You are on page 1of 13

1.

0 PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR, BERTUTUR, MEMBACA DAN


MENULIS.

1.1.1 KEMAHIRAN LISAN
Pendahuluan :
Lisan adalah pertuturan atau percakapan. Apabila seseorang bertutur, ia bukan
hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran
mendengar. Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu
mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang itu
perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini. Sebagai contoh, kanak-kanak yang
mengalami masalah pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah
bagi kes masalah pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak dapat
bertutur langsung atau dikatakan sebagai bisu.

1.2.0 Kemahiran Mendengar
Mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang dilakukan di
peringkat kanak-kanak dan dewasa. Barker (1971) telah menjalankan satu kajian
terhadap kemahiran pendengaran. Hasil daripada kajian itu, beliau merumuskan, dalam
keadaan manusia itu sedar, 45% digunakan untuk mendengar, 30% bercakap, 16%
membaca dan 9% menulis. Ini menunjukkan proses pendengaran berperanan penting
dalam komunikasi. Burley-Alen (1982) dalam kajiannya mendapati peratus mendengar
bertambah sehingga 60% bagi kehidupan pelajar sekolah menengah. Guru-guru
menyatakan proses mendengar merupakan proses paling utama dalam proses
Anderson et al. (1969) menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada kaedah
pengajaran di universiti adalah dengan mendengar kuliah. Barker (1971:I) menyatakan
bahawa proses pendengaran dalam pengajaran di universiti adalah antara 50% - 100%.

1.2.1 PROSES MENDENGAR
Proses mendengar boleh dibahagikan kepada empat peringkat:
a) Mendengar deretan bunyi bahasa
Individu mendengar bunyi dari unsur-unsur luar yang sengaja dihasilkan dengan
maksud tertentu. Bunyi itu dapat didengar setelah ia dapat dikesan dari mana arah
datangnya. Pada peringkat permulaan mendengar, hanya bunyi-bunyi yang jelas dan
lantang sahaja yang dapat dikesan. Setelah mendegnar beberapa kali, barulah deretan
bunyi itu didengar secara total. Proses ini hanya ditujukan kepada individu yang
mempunyai alat artikulasi dan pancaindera dengar yang normal.

b) Memahami bunyi tersebut
Sesuatu bunyi yang didengar itu dikaitkan dengan maksud tertentu. Apabila deretan
bunyi didengarkan dan diikuti dengan tingkah laku tertentu dari penutur, pendengar
akan berhubungkaitkan tingkah laku tersebut dengan deretan bunyi tersebut. Dalam
perkataan lain, pendengar akan menghubungkaitkan benda yang dimaksudkan, atau
tingkah laku yang dilakukann dengan bunyi yang dilafazkan. Proses ini yang
berukangkali dilakukan akan menjadi kebiasaan kepada pendengar.

c) Menguasai makna
Di peringkat ini pendengar menguasai makna beberapa deretan bunyi. Ia dapat
memahami persamaan erti dan kelainan makna antara satu deretan bunyi dengan
deretan bunyi yang lain, antara satu rangkai kata dengan satu rangkai kata yang lain
dalam bahasa yang sama. Misalnya, bunyi yang menggunakan intonasi yang tinggi lagi
keras menandakan perasaan marah. Bunyi yang menggunakan intonasi lemah
melambangkan tanda manja, sedih, simpati dan sebagainya. Pendek kata, pendengar
yang baik akan faham dan mengerti maksud setiap ujuran yang dilafazkan. Mereka
bukan shaja boleh memaham malah boleh juga membuat interpretasi daripadanya.

d) Bertindak terhadap bunyi

Peringkat ini hanya akan terlaksana setelah pendengar melalui ketiga-tiga peringkat
tadi. Waktu pendengar akan membuat rumusan dan keputusan. Ia akan melakukan
sesuatu setelah arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan.

1.2.2 JENIS KEMAHIRAN MENDENGAR

Kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada dua jenis:

1.2.2.1 Mendengar Secara Intensif

Mendengar jenis ini dilakukan melalui latihan dan aktiviti yang formal yang biasanya
dilaksanakan di bawah kelolaan dan pengawasan guru. Mendengar secara intensif
boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama ia menekankan kepada latihan yang
berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci. Kedua, ia menekankan
kepada latihan mendengar bahasa yang dituturkan. Latihan yang berpusatkan kepada
kefahaman makna secara terperinci boleh dijalankan dalam berbagai-bagai cara.
Antaranya ialah:

i) Mendengar arahan

Murid-murid mendengar arahan yang diberi dan bertindak balas terhadapnya. Arahan
itu boleh diberi oleh guru, ketua murid, guru besar, ketua darjah atau rakan-rakan
mereka sendiri. Biasanya, murid-murid yang dapat mendengar dengan baik akan dapat
memahami maksud yang didengarnya itu dan cepat dan dapat pula segera bertindak
terhadapnya. Murid-murid seperti ini dapat menghasilkan sesuatu tindak balas secara
tepat dan berkesan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah melengkapkan peta,
membuat corak, mencari jalan pada peta sesebuah bandar dan sebagainya.



ii) Menjawab soalan kefahaman

Murid-murid mendengar soalan yang dikemukakan dan kemudian diminta mengenal
pasti jawapan yang diperlukan. Jawapan-jawapan tersebut kemungkinan berbentuk
fakta dan biasanya boleh diperoleh daripada petikan yang diberi. Berbagai-bagai aktiviti
boleh dilakukan oleh murid-murid. Antaranya ialah memberi penerangan, memberi
makna, membuat huraian, menyatakan sebab, menjelaskan sesuatu, membuat
taksiran, membuat andaian interential, memberi komen dan sebagainya.

iii) Mendengar untuk mendapatkan maklumat

Dalam latihan ini perhatian murid-murid ditumpukan kepada bahagian-bahagian tertentu
daripada apa yang mereka dengar. Latihan ini amat baik untuk melatih murid-murid
mendengar dengan teliti maklumat-maklumat yang berkenaan sahaja dan
mengenepikan yang lainnya. Banyak aktiviti yang boleh dijalankan oleh murid-murid.
Antaranya ialah mendengar tentang cara untuk membuat kuih, mendengar dari seorang
jurujual mengenai sebuah kereta yang akan dibeli, mendengar dn mendapatkan
maklumat tentang rumah yang akan dibeli, mendengar dn mendapatkan maklumat
maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh orang tetentu dalam seminggu dan
sebagainya.

iv) Membuat ringkasan

Murid-murid mendengar sesuatu petikan dan kemudian membuat ringkasna tentang
apa yang telah didengarnya. Petikan itu mungkin boleh dibaca atau dirakam terlebih
dahulu. Murid-murid diminta membuat catatan isi-isi penting ketika mendengar sesuatu
petikan itu. Ringkasan itu kemudiannya boleh disiapkan dalam bentuk laporan bertulis.




v) Menyelesaikan masalah

Murid-murid mendengar sesuatu maslah dan kemudian diminta berbincang bersama-
sama rakan mereka untuk mengatasi masalah tersebut. Murid-murid pada mulanua
diminta mendengar masalah itu dengan teliti. Setelah dapat memahami meksudnya,
mereka diminta mencari punca masalah tersebut dan selepas itu mencadangkan
langkah-langkah untuk mengatasinya. Kadangkala murid-murid diminta memberi
penerangan atau mentafsirkan tajuk-tajuk rangsangan secara bernas dan logik.
Misalnya, 'Semua orang Melayu bolehbertutur Bahasa Melayu, tetapi bukan semua
orang Melayu'. Tajuk seperti ini boleh menggalakkan kemahiran mendengar secara
intensif.

Setelah murid-murid memahami dan boleh menanggapi apa yang didengarnya, guru
boleh meneruskan kerja mereka selanjutnya secara terperinci bahasa. Pada peringkat
awal, murid-murid akan didedahkan kepada bahasa-bahasa yang asli iaitu bahasa yang
belum dipermudahkan. Tujuan mendedahkan mereka kepada bentuk bahasa seperti ini
adalah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa mereka boleh menterjemah
sebahagian besaar ciri-ciri bahasa walaupun mereka tidak memahami apa yang
diperkatakan. Murid-murid dapat juga menyuburkan keyakinan diri mereka terhadap
pembelajaran bahasa di samping memberi mereka peluang mendengar berbagai-bagai
bentuk bahasa.

Selain daripada belajar mengenal pasti laras dan tujuan bahasa itu digunakan, guru
boleh juga membimbing murid-murid mereka untuk mengesan kesalahan-kesalahan
yang terdapat sewaktu bahasa itu dituturkan. Guru boelh membawa perhatian murid-
murid kepada aspek-aspek bahasa yang lazim diperkatakan seperti sebutan, intonasi,
jeda, nada,tekanan, gaya, bentuk dan struktur serta keslahan-kesalahan seperti ini
secara tidak langsung dapat mengukuhkan kemahiran bahasa lisan murid-murid.



1.2.2.2 Mendengar Secara Ekstensif

Latihan mendengar secara ekstensif adalah latihan yang dijalankan setelah murid-murid
dapat menguasai kemahiran mendengar secara intensif. Mendengar secara ekstensif
ini bertujuan untuk meluaskan penguasaan bahasa secara keseluruhan dan tidak lagi
tertumpu kepada pengukuhan struktur tatabahasa atau yang seumpamanya. Latihan
mendengar secara ekstensif biasanya dilakukan melalui aktiviti lanjutan daripada
kemahiran mendengar yang telah sedia diperolehi. Mendengar secara ekstensif
menekankan aktiviti mendengar secara kritis dan logis. Murid-murid boleh
menggunakan buah fikiran mereka untuk memperdebatkan apa yang didengarnya itu.
Kemungkinan murid-murid boelh memberi komen daripada apa yang didengarnya, atau
melengkapkan cerita, atau mencari isi penting daripada sebuahtafsiran dan sebagainya.
Latihan mendengar seperti ini membantu menyediakan murid-murid untuk boleh
memberi pandangan dan pendapat serta hujah dengan baik.

1.2.3 BENTUK KEMAHIRAN MENDENGAR

Bentuk-bentuk kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada beberapa jenis.
Antaranya ialah:

1.2.3.1 Mendengar secara pasif
Ini merupakan peringkat kemahiran mendengar yang paling rendah. Pada peringkat ini
si pendengar biasanya tidak berupaya menangkap makna keseluruhan ujaran yang
dilafazkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang didengarnya. Si pendengar
juga jarang-jarang dapat memahami dan mengingati serta menyebutkan semula
perkara-perkara yang didengar itu. Banyak perkara yang boleh mendorong kanak-
kanak mendengar secara pasif. Antaranya ialah, mungkin kerana bahan yang
diperdengarkan itu tidak menarik minat mereka atau kerana bahan itu terlalu sukar
untuk difahami dan tidak bermakna kepada mereka.

1.2.3.2 Mendengar Secara Bertelau-telau

Mendengar secara bertelau-telau berlaku dilalangan pelajar bahasa kedua. Kemahiran
ini lebih tinggi tarafnya daripada kemahiran mendengar secara pasif. Dalam kemahiran
ini, pendengar biasanya kurang mampu mendengar dan menangkap bahagian-
bahagian ujaran tertentu dalam sesuatu pertuturan. Mereka kurang biasa mendengar
dan bertutur atau berkomunikasi dalam bahasa itu.

1.2.3.3 Mendengar Tanpa Tindak Balas

Mendengar tanpa tindak balas bermaksud pelajar-pelajar mendengar tetapi tidak
membuat sebarang tindakan selepas itu. Hal ini berlaku kerana si pendengar tidak peka
terhadap kata-kata yang diucapkan itu. Mungkin si pendengar tidak memahami
sepenuhnya hubungan makna di antara kata-kata dalam ayat-ayat yang diucapkan
menyebabkan mereka tiak memberi sebarang reaksi sama ada marah, sedih, simpati
atau sebagainya.


1.2.3.4 Mendengar Secara Membuak-buak

Hal ini berlaku dikalangan pelajar bahasa pertama. Pelajar hanya menebuk-nebuk kata
atau rangkai kata yang didengar dan mengambilnya untuk tujuan tertentu. Di peringkat
ini, kemahiran mendengar pelajar yang menuturkan bahasa itu masih rendah.
Kemahiran mendengar secara menebuk ini juga berlaku di kelangan pelahar bahasa
ibunda. Ini berlaku kerana mereka pasti yang mereka cukup berupaya memahami dan
menggunakan bahasa sendiri, walhal darjah kefahaman mereka terhadap bahasa itu
adalah pada peringkat yang masih lemah.




1.2.3.5 Mendengar Dengan Beremosi

Pada peringkat ini pendengar sudah mula mempunyai kemahiran dalam bahasa yang
dituturkannya. Ini dikatakan begitu kerana pendengar dapat merasakan sesuatu hingga
memberanngsangkan emosinya. Mereka sudah boleh mendengar, memaham dan
bertindak terhadap ujaran tersebut.

1.2.3.6 Mendengar Secara Berhati-hati

Mendengar di peringkat ini memerlukan seseorang itu mendengar dengan teliti dan
secara bersungguh-sungguh. Dia harus menumpukan pendengarannya terhadap kata
demi kata, rangkai kata demi rangkai kata dan ayat demi ayat di dalam sesuatu
percakapan itu. Tujuan mendengar dengan teliti setiap ujaran yang dilafazkan ituadalah
untuk menentukan supaya setiap butir yang dituturkan itu dapat difahami dengan tepat
dan betul.

1.2.3.7 Mendengar Secara kritikal

Mendengar secara kritikal biasanya berlaku setelah seseorang itu dapat menguasai
kemahiran berbahasa dengan baik. Pada peringkat ini kemahiran mendengar si
pendengar itu telah mencapai tahap yang tinggi. Dia boleh menentukan kesahihan
sesuatu fakta yang didengarnya.

1.2.3.8 Mendengar Dengan Pengamatan

Mendengar dengan pengamatan biasanya berlaku di kalangan pelajar yang sudah
boleh berfikir secara kritikal. Mendengar cara ini akan lebih bermakna jika proses
mendengar itu berdasarkan kepada pengalaman si pendengar. Ini bermakna si
pendengar itu akan lebih mudah memahami sesuatu ujaran yang dilafazkan jika ujaran-
ujaran itu ada pertalian dengan pengalamannya.



1.2.3.9 Mendengar Secara Kreatif

Kemahiran mendengar secara kreatif adalah kemahiran yang paling tinggi dan ia
manjadi matlamat pengajaran bahasa lisan di peringkat mendengar. Pada peringkat ini,
si pendengar akan menggunakan daya kreatifnya untuk mencipta sesuatu setelah ia
dapat mendengar dengan baik sesuatu pertuturan. Ini bermakna ia dapat memahami
ujaran-ujaran yang dikemukakan kepadanya dengan baik. Ia juga boleh membuat
interpretasi, mengkritik dan membuat ulasan dan komen yang bernas dan jitu.

1.2.4 PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR
-Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi.
-Mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat.
-Melakukan sesuatu yang disuruh.
-Menjalankan perintah dan permintaan.
-Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.
-Mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah secara tepat.

(b) Peringkat pertengahan
-Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci.
-Mengenal maklumat khusus.
-Mengesan urutan.
-Mengenal sebab dan akibat.
-Mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi.
-Mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap.



(c) Peringkat maju
- Mengenal isi-si penting
-Mengetahui peranan dan perhubungan orang-orang yang bercakap.
-Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi.
-Mentafsirkan maksud orang yang bercakap.
-Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan.
-Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar.
-Mentafsirkan tujuan penutur menggunakan berbagai-bagai bentuk struktur
tatabahasa.

1.2.5 PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR
Dalam melaksanakan aktiviti mendengar, guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bagi memastikan pengajaran berjalan dengan berkesan. Perancangan
boleh dilakukan mengikut tiga peringkat yang berikut
Peringkat pramendengar
Peringkat semasa mendengar
Peringkat selepas mendengar






1.3 KEMAHIRAN BERTUTUR
1.3.1 Pengenalan
Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan
(artikulator) ,ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia(
Kamarudin Hj. Husin, 1978). Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanak-kanak hasil
daripada meniru atau mengajuk pertuturan orang dewasa di sekelilingnya. Rangsangan
dan ganjaran yang diterimanya akan menggalakkannya mengulang-ulang perkataan
yang disebutnya sehingalah ia dapat menguasai pertuturan yang lebih kompleks.
Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai, kanak-kanak akan mula berinteraksi
dengan orang lain di sekelilingya. Sebab itulah orang dewasa perlu menunjukkan model
pertuturan yang baik kepada kanak-kanak bagi membolehkan mereka bertutur dengan
berkesan.

1.3.2 ASPEK-ASPEK PERTUTURAN
Ada beberapa aspek penting dalam pertuturan yang perlu diberi perhatian supaya
pertuturan menjadi lebih berkesan. Kamarudin Hj. Husin (1978) memberikan sembilan
aspek pertuturan seperti berikut:
Sebutan,Tekanan, Mora(panjangpendek), Jeda(persendian), Intonasi, Nada,
Tatabahasa, Kelancaran, Kefasihan, Laras Bahasa.
1.3.3 TUJUAN BERTUTUR
Kemahiran bertutur diajarkan untuk membolehkan murid bertutur dan mengeluarkan
buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan
perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa serta dalam aktiviti
perbahasan dan syarahan. Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru haruslah
memastikan murid boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan betul dari segi sebutan,
intonasi serta menggunakan ayat dengan tepat.



1.3.4 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LISAN
Perancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat iaitu :
Peringkat Persediaan
Peringkat Perlaksanaan Aktiviti
Peringkat Susulan dan Penilaian

1.4 KEMAHIRAN MEMBACA
Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca
adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur.
Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak
dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca dapat
membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif
seseorang individu dalam pelbagai bidang.
Membaca ialah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca
memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada
lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca berbeza
daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara
serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada
pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada
pemikiran.
Kebolehan membaca sangat penting dan ia merupakan satu ukuran kejayaan pelajar-
pelajar di sekolah. Ini kerana kebolehan membaca dianggap sebagai asas bagi
mencapai semua kejayaan dalam semua bidang, terutama dalam bidang pendidikan.
Kemahiran membaca ditekankan pada peringkat awal lagi bersama kemahiran lain
seperti mengira dan menulis.

1.4.1 TUJUAN MEMBACA
Tujuan membaca boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:
a) Tujuan serta-merta
Tujuan serta-merta adalah untuk membolehkan murid membaca dan memahami
sesuatu bahan yang digunakan. Apabila seseorang murid dikatakan boleh membaca,
maka kenyataan itu bermaksud murid berkenaan boleh membaca dengan cepat, tidak
teragak-agak dan tidak mengambil masa yang panjang untuk menghabiskan sesuatu
bahan bacaan. Selain itu, boleh membaca juga bererti murid boleh membaca
bersendirian tanpa bergantung kepada bantuan guru.
b) Tujuan Lanjut
Tujuan lanjut bermaksud murid dapat membetulkan fahamannya yang salah,
membandingkan fikiran dan pengalaman orang lain untuk menyelesaikan masalah
hidupnya sendiri. Murid seharusnya dapat berfikir dan melahirkan fikiran dengan cara
yang teratur. Apabila mereka boleh membaca maka dapatlah mereka menambah satu
lagi alat perhubungan iaitu membolehkan mereka merapatkan diri dengan orang lain
yang ada di sekelilingnya.
1.4.2 PROSES MEMBACA
Proses membaca yang bermatlamatkan kefahaman melibatkan proses mental yang
kompleks iaitu merangkumi proses-proses seperti yang di bawah:
Dalam pengajaran bacaan di sekolah rendah, penekanan diberikan kepada bacaan
mekanis dan bacaan mentalis. Pada peringkat awal, proses pengajaran dan
pembelajaran bacaan mengutamakan bacaan mekanis , iaitu guru akan memberikan
contoh sebutan bunyi-bunyi dan bacaan yang betul dengan kuat dan jelas. Proses ini
diikuti oleh murid yang akan membunyikan secara kuat sama ada secara beramai-
ramai, berkumpulan ataupun secara individu.

Murid-murid akan diajar dengan bacaan mentalis atau akaliah setelah mereka
menguasai atau berkemahiran dalam bacaan mekanis. Murid-murid diberi masa untuk
membaca sesuatu bahan bacaan yang diberikan sebelum bahan berkenaan
dibincangkan atau menjawab soalan-soalan untuk menguji kefahaman murid-murid.
Bacaan mentalis ini boleh juga diikuti dengan bacaan kuat. Perkara penting yang perlu
diketahui oleh guru ialah bacaan mentalis diutamakan bagi murid-murid di sekolah
rendah, sementara bacaan mentalis lebih diutamakan pada peringkat sekolah
menengah.
1.4.3 JENIS-JENIS MEMBACA
Terdapat empat jenis peringkat membaca iaitu;
Bacaan mekanis : Merupakan bacaan kuat yang mementingkan sebutan huruf
dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul.
Bahan bacaan yang digunakan dalam bacaan mekanis terdiri daripada perkara yang
mudah difahami dan tidak membebankan fikiran.
Bacaan mentalis : Dikenali juga sebagai bacaan akaliah dan merupakan
bacaan secara senyap. Aspek-aspek kefahaman diberikan penekanan, sementara
aspek-aspek sebutan, nada, tekanan dan intonasi tidak ditekankan dalam bacaan ini.
Bacaan intensif : Bacaan intensif ialah bacaan yang pada asasnya bertujuan
memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja
yang dibaca dengan tepat. Ianya juga member penekanan kepada kajian-kajian
terhadap cirri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan.
Bacaan ekstensif (meluas) : Merupakan bacaan meluas yang menekankan
aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas.Bacaan jenis ini menitikberatkan
aspek pengukuhan asas bacaan,menambah kemahiran memaham dan menaakul isi
bacaan, meningkatkan kepantasan membaca; kebiasaannya melalui pembacaan
ekstensif ini murid akan dapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang
menambah ilmu pengetahuan.

1.4.4 PERINGKAT-PERINGKAT PEMAHAMAN MEMBACA
Pemahaman membaca bermaksud satu system yang merekod segala maklumat secara
konstektual dalam pemikiran pembaca. Setiap konsep membentuk satu set minda dan
dalam waktu yang sama, pembinaan makna berlaku. Pengalaman lalu, sedia ada
menggabungkan pengalaman baru, member kekuatan kepada pemahaman makna
yang sebenar. Terdapat empat peringkat pemahaman bacaan iaitu :
a) Peringkat Lateral (penubuhan makna)
b) Peringkat Interpretasi (pentafsiran makna)
c) Peringkat Inferens (perumusan makna)
d) Peringkat menilai (penilaian makna)
1.4.5 TEKNIK-TEKNIK KHUSUS BACAAN DAN PEMAHAMAN
Terdapat beberapa teknik membaca dan tujuan membaca. Teknik-teknik ini boleh
dijalankan dalam bilik darjah. Penggunaan teknik ini bergantung kepada situasi ,
kecerdasan pelajar dan tujuan membaca. Berikut ialah beberapa teknik membaca:
Teknik Membaca SQ3R
Teknik digunakan pada tahap pelajar berpencapaian baik dan mahir membaca. Tujuan
menggunakan teknik ini adalah untuk menguji pemahaman pelajar berdasarkan bahan
atau teks yang dibaca untuk menyelesaikan tugasan. SQ3R bacaan secara kritis yang
dipelopori Robinson (1941). SQ3R membawa maksud :
S SURVEY (TINJAU)
Q QUESTION (PENYOALAN/PERTANYAAN)
R READ (BACA)
R- RECITE (IMBAS KEMBALI)
R- REVIEW (BACA SEMULA)
Teknik Membaca KWLH
Proses membaca dengan teknik KWLH, pelajar boleh mengaitkan pengetahuan sedia
ada dengan apa yang dibaca. Ini bermaksud pelajar berdasarkan pengetahuan sedia
ada, mengimput pengetahuan baru selepas proses pembacaanya.
KWLH bermaksud:
K (KNOW) - Apa yang sudah diketahui (sebelum membaca).
W (what) - Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca).
L (learnet) - Apa yang telah diketahui (selepas membaca).
H (how) - Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang lain.

Teknik Directed Reading Thinking Activity (DR-TA) (Aktiviti Membaca Berfikir
Terarah)
Teknik ini diperkenalkan oleh Russel Stauffer (1969/1975). Menurut beliau, teknik ini
membolehkan pelajar membina satu set tujuan apabila mereka membaca bahan
bacaan (teks, imej, symbol, grafik), lalu memproses idea dan menguji jawapan dengan
mengambil bahagian dalam pusingan membaca. Mereka boleh meramal dan
mengesahkan maklumat yang dibaca.











1.5 KEMAHIRAN MENULIS

Pengenalan
Menulis ialah pembentukan simbol tulisan dalam bahasa. Sesuatu penulisan bertujuan
untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej , maklumat atau idea kepada
pembaca. Don Bryne (1979) menyatakan bahawa symbol grafik semasa menulis ialah
penggunaan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambing bunyi yang kita buat semasa
kita bercakap.
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan kemahiran menulis
ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di
samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu;

1.5.1 Konsep Menulis
Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah
idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu
mengusai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan
menulis kesimpulan.

1.5.2 Tujuan Menulis
Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah untuk
melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi
atau tajuk tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu.








1.5.3 Peringkat Kemahiran Menulis

Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf
dengan kemas dan dan betul. Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan
matra diberikan kepada murid.
Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan melangkah ke
peringkat mekanis. Pada peringkat ini, murid-murid diajar kemahiran membentuk huruf-
huruf besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf,
suku kata, perkataan dan ayat.
Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan mengeja. Mereka sudah boleh menulis
pelbagai jenis karangan. Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan idea dan
pendapat tentang pengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui. Dalam masa yang
sama, mereka akan menggunakan kemahiran tatabahasa dan ejaan yang telah mereka
kuasai. Mereka juga akan merancang penulisan mereka dengan menggunakan bentuk-
bentuk grafik yang sudah dipelajari.

1.5.4 Jenis-jenis Penulisan
Penulisan boleh dibahagikan kepada lima kategori, iaitu karangan, penulisan ringkas,
penulisan untuk majlis rasmi, surat dan penulisan untuk papan kenyataan.

Penulisan Terkawal
Karangan terkawal ialah karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa dan
isi yang terdapat dalam karangan terkawal ditentukan oleh guru, bertujuan untuk
mengurangkan kesilapan di dalam penulisan. Karangan ini dapat membantu murid
mengeluarkan idea tanpa diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa.

Penulisan Separa Terkawal
Karangan nsepara terkawal ialah karangan yang disediakan oleh guru tetapi murid
diberi peluang untuk menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat pemilihan
perkataan sesuai dengan tajuk yang disediakan.
Penulisan Berpandu
Karangan berpandu ialah satu penulisan karangan berdasarkan panduan guru.

Penulisan Separa Berpandu
Karangan ini merupakan satu penulisan karangan yang mendapat sedikit maklumat
atau panduan guru.

Penulisan Bebas
Jenis karangan ini member kebebasan kepada murid untuk melahirkan idea tentang
sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri. Bentuk
karangan bebas seperti berikut:
Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf yang mengawal jari dan
tangan. Kematangan urat saraf menghasilkan penyelarasan di antara mata dengan
tangan, iaitu penyelarasan yang penting bagi kebolehan menulis.

Masalah Pengajaran Menulis
Terdapat bayak masalah berhubung kait dengan pengajaran menulis di sekolah di
Negara ini.Antaranya ialah pengaruh bahasa dialek negeri masing-masing. Perkara ini
telah menimbulkan masalah kesalahan penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu
Standart yang betul. Masalah ini banyak berlaku di Kelantan di mana guru yang
mengajar Bahasa Melayu itu berterusan bertutur dalam dialek Kelantan menyebabkan
murid tidak dapat berbahasa dengan betul. Ketika menulis, murid akan mencampur
adukkan bahasa dialek masing-masing menyebabkan berlakunya kesalahan ejaan
ketika menulis. Penyelesaiannya ialah guru hendaklah menggunakan Bahasa Melayu
baku yang sebenarnya ketika mengajar di dalam kelas untuk mengatasi masalah
seumpama ini khususnya di Negeri Kelantan. Elakkan menggunakan dial alek Kelantan
di sekolah.

You might also like