi. Tambahan,
pecahan etnik-etnik ini di dalam dua bidang yang berbeza juga menambahkan lagi jurang
pendapatan di antara satu sama lain.
Selain itu, implikasi sosial yang mungkin akan tercetus adalah pengulangan tragedi
13 Mei 1969. Dasar-dasar negara yang tidak merangkumi kepentingan semua pihak mampu
membolak-balikkan perpaduan yang kini tersedia. Desakan daripada pihak-pihak tertentu
juga mampu memburukkan keadaan seterusnya meninggalkan peranan utama rakyat dalam
memastikan keamanan negara diwujudkan selepas kemerdekaan dicapai.
[HUBUNGAN ETNIK] WAJ 3106


4.0 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Pengukuhan dasar-dasar kerajaan yang tersedia terutamanya di dalam bidang
pendidikan dan ekonomi perlu dikaji semula bersama-sama dengan kaum bukan
Bumiputera. Walaupun mereka merupakan etnik pendatang yang dibawa oleh pihak British
ke dalam Malaysia namun etnik mereka juga tetap berjuang dalam mengecapi kemerdekaan
negara. Hal ini tidak bermakna kepentingan warga Bumiputera sebagai penduduk asal
diketepikan, sebaliknya unsur-unsur bertolak-ansur perlu diketengahkan dalam memacu
pembangunan dan perpaduan negara. Dengan satu rundingan yang jelas dan terperinci
dalam sesuatu dasar, kaum bukan Bumiputera dapat memahami dan mengenal pasti
kedudukan mereka di dalam Perlembagaan Malaysia.
Akta di dalam sesebuah pekerjaan perlu diwujudkan di mana di dalam bidang swasta
dan kerajaan agar semua kaum di dalam Malaysia mampu bersaing dengan adil dan
mambasmi masalah sosio-ekonomi yang tidak berhujung pangkal. Akta ini perlu selaras
dengan statistik ekonomi dan bukan melalui pindaan pihak kerajaan. Apabila statistik
ekonomi pada tahun berkenan menunjukkan penurunan dalam penglibatan kaum Melayu,
akta ini perlu menyelaraskan pindaan baru agar di dalam tempoh yang singkat masalah-
masalah sosio-ekonomi setiap kaum di dalam Malaysia dapat dibasmi dengan secepat
mungkin. Agensi seperti GLC perlu menitik beratkan isu ini dalam memajukan pencapaian
rakyat Malaysia dalam membantu meningkatkan aliran ekonomi negara.
Di samping itu, pihak kerajaan dan badan bukan-kerajaan (NGO) perlu bersetuju
penguatkuasaan kuota dalam menerima pelabur-pelabur asing yang ingin melabur di dalam
ekonomi Malaysia. Penguatkuasaan kuota ini sangat penting dalam memberikan peluang
kepada masyarakat tempatan untuk menceburkan diri di dalam bursa saham negara.
Tambahan, pihak kerajaan dan NGO juga perlu memantau segala keputusan dan data yang
dijalankan oleh pelabur asing agar isu-isu tentang penyelewengan ekonomi negara dapat
dibasmi dengan segera. Walaupun undang-undang yang ketat ini mampu mengurangkan
bilangan pelabur namun kerajaan Malaysia tidak perlu menanggung kerugian di atas
penyelewengan yang dijalankan.

5.0 KESIMPULAN

Pihak kerajaan dan masyarakat umum perlu bersatu-padu dalam mengurangkan
jurang ekonomi di antara semua kaum agar kenikmatan pendapatan negara dapat
diperolehi sama rata oleh semua kaum tanpa sebarang persengketaan dan salah faham.
Justeru, perpaduan yang dikecapi kini perlu dihargai dengan lebih baik.
[HUBUNGAN ETNIK] WAJ 3106



REFLEKSI

Pembangunan pesat di Malaysia sering disalah-ertika oleh masyarakat dunia
sebagai ideologi perpaduan yang utuh dan kemajuan ekonomi dalam membangunkan
infrastruktuk yang tersergam indah sebagai mercu tanda keunggulan. Namun itu semua
hanyalah gambaran peribahasa indah khabar dari rupa. Ironinya, keadaan di dalam
Malaysia pada hari ini sangat membimbangkan. Isu politik, ekonomi dan sosial menjadi
medan perbualan harian di kedai-kedai kopi seumpama inilah Malaysia yang sebenar
berbanding dengan mercu tanda yang menelan berjuta-juta ringgit. Apakah kemerdekaan
yang dikecapi hanya menjadi permainan masyarakat di dalam buku-buku ilmiah? Adakah
masalah kepicangan ekonomi yang dihadapi oleh masyarakat Melayu merupakan salah
pihak kerajaan semata-mata?
Jawapan bagi persoalan ini amat mudah jika masyarakat melayu, umumnya
merenung kembali slogan Tun Mahathir yang amat sinonim dengan bangsanya iaitu Melayu
mudah lupa. Jangkaan beliau tentang slogan ini amat benar sekali. Hal ini dapat dilihat
apabila biasiswa yang diperuntukkan kepada para pelajar Melayu untuk digunakan di
institusi pendidikan tinggi. Sejurus anak-anak muda ini memegang segulung ijazah dan
mendapat pekerjaan yang diidamkan, mereka alpa tentang tanggungjawab mereka dalam
membuat bayaran kepada agensi-agensi berikut sedangkan melalui pembayaran yang
mereka lakukan akan diberikan pula kepada generasi yang akan datang. Tanpa perlu
berselindung, inilah senario kaum Melayu dan tahap kehidupan mereka. Mereka sering
membandingkan tahap sosio-ekonomi mereka dengan kaum bukan Bumiputera yang lain
sedangkan pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan dalam membantu mereka.
Berbanding dengan kaum Cina dan India, punca utama mereka menolak DEB
adalah kerana ketidakadilan dalam dasar-dasar kerajaan yang mengutamakan kaum
Bumiputera dalam semua aspek. Disebabkan itu, mereka mencari jalan penyelasaian untuk
meneruskan kehidupan mereka dengan mangamalkan amalan menabung di awal usia agar
memudahkan mereka untuk menghantar anak-anak ke institusi pendidikan tinggi tanpa
dibebani hutang. Mereka juga adalah penggerak utama ekonomi negara dan bukanlah
masyarakat Bumiputera sendiri. Kemahiran yang diwarisi sejak turun-temurun sama ada di
dalam bidang perniagaan atau pertanian dijadikan sebagai kunci dalam mengorak langkah
lebih jauh di dalam bidang tersebut. Tambahan, kaum Cina dan India berani untuk
menceburkan diri di dalam bidang swasta yang mempunyai risiko yang tinggi untuk
mengubah nasib keluarga mereka dan menimba pengalaman. Justeru, tidak hairanlah
mengapa tanpa DEB sekalipun, mereka masih mampu meneruskan kehidupan seharian.
[HUBUNGAN ETNIK] WAJ 3106


Sebagai renungan, adakah punca kegagalan DEB dalam mencapat matlamat untuk
mengubah taraf sosio-ekonomi setiap etnik terletak pada tangan pihak kerajaan semata-
mata? Masyarakat Melayu, khususnya harus mempunyai perasaan malu terhadap
pencapaian kaun Cina dan India kerana jikalau negara ini kehilangan mereka sebagai rakyat
maka lumpuhlah sistem ekonomi negara. Masyarakat Melayu juga harus mengubah sikap
dalam bergantung kepada dasar-dasar kerajaan kerana usaha yang paling penting hadir
daripada diri setiap individu sendiri. Kita harus berani dalam membuat percaturan hidap jika
ingin mengubah persepsi masyarakat antarabangsa terhadap kaum kita. Sejarah telah
mengajar kita untuk melakukan renungan terhadap kejayaan-kejayaan masyarakat Melayu
terdahulu di zaman Kesultanan Melayu Melaka yang membuktikkan empayar kegemilangan
Melayu masih boleh diteruskan.
Justeru, sebagai orang Melayu yang beragama Islam kita harus yakin pada
kebolehan diri sendiri dan mengekalkan perpaduan di antara satu sama lain dan etnik-etnik
yang lain agar pengalaman dan ilmu pengetahuan dapat dikongsi bersama dalam meneraju
kerajaan Malaysia ke arah dimensi yang lebih membanggakan.





















[HUBUNGAN ETNIK] WAJ 3106


Rujukan

Aisyah Samin. (1976). Pertanian Negara : Masalah dan Masa Depannya. In D. Masyarakat, Dewan
Masyarakat (pp. 50-53). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Baharuddin, S. A. (1990). RM 2 Dan Pelaburan Asing di Sektor Swasta: Menyelesaikan Pengangguran
Dan Kemiskinan. In Masyarakat Malaysia Yang Menbangun (p. 17). Ampang: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Buang, A. (1990). Pengenalan Kepada Dasar-Dasar Utama Kerajaan. In A. Buang, Dasar-Dasar Utama
Kerajaan Malaysia (p. 5). Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.
(2014). Top 10 Richest People In Malaysia. In G. J. Dewey, Forbes Asia (pp. 41-46). Kuala Lumpur:
Forbes Global.
EPU Government. (2004, May 1). Dasar Ekonomi Baru. Retrieved Mac 18, 2014, from EPU
Government: http://www.epu.gov.my/dasar-ekonomi-baru
Jason Lim. (1990). Konflik Perkauman Yang Semakin Tajam: Konflik Kaum Atau Sengketa Kelas. In D.
Masyarakat, Dewan Masyarakat (pp. 7-9). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Jomo. (1989). Dasar-Dasar Baru Kerajaan. In Jomo, Dasar-Dasar Ekonomi Mahathir (p. 1). Selangor:
Institut Analisa Sosial.
Kementerian Kewangan Malaysia. (1980). Tinjauan Ekonomi Antarabangsa. In K. K. Malaysia,
Laporan Ekonomi 1980-1981 (p. 23). Kuala Lumpur: Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa
Kementerian Kewangan.
Mohamad Kamil Abd Majid, R. A. (2009). ASAS PEMBENTUKAN SESUATU MASYARAKAT YANG MAJU
BERGANTUNG KEPADA NISBAH ANGGOT MASYARAKAT (MODAL INSAN) YANG BERKUALITI.
PERUBAHAN SOSIAL DAN IMPAKNYA TERHADAP PEMBENTUKAN MODAL INSAN , 49-51.
Zamri, S. (2008). Dasar Ekonomi Baru. Kuala Lumpur: Utusan Malaysia.

You might also like